Tuesday, March 31, 2009

Nasi Lemak vs Sambal Sotong


Menu malam tadi gambar blur gak sebab laparrrr......hahahaha

Sambal sotong kembang resepi dak Ana bini Wahid besttt.Thanks Ana
Resepinye kat sini yer

Aiskrim Kacang Merah


Jom kita makan eskrim kacang merah ditengahari yg panas ni.Resepinye kat sini yer.So yummyy

Monday, March 30, 2009

Chicken Teriyaki n Nasi Ayam


Menu semalam Nasi ayam Sabrina masih demam lagi so kena pikir benda2 yg nak bg dia makan..

Nasi Ayam resepi dr The star..nnti chik mi tempek kat sini


Sup

Tarra chicken teriyaki ni dah plan lammma sangat nak buat.memang berbaloi buat sebab anak2 ngan cik hubby sukeeee sangat.Angah siap cakap 'Ibu lain kali kalau buat nasik ayam kena gu ngan ayam ni tau tak mau ayam lain..Resepinye kat sini yer.

Tauhu Kukus n Sup Sayur


Menu ari sabtu ari tu.Chik Mi masak menda yang paling simple sebab Sabrina kena demam panas so asyik nak berkepit ngan ibu ajer.....

Masak sup sayur ni sbb plan nak bagi dia makan nasi..Bila cakap ade nasik sup so dia makan ler 2-3 mulut kalau idak mmg x mboh makan langsung asyik minum air putih ajer,sian sungguh tengok die

Saturday, March 28, 2009

Surprise


Hepi birthday kak CT,Ari khamis semalam kak ct ade beritahu chik mi,katanya nak belanja makan kat semua orang dalam department makan.So si amoi Poh Lang tu pun plan ngan Ani suruh kak ct order pandan layer tapi depa tak kabarkan ke kak ct sebenarnye nak surprisekan dia.Tengoklah muka kak ct yg terkejut bila Poh lang keluarkan kek tu untuk dia....


Nasi dagang yg kakct belanja kita orang sooooooo yummmmy!Tima kasih kak lain kali belanja lagi hehehehe



Muka2 yg hepi dapat makan pree....Ade 2 jejaka tak de dlm gambar sbb p sembahyang jumaat.


Pandan layer yg soooo yummmyyyy






Wednesday, March 25, 2009

Sardine Roll


Lepas buat home made sardine tu kita bekpes la pulak dengan sardine roll.Roti tu chik mi tak gelek chik mi guna mesin buat mee ajer sonang citer.Along n angah bawak bekal p sekolah.

Ikan Goreng Berempah


Dinner malam tadi chik mi buat ikan ni,selalunyer goreng ikan guna garam n kunyit ajer,semenjak jumpa resepi ni selalunyer chik mi buat cara ni pulak.Pesnyer chik mi tumbuk banyak2 pastu masukkan dalam esbok bila nak guna just lumur ajer kat ikan tu,Tp chik mi ade tambah cili blend n asam jawa.Thanks Hana sudi kongsi resepinyer.Chik mi cNp kat sini yer..

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 4 ekor ikan - apa2 ikan yang sesuai dgoreng
  • 5cm kunyit hidup
  • 6 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • sebatang serai - *optional
  • garam
  • Cili Blend *
  • Asam Jawa*
  • * Chik Mi tambah sendiri

Cara-cara

  1. Siang ikan cuci bersih. kelar bahagian badan tak putus.
  2. Tumbuk kunyit hidup,bawang putih,halia,serai dan juga garam hingga agak2 lumat.
  3. Gaulkan ngan ikan tadi. perap lebih kurang sejam atau lebih.
  4. Goreng dengan minyak yang panas hingga garing tapi jgn smpi geseng@hangus!. angkat. lebihan rempah2 td jgn buang. toskan dan taburkan ke atas ikan.
  5. Sedap makan ngan nasi putih panas.
  6. SeLaMaT MenCubE
Ikan ni sedap jugak kalau makan dengan sambal kicap tapi sebab vit M menyerang malas nak buat cuma buatkan tumis air sawi ajer.
Layannnn

Tuesday, March 24, 2009

Samosa


Bekpes chik mi sekeluarga pagi ni ,lepas masak sardine tu chik mi uli pulak pastry samosa ni.intinyer wat kheema ari tu ade lebih so chik mi frozenkan,sonang citer.Pastry samosa ni chik mi ambik kat Myr nun,Thanks azareena kerna kongsi resepi.Nak resepinyer kat sini

Home made sardine


Masa jenjalan kat blog Mat Gebu nampak Mat buat sardine sendiri.Best ni nak cuba sebab dalam esbok kat umah tu ade ikan selayang tp tak tau nak masak apa.Yes menjadik mmg sebijik rase macam yg dalam tin punyela.Sebenarnya chik mi kurenng makan sardin ni sbb tak tahan baunyer yg hanyir tu,selalu masak untuk cik hb ajer.Sardine ni tak ade bau hanyir,memang lepas ni tak pandang dah sardine yg kat dalam tin tu,hehehe sorilah yer tokey2 sardin..
Chik mi cNp kat sini yer resepinya.Mat terima kasih sebab kongsi resepinyer

BAHAN-BAHANNYA :-)
700 g ikan tuna-Chik mi guna ikan selayang aje
1/2 cawan tomato puree
1/2 cawan minyak masak
25 g bawang putih*
80 g bawang merah*
20 g halia*(dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa
2 1/2 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tuna dibersihkan, potong sederhana besar, buang kepalanya. Perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
  2. Dalam periuk tekanan, panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, masukkan tomato puree dan masak hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
  3. Bila mendidih, masukkan ikan tadi, kacau rata dan tutup periuk tekanan. Pasangkan injapnya dan bila periuk mengeluarkan wap dan bunyi "berdesir", kecilkan api dan biar masak perlahan selama 1 jam (ikut cara guna pada periuk tekanan masing2)...
  4. Cukup waktu, bawa periuk tadi dalam sinki dan alirkan air paip atasnya sehingga wap dalam periuk habis, buka tudungnya dan periksa keadaan ikan, selalunya pada masa ini ikan masih kekal dalam bentuk asal, tapi tulang2nya menjadi lembut seperti sardine dalam tin.
  5. Boleh lah dimasak mengikut kreativiti masing2. Nak buat sandwich pun boleh, nak cicah dengan roti pun boleh..atau goreng macam kita masak sardine biasa.

Monday, March 23, 2009

2 in 1


Tengahari semalam tetiba ajer ade skit rajin nak menguli,menyenangkan last week dah beli bread flour so teringin la pulak nak buat donut,Chik mi amik resepi ni kat Myr resepi Hasue,anak2 sukee donut ni sbb gebussss.Resepinye kat sini.
Chik mi teringat kat Nor yg buat 1 inti 3 kuih tuu.so chik mi pun buat la burger malaysia pulak sebb lunch td masak sambal ikan bilis.Thanks Nor for the idea..

Saturday, March 21, 2009

Homemade Bawang Goreng


Tetiba ajer teringin nak buat bawang goreng sendiri,chik mi mmg tak beli yg ready made tu sebab dah dengar 2-3 kes yg mengatakan depa campur ngan straw minuman utk membuatkan bawang ni ranggup.Masa duk belek2 resepi kat Myr tu ternampak ade yg nak kongsi resepi bawang goreng ni,so apa lagi chik mi pun nak try buat dan hasilnyer tarrraaa bawang goreng yg ranggup seperti yg ready made tu..
Tima kasih Fieda hafeez konsi resepi ni yer.Chik mi cNp kat sini yer
Bahan-bahannye:
10biji bwg besar di potong nipis2 -chik mi guna bawang merah + 3 ulas bawang putih
1cwn tepung gandum -chik mi + tepung jagung sikit
1 sudu teh garam halus
Cara-cara
gaul sebati sume bhan n goreng hgga wrna keperangan *pastikan myk
btol2 pnas n buka api slow je masa goreng tu
*Masa nak toskan minyak tu tukar 4-5 kali kitchen towel tu supaya minyak betul2 kering baru simpan dalam bekas kedap udara-Chik mi ade terbaca kat blog tak ingat blog sape...

Keledek Ball



Bekfast pagi ni mmg dah plan nak buat cekodok keledek,tapi chik mi bagi nama glamour 'Keledek Ball' hahahahha.ni kes mengences tengok cekodok pisang kat umah Hana yang sangat comei n bulat tu....Chik mi ikut tip Hana nak bagi bulat tp still jugak ade yg berekor tu

Hana mintak halal yer chik mi cNp kat sini
Cekodok Pisang comei
INGREDIENTS:
Riped Banana - mashed-Chik mi rebus keledek n lecek
Self-raising flour (hana gune tpg gandum+tpg roti+b.powder skit)-Chik mi guna SR
Sugar
Bic Soda
Salt
METHOD:
Add all ingredients with sufficient flour to form dumpling to be deep-fried.
Deep fry until golden in colour.
Makes sure you flip them all the times to ensure even color.
.cedok adunan gune jari jemari anda.. hana lum penah lagik gune sudu! gune samada hujung lima jari tuh! atau genggam tangan kuarkan adunan tepung dr celah genggaman ibu jari anda! *paham tak erk? adeeehhhh... tk reti nk explain... heeeeeee.... tp biasa hana gune hujung lima jari jerk.
.adunan jgn lebih pisang dr tepung. senang cter kene balance atau lebihkan tpg skit jerk. terlebih tepung sgt pon tak leh! nnti cekodok akan rasa tepung, pisang ilek! hehehe... jika terlebih pisang/kandungan air pulak, masa menggoreng elok jerk kembang, bila kuarkan akan jd penyek!
.masa nk masukkan adunan dlm kuali,elakkan dari tinggi sgt dr permukaan minyak. jgn takut! letak jari anda btol2 atas minyak.jgn sampai kene, nnti melecur pulak! ini utk mengelakkan cekodok nnti 'berekor' masa dgoreng. so tk jd la bolat kan! hehehe...
ade org kata, jika letak air, cekodok akan jd penyek bila lepas dgoreng! betol sebabnyer terlebih sukatan air! ini sebenarnya bergantung pada jenis pisang...hana masukkan air sbb pisang yg hana gune kandungan air tk byk. jd hana masukkan sedikit la..
.adunan jgn cair sgt..agak pekat la juga! itu jerk tips dr hana! takde rahsia! heeeee

Friday, March 20, 2009

Maggi Hailam


Dinner kita orang malam tadi ,kesnyer ngences tengok Knor buat.Main campak2 ajer ikut apa yg ade kat dalam esbok ku itew.Sesekali layan maggi ni best gak kan...

Thursday, March 19, 2009

Perginya Tak Kembali




Takziah wat Pn Mama sekeluarga diatas pemergian Ibu mertuanya.Semoga rohnya dicucuri rahmat.Amin.. DariNya kita datang kepadaNya kita kembali

Gelama Rendang Asam


dinner malam tadi tak tau nak masak apa dah,so ni lah ajer bila vit M menyerang rendang asam,kat utara ni la lauk orang yg malas,tp sesekali layan lauk ni ngan nasi panas n sambal belacan + ulam timun pergh boleh p dua pinggan nasi.. hahahahah
resepinyer enteng aje

Ikan apa2 pun boleh - digoreng dulu
bawang merah 2 ulas - potong halus
bawang putih 2 ulas - potong halus
halia seinci - dipotong halus
Air asam jawa-agak2 yer kalau banyak sangat nnti masam sangat-boleh ditukar ke asam keping
Bawang besar i biji di potong bulat
2biji cabai muda-dipotong serong
Minyak utk menumis
garam n gula (sekiranyer terlalu masam)
Caranyer
Panaskan minyak,tumis bawang merah,putih n halia,cukup sehingga naik bau,masukkan air asam pastu masukkn air sikit supaya berkuah sikit,pastu masukkan ikan yg telah di goreng terlebih dahulu.Perasakan garam n gula pastu masukkn bawang besar n cabai muda.dah siappp
Enteng kan

Cuppies




Huwaaaa tengok owg mendeco chik mi pun nak deco,last2 jadi apa yer.Huduhnyer laTak pa ni 1st time nak decokan(nak sedapkan ati sendiri),nak kena lumur tangan ngan butter shortening gak ni,bak kata sifu chik mi Knor.Tak pa nnti kita practice lagi sampai perfect,Resepi choc moist ni chik mi cnp dari Jue Hussein tapi besa la menderhaka sikit.Jue amik dari Rnet.Chik mi CnP kat sini lah yer.
Kek Coklat Kukus Roha

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum (saya guna tepung naik sendiri)
2 cawan gula - gula pasir dikisar halus (saya guna 1cup gula castor + 1cup brown sugar)
1 cawan serbuk koko - boleh kurangkan kalau tak suka pahit
1 sudu teh baking powder - tak masuk sbb guna tepung naik sendiri
1 sudu teh soda bikarbonat - tak masuk sbb guna tepung naik sendiri
1 tin kecil susu pekat / kalau krimer pakai setengah tin saja (saya agak2 aje, tak suka manis2)
1 cawan air mendidih
5 biji telur
1 cawan minyak masak (Kalo nak lebih sedap, gantikan dengan sebuku butter cair) - Chik mi guna butter

Cara-cara menyediakan:
1. Panaskan kukusan.
2. Ayak tepung, baking powder, soda dan serbuk koko.
3. Campurkan dengan gula, minyak, susu pekat, air panas dan telur, kacau dengan senduk saja hingga semua sebati.
4. Tuang dalam loyang yang dialas dan di lengser dengan mentega, kukus selama 1-1 1/2 jam atau bila bilah penguji kek keluar bersih.
5. Semasa mengukus pastikan air kukusan ditambah dengan air panas.
Chik Mi bakar guna bain-marie sedap kek ni moist aje..

Roti Arab N Kheema Daging


Cik hb request nak roti arab ni dah lama asyik tertangguh aje,apa yg chik mi bizi pun tak tau.akhirnyer dapat gak buatkan.Tapi....tak jadi kembung la pulak kat mana yang silap pun tak tau.Selalunyer ok aje.Resepi ni chik mi amik kat Myr nun,tuan punya resepi sapa lagi kalau bukan 'Ratu Lawak' Kfiza ler.Thanks akak ,Resepinyer kat sini yer.Chik Mi buat 1/2 adunan aje..
Kheema tu amik kat umah Diana.Resepi ni dikongsi bersama oleh Pearl.Thanks semua yg sudi berkongsi resepi.Chik Mi c n p kat sini yer
KHEEMA MATTER
Sumber: Azrah Abdul Majid

Bahan-bahannya
500 gram daging cincang
2 biji bawang besar, didadu kecil
2 biji tomato besar, didadu kecil
2 biji kentang, didadu kecil
2 sudu makan paste halia dan bawang putih
150 gram kacang peas
2 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan lada serbuk
1 sudu teh kunyit serbuk
1 sudu makan garam masala
1/2 cawan hirisan daun ketumbar
1/2 cawan minyak jagung
garam secukup rasa

Cara-caranya
Panaskan minyak dan tumis bawang besar yang telah didadu sehingga kuning. Campurkan paste bawang putih dan halia, tomato dan kacau rata. Masukkan pula lada serbuk, rempah kari daging dan serbuk kunyit. Tumis selama 5 minit. Campurkan daging cincang, garam dan selepas itu, masukan pula kentang dan 300 ml air, masak lagi selama sepuluh minit. Masukkan kacang peas, garam masala, daun ketumbar. Hidangkan dengna roti naan.

Nasi Lemak


Salam huwaaa dh lama tak hapdet umah ni.Penyakit M mula menyerang,bila cuti tu tau ler budak2 tu tak kasi can kat ibu nak pegang pc nak2 si Sabrina tu...
Nasi lemak buah bidara
sayang selasih hamba turutkan
hehehehe sambung ler sendiri...buat utk bekal along gi tuisyen kat skool ari senin ari tu.

Saturday, March 14, 2009

PuDiNg PeAcH


Hajat di hati nak buat layer tp apakan daya tak pandai melayer akhirnya kini pasti(macam anita sarawak la pulak) hehehe jadi marble ...betapa kerasnye tangan chik mi.

Friday, March 13, 2009

GuLaI IkAn ToNgKoL


Sebelum sampai kat umah duk pikir nak masak apa yer dengan Ikan Tongkol aka Aya aka Kayu ni.Mak oi panjangyer....selalunya chik mi masak goreng kicap pedas @ sambal tumis ajer.Yezz dah lama tak makan gulai ikan tongkol ni.so apa lagi start selinsing lengan bukan nak gaduh tau....hehehehe.so ni lah dinner kami malam tadi.Resepi ni Chik mi ambik dari wife Ofcmate.nnti lah chik mi tempek kat sini

Thursday, March 12, 2009

Wednesday, March 11, 2009

Hantaran Kahwin NurDalila & Sabirin




Antara barang2 hantaran anak sedara chik mi Nurdalila ke pihak lelaki,banyak lagi yg tak sempat di snap,sbb chik mi tengah cbuk ari tu.Jom kita layan

Chicken soup n Garlic bread


Dinner malam tadi,roti tu nampak terlebih garing ..Budak2 kat umah tu kalau garlic bread ni nak kruk krap baru nak makan,kalau dak depa pandang aje lah benda tu.

Keledek Goreng


Pebret cik hb,masa gi beli brg kat supa terpandang aje ubi keledek cik hb cakap ermmm sedap gak kalau makan benda2 yg bergoreng waktu petang ni.Tp memandangkan keledek kat supa tu kureng cumei maka chik mi ajak cik hb ke kedai yg selalu menjuai sayur otw nak balik umah.Kedai ni kalau petang2 memang meriah sebab banyak lori yg datang bawak hasil dari CH.Keledeknya nampak fresh gitu ,tup2 ternampak pekerjanya bawa turun raga keledek purple tu ,dgn pantas cik hb amik 2 ketui.Tapi bagi chik mi yg oren tu lagi manis..

Daging Dendeng


Hari ahad yg lepas chik mi masak daging dendeng ,dah lama duk cari resepi ni akhirnya terjumpa resepi Pn Puti Mazura,terima kasih tuan ampunya resepi.

Tuesday, March 10, 2009

Pancake


Salam,dah lama chik mi tak update n3 ,huhuhuh last week macam2 yg terjadi n chik mi jugak bz sebab anak sedara chik mi akad nikah pada ari sabtu yg lepas.Chik wat pancake ni utk bekfest sbb gi ke rumah kakak chik mi.

Wednesday, March 4, 2009

CeNdErAhAtI LaGi


salam ari ni chik mi nak kongsi adiah yg chik mi terima semalamdari kengkawan cyber ni.Pes tomyam n frigde magnet yg dari Thailand tu chik mi terima dari kanak2 riang sapa lagi kalau bukan dari ijah yg berada nun jauh di Bangkok sana.Nak terima kasih gak ke izah sbb sudi mengeposnya ke chik mi.Terima kasih ijah,lebiu.Lagi 2 FM tu chik mi terima dari Maria yg berada nun di Borneo sana.Terima kasih yer Maria lap u jugak muahhh....Chik mi sukeeee sangat ngan adiah2 tu.Terima kasih daun keladi,kalau boleh bagi ler lagi muahahhaaa.Jangan maree nnti kena juai...

Monday, March 2, 2009

CuCuR JaGuNg N KuIh KeRia


Pagi semalam masa dok plan nak masak untuk bekfast,tak tau nak masak apa so masa selongkar esbok chik mi jumpa jagung manis yg chik mi beli minggu lepas masa gi market.Dah lama rasanya chik mi tak wat cucur jagung ni.Kuih keria tu pulak chik mi dah rebus ari tu ingat nak buat mee rebus tup2 Cik hb tak mau makan mee,katanya takut angin katanya.Memula tu chik mi plan nak buat buah melaka delight .tengok kat MYR tu .tapi disebabkan vitamin M mengatasi segalanya,so chik mi buat kuih keria ajer.Sonang citer

Sunday, March 1, 2009

Xtvt AnAk - AnAk


Ini adalah xtvt along n angah ari sabtu baru-baru ni.Along n angah masuk pertandingan nasyid antara kelas,semperna bulan dakwah yang diadakan di peringkat sekolah.Kumpulan nasyid Al-wani memenangi tempat pertama.Jom kita layannnnn gambar2nya....