Monday, December 19, 2011

Kuih Koci Kacang Merah

Assalamualaikum,lamanya tak sapu sawang kat sini,terima kasih pada teman yang masih sudi singgah di sini,tak boleh nak membebel panjang,jom kita beralih pada kuih yang Chik mi belum jumpa di Penang ,tapi kalau kat Kampung Selabak menu wajib time merewang ,selalunya kalau kenduri kendara kat rumah family sebelah husband Chik mi MIL yang ambil kontract buat kue koci ni.sekarang pun menjadi fave angah,kalau jumpa yang koci labu mula bising ,alaaa yang yang merah tak dak ka ,angah nak yang tu,bila buat ni baru puas makan,kalau kat tempat kenduri malu nak makan banyak-banyak:)

bahan-bahan untuk inti
Kelapa Parut
Gula melaka/gula merah
sedikit gula putih jika suka
sedikit air
sehelai daun pandan
secubit garam
~Masakkan gula merah dengan gula putih sehingga larutkemudian tapiskan
Masukkan kelapa,daun pandan dan garam kacau diatas api perlahan sehingga sebati,sekiranya inti terlalu berair masukkan sedikit tepung gandum untuk memekatkannya,kalau suka inti yg basah tak perlu masukkan tepung kacau sehingga agak pekat.
Bahan untuk Doh
Daun Pisang secukupnya~dilayukan dahulu
Kacang merah~direndam direbus kemudian diblend halus
tapi yang ni guna readymade paste
Tepung Pulut
Santan pekat 1-2 sudu dicampur dengan air *
secubit garam*
*dicampur dan dikacau sebati
minyak masak
Masukkan tepung pulut bersama pes kacang merah gaulkan sebati ,masukkan air perlahan-lahan sambil diuli sebati ,rehatkan sebentar
Ambil doh sebesar bola pingpong kemudian dileperkan masukkan inti dan tutup buat bulat,kemudian masuk ke dalam bekas yg berisi minyak masak ,ambil kemudian boleh di balut sama ada bentuk piramid atau bentuk bantal.
bentuk bantal :- letak di tengalipatkan 2kali diatasnya kemudian di lipat di kiri dan kanan.
Chik mi tanya husband mak kalau nampak kuih ni gelak ke nangis sebab bab membalut ni memang fail keras tangan,muahahhaha
Updated :pes kacang merah yg Chik mi guna tu Red bean paste yang selalu kita buat inti bun ,tapi yang ni memang tak manis

23 comments:

  1. Salam Kak Mimi..Saya suke koci labu atau apa jua kocilah tak kita tepung pulut itam atau yang versi biasa, tapi intinya tetap kena kelapa manis tu...

    ReplyDelete
  2. salam Chik mimi, amboi lamaa menyepi, tup-tup bawa koci pulak hari ni. ada lagi ke, minta sikit! hujan2 mcm ni sedap mengunyah koci nyum2.

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Mimi..haah betul lah kak..xpnh jmpa plak kuih ni kat penang..ms yana duk kl slalu beli kuih nii..suka yg pulut itam..cantik dh akak bungkus tuu..cute2 jer hihii

    ReplyDelete
  4. salam kak mimi..xpenah mkn kuih koci kacang merah ni..nak cube nnt,sy mmg suka sgt mkn kuih koci.tp,sejak duk sini mmg xpenah buat langsung..sobs.

    ReplyDelete
  5. mimi ku cayang,ada yer koci kacang merah.mmg jakun nih..tak pernah makan.selalu makan yang hitam ngan putih ajer..kahkahkah..teruk sungguh.ada jual yer kacang yang readymade cam mimi cakap.

    ReplyDelete
  6. salam kak mimi - mala ambik kuih koci satu na....

    ReplyDelete
  7. aslmkum cikmi.. rajinnya mgoci.. ada lagi ke.. hujan2 ni cepat lapar pulak.. nk tnya brg yg akk oder tu dah ada stok ke..

    ReplyDelete
  8. wah..kak mimi..saya tak pernah makan kuih koci guna kacang merah ni...ready made paste tu manis ke kak? macam inti kacang merah tu ke? saya kacang merah kalau beli tak reti nak masak dia kasi lembut..hehhehe

    ReplyDelete
  9. assalam kak, menariknya tgk kuih koci inti kacang merah ni lum pernah mkn lagi teringin lak nk rasa. tapi sini daun pisang mahal la pulak..ada jual daun pisang tapi yg frozen jer.

    ReplyDelete
  10. rajinnya dia mengoci! malam semalam suami kita bawa koci dari kampung, dari tempat kenduri, walaupun hanya 2 ketul (asa kuih lain) okeylah juga buat ubat ngidam!

    ReplyDelete
  11. Askmkum Mimi.pertama kali tengok koci kacang merah...ingatkan inti guna kacang merah rupa2nya inti kelapa dan kacang merah utk doh...menarik resepinya...

    ReplyDelete
  12. suka makan kuih koci...kenyal2...lembut..emmm...sedapnya...:)

    ReplyDelete
  13. chik mimi..pertama kali acik tengok kuaci kacang merah ni..mesti sedapkan.

    ReplyDelete
  14. Assalam kak,sy xpernah lak mkn versi kacang merah,selalu yg lbh kurang lepat liat jer rasa n letak nyioq manih kat dlm,kalo xpon versi pulut itam,versi da kcang mrah msti bestkan,kalo sy dah kira ok dah akak balut tuh,sy nih lagi keraih kejung tangan,tapi tingin lah nak balut jns piramid tuh,mmg cun kan..

    ReplyDelete
  15. Asalamualaikum cik Mi..
    Sedapnya.. Rajin akak buat kuih koci. Jarang dapat jumpa koci cam ni. Biasa yg warna putih tu dgn koci pulut hitam yg selalu jumpa..

    ReplyDelete
  16. CM....

    apa khabar? lama x jalan2 sini. Sbbnya ayu jrg gak BW, busy nau......mmmmmm nengok kuih koci ni....mmg mengguda abisss....ni kene tutup skrin jap, nanti ustaz kecik tu ngok...mmmmm mak aiii, kene cari daun pisang la.....

    ReplyDelete
  17. Salam chik mi...kita pun suke kue2 koci ni...msa dpur senyap skjap tu..ada la jgk duk buat koci labu..sdpnye kan kue2 mcm ni..

    ReplyDelete
  18. Salam mimi..mmg WAJIB ada kuih koci ni masa kenduri kendara area BD nih :).
    Jgn lupa gtau kat mana ada jual eskreem tu ya..leh terjah.hihi

    ReplyDelete
  19. aduhai sedapnya kuih koci akak tu. saya suke kuih koci.. apa2 la asalkan koci. hehee

    ReplyDelete
  20. salam cik mi..sedapnya kuih koci tu..boleh bubuh durian tak? hehe...Cm ni mabuk durian...


    Oh ya akak dah buat jus pala tu tetapi guna slow cooker.Terlebih masak jadi jusnya warna agak gelap.Rasanya betul betul macam ubat batuk....Terima kasih Cik mi:)

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum chik mimi cayang.. windu chik mimi, skrg ni nani tak boleh online siang2.. sbb kat ofis tak leh login blog.. so kena login malam2 lepas abis wat keje umah.. lepas anak2 masuk tido.. chik mi apa khabar.. harap2 chik mi sihat ye..

    sedapnya kuih koci ni.. nani suka liat2 tu.. mmg suka beli kalau ada jual.. ehehe.. nak wat cam blog confiden.. ehehe

    ReplyDelete
  22. Assalam mimi, oh ingat kan inti kacang merah, rupanya kulit dia guna pes kcg merah, cantik kaler merah tu, kuih koci mmg akk suka, cantik balutannya

    ReplyDelete

Reply