Showing posts with label Sos pencicah. Show all posts
Showing posts with label Sos pencicah. Show all posts

Tuesday, October 23, 2012

My Homemade Kuah Rojak

Assalamualaikum,lamanya tuan rumah menghilang,sampaikan ada orang WhatApps tanya sihat ke?buzy ke? hhehheh terima kasih teman ,alhamdulillah sihat cuma M je yang lebih .Kuah rojak yang kena sentiasa ada stok dalam peti sejuk,rasanya dah lama jugak tak buat sos ni,sebab anak-anak nak exam kang kena chery berry susah pulak :),Ada yang gelarkan kuah 'Rojak Mimi',sebab nak bezakan dengan kuah rojak m** ***.Thanks my sister yang ajarkan buat kuah ni masa zaman kanak-kanak riang dulu .
 Suka tabur kacang banyak-banyak atas tu,pastu bila jerawat tumbuh jangan komplen .
Sumber:Chik mimi
 Homemade Kuah Rojak
Bahan-bahannya
Cili Kering-Direbus kemudian diblend ~ chik mi cili paste yg mmg selalu buat stok
Cili Padi
Belacan
Gula melaka
Gula Pasir~Chik mi guna brown sugar
Kicap~chik mi guna kicap Norwana
Sedikit tepung gandum utk pekatkan kuah -Chik mi bancuh bersama dengan air gula & kicap tu

Cara-caranya.
Blend cili kering,cili padi belacan menggunakan blender kering,masak gula merah & gula putih bersama sehingga cair,air jgn terlalu banyak nnti cair tak sedap,selepas tu masukkan bahan blend serta kicap masak dengan api perlahan ,selepas tu ,masukkan bancuhan tepung gandum ke dalam sos tadi masak lagi sehingga pekat.
*kuantiti bahan bergantung kepada kepedasan & kemanisan sendiri ye.
Sengkuang calit,dulu-dulu chik mi jual ni satu 20 sen aje ,nostalgia sekarang ni ajaq anak2 pulak makan ni.

Wednesday, February 22, 2012

Sambal Kicap Cili Padi

Assalamualaikum,sekejap aje dah tengah minggu hari rabu,selalunya orang cakap WW kan tak pe lah kita buat seperti biasa .Dah jadi menantu wong jowo mesti kena pandai makan dan buat sambal kicap kan.kat rumah MIL memang sentiasa ada sambal kicap ni tak payah kalut-kalut kalau nak makan baru nak buat:).Kalau orang johor goreng pisang mesti ada sambal ni kan ,chik mi suka makan dengan ikan goreng panas-panas fuh berpeluh uuuu
Uiks bijik cabainya berserdak tu ,chik mi guna cili api yang merah campur dengan hijau tapi bukan  cili api kampung ,tu beli kat pakcik MYDIN punya ler pedas,nasib baik tak letak banyak lagi.
Resepi nanti ye chik mi dah nak keluar ni:)
Update :
Sambal Kicap  Cili Padi
Souce :Chik mimi
Source :Ibu Mertuaku
Bawang putih 1-2 ulas ,dihiris halus digoreng sebentar
Cili Padi 
Gula 
Asam jawa -Dibancuh dengan sedikit air biar pekat
Kicap 
Cara-cara
Cili padi ditumbuk bersama dengan gula sehingga hancur,masukkan kicap serta air asam pekat .masukkan bawang putih tadi di pecah-pecahkan sedikit biar wangi ,sekiranya terlalu pedas masukkan lagi sedikit gula.sedia untuk dihidang


Friday, February 18, 2011

Popia Goreng

Assalamualaikum,sekejap aje dah hari jumaat,bagi yang bekerja memang hari jumaat hari yang ditunggu-tunggukan sebabnya boleh ler rileks kat rumah dengan keluarga 2 hari.jom kita makan popia goreng ,selalunya kalau nampak ubi sengkuang yang fresh mesti ingat nak buat popia,selain tu sengkuang baguskan sejuk badan tapi bila dah parut nak buat inti popia ade pulak yang bunyi lerrrr ingatkan ibu nak buat rojak ermmm dah lama jugak tak buat rojak buah,nanti lah insyaAllah ade rezeki nanti kita buat rojak pulak ye ngah dengan nada memujuk,errmmmm ok lah .Popia ni favourite kami sekeluarga ,sebabnya kalau beli ade je yang tak kena kuah tak nganlah intinya taugeh semata lah,macam-macam complain so baik buat sendirikan bukannya susah mana pun,pastu intinya boleh letak apa yang kita suka,kali ni sebabkan isi ayam banyak stok so chik mi campurkan dengan udang hidup blend sehingga halus,
  • taugeh
  • 1 biji sengkuang~ diparut
  • 1 btg lobak merah~diparut)
  • isi ayam @ udang~(diblend)
  • tauhu (lecek dgn garpu)
  •  bwg putih
  • Sos tiram
  • garam & lada sulah

Cara-cara

  1. Tumis bwg putih masukkan isi ayam dan udang yang telah di blend.
  2. kemudian masukkan  sos tiram dan lada sulah kemudian masukkan sengkuang & lobak merah yg telah di sagat tadi.
  3. Akhir sekali masukkan taugeh.letakkan garam dan lada sulah secukup rasa.
  4. Biarkan inti sejuk sebentar.
  5. Bentangkan kulit popia,letakkan inti dan gulung kemas.utk melekatkan hujungnya sapu dgn sedikit bancuhan tepung untuk dijadikan gam 
100 gm  buah kurma atau kismis
450ml air
100 gm gula
3 sudu besar cili kisar
cuka
garam secukup rasa
2 ulas bawang putih
3 sudu besar minyak untuk menumis
Cara caranya:
Tumiskan cili yang di kisar dengan bawang2 hingga naik baunya dan garing.Masukkan cuka dan kurma atau kismis yang telah di kisar halus,masukkan pula garam dan gula di kacau sehingga pekat.sejukkan.

Sunday, October 24, 2010

Blackpepper Sauce

Salam,
Chik mi nak kongsi blackpepper sauce yang boleh diperbagai gunakan.Resepi dari ofcmate chik mi ,cik ros pulak dapat dari abangnya yang berniaga western food,thanks ros.Ade cerita lawak kisah nak dapatkan resepi ni ,salah satunya brown sauce yang digunakan untuk membuatnya.cik ros try bermacam-macam brand akhirnya kami berhasil jugak jumpa dengan brown sauce tu.Chik mi pulak selalu skodeng kat kedai yang juai barangan untuk jual burger,mula-mula chik mi tanya sas untuk oblong burger guna apa,pastu adik tu bg ler brown sauce tu ,tapi yang dah direpack semula chik mi tak yakin so tak mau ambil,last-last chik mi jumpa yang brand KNORR tapi punyala banyak sepaket sekg gitu nak buat apa banyak-banyak ,chik mi tanya dengan tokey tu ada pack kecik tak tup-tup dia bagi brown sauce yang adik tu bagi chik mi senyum je la.bila chik mi citer ngan cik ros dia pun cakap a ah mmg betui yg tu sebab sil dia cakap packnya kaler ijau.,so berakhirnya pencarian kami.panjangnya mukadimmahnya .chik mi selalu ade stok sauce ni bila dah buntu nak masak apa tumiskan je ngan bawang masukkan ayam @ ikan yang digoreng terlebih dahulu so jadikan satu lauk buat kami.
Sauce ni jugak boleh digunakan dengan chicken grilled,mashed potato serta masak daging dengan cendawan yummy. psstttt chik mi tak buat sendiri sauce ni heheheeh sebabnya selalunya bila cik ros buat dia  sms cik mi nak blackpepper sauce?jawapannya hehehehehe ,thanks ros jasamu ku kenang

Jom kita tengok resepinya.
Blackpepper Sauce
5-6 ulas bawang putih
2 biji Bawang holland
100gm lada hitam~dikisar kasar
3 helai bay leaves~ dikisar dengan lada hitam
minyak zaitun @ butter ~untuk menumis
300gm Brown Sauce ~KNORR brand
1 senduk whipping cream
Air secukupnya

caranya
Tumiskan bawang putih bersama dengan bawang holland sehingga layu,masukkan lada hita,masukkan serbuk brown sauce kacau sehingga sebati,masukkan air sedikit-sedikit ,masukkan whipping cream masak sehingga pekat.

# resepi ni menghasilkan agak banyak  sosnya so kalau nak untuk sekali makan kena adjust sendiri ye.boleh di simpan dalam peti sejuk dah akan memekat so bila nak guna ambil sedikit masak semula bersama dengan air

Thursday, May 27, 2010

Mashed Potato wif Blackpepper Sos

Salam ,wah makin teruk kemalasan yang melekat pada diriku ni ,ni pun dah lamaaaa buatnya tapi ntah mengapa malas sungguh nak mengentrinya.dah lama Sabrina request nak mashed potato yg macam kepci tu selalu cakap nanti ibu buat ye,akhirnya sempat jugaklah buat hari tu,tapi biasalah budak kecik t kalau dah buat makannya tak seberapa ,mashed potato ni chik mi ambik dari umah Hazila,sosnya pulak dr kawan Chik mi ,Cik Ros,tapi resepinya lupa nak bawak so nnti Chik mi letak ye. 
Mashed Potato
* 2 biji ubi kentang
* 1 sudu besar butter
* 3~4 sudu besar susu segar
* sedikit garam

Cara-cara

1. Bersihkan ubi kentang dan buang kulitnya. Potong kepada 4 bahagia. Rebus sehingga empuk.
2. Lenyek-lenyekkan ubi kentang dengan garfu.
3. Panaskan butter, susu dan garam. Apabila butter dah cair, padamkan api. Masukkan ubi kentang yang dah dilenyek tadi. Gaul sehingga serata.
4. Siap untuk dihidangkan.

Source ~Hazila

Monday, November 23, 2009

Sos Keropok Lekor

Salam,sos yg mesti ade kat esbok ku itu.Sos pencicah keropok lekor,kalau kat Penang ni susah nak dapat sos keropok yg menepati citarasa chik mi,so aritu masa teringat nak buat search kat MYR jumpe sos cili thai by Yani so chik mi pun try le ,ok not bad chik mi tambah gula merah so mmg sama ngan sos pencecah keropok lekor tu.Selain dari cicah dengan keropok Chik jugak cicah dengan goreng pisang atau goreng ubi.Suke suke sbbnya masa duk kat Dungun dulu selalu beli goreng pisang mok cik tu bagi sekali sos ni sedap wooo.Knorrrr betoi dak gitu?

Keropok lekor tu bukan ler homemade,tapi mmg sokmo ade stok dlm esbok,selalunya kalau p ke Sungai Petani mesti nak singgah kat tempat yg buat keropok lekor tu.sedap tau tak gatai ,org yg jual tu mmg asal dari Besut so keropoknya mmg best.Kalau dapat yg ori dari Ganu lagiiiii la best kan Knor kannn.

Resepinya nnti ye Myr tak boleh masyuk ler
update :

Bahan-bahan ( - )

  • 1/2 cawan cuka
  • 1/2 cawan air
  • 1/3 cawan gula
  • 2 btg cili kering
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar nampla/sos ikan
  • 1 sudu kecil tepung jagung + 2 sudu kecil air
  • gula merah -yg ni chik mi tambah

Cara-cara

  1. Masukkan cuka, air, gula, cili kering dan bawang putih ke dalam mixer. Kisar sehingga cili kering dan bawang hancur. Kemudian panaskan di atasu dapur.
  2. Bila dah mendidih masukkan tepung jagung yg telah dicampur dgn air dan juga sos ikan. Masak sehingga pekat.
  3. Note: Sos yg lebih boleh disimpan dalam peti sejuk. Boleh diguna bila perlu. Kalau terlebih masak boleh tambah gula