Friday, December 23, 2011

Moi Sup~ edited~

Assalamualaikum
Moi sup aka nasi air,kalau dulu-dulu chik mi hanya tau moi ni nasi lembik untuk baby tu,kenal moi sup ni pun lepas tumbuhnya kedai tomyam kat sini,moi sup ni beasal dari sana agaknya.Sekali sekala masak moi sup ni ha,memang mendapat sambutan esoknya siap tanya lagi bu moi ada lagi dak?selalunya kalau beli memang tak habis pun makan sebab banyak sangat 'pak aji' kat dalamnya tu,sekali buat 2 pot bila dah masak 3/4 periuk pressure cooker yang 10 ltr tu,alhamdulillah licin:) laku sungguh la Chik mi jual moi sup:)
Makan dengan sambal hitam pahang ,telur masin,ikan bilis goreng daun sup perghhh berpeluh-peluh:)opssss daging cakap jangan tinggal dakuuu!!!
Geng bas sekolah yang tertinggal telur masin
Jimatkan kalau kat Bangkok Tomyam dulu-dulu semangkuk rm3.50-4.00 kalau buat sendiri makan ulang-ulang sampai perot boncit:).Dah lamaaaa tak p Bangkok Tomyam :(
Tak sangka ramai yang berminat dengan moi sup ni

untuk Moi @ Nasi lembik
2 pot beras(guna pot rice cooker)~ basuh dan rendam sekejap
Air sukatan air lebih dari nasi biasa
1 tbsp minyak masak
secubit garam
Chik mi masak guna pressure cooker,masukkan semua bahan kedalam periuk kemudiaan masak seperti biasa ,Chik mi tunggu sehingga 2 kali desir tutup api,bila wap dah turun buka tutupnya kacau sehingga nasinya pecah.Masa ni adjust ,kalau nak nasinya pekat buka api perlahan-lahan sambil kacau supaya buburnya tak berkerak@ hangit.boleh juga masak menggunakan rice cooker .

Pelakun tambahan aka Bahan sampingan
Daging
rempah @ serbuk sup
Bilis Goreng
Telur  masin
Daun sup dan daun bawang
garam secukup rasa

daging direbus bersama dengan serbuk sup sehingga empuk,kemudian keluarkan daging dan dihiris nipis-nipis ketepikan,sup tadi di renih semula dan ditambah air  untuk mendapatkan kuah sup yang banyak,tambahkan juga sedikit lagi serbuk sup (jika suka).

Moi ni lebih sedap jika dimakan bersama dengan sambal getuk atau sambai hitam pahang.
Untuk Lina dan Ct akak dah lamaaa tak p Bangkok Tomyam ,rasanya dah tak ada kut moi sup kat situ.

Wednesday, December 21, 2011

Mint Chocolate Almond Fudge

 Assalamualaikum.
Hari ni ramai yang tak berkata-kata ke?hehehhe,Panjangnya nama ,sebenarnya ni request dari husband Chik mi nak makan fudge,hari tu sharon ada belikan Chik mi buku 200 chocolate receipe,maka malam-malam dia duk membelek buku ni dan tanda mana-mana resepi yang dia bekenan,salah satunya 'chocolate pistachios fudge',bila chik mi belek resepi tu macam tak confident aje dengan bahan-bahannya,so Chik mi pun minta pertolongan pakcik google:)
Terjumpa resepi makcik seksi si Nigella Lawson ni tapi kutukar ke almond dan tambah mint essence walalaalala memang seydap untuk menggemukan badan:)
Mint Chocolate Almond Fudge
Sumber :Nigella Lawson
Olahan:Chik Mi

  • 350g dark chocolate (minimum 70% cocoa solids), chopped~ ku guna Chocolate Tulip
  • 1 x 397g can condensed milk~ku letak 377gm
  • 30g butter
  • pinch salt~ku tak letak
  • 150g pistachios ku letak almonds
  • 1/4 tsp mint essence ~ kutambah sendiri
 
Method

Serves: Makes 64 pieces of rich fudge

  1. Put the chopped chocolate, condensed milk, butter and salt in a heavy-based pan on a low heat, and stir to melt.
  2. Put the nuts into a freezer bag and bash them with a rolling pin, until broken up into both big and little pieces.
  3. Add the nuts to the melted chocolate and condensed milk and stir well to mix.
  4. Pour and spatch this mixture into a foil tray 23cm square, smoothing the top.
  5. Let the fudge cool, and refrigerate until set. You can then cut it into small pieces approx. 3 x 2.25cm. Cutting 8 x 10 lines in the tin to give 64 pieces best achieves this.
  6. Once cut, it can be kept in the freezer - no need to thaw just eat straight away.

Monday, December 19, 2011

Kuih Koci Kacang Merah

Assalamualaikum,lamanya tak sapu sawang kat sini,terima kasih pada teman yang masih sudi singgah di sini,tak boleh nak membebel panjang,jom kita beralih pada kuih yang Chik mi belum jumpa di Penang ,tapi kalau kat Kampung Selabak menu wajib time merewang ,selalunya kalau kenduri kendara kat rumah family sebelah husband Chik mi MIL yang ambil kontract buat kue koci ni.sekarang pun menjadi fave angah,kalau jumpa yang koci labu mula bising ,alaaa yang yang merah tak dak ka ,angah nak yang tu,bila buat ni baru puas makan,kalau kat tempat kenduri malu nak makan banyak-banyak:)

bahan-bahan untuk inti
Kelapa Parut
Gula melaka/gula merah
sedikit gula putih jika suka
sedikit air
sehelai daun pandan
secubit garam
~Masakkan gula merah dengan gula putih sehingga larutkemudian tapiskan
Masukkan kelapa,daun pandan dan garam kacau diatas api perlahan sehingga sebati,sekiranya inti terlalu berair masukkan sedikit tepung gandum untuk memekatkannya,kalau suka inti yg basah tak perlu masukkan tepung kacau sehingga agak pekat.
Bahan untuk Doh
Daun Pisang secukupnya~dilayukan dahulu
Kacang merah~direndam direbus kemudian diblend halus
tapi yang ni guna readymade paste
Tepung Pulut
Santan pekat 1-2 sudu dicampur dengan air *
secubit garam*
*dicampur dan dikacau sebati
minyak masak
Masukkan tepung pulut bersama pes kacang merah gaulkan sebati ,masukkan air perlahan-lahan sambil diuli sebati ,rehatkan sebentar
Ambil doh sebesar bola pingpong kemudian dileperkan masukkan inti dan tutup buat bulat,kemudian masuk ke dalam bekas yg berisi minyak masak ,ambil kemudian boleh di balut sama ada bentuk piramid atau bentuk bantal.
bentuk bantal :- letak di tengalipatkan 2kali diatasnya kemudian di lipat di kiri dan kanan.
Chik mi tanya husband mak kalau nampak kuih ni gelak ke nangis sebab bab membalut ni memang fail keras tangan,muahahhaha
Updated :pes kacang merah yg Chik mi guna tu Red bean paste yang selalu kita buat inti bun ,tapi yang ni memang tak manis

Friday, December 9, 2011

Bingka Keledek

Assalamualaikum.
Sekejap aje jumaat menjelma kembali,bagi ibu-ibu yang bekerja macam chik mi heheheh memang hari yang di tunggu-tunggu,setelah 5 hari keluar pagi dan pulangnya tika mentari dah diufuk timur maka hari esok adalah hari untuk bermalasan ,betul ka ?oh tidak kalau hari sabtu dan ahad lagi la macam-macam benda yang nak disettle,ni nak settle barang-barang persekolahan anak-anak pulak.
Bingka keledek yang dimodified dr bingka labu CMG,bila dah jatuh chenta dengan resepi ni Chik mi tukar dari labu ke keladi dan kali ni ke keledek .

  • 5 biji telur Gred A ~ Chik mi guna 3biji
  • 200 ml air ~Chik mi  guna 175ml
  • 300 ml pati santan (mat guna santan kotak)
  • 200 g tepung gandum
  • 180 g gula halus ~ Chik mi  guna 150gm
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca teh esen vanilla ~ Chik mi guna vanili serbuk
  • 450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus~ Chik mi guna keledek
  • Chik mi tambah bijan hitam dan putih


Cara-cara

  1. Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan.
  2. Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata.
  3. Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah yg telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dgn kertas. Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.



Monday, December 5, 2011

Pau Gebu Water Roux

Assalamualaikum,
Sekejap aje hari ni dah 9 Muharram,dah lebih seminggu kita melangkah ke tahun baru hijrah,sekarang ni nak mengupdate blog pun tak sempat dek cuti sekolah ,anak-anak ada kat rumah ,bila pegang aje keyboard nanti ada ;a suara-suara sumabang bu lama ke bu nak guna ,haishhh sejak bagi buat acc fb ni si angah asyik dengan online games aje ,geram pun ye jugak nak buat macamana dah terlanjur bagi kebenaran buat acc kan.Anak-anak chik mi dulu memang tak de acc fb ,sebab si ayah tak suka bila dah habis periksa tu chik mi pun bagi la create ingatkan senang nanti nak contact dengan kenkawan bila masing-masing berpisah dan insyaAllah akan ke alam sekolah menengah.
Tahniah di ucapkan kepada rakan-rakan blogger yang resepi-resepinya berjaya dimuncul di majalah-majalah ,berbangga chik mi dengan Diana Melley,Dayang Jack dan juga Ros.
Pau lagi jangan ada yang allergic dah ler ye,ku kerahkan 'Cik Baker 'untuk menguli lagi ,terima kasih 'Cik Baker' senang kerja Chik mi sekarang ni bila kerja uli menguli di ambil alih oleh 'Cik Baker',yang penting cepattt:)Kali ni cuba guna resepi pau yang mengguunakan water roux pulak best-best nanti kita boleh buat lagi ye.
Thanks Ros atas perkongsian resepinya
Still tak boleh membentuk pau dengan bolat kena praktis lagi nampaknya:

Thanks Ros akak copy kat sini ye untuk rujukan masa depan:)
Pau Gebu ( water roux) resepi II
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com 
Dicuba : Chik mi
Bahan-bahanya
550 gram tepung pau ( low protein flour)
2 sudu besar marjerin planta ( kalau guna shortening lagi bagus)
220ml susu segar atau bancuhan susu tepung+1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
2 sudu kecil double action baking powder
4 sudu besar water roux
2 1/2 sudu kecil yis
resepi water roux
25 gram tepung gandum
125 ml air

cara-cara untuk membuat water roux
-masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.
untuk inti- sedikit inti kacang merah

Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan,( nak guna BM pun boleh) pastikan doh elastik ye, kemudian perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam, tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin.

2.  Bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan biarkan sebentar, lebih kurang 6 ke 7 minit, kemudian leperkan sedikit dan masukkan sedikit  inti kacang merah, tutup kemas, ulang langkah tadi hingga doh habis.
3. Lapik pau dengan baking sheet atau daun pisang, dan biarkan pau naik dua kali ganda lebih kurang 1 jam, Panaskan pengukus, dan pastikan air betul-betul mendidih, kukus pau dengan api sederhana, tak perlu api terlalu besar selama lebih kurang 7 hingga 8 minit sahaja, bergantung pada saiz pau.