Thursday, December 31, 2009

New Year Card

Salam ,tinggal beberapa jam lagi kita akan melangkah ke tahun 2010,semoga tahun baru ini kita diberkati selalu.Kad tahun baru dari emi ,Thanks emi semoga ukhwah kita berpanjangan...Amin


Wednesday, December 30, 2009

Pau

Breakfast anak2 kat umah semalam,mmg dah lama teringin nak buat pau tapi kemalasan mengatasi segalanya.Last week on the way balik dr ofc suruh my hubby singgah kat kedai baking sat,ambik tepung pau yg ready mix,since red bean paste mmg ade kat esbok so operasi pun cepat je la.Uli menguli serahkan ke cik assistant (BMku itu) hihihi sebenarnya hubby dah cakap lama cik BM tak mengodek ye.

Along & angah cakap sedap cuma red bean tu manis sikit,so next time kena buat filling yg pedas pulak.

Tak de rsp sbbnya semuanya ready mix & ready made.


Tuesday, December 29, 2009

Mini Fruits Tart

Salam,projek ari ahad yg lepas,tart shellnya belen blueberry cistat aritu simpan dlm airtight kontena so still crispy lagi.Buatnya macam charlie chaplin sbbnya nak p tgk mak lagi pastu ade appointment ngan anak2 sedara lagi,penat woo semua nak kena settle.Dlm petiais hanya ade
stoberi ngan grape je so bubuh tu je la.Buat chaq buat jgn tak buat,acuan kan dah ade tu.

Buat ni sbbnya dah janji nak bagi my niece yg duk pantang tu makan,since dah nak lepas pantang ku buat ler,bila dia nmpk je fruit tart ni dia tny chik boleh ke makan,jwpan standard ler makan ler kalau sakit sendiri tanggung,muahhahaha jahatnya chik kesayangan ni kan chaq kan!

Tart ni cumei je so dua kali gigit pinish,nampak ler sopan sikitkan kalau gigit 2 kali.
Untuk pastry chik guna rcp ni
Sumber : Alex Goh

SWEET PASTRY

*Berat pastri yang terhasil lebih kurang 780 g.

Bahan A

200 g mentega

100 g gula aising-chik mi bubuh 68g je

1/4 sudu teh esen vanilla

Bahan B

1 biji telur

Bahan C

420 g tepung

1 sudu besar tepung susu

Cara-cara

1. Putar (A) hingga lembut dan tambahkan (B). Putar lagi hingga gebu.

2. Masukkan (C) dan gaul sehingga sempurna.

* Tat akan bewarna keemasan dan rangup jika dibakar di rak bawah ketuhar (lebih kurang 1/2 inci dari bahagian bawah ketuhar.
Untuk custardnya chik ikut rcp ni.Resepi asal boleh juga tgk kat sini
  • BAHAN2 KRIM PASTRY:-
  • 300 ml susu segar
  • 3 biji kuning telur
  • 50 g gula halus~ chik guna 40gm
  • 20 g tepung gandum*
  • 20 g tepung jagung*(*disatukan dan diayak)
  • 1 camca teh esen vanilla dan 2 camca besar mentega atau marjerin
  • BAHAN2 LAIN:-
  • Coklat cair secukupnya
  • Buah2an segar (ikut kegemaran masing2)
  • Jem aprikot atau piping jelly (kalau suka) ~tak letak

Monday, December 28, 2009

Kari Kepala Ikan

Menu lunch semalam,request by my hubby nak makan kari kepala ikan,aritu chik p pasar malam dgn my sis Maklang so nmpk kepala ikan nyok2,pastu tny ngan my sis sedap ke kalau kepala ikan tu buat gulai,reply my sis arwah ayah suke ikan tu sedap isinya lemak,so chik ambik ler sebijik rm 7.50,saja je nak suruh my hubby try tup2 dia tersuke la pulak so nnti boleh ler beli lagi.Ni kalau kat restoran mamak ni berapa ringgit ler gamaknya diorang charge ye.Chik mmg jarang makan kat luar so tak tahu ler reganya camne.

Resepi kari kepala ikan my style buat rujukan anak2 ngan my nieces (kak Chaq n Acik) yg duk jadi silent reader tu.
~Me my style Kari Kepala Ikan~
Bahan Tumis
Bwg merah*
Bwg putih*
*dihiris
Halba campur
Daun kari

Rempah Kari selalunya chik guna cap Babas**
Air Asam jawa~pekat**
Santan pekat **~sllnya chik guna dlm 100ml (chik sllnya guna santan frozen)kes malas nak beli selalu so mmg buat stok
garam**
** Rempah di bancuh dgn air panas dijadikan pes kemudian masukkan santan & garam
Air

Bahan sampingan
Bendi / terung
Cabai muda
Tomato buah

Cara-cara
Tumiskan bahan2 tumis sehingga naik bau,kemudian masukkan campuran rempah tadi,kena kacau selalu takut nnti hangit,masak sehingga garing dan hilang bau rempahnya.Setelah garing masukkan sedikit air ,jgn masukkan terlalu banyak air nnti cair tak sedap,biarkan mendidih sebentar,masukkan ikan @ kepala ikan bersama tomato buah,biarkan mendidih lagi apabila dah mengelegak masukkan pula bendi/terung.Apabila bendi agak lembut masukkan cabai muda yg dibelah di bahagian bawahnya.Masak sebentar ,bolehlah ditutup api jika suka taburkan daun bawang yg potong,tarraaaa siap utk dingap.


Keledek Goreng

Salam ,huhuhuu keledek goreng punnak enterprem kat sini jugak ke?tak pe la kan umah kite apa2 kite boleh aje letak.Breakfast semalam,keledek import dr Teluk Intan lagi,Batter still guna rcp yg sama dengan cempedak aritu cuma tambah kan bijan skit.

Friday, December 25, 2009

Laksa

Ari ni malas nak masak nasi so chik buat laksa je,ikan sardin aka selayang aka curut dah ade kat esbok so cepat ler nak membuatnya.Tadi keluar kejap ke market beli laksa basah dengan ulamannya,pastu merayap jap ngan hubby dan Sabrina ke Giant,hajat di hati nak beli stoberi je tup2 lama la pulak,balik umah dah pukul 11.30 so cepat2 masuk dapur buat kuah laksa.

Ulaman2,chik mi paling suke kalau laksa letak nenas dengan pudina.Pernah Chik makan laksa kat Padang kota (sebelah ofc je satu2 laksa yg chik makan) Zul tuan punya gerai tu cakap chik mi mmg orang Penang jati sebabnya kalau org Kedah tak makan laksa ngan daun colgate tu.Chik cakap mmg arwah ayah chik dulu berniaga laksa dan antara pelanggannya adalah chinese.

Gambaq blur sbbnya tangan ketaqperut dah lapaq hahahaha alasan kan




Thursday, December 24, 2009

Nasi Lemak Pandan Versi Kukus

Salam,ni ler menu breakfast anak2 kat umah cum ibu punya lunch kat ofc,sebenarnya ari sabtu tu dah buat nasi lemak cuma bukan versi ijo utk bekalan ke water theme park tp mungkin anak2 makan tak puas,so chik buat pulak versi ijo.Anak2 kalau ngan nasi lemak mmg depanye pebret makan ulang2 sampai habis,so ibu kalau nak buat nasi mmg kena buat lebih le.

N & The geng yg tak cukup korum sbbnya ikan bilis lupa nak masuk,

Chik lebih suke masak nasik lemak stail kukus,sesape yg nak tengok pengukus nasi lemak tu boleh tengok disini.so masa rendam beras malam tadi chik masukkan sekali pandan paste + pewarna hijau.
Resepi yang chik selalu guna,ambik dr Myr.Thanks tuan punya rcp chik CnP kat sini senang nnti nak buat rujukan di masa hadapan.

Nasi Lemak Kukus ~ By Noya

Bahan-bahan ( 4 @ 5 org )
  • 5 cawan beras
  • 2 biji pati santan~ chik hanya gunakan 100ml pati santan
  • 3 helai daun pandan
  • Garam secukup rasa
  • Halia*
  • Halba*
  • Bawang Merah + Bwg Putih*
  • * Bahan-bahan ni Chik tambah sendiri

Cara-cara

  1. Didihkan air dalam pengukus. Basuh beras dan kukus dalam pengukus selama 20 minit atau beras separuh masak. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sekurang-kurangnya 3-4 jam supaya beras memanjang 2 kali ganda.~Chik rendam semalaman.
  2. Tukar air selalu jika perlu penyejukan lebih cepat. Setelah itu, kukus semula beras yang telah memanjang tadi hingga masak atau lebih kurang 15 minit. Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk dalam beras. Akhir sekali, kukus lagi sekali bersama daun pandan hingga nasi kelihatan berderai, cantik dan santan yang terserap tadi masak.
  3. Tambahan: Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak serata. Sekiranya hendak makan pada pagi, kukus dan rendam pada waktu malam sebelum. Lebih lama rendam, lebih panjang beras. Nasi lemak kukus ini lebih sedap dari yang ditanak biasa dan lebih untung kerana tiada kerak.


Wednesday, December 23, 2009

Cempedak Goreng

Salam,arini mula ler kerja,boringnya dah ujung2 tahun ni mula le ofc sunyi sepi,goreng cempedak pagi tadi utk bawak ke ofc makan nga kenkawan.Cempedak ni import dr Kampung Selabak Teluk Intan nun,sedap ler isinya wangi je,sebenarnya cempedak ni spesis yg lain dr cempedak besa tu,kulitnya nipis je isinya pulak wangi ,bila ofcmate chik makan adee yg kate uiksss terase kecempedakannya kihkihkih mmg lain.

Ni ler ghupa buahnya tak besaq mana tapi isinya penuh n kulitnya nipis je.Amik kat umah makcik hubby.

Ni resepi utk batternya,senang utk anak2 buat rujukan pada masa depan.

Bahan-bahannya
Tepung gandum
Tepung beras
tepung jagung
Double action baking powder
Garam
Cara-cara
Campur kesemua bahan diatas bancuh dengan air ,bancuhan agak2 ye tak terlalu cair atau pekat.
Anak2 chik suka tepung gorengan yg ranggup,so chik dah cuba bermacam2 resepi akhirnya yg ni menjadi pujaan hatiku.




Tuesday, December 22, 2009

Pancake

Salam,ni menu ari jumaat lepas so mmg udah pinish ler,wow siap warning lagi hihihi,sibuk sikit settlekan hal persekolahan anak2 ,maklomlah kan sekolah nak bukakkan..

Buat nipis2 baru naik bubble,nampak macam lempeng pulakkan,ni pun lempeng omputis kan.

Anak2nye pebret nak makan ngan hersheys syrup

Kali ni chik guna resepi yg diCnP dari umah knor yg duk cuti2 mesia tu:>).Kak sy CnP kat sini ye utk buat rujukan dimasa hadapan.

PANCAKE by Hajar
(yg K.Nor buat ni 2 adunan)

6 sudu besar butter ~ dicairkan
2 bj telur
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
2 sudu teh baking powder
2 sudu besar gula castor
2 cawan susu segar
2 sudu besar jus lemon ~ optional
secubit garam

Campurkan kesemua bahan dan blend hingga sebati.
Biarkan sebentar dlm 10 minit.
Masak pancake spt biasa hingga habis.
Hidangkan panas2.


Friday, December 18, 2009

Pinggan Lagi

Salam ,Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431H, hari rabu aritu,on the way balik dr ofc chik minta ofcmate chik drop chik kat PISA sebabnya nak p skodeng pinggan putih lagiiiii kat Metrojaya Warehose Sale.Dah jadi peminat white porceline yg tegar nak buat camnekan...setengah orang minat ngan vantage tp fmily chik lebih kepada yg putih yg polos tu,so kalau nak mengankut kena tunggu time sale je lah kalau idak price dia mak aiii..

Sila abaikan ye meja yg bersepah tu...

mangkuk +piring + piring kecil tu >< Rm20 je,murahkan kalau idak sebijik piring tu je rm25.90.mangkuk tu rm32.90,mangkuk yg kecik tu rm12.90.


Ramekin ni mmg besar gedabak tau,boleh taruk kuah laksa ke kuah mee ke.Rasenya Hazila ade yg ni cik kak betoi dak? kalau ikutkan price sblm sale mmg tak ambik ler rm55.90 after less rm16++ ,dengan senyum simpul ku amik ler.yg ni p masa 2nd day.

Mase duk pilih benda ni jumpe ngan supplier dier,dia cakap xceli 50% tapi dah metro nak buat 70% so dia mark up skit price,tapiiiii huwa ku dah terbekenan nak buat cemana.

Thursday, December 17, 2009

Dip! Dip! Dip!

Salam,kat umah ni mmg suke ngan stoberi cekelat ni,hihihi ,masa p giant ari sabtu tu nampak satu benda yg membuatkan mataku bling* bling*.so kite pun ngan senyum simpulnya ambik ler benda tu.sonang baitu nak buat stoberi cekelat,pastu bila nak makan hanya dip dip dip je kan.Kalau ade yg berkenan mangkuk tu bolehla cari kat Giant Bayan Baru..Kak Watie mai la kita celup celup yg ni bukan nyonya yg buat tau:>)

Tengok ler masa nak buat cari tea light candle tak jumpe pulak so hubby chik guna lilin besa tu taruk dlm bekas daun pisang.

mula-mula kita buat cekelatnya dolu

Pastu kita petik pulak stoberi at ladang di Giant nun,best woo besaq2..buah dier

Tuesday, December 15, 2009

Acuan Roti Jala & The geng

Salam,buat sesape yg belum pernah tengok acuan roti jala yg chik gunakan,chik buat ulang tayang ye,sesape yg dah tengok tu buat2 ler tak tengok lagi ye hihihi,saje je nak kongsi bersama dgn semua.Kepada sesape yang nak cari botol mayo ni cube le ke kedai 100yen.Cuba lihat kat sini ni for the location ye.Cube le tengok kut2 ade kat sini ye.Buat kak Rosaliza ,chik harap ni dapat membantu akak.Buat Lyana try cari kat kedai tu ye.

Ni pulak nonstick pan made in Chennai yg chik beli dari Little India.Pan ni mmg best sebabnya mmg tak melekat langsung.Chik kalau buat ketayap mmg buat guna pan ni so kulitnya jadi sekata je.

Roti Jala~hasil Jalaan Along & Angah~

Salam,mari kita nyanyi jan2x jala itik jala ayam ......sendiri sambung ye,hasil jalaan anak2,chik buat utk bwk ke umah abg sbbnya abg yg KL baru balik dr Mekah so dia orang balik tengok mak yg kurang sihat.Tapi tak sempat nak makan sbbnya depa sibuk ngan urusan bila malam smpi kat umah Pak Jang roti jala udah pinish,sian depa tak pe nnti bila ke sana chik buatkan ye,chik buat banyak sekg tepung,tapi dah tak de rezekikan.Bila chik stop nak p solat along ngan angah take over,sorang menjala sorang lipat.Tengok ler bertapa tebalnya jalaan depa,sambil duk gelak2.,pastu lipat pun ade mcm2 pesen ,kejap kut belakang kejap kut depan tak pe la asalkan depa happykan.Saje je nak bg depa xperience turun kat dapo jgn asyik mengadp tv ngan pc je kan.. Along cakap ibu nnti masukkan dlm blog ye hasil kerja tangan along.



Chik cakap ngan along n angah nnti P Teh makan 2 keping je dah kenyang,hihihihi.Tengok tu ade yg terjelir lidahnya.
Update:
Selalunya chik guna rcp dr kak ummi,mintak izin ye kak cnp kat sini

Bahan-bahan ( 4 - 6 orang )

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1 bij telor
  • 1 sudu kecil garam halus
  • beberapa titik pewarna kuning

Bahan-bahan ( 4 - 6 orang )

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1 bij telor
  • 1 sudu kecil garam halus
  • beberapa titik pewarna kuning
  • Bahan Inti:-
  • 1 tin besar sardin (Ayam Brand) - buang sosnya
  • 1 labu bawang besar - dadu
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 2 sudu besar cili kisar
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Untuk Roti Jala - Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati. Perapkan selama 1/2 jam. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.
  2. Untuk Inti - Panaskan minyak, tumis aja lah bawang besar dan bawang putih hingga naik bau dan masukkan cili kisar. Masukkan air asam jawa dan sardin. Masak sebentar sambil dihancur-hancurkan isi sardin. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak biar agak pekat. Angkat dan sejukkan. Sediakan roti jala dan lipat sikit tepinya dan letakkan inti sardin tadi. Lipat pula tepi kiri dan kanan roti jala dan gulung seperti kuih dadar tu. Buat hingga habis.
  3. # chik selalunya selepas blend ditapis supaya acuannya tak tersumbat.

Sunday, December 13, 2009

Cucur Badak

Menu breakfast ari jumaat yg lepas,aritu nampak kat umah Leen,teringat ade serunding ikan katdalam peti sejuk,keledek oren mmg ade kat dapur tu,so balik kerja terus je stim keledek ,lepas maghrib start le membuat kuih ni.Kat umah ni ade yang tak makan kalau inti kelapa,so chik selalu guna inti ikan sedap..


Sejak jumpa resepi ni kat Myr mmg berbaloi sedap lembut je walaupun sejuk.Resepi dari Quinnie ni satu kelainan sebabnya ade campuran tepung ubi.Thanks Q ,chik konsi kat sini ye

Cucur Badak~by Quinnie

Bahan-bahan ( anggaran 16 biji )

  • 500 gm ubi keledek ( kalau color merah lagi sedap)
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kanji
  • bahan2 untuk inti
  • 1/3 biji kelapa parut
  • 1 btg serai
  • 2 sudu besar udang kering
  • 3 tangkai cili kering
  • sebiji bawang besar dan 2 ulas bawang putih
  • sedikit air asam jawa dan 1 sudu gula
  • garam secukupnya

Cara-cara

  1. rebus ubi sampai empuk, angkat dan tos kan, terus lecek2 kan ubi tu masa tengah panas
  2. lepas dah sejuk boleh letak tepung dan gaul2 rata.
  3. ambik sedikit doh dan buat bulat2, kemudian leperkan pada tapak tangan dan isi inti. lepas tu bulat2 kan kasi cantik.letak kueh yg dah siap atas dulang yg telah ditaburkan dengan tepung utk elak kan dia melekat bila diangkat nanti.
  4. selepas siap, goreng kueh dengan api sederhana. selalu balik2 kan kueh agar kueh masak sekata. bila kekuningan boleh lah diangkat.
  5. cara buat inti
  6. cili kering, bawang besar dan putih, udang kering, serai hendaklah dikisar halus.
  7. campurkan kelapa dengan bahan kisar, sedikit perahan air asam jawa, gula dan garam secukupnya. gaul sebati dan goreng dalam kuali tanpa minyak hingga inti masak.
  8. nota: jgn risau kalau doh tu rasa melekat2, takyah tambah tepung.memang doh tu akan melekat sikit masa kita nak bulat2kan kueh.
* Chik selalunya stimkan ubinya so kurang sikit masuk air ,dah sebelum membentuk kuih chik basahkan sedikit tangan dengan minyak utk menggelakan tepung melekat..


Friday, December 11, 2009

Caramel Popcorn

Salam,jom kita makan popcorn,chik mi buat malam tadi sebabnya anak2 nak tengok citer Geng Upin & Ipin ala2 macam kat TGV gitu,hihihii.Cuti sekolah ni makanan kena sedia ade sebabnya budak2 ni asyik kelaparan je.Dah lama tak buat popcorn,so malam tadi chik mi juai lakuuuu.
Ade jugak tak kena caramelnya tapi rase tetap maintain gitu,kena kurangkan gula beb.

jom kita tengok rcpnya.Rcpnya chik mi cnp dari Myr.Terima kasih aludra chik kongsi kat cni ye

Popcorn~by Aludra

Bahan-bahan ( Ikut suka.. )

  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak masak
  • jagung kering secukupnya
  • garam secukup rasa
  • Tambah Karamel [Optional]
  • 1 sudu mentega/margerin
  • 3 -5 sudu besar gula pasir (ikut suka/byk mana pop corn yg ada)
  • Tambah Coklat [Optional]
  • 60 - 80 gram coklat bar (ikut suka/byk mana pop corn yang ada)

Cara-cara

  1. Snv32180
    Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Api tu pulak, mula2 guna api kuat untuk panas kan minyak& butter dalam 2 minit lepas turun kan api sedikit.
  2. Snv32176
    Masukkan jagung menutupi dasar periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dgn minyak & butter yg dah cair tadi. Tutup periuk tadi.
  3. Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn. Pop Corn boleh dapat penuh satu periuk..
  4. Taburkan garam secukupnye..(kalau nak buat karamel tak payah tabur garam)
  5. Snv32181
    Ni rupa jagung kering tu..
  6. Untuk Karamel [Optional]
  7. Cairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar warna coklat. Matikan api dan masukkan popcorn dan gaul sekata cepat2. Hati2 sebab karamel tu panas boleh melecur kalau kena tangan yea.
  8. Untuk Coklat [Optional]
  9. Cairkan coklat guna double boiler. Tutup api dan gaulkan dgn pop corn yg dah disalut karamel. So ni jadi caramel popcorn bersalut coklat.