Showing posts with label Home made. Show all posts
Showing posts with label Home made. Show all posts

Monday, November 25, 2013

P.O.P.I.A B.A.S.AH

Assalamualaikum.
Popia basah dengan homemade kulit popia memang heaven,kekuatan popia adalah pada inti dan sosnya.Chik mi memang penggemar popia ,tapi kalau kat luar tu macam tak teringin je nak beli.Tambahn kalau kat Penang ni nak cari kulit popia yang Halalan Toiyiban ni memang payah.Terimakasih pada geng masak-masak kat Fb Sal Shaari atas tips menggunakan berus untuk membuat kulitnya.Chik mi guna silicone brush senang sikit ,kalau guna berus plastik tukan nnti plastiknya mencair bila terkena kuali panas.

Guna Silicone Brush untuk menyapu adunannya atas kuali ,berbanding cara lama kita perlu meneyeh doh atas permukaan kuali,(abaikan tangan n jari yang berparut tu ye).Masa menyapu adunan,kuali tidak boleh terlalu panas ,nanti dohnya tak lekat kat kuali.
Mudahkan!
 Abaikan yang berserabut tu ye :)
Hanya mengguna 4 bahan semudah ABC kita boleh menikmati popia basah.Maaf ye tiada sukatan hanya main agak2 je semua .

                                                                            Kulit Popia  

                                                                               Sumber:Chik Mi 
Tepung gandum (chik mi guna red rose)
secubit garam 
sedikit minyak masak (anggaran 1-2 sb)
Air untuk membancuh adunan
  
caranya 
Tepung ,garam dan minyak  digaul sebati,tuang air sedikit demi sedikit ,kacau menggunakan whisk sehingga tepung tidak bergentel ,perapkan sebentar.
#Adunan ni seakan-akan bancuhan bancuhan cekodok,jangan terlalu cair @ pekat
Sos Popia 
 buah kurma atau kismis


gula
3 sudu besar cili kisar
Sos cili thai
cuka /Air asam jawa
garam secukup rasa
2 ulas bawang putih
3 sudu besar minyak untuk menumis
Cara caranya:
Tumiskan cili yang di kisar dengan bawang hingga naik baunya dan garing.Masukkan cuka /air asam dan kurma atau kismis yang telah di kisar halus,masukkan pula sos cili   dan gula di kacau sehingga pekat.sejukkan.

 
                                                        Inti 
Sumber:Kak Sofea
  taugeh
1 biji sengkuang (sagat)
1 btg lobak merah (sagat)
2 sb udang kering
2 biji tauhu (lecek dgn garpu)
2 ulas bwg putih
Sos tiram
  • garam & lada sulah

Cara-cara

  1. Tumis bwg putih + tauhu dan udang kering.
  2. kemudian masukkan sengkuang & lobak merah yg telah di sagat tadi.
  3. Akhir sekali masukkan taugeh.letakkan garam dan lada sulah secukup rasa.
  4. Biarkan inti sejuk sebentar.
  5. Bentangkan kulit popia sapu sedikit sos,letakkan inti dan gulung kemas.


Wednesday, November 21, 2012

Cik Cili Jeruk dengan Cik Bawang Goreng ~ Homemade

 Cik cili jeruk dengan cik bawang goreng yang senantiasa kena ada kat dapur,pelengkap hidangan .Resepi dah sering kali upload kat sini ,cuma hari ni ada energy kita copy pes balik kat sini.
Cik Cili Jeruk

Cili jeruk
Source:qasehmu-abadi.blogspot.com
Cili hijau+cili padi
Air
Cuka
Garam
Secubit gula
Caranya,cili dibasuh bersih kemudian direndam dengan air yg dicampurkan dengan garam (untuk menghilangkan racun),kemudian di bilas sehingga bersih toskan sehingga kering airnya,kemudian dihiris ketepikan,masak air sehingga mendidih kemudian dimasukkan cuka ,jangan letak terlalu banyak sekali gus nanti terlalu masam,agak-agak kemudian masukkan sedikit garam dan gula biar sehingga sejuk ,kemudian masukkan ke dalam botol ,masukkan cili yang telah dihiris tadi sehingga semuanya terendam,tutup botol dengan rapat masukkan ke dalam peti sejuk.
                                                                                                    Cik Bawang Goreng
                                                                                                                
Bawang Goreng
Source :qasehmu-abadi.blogspot.com
Bawang Merah ~dikupas dan basuh bersih kemudian ditoskan sehingga kering
(chik mi selalunya kupas malam esok pagi baru buat)
Sedikit Tepung Gandum
Minyak untuk Menggoreng
Caranya
Hiris bawang (chik mi guna food processor ) ,kemudian salut dengan tepung (agak-agak ye) kemudian digoreng dalam minyak yang telah dipanaskan,jangan goreng sehingga terlalu garing nanti pahit,bila dah agak coklat sentiasa dikacau kemudian ditoskan minyaknya sehingga kering,gantikan kitchen towel ,bila dah berminyak,dah sejuk masukkan ke dalam bekas airtight .simpan dalam peti sejuk
 Ramekin terbang dari jauh ,terima kasih wahai pemberi in sya Allah dengan izinnya umur panjang kita jumpa lagi di bumi Malaysia .
 Cik cili jeruk yang baru berendam .

Sunday, July 26, 2009

Homemade


Jeruk ambra ni bukan dr chowrasta market tu tau,yg ni hm lagi sori ye makyung2 jgn la mengences pulak,nak buatkan jauhhhhh sangat,nnti balik mesia Chik mi poskan na
Bawang goreng punya stok dah pinish,bila g market nampak bawang merah yg cantik2 & besar chik mi untuk buat bawang ni.Stok sokmo ade sbbnya chik mi suka makan mee ngan bawang goreng,Yg ni Sabrina siap buat snack lagi mmg best....
Mee ni di buat oleh cik hubby ,uli - menguli dibuat oleh cik assistant,pastu my laling yg mengeleknya sampailah proses menjadi mee.Resepi kat Myr nun
Sardin kali ni kureng menjadi,mungkin chik mi tutup tudungnya tak betui kot,tp rase ttp manten...Janganlah pcku itew kiok sbbnya dah 9 thn duduk ngan Chik mi

Sunday, May 24, 2009

Rojak Buah



Ari tu memula nampak Rrozie buat rojak ni,pastu nampak pulak Hana buat tayangan amal dgn kuah rojak mak bee,ermm dah mengences dah lama Chik mi tak buat n makan kuah rojak.Kuah rojak ni jugak merupakan salah satu resepi keluarga Chik mi.so malam semalam dengan pantas ku buat kuahnya pastu apalagi mulala mencari bahan2 untuk digandingkan dengan kuah rojak ku iteww.Rasenya pernah berjanji ngan Maria nak bg resepi,so Maria lepas ni tak yah angkut kuah rojak mak bee lagi la no....
Chik mi pernah berniaga rojak ni mase duk studi dedulu..,kami diminta berniaga masa prominex,so kengkawan Chik bg cadangan buat rojak buah ni.
Bahan-bahan
Cili kering -rendam pastu Blend
Cili api- agak2 yer kalau nak pedas taruk lebih
Gula Melaka }
Gula Pasir} -ikut kepedasan masing2
Kicap
Belacan
Udang Kering-Chik Mi tak letak pun
*Bijan + kacang tanah yg di blend untuk ditabur
*Resepi Chik mi tak taruk petis sbb Chik mi tak makan,kat cni kami panggei otak udang
Cara-cara
Blend ke semua bahan di atas ,masukkan kicap masak sehingga berbuih,Gula ikut tahap kepedasan masing2 yer.
Seeloknya kuahnya di buat sehari lebih awal

Friday, May 15, 2009

Homemade Sardine II

Ni pulak N3 yg dah basi sbb dah janji dgn Noorma so Chik mi post kan jugak homemade sardine ni.Sardine ni jugak buat akak misi kita yg duk kat Borneo nun Maria so jangan nak mengences lagi tau.Buat Ijah jangan nak meraung yer dik.

Friday, April 17, 2009

Homemade Jeruk


Mari-mari sapa mau makan jeruk,tp yg ni bukannye yg juai kat chowrasta market tu tau ,yg ni yg homemade punya gerenti takde pengawet,Hehehe sebenarnya ari tu abang Chik mi antaq seplastik buah ni kat umah,Pokok kat umah tok tu tersangatlah mashamnye,dulu masa ada arwah ayah selalu gak buat pajeri ngan pelam ni.....kalau nak buat pajeri pelam ni gerenti chik mi sorang yg kena perabis,last last baik buat jerukkan daripada dok tergolek dog kat situ baik buat sesuatu....Masa jenjalan kat sini ternampak cara2 nak buat jeruk so chik mi ikut kat sini

Tuesday, March 31, 2009

Aiskrim Kacang Merah


Jom kita makan eskrim kacang merah ditengahari yg panas ni.Resepinye kat sini yer.So yummyy

Tuesday, March 24, 2009

Home made sardine


Masa jenjalan kat blog Mat Gebu nampak Mat buat sardine sendiri.Best ni nak cuba sebab dalam esbok kat umah tu ade ikan selayang tp tak tau nak masak apa.Yes menjadik mmg sebijik rase macam yg dalam tin punyela.Sebenarnya chik mi kurenng makan sardin ni sbb tak tahan baunyer yg hanyir tu,selalu masak untuk cik hb ajer.Sardine ni tak ade bau hanyir,memang lepas ni tak pandang dah sardine yg kat dalam tin tu,hehehe sorilah yer tokey2 sardin..
Chik mi cNp kat sini yer resepinya.Mat terima kasih sebab kongsi resepinyer

BAHAN-BAHANNYA :-)
700 g ikan tuna-Chik mi guna ikan selayang aje
1/2 cawan tomato puree
1/2 cawan minyak masak
25 g bawang putih*
80 g bawang merah*
20 g halia*(dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa
2 1/2 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tuna dibersihkan, potong sederhana besar, buang kepalanya. Perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
  2. Dalam periuk tekanan, panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, masukkan tomato puree dan masak hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
  3. Bila mendidih, masukkan ikan tadi, kacau rata dan tutup periuk tekanan. Pasangkan injapnya dan bila periuk mengeluarkan wap dan bunyi "berdesir", kecilkan api dan biar masak perlahan selama 1 jam (ikut cara guna pada periuk tekanan masing2)...
  4. Cukup waktu, bawa periuk tadi dalam sinki dan alirkan air paip atasnya sehingga wap dalam periuk habis, buka tudungnya dan periksa keadaan ikan, selalunya pada masa ini ikan masih kekal dalam bentuk asal, tapi tulang2nya menjadi lembut seperti sardine dalam tin.
  5. Boleh lah dimasak mengikut kreativiti masing2. Nak buat sandwich pun boleh, nak cicah dengan roti pun boleh..atau goreng macam kita masak sardine biasa.

Saturday, March 21, 2009

Homemade Bawang Goreng


Tetiba ajer teringin nak buat bawang goreng sendiri,chik mi mmg tak beli yg ready made tu sebab dah dengar 2-3 kes yg mengatakan depa campur ngan straw minuman utk membuatkan bawang ni ranggup.Masa duk belek2 resepi kat Myr tu ternampak ade yg nak kongsi resepi bawang goreng ni,so apa lagi chik mi pun nak try buat dan hasilnyer tarrraaa bawang goreng yg ranggup seperti yg ready made tu..
Tima kasih Fieda hafeez konsi resepi ni yer.Chik mi cNp kat sini yer
Bahan-bahannye:
10biji bwg besar di potong nipis2 -chik mi guna bawang merah + 3 ulas bawang putih
1cwn tepung gandum -chik mi + tepung jagung sikit
1 sudu teh garam halus
Cara-cara
gaul sebati sume bhan n goreng hgga wrna keperangan *pastikan myk
btol2 pnas n buka api slow je masa goreng tu
*Masa nak toskan minyak tu tukar 4-5 kali kitchen towel tu supaya minyak betul2 kering baru simpan dalam bekas kedap udara-Chik mi ade terbaca kat blog tak ingat blog sape...