Pages

Friday, February 3, 2012

Sambal Hitam Pahang

Assalamualaikum,sekejap saja hari jumaat menjelma ,insyaAllah hari ahad nanti kita akan menyambut Maulidur Rasul ,sambal hitam pahang ni menu yang dah lamaaaaa sangat cuma hari tu tak de mahamood nak pos hari ni baru ade sikit mahamood mai nak singgah ,harap-harap dapat diteruskan.Maaf ye Madihah dan Izah bagi korang pening semalam,arini pun sama jugak tapi dah check banyak kali harap2 tak ada lagi pertindihan gambar .
 Chik mi memang tak pernah makan atau merasa sambal ni so chik mi tak tahu rupa dan rasa original sambal ni.Asam belimbing ni pun chik mi tak rebus ,chik mi shortcut beli yang siap dah bergaram dan jemur,selalunya kalau kat utagha ni asam ni dicampur dalam acar buah.Chik mi terjumpa ada pakcik yang menjual asam ni masa pergi ke pasar balik pulau .

Menderhaka betul orang suruh guna lesung untuk menumbuk ,chik mi blend dengan food processor hehhe jadi ler ghupa gitu,Thanks Madihah atas resepinya chik mi copy kat sini ye.
Sambal Hitam Pahang
Sumber : Madihah @ Ratna
Dicuba oleh :Chik mi
Sumber : My mother in law...(Ratna)
  Bahan2
½ cawan belimbing buluh rebus [rujuk resepi cara2 merebus]
½  cawan cili padi (ikut kepedasan masing2)
2 cawan ikan bilis yang telah dikopek 
6 ulas bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa
garam & gula secukup rasa
1 cawan minyak masak
Makan dengan nasi sedap, ketupat pulut pun sedap.. & rasanya cicah dengan 
ubi rebus pun masyukkk juga ni...
Cara2 Menyediakan
1. Sediakan terlebih dahulu belimbing buluh. Kuantiti belimbing buluh terpulang masing2.  Belimbing rebus ni boleh disimpan dalam peti sejuk sebagai stok. Jadi bolehlah rebus banyak2 & simpan stok.  MaDiHaA buat banyak juga rasanya lebih dari 1/2 kg belimbing buluh segar.  Belimbing hendaklah dicuci bersih.  Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR dan renih dengan menggunakan api yang kecil.  Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut.  Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit.  Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap.  PESANAN: jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni.. memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja.  Tujuan merebus belimbing sehingga betul2 kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan.
2.  Tumbuk cili padi sehingga halus.  Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas lagi dihiris nipis)  Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat.  Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.
3.  Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi.  Masukkan bahan2 tumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga).  Tambahkan kicap manis, garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding gitu).  Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang.  Atau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut.  
4. Sambal ini boleh disimpan lama & boleh buat banyak2 untuk simpan stok.   Boleh dihidang dengan apa saja juadah yang rasa sesuai dihati anda... Sedap yang teramattttt!!!

26 comments:

  1. As'salam peh sdp sambal ni lama x buat suka buat byk pastu simpan dlm peti kalau nak mkn lagi ambik aje....sdp juga mkn sama nasi lemak pernah cuba....

    ReplyDelete
  2. Assalam kak..Sy sambal itam nih yg tingin nk wat n merasa sgt tuh,tapi ritu belimbing da,malaih nak wat,nnti2 insyaAllah nak juga wat,sbb dengaq kak izah n kak madihaa cite cam nk menitik ayaq liuq..Pstt kak tq utk komen akak tuh ya,sgt2 sy hargai n terharu,huhu.

    ReplyDelete
  3. huwaa sedapnye sambal itam..sy punye pebret ni kak..huhu..mkn ngan nasi putih, sup sayo ikan goweng..sodaap!nyumnyum... kak..lawo mangkuuk ...:)

    ReplyDelete
  4. kegermaran saya!!
    memang best ni masam pedas terjeejs air liur dlm mulut niha. hehe...

    ReplyDelete
  5. mimi ada sekeping gambo yg keluar besor gedabak.. gambo yg last tu :)

    ReplyDelete
  6. Chik Mi

    last gambo tu aduhaii besarnya!! trus terlior tgk that sambal hitam

    nanti ai ke sana, u let me know all the kedai yg jual jerok2 yg power2 ok ;)

    ReplyDelete
  7. SAlam Kak Mimi.. kira ok lah tu.. yang penting rasanyer.. sayer pernah mknsambal ni bab mak mertua duk pahang tapi dia kata sambal keratong lah pulak he he he cema ader bhn2 yg lain sikit.. memang sedap mkn ngan nasi panas2 SK suker...

    ReplyDelete
  8. cik mimi..acik pun suka sangat maan sambal ni..cuma tak pernah buat sendiri..selalu order je dengan naka sedara yang dok pahang..dia tolong belikan..

    ReplyDelete
  9. Assalam cik mi..
    akhirnya keluar juga posting ni ya...hehehh lama juga akak tunggu..
    sampai kan sambal hitan pahang akak pun dah menjadi baja ke pokok belimbing yang dah nak berbuah lagi..hahhaa...tak apa2 asal mi update ya..hehe..senanglah kalau beli belimbing yang dah rebus tukan..

    ReplyDelete
  10. Something new to me...but I feel like gobbling it right now..hehe

    ReplyDelete
  11. Assalam mimi, akk pernah mkn sambal hitam pahang ni, mmg best mkn ngan nasi panas pas tu berkuah ikan patin tempoyak.....sampaikan tuan rumah yg masak sambal hitam tu bagi akk belimbing yg telah di rebus.

    Tgk sambal mimi, terasa mcm nak buat la ni juga

    ReplyDelete
  12. sambal nie sekali dulu buat,adek akak mengila betul...bila dia balik buat sendiri,hb dia kata sedap lagi kaksma buat..har,,har,,,har,,,,tapi mmg sedapkan guna resipi madihah ni

    ReplyDelete
  13. mala pun tak perna makan. nak beli tak jumpa pulak orang yg jual. teringin nak rasa, nak buat malaih!

    ReplyDelete
  14. Salam Chik Mi.. wow mengancam lah sambal hitam pahang tu. casserole dish tu pun mengancam jugak hehehe

    ReplyDelete
  15. kak mimi..saya dulu masa ada pokok belimbing memang teringin nak buat sambal nih..tapi sampai kesudah tak jugak buat2...hahahha

    ReplyDelete
  16. Selamat Menyambut Maulidur Rasul Cik Mimi.belum pernah mkn sambal hitam Pahang.letak belimbing...tentu masak2 sikitkan...sedap buat cicah ulam ni.

    ReplyDelete
  17. sorry Cik Mimi, typing error..bukan masak2...tp masam2....

    ReplyDelete
  18. akak dari preggy hari tu lagi teringin nak makan sambal hitam ni,,tak dapat2 huhu..mimi tak buat jual?

    ReplyDelete
  19. Salam cikmimi ...selamat menyambut maulidul Rasul. Sambal pahang kita pun tak pernah rasa lagi ..first time dengar...mesti sedap .

    ReplyDelete
  20. salam kak..x leh tgk sambal hitam pahang ni..kecur air liur! sedappnye :)

    ReplyDelete
  21. Salam Kak Mimi..saya pernah juga nak cuba resipi ni suatu ketika dulu tapi bab rebus belimbing tu fail...Dah cek2 caranya ngan Kak Yani, baru tau, sebolehnya kena gun periuk kaca, baru Ok..Kalau guna periuk besi biasa tu pasti rentung...hu hu hu hu nampak gayanya kena cari periuk kaca dululah baru boleh merasa sambal ni

    ReplyDelete
  22. nie sambal asam belimbing la..hehew..feveret ain nie..rindunyer nak alik kg...rindunyer..nenek masak..wuwuwu

    Apa petanda dia jodoh kita? ♥

    ReplyDelete
  23. sedapnye chik mi..baru nak buat,tapi mana nak cari asam belimbing..huhu

    ReplyDelete
  24. Lama tak buat sambal hitam ni, sebab tak jumpa lagi belimbing buluh...sedapnya!

    ReplyDelete

Reply