Friday, November 25, 2011

Roti ~Macam-Macam Adaaaa~

Assalamualaikum
Hahhh kan dah kata ,orang dak ke Jepun kita baru nak naik kereta Lembu di Melaka,heheh ramai yang dah buat Hokkaido Milky Bun Chik mi baru nak panaskan enjin ketapi,punyala lamaaaa tak meroti sampaikan Cik BM pun merajuk ,bila dah ada Cik Baker Chik mi buat kerahan tenaga suruh Cik Baker menguli,heheheh baru ler berbaloikan.Buat roti ni pun atas permintaan Cik hubby sebab dah lama tak buat roti homemade.Sukaaaanya bila Cik Baker ni menguli sebab boleh jimat elektrik sebab kalau guna Cik BM punyala lama nak menunggu,sebab Cik BM ku mempunyai preheat button mau dekat 35 minit tunggu dia preheat,dah tu baru uli kemudian nak rise pulak .Bila guna khimat stand mixer Cik Baker ni dalam 15-20 min dah siap menguli ,jimat jimat:)

Nak melembutkan jejari ku yang dah lama tak praktis meroti,filling red bean tu lebihan dari pau hari tu


Masih menggunakan resepi Basic doh dari resepi Kak Nor,Thanks kak saya Cnp kat sini ye ,buat rujukan dimasa depan.
Sumber:Kak Nor
Sumber II:Chik Mi
BASIC DOUGH my style

380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening
Untuk resepi water roux boleh tengok kat sini.Thanks ye Ros akak link ke blog Ros ye untuk resepi water rouxnya .
  1. Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
  2. Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
  3. Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
  4. Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
  5. Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
  6. Biarkan sehingga proses menguli selesai.
  7. Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
  8. Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.
Chik mi sapu dengan egg wash sebelum roti dibakar
egg wash 
1 biji telur
1 sb besar susu / air biasa
#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.
#Peringatan untuk Chik mi
Sapu roti dengan egg wash sebelum di bakar 
Guna middle rack
Selepas roti dibakar terus sapu dengan butter .
 Bila tengok bun nya hati punya gumbira sampai lupa bila bun dah bertindih maka tak licin lagi la permukaannya tu.


Monday, November 21, 2011

Marble Cheese Cake

 Assalamualaikum,lamanya tak sapu sawang kat sini ,sekarang ni cuti sekolah so kerja masak memasak makin bertambah,kadang-kadang tu tak sempat nak klik  klik pun kepenatan rasa nak tidur aja,Pada anak-anak yang berjaya dalam UPSR baru-baru ni tahniah diucap,pada yang tak berjaya mendapat staight A's jangan kecewa,terus berusaha perjalanan masih jauh ,itu yang chik mi cakap kepada angah anak chik mi,jangan riak terus berusaha ni baru permulaan perjalanan.Ok berbalik kepada MCC ni dah lama tak buat sejak mixer meragam malas rasanya nak godek apa-apa yang mnggunakan mixer.MCC ni diperkenalkan oleh Kak Nor,masa kami rajin duk berconference dulu-dulu,masa tu sungguh seronok,petang-petang aje on YM pastu ade lah yang cuit nanti,pastu ada yang bila line tak stabil jatuh gedebuk macam nangka busuk,hehehe semuanya tinggal kenangan ,ada yang cakap kerna chik mi la conference tu tutup sebab chik mi dah kena tukar tempat so petang-petang dah tak boleh sembang:)Masa tu chik mi jakun sikit sebut aje cheese hehehe tak gheti nak makan ,so kak nor la yg duk cakap sedap tau MCC ni ce try buat ,dah buat haaa ambik ko tak boleh berpaling tadah lagi...

Chik mi dengan
 MCC ni memang susah nak bertemu jodoh kalau bua,ade je yang tak kena,pandanglah lihat MCC ku yang retak 
Bila balik dari ofc hanya tinggal yang ni,angah cakap since dah lama ibu tak buat kek,so angah ,along & sabrina enjoy every pieces of the cake :)
Resepi Mcc ni dikongsi oleh Umi Feeza kat MYR,tapi Kak Nor dah edit sikit letak susu cair
sapa yang belum mencuba jom ler rasa keenakkan MCC ni :)Kak nor saya CnP kat sini ye,thanks
Sumber : Kak Nor
Sumber : Chik mi
KEK MARBLE CHEESE by Umi Feeza MyR

* Bahan A
* 185gm butter
* 1/4 cwn serbuk koko
* 1/2 cwn gula halus
* 1 cwn tepung naik sendiri
* 2 biji telur
* k.nor tambah 1/3 cawan susu fresh sbb adunan agak pekat   

* Bahan B
* 250gm cream cheese
* 1/2 cwn gula halus
* 1/4 cwn fresh milk
* 1 biji telur
* 1 sudu teh esen vanila

1. Cairkan butter,masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Biarkan sejuk.
2. Pukul gula dengan bancuhan butter dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Bila sebati, masukkan tepung dan gaulkan. Ketepikan dulu.
3. Dalam bekas lain, pukul cheese ngan gula dan esen hingga sebati. Then masukkan telur dan fresh milk, sebatikan.
4.
Tuangkan adunan koko berselang seli ngan adunan cheese ke dalam acuan yg telah dilengser ngan butter. Kemudian lorekkan ngan lidi untuk hasilkan marble.
5. Bakar hingga masak. Biarkan kek semalaman dahulu baru potong. Kek ni agak moist. Yang saya buat tu cheesenya terlebih kat tengah acuan. Tak sabar tunggu, potong awal...tu yg sememeh sket kat tengah tu, cheese xdan sejuk.


Tuesday, November 15, 2011

Chocolate Filling

Assalamualaikum,cuaca di Penang sekarang ni panas,dapi pagi tadi mentari dah menyinar tapi dalam office ni punya ler sejuk,tak larat chik mi nak ulang alik p ke bilik kecik,nasib baik tak kena bayar rm0.20 sekali masuk kalau idak haru dibuatnya:).Ok kali ni nak share resepi chocolate filling yang chik mi buat inti pau baru ni ,terima kasih pada Knor yang edit resepi ni sebab bila buat filling kuih pau tu elok je tak lembik macam guna sekaya.Terima kasih juga pada empunya resepi yang sudi berkongsi ilmu.
Resepi ni menghasilkan choclate filling yang agak banyak,seronok ler anak-anak dara ibu buat spread atas roti .
CHOCOLATE FILLING (versi edit)
kredit pada tuan resipi asal : Puan Azlina Alias
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan :
250ml susu sejat
180ml air suam
180gm gula castor
60gram serbuk koko
60gram tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum (yg ni k.nor tambah)
60gram mentega
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara :
Campurkan kesemua bahan kecuali vanila dan mentega.
Kacau dgn menggunakan handwisk hingga sebati atau boleh juga kalau diblend.
Panaskan atas dapur dan hendaklah sentiasa dikacau hingga pekat.
Masukkan mentega dan vanila.
Kacau lagi hingga sebati dan pekat.
Padamkan api dan sejukkan sebelum digunakan.


Monday, November 14, 2011

Pau Bagus ~Kak NoorMasri~

Assalamualaikum ,sekejap aje hari isnin menjelma,weekends baru ni sessi membuli 'Cik Baker' untuk bekerja,dah lama simpan resepi pau kak noormasri ni,masa mula-mula kak noor tayang pau ni hati dah tertarik ,bila baca resepi kena uli 2 kali doh A & doh B ,alamak malasnya sebab Bibik Melayu chik mi kena preheat dulu punya la lama nak tunggu,so bila CB sampai mula otak menerawang nak bikin itu ,ini ,mula-mula kita buat pau dulu nak panaskan enjin hehehhehe.
Bila cakap nak buat pau,masing-masing request nak filling yang depa suka ,so chik mi buat 3 filling,kacang merah ,choc dan kaya ,alhamdulillah 21 biji semuanya habis request nak lagi ,nanti kita try guna tepung Hong Kong pulak sebab akan menghasilkan pau yang putih serlah gitu:).
Tak comei sungguh kerja tangan chik mi ye la dah lama tak buat so tak terpikir pulak bila dah kembang nanti warnanya tu akan jadi sememeh.pau kaya tak sempat nak enterframe.
Thanks kak noor ,chik mi kongsi kat sini ye 
Pau Bagus
Sumber:http://dapur-digital.blogspot.com
Dicuba:Chik Mi
PAU BAGUS

Sponge (A)

250g tepung pau
20g gula caster
11g yis kering
125g air

Bahan (B)

250g tepung pau
100g gula caster
15g Double Action baking powder
5 g garam
30g shortening
125g air
Inti - ikut citarasa -> secukupnya

Cara membuat:

Bahan A, campurkan semua bahan kering diikuti air kemudian uli sehingga sebati dan perap 1 jam.

Bahan B, dlm bekas lain campurkan bahan kering diikuti shortening dan akhir sekali air. Uli sehingga sebati dan rehatkan sekejap.

Selepas 1 jam doh A diperap, campurkan dgn bahan B dan uli sehingga licin lebih kurang 7 minit.

Perap 30 minit. Kemudian tumbukkan doh utk keluarkan angin dan timbangkan setiap bahagian seberat 50g. Masukkan inti dan biarkan naik selama 20 minit.

Kukus selama 7 -10 minit. Pastikan tudung pengukus dibalut kain supaya air wap tidak menitik ke atas pau. Enak dimakan panas2.

Tips:
Untuk mengukus pau, pastikan air di dalam pengukus sudah berwap ketika memasukkan loyang berisi pau. Harus diingat bahawa pau mesti diletak dalam jarak lima hingga enam sentimeter setelah diisi dengan inti. Pau hendaklah dikukus sebaik sahaja ia kembang. Jika pau berinti yang sudah kembang dibiar terlalu lama pada suhu bilik, ia akan mengecut selepas dikukus.

Thursday, November 10, 2011

Homemade Sardine

Assalamualaikum,lamanya tak buat homemade sardin ni,sebab pressure cooker kesayangan dah menamatkan perkhidmatan setelah 11 tahun berkhidmat dengan jayanya.Alkisahnya si pc ni chik mi 'terbeli' sebab kena tipu u dengan geng 'gores dan menang',masa tu chik mi baru berpindah ke rumah ni so masa tu rumah nak tengah renovate so pintu pagar terbuka senang ler si geng-geng ni masuk,kalau tidak memang tak buka ler pintu pagar tu,bila tengok kat rumah ni ramai orang perempuan,masa tu mak dengan kakak chik mi ada sekali so dengan senyum simpulnya depa bercerita,mula2-mula malas nak ambil pot,tapi tau ler depa-depa ni kan p training macamana nak tackle customer ,akhirnya kutewas jugak,dengan harga rm500 masa kupinangkan jugak si pc tu,huwa mau nanges woo sebab 11 tahun yang lalu rm500 amat besar nilainya,bukan saja si pc yang ku pinang multicooker dan jugak water filter semuanya berharga rm500 setiap satu,siap angkut naik van lagi p withdraw duit.cik hubby pun asyik menjeling aje,ntah macam kena pukau gitu,memanglah nampak barangnya tapi dengan harga yang sungguh MAHAL.tapi nak pujukan hati tak pe lama tu boleh guna.Panjang pulak si mukaddimahnya ,ok berbalik pada cik sardin ni ye,chik mi bukanlah penggemar sardin,selalunya kalau masak pun untuk cik hubby dengan anak-anak saja,tapi kalau yg homemade ni alhamdulillah boleh aje nak makan mungkin sebab tak berbau hanyir agaknya.
Chik mi tak guna pressure cooker tapi menggunakan multi cooker,ada juga resepi yang menggunakan slow cooker.Kalau menggunakan multi atau slow cooker kebarangkalian untuk hangus kurang atau tidak ada langsung sebab kita boleh control kepekatannya.
 Yang ni chik mi Sardin Berperisa Tomyam,sebab Chik mi tumiskan sikit tomyam paste campur dengan sardin tadi bersama hirisan serai dan daun limau purut,
Yang kat sini versi spicy guna cili blend ,yang ni chik mi guna resepi asal guna tomato paste.
Homemade Sardine
Resepi Asal :CMG
Olahan: Qasehmu-abadi.blogspot.com
BAHAN-BAHANNYA :-)
700 g ikan tuna~Chik mi guna ikan selayang/sardin/curut
1/2 cawan tomato puree
1/2 cawan minyak masak
25 g bawang putih*
80 g bawang merah*
20 g halia*(dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa
2 1/2 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tuna dibersihkan, potong sederhana besar, buang kepalanya. Perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
  2. Dalam periuk tekanan, panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, masukkan tomato puree dan masak hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
  3. Bila mendidih, masukkan ikan tadi, kacau rata dan tutup periuk tekanan. Pasangkan injapnya dan bila periuk mengeluarkan wap dan bunyi "berdesir", kecilkan api dan biar masak perlahan selama 1 jam (ikut cara guna pada periuk tekanan masing2)...
  4. Cukup waktu, bawa periuk tadi dalam sinki dan alirkan air paip atasnya sehingga wap dalam periuk habis, buka tudungnya dan periksa keadaan ikan, selalunya pada masa ini ikan masih kekal dalam bentuk asal, tapi tulang2nya menjadi lembut seperti sardine dalam tin.
  5. Boleh lah dimasak mengikut kreativiti masing2. Nak buat sandwich pun boleh, nak cicah dengan roti pun boleh..atau goreng macam kita masak sardine biasa.
Sardin yang sihat tanpa bahan pengawet,tapi kena lama sikit masak kalau guna multi cooker nnti chik mi experiment lagi ye

Wednesday, November 9, 2011

Homemade Jus Buah Pala (Nutmeg Juice) ~Edited

Assalamualaikum,tak terlambat rasanya untuk Chik mi mengucapkan selamat hari raya AidilAdha buat semua,terima kasih atas sokongan dan perihatin,dah lama menyepi nak mula balik tu yang ermmm M nya ,sekarang ni alhamdulillah dah ok.Bila dah lama terhenti ni nak start berbicara tu agak payah sikit heheheh macam budak baru merangkak gitu.Jus buah pala ni selalu Chik mi buat ,kalau kat Penang ni memang senang nak dapat buah pala yang fresh tu,opss lupa jus yang ready made pun ada jual ,tapi dah senang nak dapat stok pala fresh ni so memang chik mi selalu buat,Chik mi asalnya dapat tahu pasal jus ni masa kakak chik mi kena batuk,so chik mi cakap dengan ofcmate chik mi,dia kata gula batu dengan buah pala tu direnih selama 8 jam dengam slow cooker cuma dia tak bagi portion yang betul ,so kakak chik mi buat jugak tapi sebab tak tahu portion turn out dia kurang memberangsangkan sebab MASAM.Baru -baru ni chik mi ada bertanya khabar dengan seorang kakak ,sebab dah lama tak nampak dia muncul kat blog @ kat fb,dia pun ceritala katanya dia tak sihat dah sebulan lebih kena batuk ,dah bermacam usaha yang dibuat tapi semuanya belum ada kejayaaan dalam ertikata lain Allah belum mengizinkannya.,so chik mi tanya dia ,nak tak cuba jus buah pala ni ?dia cakap boleh juga,so chik mi pun poskan ke dia buah pala ni,sebelum ni chik mi hanya tahu kat market Chowrasta je yang ada jual buah ni,so chik pi ke sana,so bila chik mi cakap nak buat ubat batuk ,chienese man tu pun cakap ok u ambil ini buah 1 kg ,balik campur dengan gula batu 1.5 kg gula batu campur dengan 1 cawan air pastu renih dengan slow cooker  selama 8 jam ,so chik mi pun minta kakak tu buatkan seperti yang disuruh,selain dari bagus untuk batuk jus ni juga baik untuk membuang angin dalam badan,Tapi di chowrasta market agak mahal sekg rm8-rm12,chik mi dapat dr Bayan Baru market rm3/kg aje,selapas tu chik mi tanya dengan kakak tu macamna dengan batuk dia tu dah kurang ke?Jawapannya Alhamdulillah dengan izin Allah batuknya bukan saja dah berkurangan tapi dah hilang langsung,alhadulillah ,
 Homemade Jus Buah Pala
Source:qasehmu-abadi.blogspot.com
1 kg buah pala fresh
1.5 kg gula batu-(chik mi hanya guna 1 kg)
1 cawan air
Cara-cara nya
masukkan semuanya kedalam slow cooker renih selama 8 jam,yapi chik mi tak guna slow cooker sebab dah rosak so chik mi guna multi cooker selama 2 jam .
Selain dari bagus untuk batuk dan buang angin jus ini jugak baik untuk pesakit asthma,ni yang diberitahu oleh nyonya kedai tu.Bagus juga untuk sejukkan badan
chik mi suka minum suam-suam.

Selepas direbus selama 2 jam buah tu mengecut,Chik mi suka makan ni masam-masam manis rasanya .Semakin lama kita merenih semakin hitam jusnya itu.
Cara nak minum ,jus ni ,bancuh dengan air suam ,selawat then kita minummmm
edited : rebus hanya isi buah pala ye bukan bijinya.Bijinya dijemur disimpan boleh digunakan dalam masakan.