Pages

Friday, March 25, 2011

Daging Goreng Ala Kelantan

Assalamualaikum,menu malam tadi ,daging goreng ni memang favourite seisi keluarga,makan dengan nasi panas dan sambal belacan memang akan bertambah-tambah ler nasi.Selalunya menu simple akan menjadi pilihan chik mi yang sampai ke rumah dikala matahari terbenam..

 
Resepi chik mi CnP dari rumah Kak Ayu ~Thanks kak,halalkan ye chik mi panjangkan di sini:)
Daging Goreng Ala Kelantan
Source :http://curlybabesatisfaction.blogspot.com
Ingredients:-
500g daging dipotong
10 ulas bawang merah -dimayang
4 ulas bawang putih dimayang
2 inci halia dihiris nipis
2 sd besar kunyit serbuk
2 biji bawang besar dihiris bulat
sedikit cili besar dihiris-(Ayu gunakan cili padi diketuk)
sedikit minyak untuk menoreng'sedikit garam & gula
1 sudu besar halia kisar -(Ayu tambah)

Method:-
Rebus daging, kunyit serbuk & halia kisar sampai empuk. Selepas itu masukkan minyak dan bawang serta halia. Goreng sampai garing dan akhir sekali masukkan bawang besar, cili dan garam serta gula secukup rasa.
Sources:- http://resepi.mesra.net

8 comments:

  1. akak, sedapnya...ni kalau ratah gitu pun sodap..hehe nieza ni nasi kurengg ckit suka mkn lauk jer...pelik tapi benar tau..hehehe

    akak dh keja blk memasak lak sure penat kan tapi hebatlah kalau nieza sure tak mampu nk msk2 setiap hari ni..

    ReplyDelete
  2. Assalam Mimi..wah cedapnya daging goreng gini..selalu masa raya haji masak gini sebab nak cepat makan heheh...

    Biasanya tak boh halia, lain tempat lain pulak kan...

    Suka akk lauk simple gini, ngan bawang2 sekali mkn

    ReplyDelete
  3. sedapnya chik mi..makan dengan nasi panas boleh tambah 2-3 pinggan ni:)

    ReplyDelete
  4. Assalam mi,
    akak datang dah pagi dah ni..ngantuk2 pun terbang juga ke penang..hehe..thanks sudi cuba..macam mana..ok ke tu?..

    ReplyDelete
  5. sedapnya nampak... ni kalau makan bersama nasi dengan kicap pun sodaaaappp

    ReplyDelete
  6. chik mimi,ni kalau mkn ngan ns panas,pergg..sedap tak hengatt..xyah lauk lain dah.yang ni pun dh cukup

    ReplyDelete
  7. Chik Mimi, hb suka sangat daging masak cam ni..!!!

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Chik Mimi

    Betul2 buat Kak Lin tergoda! makan dg nasi panas sedapppnya!

    ReplyDelete

Reply