Tuesday, October 23, 2012

My Homemade Kuah Rojak

Assalamualaikum,lamanya tuan rumah menghilang,sampaikan ada orang WhatApps tanya sihat ke?buzy ke? hhehheh terima kasih teman ,alhamdulillah sihat cuma M je yang lebih .Kuah rojak yang kena sentiasa ada stok dalam peti sejuk,rasanya dah lama jugak tak buat sos ni,sebab anak-anak nak exam kang kena chery berry susah pulak :),Ada yang gelarkan kuah 'Rojak Mimi',sebab nak bezakan dengan kuah rojak m** ***.Thanks my sister yang ajarkan buat kuah ni masa zaman kanak-kanak riang dulu .
 Suka tabur kacang banyak-banyak atas tu,pastu bila jerawat tumbuh jangan komplen .
Sumber:Chik mimi
 Homemade Kuah Rojak
Bahan-bahannya
Cili Kering-Direbus kemudian diblend ~ chik mi cili paste yg mmg selalu buat stok
Cili Padi
Belacan
Gula melaka
Gula Pasir~Chik mi guna brown sugar
Kicap~chik mi guna kicap Norwana
Sedikit tepung gandum utk pekatkan kuah -Chik mi bancuh bersama dengan air gula & kicap tu

Cara-caranya.
Blend cili kering,cili padi belacan menggunakan blender kering,masak gula merah & gula putih bersama sehingga cair,air jgn terlalu banyak nnti cair tak sedap,selepas tu masukkan bahan blend serta kicap masak dengan api perlahan ,selepas tu ,masukkan bancuhan tepung gandum ke dalam sos tadi masak lagi sehingga pekat.
*kuantiti bahan bergantung kepada kepedasan & kemanisan sendiri ye.
Sengkuang calit,dulu-dulu chik mi jual ni satu 20 sen aje ,nostalgia sekarang ni ajaq anak2 pulak makan ni.

Tuesday, October 9, 2012

Bergedil Daging

Lamanya nak update N3 bergedil daging ni.Bergedil daging resepi Diana ni menjadi resepi favourite chik mi bukan saja mudah tapi yang penting sedap pada tekak kami:)
Bergedil Daging Diana
Sumber :Myresepi

Bahan-bahan ( 30 biji )

  • 1 kilo kentang, dikupas kulitnya dan dipotong bulat
  • 300 gram daging cincang
  • 2 biji telur, asingkan kuning dan putih
  • 3/4 cawan bawang goreng
  • secekak daun sup, dicincang
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong bulat. Bila sudah masak angkat dan toskan. Kemudian ditumbuk lumat.
  2. Tumbuk bawang putih bersama garam dan serbuk lada putih. Kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan daging cincang. Masak sehingga daging bertukar warna dan airnya kering.
  3. Campurkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam kentang yang telah ditumbuk lumat. Masukkan juga 2 biji kuning telur, bawang goreng dan daun sup. Gaul rata adunan. Kemudian bentukkan seperti bergedil. Bentuk ikut citarasa sendiri.
  4. Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah bila digoreng. Celup bergedil yang telah dibentukkan kedalam 2 biji putih telur tadi dan kemudian goreng. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah bergedil tidak pecah, gorengnya pun lawa.