Showing posts with label Sambal. Show all posts
Showing posts with label Sambal. Show all posts

Thursday, April 12, 2012

Sambal Hitam Pahang II

Assalamualaikum,Alhamdulillah kita semua berada didalam lindungan Allah SWT ,semalam Penang bergegar dengan  earth quake(tapi Chik mi tak terasa pun sebab masa tu dalam kereta,DH yang tengah stop kat traffic light terasa gegarannya agak kuat dan lama juga).Sambal hitam ni dah lama buatnya stok pun dah tinggal saki baki kat botol tu baru nak upload:),biasalakan orang rajin,stok belimbing kering dari my sister yang buatkan,tapi lepas ni memang agak payah nak dapat belimbing kering lagi sebabnya kakak chik mi dah tak sihat baru-baru ni kena mild stroke ,semoga angah pulih sepeti biasa,sebenarnya angah OKU ,sebab tangan kanannya tak berfungsi ,tapi still kuat kerja memasak sambil dibantu oleh BIL,selalunya chik mi kalau nak makan ikan pekasam,acar limau sebut aje insyaAllah nanti sampailah kirimannya,huhuhu terasa sangat sedih.Resepi seperti yang pernah dibuat kat sini,cuma chik mi olahkan sikit ikut citarasa sendiri,Jazakallah khoir Ratna aka Madihah atas resepinya

 Resepi asal boleh tengok kat sini

Nota :
Chik mi kurangkan Belimbing
Tambah cili api 
Ikan bilis digoreng garing,kemudian pause 2x
Tumiskan bawang dengan cili api sehingga garing,masukan belimbing kacau sebati,bila dah sejuk baru masukkan ikan bilis 

Wednesday, February 22, 2012

Sambal Kicap Cili Padi

Assalamualaikum,sekejap aje dah tengah minggu hari rabu,selalunya orang cakap WW kan tak pe lah kita buat seperti biasa .Dah jadi menantu wong jowo mesti kena pandai makan dan buat sambal kicap kan.kat rumah MIL memang sentiasa ada sambal kicap ni tak payah kalut-kalut kalau nak makan baru nak buat:).Kalau orang johor goreng pisang mesti ada sambal ni kan ,chik mi suka makan dengan ikan goreng panas-panas fuh berpeluh uuuu
Uiks bijik cabainya berserdak tu ,chik mi guna cili api yang merah campur dengan hijau tapi bukan  cili api kampung ,tu beli kat pakcik MYDIN punya ler pedas,nasib baik tak letak banyak lagi.
Resepi nanti ye chik mi dah nak keluar ni:)
Update :
Sambal Kicap  Cili Padi
Souce :Chik mimi
Source :Ibu Mertuaku
Bawang putih 1-2 ulas ,dihiris halus digoreng sebentar
Cili Padi 
Gula 
Asam jawa -Dibancuh dengan sedikit air biar pekat
Kicap 
Cara-cara
Cili padi ditumbuk bersama dengan gula sehingga hancur,masukkan kicap serta air asam pekat .masukkan bawang putih tadi di pecah-pecahkan sedikit biar wangi ,sekiranya terlalu pedas masukkan lagi sedikit gula.sedia untuk dihidang


Monday, February 20, 2012

Nasi Daging Vs Air Asam Kerisek

 Asssalamualaikum,tenggelam timbul tuan  blog ni update blog ye,huhuhu nak buat camana ,kat ofc pc ni kadang-kadang mereng ,balik rumah terpaksa bagi laluan buat puteri-puteri guna untuk buat homework,opsss menu dah dah habis ye usahlah lah nak merayu lagi ,muahhhaha.
Kak Ayu,sekarang ni isirumah kita dah boleh terima nasi berperisa gini ,hik hik hik mungkin tuan punya badan yang semakin melebar ni dah pandai kut,uikssss sapalah tu yang  masuk lif tekan sendiri ye:)
Kawan chik mi cakap kat rempah nasi daging Pendang sedap,maka chik mi tak lena tidoq nak dapatkan rempah ni,kebetulan ofcmate chik mi ada beli lebih so chik mi dengan cik ros pun apa lagi blink- blink ler mata kat dia ,nak minta beli,pastu teringat dekat adik sorang ni duk kat Pendang message kat dia nak suruh beli ,memang jadi rezekiku ,dua-dua sekali sampai rempahnya ,suka-suka jangan cerita kat orang tau chik mi tambah 3kali makan nasi ni opsssss terlebih la sudah.Nasi daging ni kawan dia hanyalah air asam kerisek ,tapikan chik mi tambah lagi makan dengan acar buah tu yang terlajak perahu tu,no good no good.


Awat la hari ni melalut tak tentu pasai ni ,tu la dah lama tak membebel kat sini kut,sekarang ni ni chik mi masak nasi berperisa ni stail orang Arab masak Nasi Arab,orang Pakistan masak nasi Beriani,chik mi rebuskan beras bersama air yang banyak,setitis minyak dan secubit garam ,bila nasi dah 3/4 masak @ sehingga nampak berasnya timbul macam menari-nari ,chik mi buangkan airnya kemudian toskan air,pastu lapiskan dalam rice cooker.Jom tengok resepinya.
Maaf ye tak de sukatan yang tepat ,lagi pun dengan cara merebus beras ni kita tak perlu menyukat air ,so kebarangkalian nasi terlembik @ terkeras amat tipis.
Nasi Daging My Style(tak ada sukatan maaf ye sebab chik mi main campak-campak aje)
Source:Chik Mi
Daging ~ dihiris nipis 
Beras Basmathi ~ Chik mi guna beras siam Di basuh dan direndam sebentar ,toskan
Rempah Nasi Daging ~ Ada yang guna rempah kurma ,chik mi tak pernah cuba
Bawang merah ~ dimayang
Bawang Putih ~ dimayang
Halia~ di mayang
Daun Pandan
Tomato Soup
Tairu @ Yogurt
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis ~ boleh dicampur dengan minyak sapi
Daun Pudina/Daun sup / Daun ketumbar
Cara-caranya
Sediakan periuk rebus air bersama secubit garam dan setitis minyak,agak nak mendidih masukkan beras yang telah ditoskan tadi,masak sehingga berasnya 1/2 masak,chik mi selalu tengok bila beras tu dah timbul macam menari-nasi gitu terus chik mi toskan ke dalam penapis,ketepikan nasi yang telah 1/2 masak tersebut.
Sediakan periuk lain tumiskan minyak bersama bawang merah dan putih ,bersama daun pandan sehingga naik bau,kemudian masukkan rempah nasi daging yg telah dijadikan pes,tumis sehingga garing,masukkan tomato soup,bersama dendan yogurt,masak sehingga mendidih,masukkan sedikit air sebab terlalu pekat.Masukkan daging masak sehingga daging empuk,(chik mi guna pressure cooker)
Sediakan rice cooker,kemudian masukkan separuh nasi tadi ,kemudian masukkan separuh daging bersama dengan kuahnya,ulang proses sehingga nasi n daging serta kuahnya habis(terpulang nak lapis berapa layer)last sekali masukkan daun ,on kan periuk nasi,masak seperti biasa,bila rice cooker dah off jangan terus buka tudung periuk,biarkan selama 10 minit,kemudian baru di gembur perlahan-lahan dari bawah ke atas sehingga sekata.

Air Asam My style 
Source : Chik Mimi
                                                                 Cili merah
Cili padi 
belacan 
Air asam jawa
Tomato dihiris @ didadu
Bawang besar dihiris @ didadu
                                                               Sedikit kerisek
buat seperti sambal belacan biasa kemudian,masukkan tomato serta bawang,masukkan kerisek digaul rata,perasakan garam dan gula .


Friday, February 10, 2012

Sambal Tempoyak Bilis

Assalamualaikum,hari khamis yang sangat panas di Penang ni, jom kita layan sambal tempoyak bilis ni,kalau makan ni confirm nasi tak cukup sepinggan,Tempoyak pemberian ibu mertua,sebenarnya chik mi tak pandai sangat makan tempoyak ,tapi MIL dah siap masukkan dalam bekas tak elok pulak tak ambil kan,sekarang ni sambal tempoyak bilis ni menjadi pojaan hatiku hahahaha,
 
Resepi chik mi rujuk kat sini ,cuma chik mi  buat simple je tak letak daun kunyit .Kena dengan masam,pedas lemak-lemak durian tu tak boleh tahan ni kecur ayaq liuq.

 
Chik mi buat versi simple aje
Sambal Tempoyak Bilis
Bahan-bahan
Ikan bilis di goreng
Bawang besar *
Cili api *
Tempoyak
Minyak  untuk menumis
Secubit garam
Cara-caranya
Ikan bilis digoreng garing ketepikan,bawang besar dengan cili api di blend kasar kemudian panaskan minyak tumis bahan yang diblend tadi sebentar ,masukkan tempoyak kacau sebati kemudian masukkan sedikit garam ,akhirnya masukkan ikan bilis yang telah di goreng tadi kacau sebati
.sedia untuk dihidangkan


Friday, February 3, 2012

Sambal Hitam Pahang

Assalamualaikum,sekejap saja hari jumaat menjelma ,insyaAllah hari ahad nanti kita akan menyambut Maulidur Rasul ,sambal hitam pahang ni menu yang dah lamaaaaa sangat cuma hari tu tak de mahamood nak pos hari ni baru ade sikit mahamood mai nak singgah ,harap-harap dapat diteruskan.Maaf ye Madihah dan Izah bagi korang pening semalam,arini pun sama jugak tapi dah check banyak kali harap2 tak ada lagi pertindihan gambar .
 Chik mi memang tak pernah makan atau merasa sambal ni so chik mi tak tahu rupa dan rasa original sambal ni.Asam belimbing ni pun chik mi tak rebus ,chik mi shortcut beli yang siap dah bergaram dan jemur,selalunya kalau kat utagha ni asam ni dicampur dalam acar buah.Chik mi terjumpa ada pakcik yang menjual asam ni masa pergi ke pasar balik pulau .

Menderhaka betul orang suruh guna lesung untuk menumbuk ,chik mi blend dengan food processor hehhe jadi ler ghupa gitu,Thanks Madihah atas resepinya chik mi copy kat sini ye.
Sambal Hitam Pahang
Sumber : Madihah @ Ratna
Dicuba oleh :Chik mi
Sumber : My mother in law...(Ratna)
  Bahan2
½ cawan belimbing buluh rebus [rujuk resepi cara2 merebus]
½  cawan cili padi (ikut kepedasan masing2)
2 cawan ikan bilis yang telah dikopek 
6 ulas bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa
garam & gula secukup rasa
1 cawan minyak masak
Makan dengan nasi sedap, ketupat pulut pun sedap.. & rasanya cicah dengan 
ubi rebus pun masyukkk juga ni...
Cara2 Menyediakan
1. Sediakan terlebih dahulu belimbing buluh. Kuantiti belimbing buluh terpulang masing2.  Belimbing rebus ni boleh disimpan dalam peti sejuk sebagai stok. Jadi bolehlah rebus banyak2 & simpan stok.  MaDiHaA buat banyak juga rasanya lebih dari 1/2 kg belimbing buluh segar.  Belimbing hendaklah dicuci bersih.  Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR dan renih dengan menggunakan api yang kecil.  Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut.  Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit.  Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap.  PESANAN: jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni.. memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja.  Tujuan merebus belimbing sehingga betul2 kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan.
2.  Tumbuk cili padi sehingga halus.  Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas lagi dihiris nipis)  Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat.  Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.
3.  Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi.  Masukkan bahan2 tumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga).  Tambahkan kicap manis, garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding gitu).  Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang.  Atau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut.  
4. Sambal ini boleh disimpan lama & boleh buat banyak2 untuk simpan stok.   Boleh dihidang dengan apa saja juadah yang rasa sesuai dihati anda... Sedap yang teramattttt!!!

Thursday, March 24, 2011

Sambal Udang Gerangau

Assalamualaikum,Pagi yang dingin,malam tadi penang dibasahi dengan hujan sampai ke pagi terasa dinginnya,sambal udang gerangau yang sangat tersangatlah sedapnya,mula-mula plan nak buat sambal udang kering tapi terpaksa tukar ke plan B sebab udang kering dah habis.Sambal udang kering memang popular dish among chienese,ada yang peranakan version juga .Sambal ni boleh juga dipelbagaikan kegunaannya,hubby pun cakap sedap nantikan menu berasaskan sambal udang ni ye
Udang gerangau ni yang diimport dari Tanjung Dawai,kebersihannya InsyaAllah sebab perkampungan melayu
Sambal Udang Gerangau
Sumber:qasehmu-abadi.blogspot.com
Bahan-bahan
Udang gerangau~direndam sebentar kemudian disangai sehingga kering
4sb cili blend
4biji cili merah*
3 batang serai*
3biji bawang besar*
2st serbuk kunyit*
Sedikit belacan *
1st gula merah
3sb gula
Garam secukup rasa
minyak untuk menumis
*blend halus dengan menggunakan sedikit air
Cara-cara
Udang gerangau disangai sehingga garing ketepikan,tumis bahan blend sehingga naik bau dan garing,masukkan udang terus mengacau sehingga kering,gunakan api perlahan  perasakan garam dan gula nanti terhangit pulak,masak sehingga kering seperti serunding,sejukkan kemudian masukkan ke dalam botol kedap udara.
note:udang gerangau mengandung banyak pasir halus,so ke basuh betul supaya tiada pasir,rendam seketika,ambil bahagian atas sahaja,masukkan dalam penapis lalukan bawah air mengalir.

Friday, April 23, 2010

Sambal Goreng Pengantin

Menu ulang tayang,nak buat camnekan dah big boss cakap dah lama tak buatkan lauk favourite diakan,so korang layan je lah.
Jom kita tengok resepinya.
Bahan - bahan
Paru*- direbus ,potong dadu dan digoreng
Hati*- direbus ,potong dadu dan dipotong
Udang - buang kulit & goreng sebentar
bahan-bahan blend
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Serai
Lengkuas
Belacan
Cili merah potong serong & digoreng
Bawang goreng-kalau nak sedap kena yg homemade
Pati santan - chik guna dlm 100ml tapi tak habis guna
Asam keping
Garam
Gula
Serbuk perasa - jika suka
Cara-cara
Paru & hati direbus,dipotong dadu dan digoreng,udang digoreng sebentar,kemudian goreng cili merah semua bahan digoreng berasingan dan di ketepikan.Tumis bahan yg diblend sehingga garing,masukkan asam keping dan sedikit pati santan masak sehingga pacah minyak,masukkan garam,gula ,kemudian masukkan bahan2 yg telah digoreng ,gaul sebati kemudian masukkan cili merah n bawang goreng.Sekiranya terlalu kering masukkan sedikit santan.Siap utk dihidang.

Friday, February 26, 2010

Sambal Paru wif Kentang

Menu kesukaan semua,anak2 chik mi kalau paru sambal ni suka ratah je,so kalau buat pun mmg kena xtra ,kadang 2 tak sempat nak buat benda lain.





Monday, November 23, 2009

Sos Keropok Lekor

Salam,sos yg mesti ade kat esbok ku itu.Sos pencicah keropok lekor,kalau kat Penang ni susah nak dapat sos keropok yg menepati citarasa chik mi,so aritu masa teringat nak buat search kat MYR jumpe sos cili thai by Yani so chik mi pun try le ,ok not bad chik mi tambah gula merah so mmg sama ngan sos pencecah keropok lekor tu.Selain dari cicah dengan keropok Chik jugak cicah dengan goreng pisang atau goreng ubi.Suke suke sbbnya masa duk kat Dungun dulu selalu beli goreng pisang mok cik tu bagi sekali sos ni sedap wooo.Knorrrr betoi dak gitu?

Keropok lekor tu bukan ler homemade,tapi mmg sokmo ade stok dlm esbok,selalunya kalau p ke Sungai Petani mesti nak singgah kat tempat yg buat keropok lekor tu.sedap tau tak gatai ,org yg jual tu mmg asal dari Besut so keropoknya mmg best.Kalau dapat yg ori dari Ganu lagiiiii la best kan Knor kannn.

Resepinya nnti ye Myr tak boleh masyuk ler
update :

Bahan-bahan ( - )

  • 1/2 cawan cuka
  • 1/2 cawan air
  • 1/3 cawan gula
  • 2 btg cili kering
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar nampla/sos ikan
  • 1 sudu kecil tepung jagung + 2 sudu kecil air
  • gula merah -yg ni chik mi tambah

Cara-cara

  1. Masukkan cuka, air, gula, cili kering dan bawang putih ke dalam mixer. Kisar sehingga cili kering dan bawang hancur. Kemudian panaskan di atasu dapur.
  2. Bila dah mendidih masukkan tepung jagung yg telah dicampur dgn air dan juga sos ikan. Masak sehingga pekat.
  3. Note: Sos yg lebih boleh disimpan dalam peti sejuk. Boleh diguna bila perlu. Kalau terlebih masak boleh tambah gula

Monday, November 16, 2009

Sambal Telur



Plan asalnya nak buat kurma telur ngan kentang tup2 my laling cakap nak makan telur masak sambal tu yg jadi menu ni,jangan mengences ye udah pinish

Wednesday, August 12, 2009

Kurma Daging Wif Air Asam Tomato

Salam,menu ari isnin ari tu baru sempat nak N3,kurma daging terpekat la pulak .Family chik mi kalau buat kurma daging ni mesti nak ade air asam aka sambal belacan tomato,selalunya kalau kenduri sebelah mainland mesti ade benda ni(Wawa betoi dak ni).

Sambal belacan tomato ni senang aje buat sambal belacan cam biase pastu masukkan tomato yg dipotong dadu pastu masukkan sesudu kecil kerisik,walalllaaaaaa sedapnya.Masuk bakul angkat sendiri ni.

Nampak sayur ni kat umah mama hawa tapi tak cukup bahan so chik taruk blackpepper aje.

Monday, August 10, 2009

Kerabu Timun & Nenas


Ni pulak buat kawan ngan kari kepala ikan tu,pebret si along ni, selalunya kalau dia p umah kakak chik mi sll dia suruh buat kerabu ni,

Yang ni spesel sikit sbbnya Along yg buat,hahahha chik mi jadi supervisor aje.Along ni pemalas nak ke dapur tu yg spesel tu sbbnya kerna nak makan sambal belacan dia sanggup..selalunya yg menolong kat dapur adalah angah ,riuh kalau along masuk dapo,sampaikan ayah kata long tu baru buat sambai belacan belum lagi goreng ikan keli ,hahahahha dia suruh masukkan jugak sambai belacan yg dia buat katanya kenangan la ibu.Gambaq pun blur sbb dah lapaq kut ye long

Friday, June 19, 2009

Sambal Tempoyak Ikan Bilis


Dah lama duk kiv resepi ni,ambik kat umah Yat ari tu,tapi masa tu x dak tempoyak so simpan je la dulu,bila dah ade tempoyak ni so teringat kembali resepi yg duk kiv tu.Yat dapat resepi ni dari Nor ,so terima kasih semua yg berkongsi resepi yg membuka selera ini.Halalkan yer Chik mi CnP kat sini
SAMBAI TEMPOYAK IKAN BILIS
Bahan-bahannya;
1 cawan ikan bilis di goreng terlebih dahulu
4 sudu besar tempoyak
3 biji cili merah di blend
3 biji cili api merah di blend
belacan
garam
gula
Cara-caranya;
Masukkan sedikit minyak sahaja tumis cili besar, cili api, belacan sehingga masak, masukkan ikan bilis, masak seketika, masukkan tempoyak garam dan gula, terus angkat. siap, boleh prepare banyak2 boleh di simpan lama2 di dalam peti ais