Cookies yang chik mi buatkan untuk Sabrina bagi ke cikgunya,terasa macam nak raya pulak,tak pe kita test untuk cookies raya nanti .Chocolate chips menjadi kesukaan anak-anak opsss mak budak jugak kan.Chik mi ambil dari dapur Naz.Terima kasih Naz .
Gambar kurang sharp huhuhu ,semuanya blur tak dapat acik nak menolong:(
Biskut ni ikut anak tekak chik mi sedap mungkin sebab ada tepung jagung dalam adunannya .Boleh masuk list untuk cookies raya nanti.
JazakalAllah Naz chik mi kongsi kat sini ye.
BISKUT CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS (HOME MADE)
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Resepi Asal:Mrnamie
Sumber :Chik Mi
Bahan-bahan ayak :
- 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
- 10 gm (3 tsp) serbuk koko
- 2 Tbsp tepung jagung
- 1/2 tsp soda bikarbonate
- 2 Tbsp susu tepung
- Secubit garam
Bahan-bahan lain :
- 250 gm mentega
- 150 gm gula kastor~Chik mi guna brown sugar
- 1/2 tsp asen vanilla
- 1 biji kuning telur
- 100 gm (1/2 cawan) coklat chip
- 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional
Cara-cara :
- Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
- Masukkan kuning telur dan pukul rata.
- Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
- Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
- Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
- Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
- Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
NOTA :
- Naz tak letak pun kekacang atau kismis di dalam adunan kerana dengan coklat chip saja pun dah MELETOPZZZZ rasa biskut ni. Lagi pun Husna tak berapa gemar makanan yang ada kekacang di dalamnya.
- Rasanya kalau nak letak kekacang di dalam adunan, elok dikurangkan coklat cip sedikit kerana satu keping biskut ni, penuh dengan coklat cipnya. Cadangan Naz: 50 gm coklat cip dan 50 gm kekacang.
- Cubalah buat biskut ni.. Tak rugi mencubanya.. Kalau tak cuba dah rugi macam Naz(setahun Naz rugi tu).
SELAMAT MENCUBA!