Pages

Friday, February 10, 2012

Sambal Tempoyak Bilis

Assalamualaikum,hari khamis yang sangat panas di Penang ni, jom kita layan sambal tempoyak bilis ni,kalau makan ni confirm nasi tak cukup sepinggan,Tempoyak pemberian ibu mertua,sebenarnya chik mi tak pandai sangat makan tempoyak ,tapi MIL dah siap masukkan dalam bekas tak elok pulak tak ambil kan,sekarang ni sambal tempoyak bilis ni menjadi pojaan hatiku hahahaha,
 
Resepi chik mi rujuk kat sini ,cuma chik mi  buat simple je tak letak daun kunyit .Kena dengan masam,pedas lemak-lemak durian tu tak boleh tahan ni kecur ayaq liuq.

 
Chik mi buat versi simple aje
Sambal Tempoyak Bilis
Bahan-bahan
Ikan bilis di goreng
Bawang besar *
Cili api *
Tempoyak
Minyak  untuk menumis
Secubit garam
Cara-caranya
Ikan bilis digoreng garing ketepikan,bawang besar dengan cili api di blend kasar kemudian panaskan minyak tumis bahan yang diblend tadi sebentar ,masukkan tempoyak kacau sebati kemudian masukkan sedikit garam ,akhirnya masukkan ikan bilis yang telah di goreng tadi kacau sebati
.sedia untuk dihidangkan


16 comments:

  1. saya dulu x berapa pandai jugak makan tempoyak, tapi once dah masuk mulut memang jatuh cinta abes... :)

    ReplyDelete
  2. Amboiiii cik kak, makan sambal bilis tempoyak dibawah cahaya lilin lagi tu... Confirm tak cukup sepinggan.

    ReplyDelete
  3. sambal tempoyak memang sedap kak...bertambah nasi dibuatnya...kekeke

    ReplyDelete
  4. Salam kak mimi! agak2 kan kalau org masakkan kita leh makan tempoyak gini :D oppss, lupa pulak, akak sihat? lama tak dtg sini, bz betul kita skrg nii hihihi...

    ReplyDelete
  5. salam kak mimi... adeh pensan jap tgk sambal tempoyak akak nih..sedapnyeeee..makan ngan nasi kosong panas2 sedap sangat ni kak.. slurrpp1` terliur aihhh :)

    ReplyDelete
  6. dulu masa mengandung selalu makan kat awan besar (nama kedai) tp sekarang tengok kat sini terliurnya...

    ReplyDelete
  7. uwaaaa lapar terusssss...kalau lauk mcm ni maunya bertambah2 nasi...sedapkan..

    ReplyDelete
  8. salam cikmi..lama tak singgah kat dapur Cikmi ni...apa khabar?hari panas makan sambal tempoyak denhgan nasi panas berpelu..boleh pengsan ni hehe

    ReplyDelete
  9. salam cikmimi,
    Saya pandai makan saja tapi tak pandai nak membuatnya. Nih dah ada resepi nanti boleh lah kita nak mencuba gak.

    ReplyDelete
  10. salam chik mi - terangkat ni sambal dgn nasi panaih-panaih!

    ReplyDelete
  11. salam cikmi. Tempoyak is my feveret. Buatlah apa pun kalau ada tempoyak mesti tak boleh tolak..

    ReplyDelete
  12. chik mi..sedapnya sambal tempoyak itu..nak tempoyak jugak..serius dah lama tak makan lauk macam ni..slrrrp..

    ReplyDelete
  13. kak.. berkenan la ngan bekas tu...

    ReplyDelete
  14. Cantiknya sambal tempoyak bilis! Nampak romantiklah pulak...

    ReplyDelete

Reply