Friday, August 21, 2009

Lagi Dan Lagi

Salam,Orang memberi kita menerimakan so ari ni angkut guna trailer panjang la pulak(knor pinjam ayat akak jgn mare ye).Terima kasih semua atas tanda ingatan.Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu makna buat kita semua

Dari Wawa
Dari ijah Comei
Dari Ieda Kuwait yg Dalam Pantang
Dari my sifu Knor
Dari Lyana yg baru ku kenali
Dari Makyung Hana

Dari kak Ita
Dari hasue
Dari Cikwan
Dari Ijan

Thursday, August 20, 2009

Ramadhan Al-Mubarak Datang Lagi


Di kesempatan ini Chik mi ingin memohon seribu kemaafan sekiranya ada terkasar bahasa n terguris hati sepanjang persahabatan kita ini.


Kepada semua sila la ambik kad diatas ni ikhlas dari Chik mi buat semua

Hari Mengangkut Kad Ramadhan

Salam semua lama chik duk menghilang yer,sebenarnya tak hilang pun cuma nak hapdet umah ni sikit malas la,terima kasih kepada semua yg masih sudi berkunjung ke umah chik mi walaupun tak de hidangan atau pun air buat membasah tekak.Jom ari ni chik mi nak bawak lori p angkut kad2 dari semua.Terima Kasih bebanyak ,Salam sayang buat semua

Kad dari kak mizan lagi sayang akak

Dua-dua kad ni dari As yang jauh di Nz sana,thanks dear
Yang ni pulak dr Seberang Tambak Ayu,Tq dear,
Ini pulak dari Suzi yg berade nun di Adelaide sana,thanks dear.

Ni pulak dari Anawahid yg duk kat Batu Pahat nun,thanks dear,
Semoga persahabatan kita berkekalan yer tq


Sunday, August 16, 2009

Award dr kak Mizan

Salam ,ari ni baru berkesempatan nak menempek awards dr Kak Mizan ni,dah lama bawak lori p Paka nun tapi tak sempat nak menempeknye.Thanks ye Kak Mizan semoga persahabatan kita di alam maya ni berkekalan hendaknya....

Kepada semua pengunjung teratak qasehmu-abadi ni sudi2 kan lah mengambil dan gantung kat umah sendiri yer.Terima kasih

Friday, August 14, 2009

Daging Merah Ala Thai


Ni lauk tengahri kemarin,penyakit M nak menyapu sawang semakin menjadi2 ,hahhaha selepas ni tak yah lagi beli daging masak merah ni kat restoran Bangkok Tomyam,acik dah terra buat .....Komen si along ibu lagi sedap la dr kat Bangkok Tomyam,tpkan kalau ade tomyam sekali lagiiii sedap,apa2 lah along,ibu masak apa yg ade kat esbok tu aje....
Resepi ni CnP dari Myr.Thanks Jeezy kongsi Rcp ni

bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat
  • 1 sudu besar cili giling
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit sos ikan (thailand mari)
  • Sedikit sos tomato
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)

Cara-cara

  1. Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya.
  2. Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
  3. Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.
  4. Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
  5. Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
  6. Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
  7. Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi biar lawo sket.