Wednesday, December 9, 2009

Blueberry Cheese Tart

Malam tadi sempat buat cheesenya,shell tartnya dah buat 2 minggu yg lepas,tapi bermacam2 yg terjadi so akhirnya malam tadi baru sempat tunaikan request angah.Sukeee walaupun tart shellnya disimpan dah 2 minggu tapi still rangup gitu.Kali ni chik mi guna resepi dari Rnet,sedap,cuma feed back dr ofcmate kata next time kena taruk perahan lemon skit kasi masam2 sikit.

Walaupun ghupamu tak lawa tetapi tetap menjadi pojaan hatiku kih kih kih

Saje je nak tempek gambaq banyak2 walaupun tak cun !!!!

Sumber : Alex Goh

SWEET PASTRY

*Berat pastri yang terhasil lebih kurang 780 g.

Bahan A

200 g mentega

100 g gula aising-chik mi bubuh 68g je

1/4 sudu teh esen vanilla

Bahan B

1 biji telur

Bahan C

420 g tepung

1 sudu besar tepung susu

Cara-cara

1. Putar (A) hingga lembut dan tambahkan (B). Putar lagi hingga gebu.

2. Masukkan (C) dan gaul sehingga sempurna.

* Tat akan bewarna keemasan dan rangup jika dibakar di rak bawah ketuhar (lebih kurang 1/2 inci dari bahagian bawah ketuhar.

BLUEBERRY CHEESE TARTS

Bahan-bahan

300 g Sweet Pastry

Filling

Bahan A

250 g cream cheese

50 g gula- chik mi bubuh 35g

25 g mentega

Bahan B

1 biji telur

Bahan C

25 g whipping cream - tak bubuh pun

Bahan D

20 g tepung

Blueberry filling

Cara-cara

1. Tekankan pastri manis ke dalam acuan tat. Tusukkan lubang di kulit pastri dan bakar pada suhu 190 darjah Celcius selama 15 minit atau sehingga kuning perang. Ketepikan.

2. Inti : Pukul (A) sehingga licin dan gebu. Masukkan (B) dan pukul hingga sebati. Tambahkan (C) dan sebatikan hingga sempurna. Campurkan (D) dan ratakan dengan sempurna.

3. Tuangkan inti keju ke dalam kulit pastri yang telah dibakar tadi. Bubuhkan sedikit jem beri biru di permukaan atas dan bentukkan corak olakan.

4. Bakar pada suhu 200 darjah Celcius selama 10-12 minit.

Nota :-

* Jika inti keju dibakar terlalu lama, permukaannya akan menjadi retak.

* Untuk menjadikan permukaan atas tat lebih menarik, sapukan apricot glaze supaya ia kelihatan berkilat. (Apricot glaze + sedikit air dan panaskan di atas dalam periuk kecil di atas dapur hingga campuran tersebut cair)

* Strain (tapis) blueberry filling tersebut supaya filling tersebut dapat keluar dengan lancar sekiranya menggunakan piping bag ketika menghias. (Ini terkena batang hidung sendiri hari tu, bila nak pipe buat bentuk spider web tak jadi sebab tersumbat-sumbat dan berbiji-biji)




9 comments:

  1. salam mimi...sedapnya blueberry cheese tart...saya pernah wat sekali..memang sedap.

    ReplyDelete
  2. nak sikitttt!!!! ain n anak2 suka bberry cis tat ni!!!

    ReplyDelete
  3. Pandainya buat. Bukak le kedai roti. Kalau kita datang kasi diskaun yeer.

    ReplyDelete
  4. cistat neh memang best..kite suke sangat tp tk pernah buat sendirik ;)psst, daging goreng kunyit tu cedappnye chikmi... rasa nk ratah2 jer.

    ReplyDelete
  5. Mimi...nak sikit..anak2 akak suka kek lagi dari tart....tak cantik kat mana lagi Mimi ooi..Akak nampak seksi gila dah cis tat mu itu!!!!

    ReplyDelete
  6. wau Mimi..boleh buka bakerylah Mimi...nampak mcm susah je nak buat tart tu ...cayaaa...lah..:) kita pun ada beli buku alice Goh tu...cake...pernah cuba chez kek je......

    ReplyDelete
  7. sedapnya cistat!!!!! nak semangkuk....!!!!

    ReplyDelete
  8. teringin nk try...
    tp takut x jd laaa..

    ReplyDelete
  9. >ima sedapkan cistat tu
    >Ain meh la ain kita makan sesama
    >Kak gerau hahahaha lawak lah akak ni
    >Ijan mmg bestkan ,ambik ler ijan buat ratah2
    hihihi
    >k watie sekse ye kak hihihi meh la kita makan sesama
    >Tinta cube la tinta tak susah mana yg pasti best
    >k ita boleh aje kak nnti sy pos ye
    >Ina try ina jgn tak try

    ReplyDelete

Reply