Pages

Wednesday, September 26, 2012

Meehoon Soto

Dah lama tak buat soto,tapikan soto terlebih santan ,guna santan kelapa sawit brand khalis tu ,entah kepala otak duk pikir apa ntah terus tuang santan tu,tapi ok la tak ler berlemak macam kuah lodeh tukan.kalau soto dengan nasi impit tak reti nak makan ,tekak mengada-ngadakan hehehe so buat meehoon soto ,cuma kacang tanah lupa nak beli tu yang kurang berseri tu.
Soto makan dengan sambal kicap fuh berpeluh,suka dengan resepi Soto Ayam Diana.kelainan soto D sebab letak sedikit santan,cuma rempahnya tu chik mi guna rempah serbaguna yang knor pun guna tu sonang kerja acik.

Bahan-bahan ( 12 orang )

  • 6 bungkus lontong ADABI yang telah dimasak
  • 2 ekor ayam, dibelah empat
  • 3 - 4 liter air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan serbuk ketumbar
  • 2 sudu teh serbuk jintan halus
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • 3 batang serai, dititik
  • lengkuas sebesar ibu jari, dititik
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 5 tangkai bunga cengkih
  • garam secukup rasa
  • 1 cawan minyak untuk menumis
  • Bahan untuk Dikisar
  • 3 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • Bahan untuk Sambal Kicap
  • 5 batang lada merah
  • 20 biji lada padi merah thai
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan kicap lemak manis
  • Bahan Hiasan
  • bergedil
  • taugeh yang telah dicelur
  • daun sup, dipotong halus
  • bawang goreng
  • sambal kicap
  • ayam, yang telah disiat-siat

Cara-cara

  1. Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkusa yang telah dititik. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati. Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.
  2. Cara membuat Sambal Kicap - Kesemua bahan itu masukkan kedalam alat pengisar dan kisar halus. Sedia untuk digunakan.
  3. Cara menghidang - Potong lontong dadu besar dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, bergedil dan sambal kicap.


Pelakun tambahan ,lupa kat che taugeh ,sian kat dia.suhuun goreng,ayam goreng dan sambal kicap

Bergedil daging

Monday, September 24, 2012

Kepah Masak Berapi

Resepi asal menggunakan kerang ,tapi ada kakak yg meniaga kepah ni ni offer sebab ada lebihan dr restoran seafood yang selalu dia bekalkan tu ke Chik mi ,terus teringat nak masak berapi ni.Masa jaman berforum dulu Kak Nor duk kempen kerang masak berapi ni,jangan marah ye sis nanti cepat tua hehehe....Memang sedap masak ni ,kena pulak yang pedas berapi tu kan.
 Sumber dari Myresepi 

Bahan-bahan ( 2 org makan )

  • 1kg kerang
  • 1cm Halia
  • 4 ulas bawang putih & 1 ulas bawang merah kecil
  • 5 sudu makan sos tiram
  • 10 tangkai cili api
  • 3 helai daun sadri & daun sup.
  • sesudu minyak makan

Cara-cara

  1. kerang direndam dengan asam keping selama 2 jam untuk memudahkan segala kotoran tanggal.toskan dan cuci sampai besih.Rebus skit kerang.
  2. tumbuk lumat bawang putih, merah dan lada cili.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing.Masukkan sos tiram dan kacau hingga sebati.
  4. Masukkan kerang, biar rempah melekat dan sebati.tiutup api dan taburkan daun bawang dan sadri.
Agak murah Chik mi dapat kepah tu rm6/kg,selalunya kena order dulu baru ada ,ni dah rezekikan saja je tanya dia kata ada lebih 1kg.Husband kakak ni yang cari kepah ni kat tengah laut ,dia cakap kalau buat tomyam pun mabeles,tak pa kak next time ai order lagi ok kita tomyamkan pulak kepah tu.
Pandanglah lihat lah isi kepah yang penuh tu!! geramnya ,ni chik mi dapat memang yg besar-besar.

Tuesday, September 18, 2012

Cake Pops

Assalamualaikum,baca betul-betul ye terutamanya Ijah  peminat tegar apa-apa pasal KOREA ni bukan Kpop tau ,tapi cake pops ekekekekek ijah sori mori sebenaqnya akak jeles sebab tengok kek lapismu itu cun melecun:)
Plan dah lamaaaa sangat nak buat ,tapi asyik tertangguh je mula-mula tak jumpa cari lollipop stick tu dah kirim dengan kawan ni tapi cik mahamood tak mai-mai jugak.Buat ni pun sebab kek coklat yang chik mi hari tu terbantat ,ilang mood terus esok paginya tetiba dapat ilham dari di tong sampahkan kek tu baik buat cake pops kan.
Guna bahan-bahan yang ada kat dapur je ,kisaran badam dengan kacang tanah.
Yang ni untuk along sebab muka dah berjerawat so dia letak sikit je kacang,takuttt spotlight katanya

Sumber : Chik Mi
Kek Coklat @ Kek Span
sedikit butter
creamcheese
kekacang /gula warna warni
lollipop stick
coklat untuk salutan~double boilkan sehingga cair


Tiada sukatan ,chik mi hanya hancurkan kek coklat tu guna food processor,kemdian campurkan dengan creamcheese dengan butter sehingga boleh dikepal.
Selepas dibulatkan susun dalam tray s,masukkan dalam freezer sehingga keras,kemudian celup lollipop stick ke dalam melted coklat kemudian cucuk ke kek yang telah keras tadi,celup kedalam melted coklat dan golekkanke dalam kekacang tersebut.
Tarrraaaa siap ,bukan budak aje yang teruja ,mak budak pun suka ,selamat sebijik kek .


Thursday, September 13, 2012

Kuah Kacang Berdaging

Kuah kacang ni chik mi kawankan dengan lontong daun hari tu,first time buat kuah kacang versi berdaging ni ,selalunya kalau MIL yang buat selalunya versi udang ,tapi chik mi pernah merasa yang versi daging ni arwah mak nyang(al fatihah) memang kuah kacangnya versi ada daging . Versi MIL pulak ada udang sedap jugak terasa manis udangnya tu.
Kuah kacang yang best kena seimbang manis dan pedasnya,thanks to kawan chik mi fidah yang kongsikan resepi  ibunya ni tapi chik mi olahkan sikit dengan meletak ketulan daging yang didadukan.

Resepi Kuah Kacang Berdaging.
Sumber :Chik Mi
Daging ~ Didadukan kemudian di rebus sehingga empuk
Kacang tanah yang di sangai dan diblend 
Rempah 4 sekawan ~ KKM ,bg lawang,bg cengkih ,buah pelaga 
Cili Kering ~ digoreng dalam minyak panas*
Bawang merah*
Bawang putih*
Serai *~lagi banyak lagi sedap
Lengkuas *
Gula putih
Sedikit gula merah 
Kerisek
Asam keping
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
*bahan bertanda diblend sehingga halus
 
Cara-cara
Rebus daging sehingga empuk ketepikan ,tumis rempah 4 sekawan sehingga wangi,masukkan bahan yang telah diblend tumis sehingga naik bau dan garing masukkan daging kacau sebentar masukkan air rebusan daging,kemudian masukkan kacang tanah masak secara perlahan-lahan ,kemudian masukkan asam keping dengan kerisek ,jika terlalu pekat tambahkan sedikit air masukkan gula dan garam secukup rasa,masak sehingga pecah minyak bolehlah dihidangkan.

Tuesday, September 11, 2012

Lontong Daun a.k.a Ketupat Nasi

Assalamualaikum,semoga anak-anak yang menghadapi peperiksaan UPSR dapat menjawap dengan tenang.Kali ni bereksperiment dengan lontong daun dengan menggunakan periuk pressure cooker,hari raya hari tu chik mi tak buat lontong daun sebabnya kalau kat rumah Chik Mi menunya mesti nak ketupat pulut jugak,heheheh DH memang nak nasi impit tapi sebab rumah MIL memang dah ada nasi impit.
 
Dulu dah pernah buat tapi tak jadi salah sendiri silap baca resepi ngeh ngeh ngeh. Anak-anak komen lebih suka lontong daun dari ketupat segera tu .
Request dari along sebab ibu dah lamaaaaa tak masak nasi impit,psstttt Chik Mi tak makan ketupat segera yang dalam plastik tu ,entah mengapa tekak  mengada-ngada ni tak boleh nak terima.
Resepi boleh rujuk kat  sini Thanks Che Iza akhirnya jadi jugak Chik Mi.Chik mi ikut sukatan yang Chik mi buat ya.
Lontong Daun 
Sumber : Chik mi
2 cawan beras biasa  ~dibasuh bersih dan ditoskan sehingga kering
Daun pisang ~ seeloknya gunakan daun pisang batu dilayukan untuk menggelakkan dr pecah masa proses membuat kelonsong
garam secubit rasa
caranya :
Daun pisang dilayukan ,kemudian  di buat bentuk selinder,stapler atau di ikat di bahagian bawahnya,untuk daun pisang batu ni kena guna stapler yang besar sebab daunnya tebal dan agak liat,kalau stapler biasa takut tak makan.
masukkan beras kedalam kelonsong daun pisang ,agak-agak separuh dari kelonsong kemudian boleh di stapler di bahagian atas yang satu lagi.
Rebus menggunakan pressure cooker,kalau pressure cooker Chik mi tunggu sehingga 5-6 kali desir dah boleh tutup.masukkan garam ke dalam air rebusan biar kelonsongnya tenggelam .


Saturday, September 8, 2012

Kek Lapis Blueberry Cheese

Pertama kali melapis,akhirnya sampai jugak seru nak melapis,dedulu kalau tengok aje resepi kek lapis mesti tengok aje gambarnya ,sekarang katakan TIDAKKKK,suka suka melapis tak mood nak melapis tak mai2 camne tu .Ni chik mi buat bulan Julai hari tu kebetulan kelas kek lapis yang chik mi join tu nak buat majlis sambutan ramadhan so cikgu suka-suka je nak buat pertandingan.
Alhamdulillah dapat tempat kedua ,sebabnya yang tempat pertama tu dia buat corak kat tengah so juri terpaksa bagi kat dia walaupun kek tu agak lembik .
Tengok ler lapisannya tu tak sekata dan terlalu padat sebabnya i tekan dengan sungguh hati u ,heheh dah ler tak de penekan kek lapis ku tekan dengan belakang gelas muahhhaa terburai rahsia .
walau pun ropamu tak cun tapi ghasemu sungguh sedappppp ai tell u !!
Nak kena praktis lagi ni ,tapi cik mahamood tak muncul-muncul camno tu 
resepinya chik mi ambil dari blog Bro Rozzan.

Wednesday, September 5, 2012

Keluarga Iskandar

Pernah tengok cerita Keluarga Iskandar?Chik mi tengok masa cuti hari kemerdekaan baru-baru ni siaran ulangan.Episod yang chik mi tonton baru ni kisah mak jah yang selalu update status kat Fb ,kelazzzz mak jah hehehe bila anak-anak tak basuh pinggan lepas makan pun dia update heheheh chik mi cakap kat along n angah nak ke ibu update status bila korang malas buat kerja rumah?? Dua-dua orang menjerit ibuuuuuuu jangan lah jadi mak jah tu hehehehe saja je nak usik budak tu.Anak yg kecik sekali tak mau add friend pun dia update ,pastu satu keluarga jadi haru bila anak-anak asyik mengupdate antara satu sama lain siapa yang mak maksudkan tu ,best citer ni reality kehidupan kita seharian .

APA KATA SURVEY 
dulu adakan rancang kat TV,ingat-ingat lupa ceritanya camna 
sebenarnya nak tanya kat korang la ,kalau kita diminta untuk memberi pendapat pada satu produk tu ,katalah cookies yang orang tu buat korang nak orang yang bagi pendapat tu secara JUJUR atau NAK JAGA HATI ?As for me memanglah kalau kita tanya orang tu nak nak answer yang jujurkan ,jeng jeng jeng saspen sikit,ni terjadi pada chik mi ,bila chik mi bagi answer yg jujur terus orang tu SENTAP ai tell u,sebelum ni dah pernah kena banyak kali dah tapi malas nak ambik pot,apa perasaan korang ye kalau orang yg terlalu sentimental ni ???Rimas dak? Tak jawap SMS Sentap hoohoho tak dak kerja ke asyik nak settle masalah orang je dan kena jaga hati orang je ?HATI KITA SAPA YANG JAGA?????
Rapuhnya ikatan sebuah persahabatan,chik mi kenal ngan R ni melalui alam maya ,pastu ajak gader-gader sanggup tunggu tepi ofc lagi sampai terlena-lena sebab chik mi hanya boleh keluar after market over ,bila dah jumpa dari alam maya ke alam realiti kita ni anggap sebagai orang yg dah berumur ni kakaklahkan tapi makin lama makin ku rasa something wrong dengan dia ni ,sanggup ke selatan tanah air semata-mata nak jumpa teman alam maya,sanggup makan tidoq kat umah orang tu lagi tapi bila ada yang tak kena silatulrahim  yang terjalin tu diputuskan ditengah jalan.Dan chik mi juga tak sangka ada orang yang sanggup jadi Penunu Bunsen (tau dak apa itu penunu bunsen ni ) kalau dah keroh tu tak yah lah nak tambah api lagi .
Bila dipikirkan balik mungkin rang-orang yg berumur ni nak perhatian kut ,kisah mak jah n R ni macam sama je sunyi @ memang nak kan kasih sayang 

Tuesday, September 4, 2012

8th GiveAway (GA)

Assalamualaikum jom ramai-ramai kita sertai GA yang Umiyumi buat ni ,Chik mi pernah menang 1st GA yang umi buat dulu disini,kali ni hadiahnya lumayan ,kuali / wok brand tefal ,sukaaaaanya ,murah rezeki umi .jom kita tengok kuali tefal yang comei tu sambei kita verangan ragan :) 

Jom pakat ramai-ramai kita join jommmm