Pages

Monday, February 13, 2012

Cheese Pudding

 Assalamualaikum,bersiaran lagi di hari isnin,Chik mi buat puding cheese yang satu waktu dulu menjadi pojaan hati blogger masakan.Resepi dari AlongRos memang sangat best,
 Cheese Pudding
By : AlongRos
Dicuba Oleh :Chik mi
Puding cheese yang hanya menggunakan biskut cheese tapi tetap sedap & rasa yg lemak berkrim.

By: AlongRoz@HomeKreation
Saiz 8" persegi
BAHAN2:
13g Serbuk Agar-Agar
1 liter Air
120g Gula
3 biji Telur
120-150g Biskut Cheese - blend halus
1 sb Tepung Kastad
400ml Susu Cair
200g Susu Pekat
50g Mentega
Chik mi dalam bekas kecil senang anak-anak balik sekolah nak makan:)

CARA2:
1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
Masukkan gula & kacau sehingga sebati.

2. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.
Masukkan susu & kacau sebati.
Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.
Masukkan mentega sehingga sebati.

3. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik.
Sejukkan sebelum di hidangkan.
Satu untuk kau satu untuk ku

19 comments:

  1. salam, nampak yummy..Insyaallah akan try..tq ye :)

    ReplyDelete
  2. CikMi, amboi2 cantik nya berposing....hehe

    ReplyDelete
  3. Salam Cik Mimi,
    semuga ceria selalu ...musim panas sekarang memang sesuai makan apa jenis puding. Enak dan lemak pudng nie .

    ReplyDelete
  4. salam cik mimi,
    mcmana nak sukat serbuk agar2 tu kalau x timbang? selalu hanim buat 10g tu bersamaan 1sudu besar - diratakan.

    ReplyDelete
  5. satu tok saye. sedap mkn tgh musim panas nih..

    ReplyDelete
  6. ala comelnya bekas love tu....cik mi jual tak?

    ReplyDelete
  7. saya jugak yg tak pernah cuba lagi puding ni..heheeh..tak tau la bila nak dtg seru...kekeke

    ReplyDelete
  8. Adeehhh... kalau dah cerita pasal cheese memang berliur kita dibuatnya!

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Mimi cyg,

    eh2 lama nk kak Nur tk singgah sini...mcm dh tertinggal keretapi xpress nie...aduh...kalau dpt semangkuk sedap ni mi...akak telan2 aja...hehehe...

    Mi cita sama aja la...tutup mata aja sudah kalau masih nk teruskan blogging...kak Nur pun skrg agak sibuk gitu...happy with my new activities...haha.

    ReplyDelete
  10. Cmimi...enjoy weekend...by this time mesti dah yileeeek itew cheese puding...sob sob sob....

    ReplyDelete
  11. assalam mi..
    wah..cheese puding..bilalah akak dapat buat ni eh..hari tu buat puding cendol akak sorang aje yang makan..huwahaha....cantik puding mi tu..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Chik Mi,
    Adussss halus mulusnya nampak puding tu, segak beratur menunggu giliran untuk masyuk ke tekak. Bila akak sampai ni sah sah dah tinggal bekaih....hehehe

    ReplyDelete
  13. Salam Chik,
    Lama saya tak sempat menjengah. harap2 Chik sihat2 selalu ye :)
    Saya tak tahu pulak ada biskut cheese ye. Menarik je puding tu. Tp kan, yang lebih menarik ialah... sambal bilis tempoyak kat bawah nun. hehhehe... menggoncang keimanan malam2 ni. hihi

    ReplyDelete
  14. hehe..terima aksih chik mi,ade jugak ye untuk saya..sedap ni chik mi..

    ReplyDelete
  15. Salam Chik Mi.. mmg sedapnya kalau mkn ni sejuk2 masa musim panas kan? :)

    ReplyDelete
  16. Salam Kak Mimi..nampak sedapppp ni....

    ReplyDelete
  17. Biskut chees tu brand apa ye?

    ReplyDelete
  18. cik Anonynous brand yg saya guna tu Khong Guan tapi sini tak ade,boleh aje nak guna brand lainmcm ritz ke... harap dapat membantu

    ReplyDelete

Reply