Tuesday, October 26, 2010

Risoles


Salam, risoles ni  yang berasal dari Indonesia,kalau kita kat sini dipanggil dadar berlauk.Dah lama teringin nak buat cuma vitamin R tu tak de ,hehhehe hari ahad baru ni cik hubby belikan sekotak kentang,hah apa lagi nanti berderetlah menu kentang yang keluar.Chik mi sejak jumpa dengan kedai borong ni selalunya beli kentang dengan bawang sekotak @ sebag sekali,bukannya banyak dalam 4kg per kotak@bag.bukan apa senang sikit kalau nak masak bila satu satu barang tak de mood terus merudum heheheh moodynya.ok citer pasal risoles ni kalau kat indonesia macam-macam intinya ade yg letak cheeselah yang pasti dimakan bersama dengan cili api,Chik mi versi malaysia aka versi chik mi buat inti karipap ,takut nanti letak cili api anak-anak tak makan.
nnti chik mi update resepinya ye.ade sikit malas malam ni.
update:
Risoles
Untuk Kulit /Dadar
2 cwn Tepung gandung
3cwn ~airboleh gamtikan dengan santan @ susu cair
secubit garam
sebiji telur
 minyak utk mengoreng
Untuk salutan
1 biji telur
breadcrumb secukupnya

Inti
Ubi  kentang ~di dadu dan direbus
Daging cincang 
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serbuk kari~ jadikan pes
Daun sup & bawang
garam secukup rasa
caranya
untuk kulit
masukkan semua bahan ke dalam blender,blend sehingga sebati.adunan jangan terlalu cair @ pekat.panaskan nonstik pan masukkan i senduk adunan buat dadar sehingga nipis,ulang sehingga habis ketepikan.

untuk inti
tumiskan bawang merah,bag putih serta halia sehingga naik bau,masukkan pes serbuk kari ,tumis sehingga garing masukkan daging cincang masak sehingga dagingnya bertukar warna,masukkan ubi kentang masak sehingga sebati,masukkan daun sup & bawang perasakan dengan garam tutup api.
Ambil sehelai kulit @ dadarnya,masukkan inti gulung macam ketayap buat sehingga habis.Telur di pukul sebati,celupkan dadar yg telah siap di gulung tadi,golek ke dalam bread crumb .Panaskan minyak goreng keemasan.

Sunday, October 24, 2010

Blackpepper Sauce

Salam,
Chik mi nak kongsi blackpepper sauce yang boleh diperbagai gunakan.Resepi dari ofcmate chik mi ,cik ros pulak dapat dari abangnya yang berniaga western food,thanks ros.Ade cerita lawak kisah nak dapatkan resepi ni ,salah satunya brown sauce yang digunakan untuk membuatnya.cik ros try bermacam-macam brand akhirnya kami berhasil jugak jumpa dengan brown sauce tu.Chik mi pulak selalu skodeng kat kedai yang juai barangan untuk jual burger,mula-mula chik mi tanya sas untuk oblong burger guna apa,pastu adik tu bg ler brown sauce tu ,tapi yang dah direpack semula chik mi tak yakin so tak mau ambil,last-last chik mi jumpa yang brand KNORR tapi punyala banyak sepaket sekg gitu nak buat apa banyak-banyak ,chik mi tanya dengan tokey tu ada pack kecik tak tup-tup dia bagi brown sauce yang adik tu bagi chik mi senyum je la.bila chik mi citer ngan cik ros dia pun cakap a ah mmg betui yg tu sebab sil dia cakap packnya kaler ijau.,so berakhirnya pencarian kami.panjangnya mukadimmahnya .chik mi selalu ade stok sauce ni bila dah buntu nak masak apa tumiskan je ngan bawang masukkan ayam @ ikan yang digoreng terlebih dahulu so jadikan satu lauk buat kami.
Sauce ni jugak boleh digunakan dengan chicken grilled,mashed potato serta masak daging dengan cendawan yummy. psstttt chik mi tak buat sendiri sauce ni heheheeh sebabnya selalunya bila cik ros buat dia  sms cik mi nak blackpepper sauce?jawapannya hehehehehe ,thanks ros jasamu ku kenang

Jom kita tengok resepinya.
Blackpepper Sauce
5-6 ulas bawang putih
2 biji Bawang holland
100gm lada hitam~dikisar kasar
3 helai bay leaves~ dikisar dengan lada hitam
minyak zaitun @ butter ~untuk menumis
300gm Brown Sauce ~KNORR brand
1 senduk whipping cream
Air secukupnya

caranya
Tumiskan bawang putih bersama dengan bawang holland sehingga layu,masukkan lada hita,masukkan serbuk brown sauce kacau sehingga sebati,masukkan air sedikit-sedikit ,masukkan whipping cream masak sehingga pekat.

# resepi ni menghasilkan agak banyak  sosnya so kalau nak untuk sekali makan kena adjust sendiri ye.boleh di simpan dalam peti sejuk dah akan memekat so bila nak guna ambil sedikit masak semula bersama dengan air

Update:Sawi Dengan Sos Lada Hitam Bercendawan


Chik mi update resepi yang tertunggak ni ye.
Daging cincang ~chik mi guna dgg biase blend dgn Fp
Sawi ~ boleh juga guna siew pak choi
2 ulas bawang putih
Sos lada hitam~chik mi guna yang homemade nnti chik mi update kemudian,kalau nak guna yg readymade pun ok.
1 st sos tiram
3 biji cendawan butang~jika guna yang kering rendam sekejap ~dihiris nipis
garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
sedikit air

caranya
Panaskan air masukkan sedikit garam,kemudian masukkan sawi,jgn terlalu lama nnti lembik,kemudian toskan sawi tersebut,lalukan bawah air paip utk mendapatkan sawi yang berwarna hijau,susun dalam pinggan ketepikan.
Tumis bawang putih bersama sedikit minyak,bila dah wangi,masukkan daging cincang biar daging masak sehingga bertukar warna,masukkan sos lada hitam dengan sos tiram serta sedikit air,bila dah masak masukkan cendawang tadi,biarkan mendidih sebentar,perasakan garam,sekiranya menggunakan sos readymade awas jgn masukkan garam dulu ye sebab dah masin.kemudian bolehlah dituang diatas sawi tadi.







Wednesday, October 20, 2010

Sawi Bersos Lada Hitam Dengan Cendawan

Salam,lamanya tak bersiaran,macam-macam perkara terjadi semenjak dua menjak ni,sampaikan rasa macam nak berhenti kerja je..Ya Allah kau tabahkanlah hatiku ini.Bila chik mi tension segala fokus hilang dan mood jugak merudum.Sayur ni chik mi masak minggu lepas lagi tapi malas nak update blog so terperuk je dalam folder tu.resepinya chik mi update nanti ye,tak de idea nak buat karangan








 

Monday, October 18, 2010

Pressure Cooker

Salam,chik mi nak update pasal pressure cooker kepada yang bertanya hari tu,sebenarnya chik mi duk tunggu yang barand premier tp tak de stok,since bulan puasa lagi chik mi order tak dapat,bila chik mi tengok brand PHILIPS ni ok jugak siap dapat loyang 4 biji.harganya RM170  12 ltr(tak termasuk postage).Yang sebelah tu brand PREMIER SS RM350(tak termasuk postage),kalau berminat boleh email chik mi kat mimiazie72@gmail.com

Thursday, October 14, 2010

Homemade Sardine


Salam,lamanya tak buat sardin sendiri ni,masa p market weekend lepas nampak ler ikan sardin aka selayang ni gumuk2 n& bolat2 chik mi ambik ler hajat nak buat sardine kalau tak pun buat laksa sedap gak.last2 buat  
homemade sardine.tapi kalai ni chik mi tak guna tomato puree,chik mi gantikan dengan cili blend,so jadiler Sardine in Chili Sauce..,maaf ye Cik Mat bukan memandai nak ubah resepi ,cuma nak mencari kelainan ,nak bagi pedas sikit.


 Izinkan chik mi share kat sini ye cik mat,terima kasih banyak2
 Home made sardine
BAHAN-BAHANNYA :-) By CMG
700 g ikan tuna-Chik mi guna ikan selayang aje a.k.a ikan sardin
1/2 cawan tomato puree~ chik mi gantikan dengan cili blend
1/2 cawan minyak masak
25 g bawang putih*
80 g bawang merah*
20 g halia*(dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa
2 1/2 cawan air
1 batang serai ~ chik mi tambah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tuna dibersihkan, potong sederhana besar, buang kepalanya. Perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
  2. Dalam periuk tekanan, panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, masukkan tomato puree dan masak hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
  3. Bila mendidih, masukkan ikan tadi, kacau rata dan tutup periuk tekanan. Pasangkan injapnya dan bila periuk mengeluarkan wap dan bunyi "berdesir", kecilkan api dan biar masak perlahan selama 1 jam (ikut cara guna pada periuk tekanan masing2)...
  4. Cukup waktu, bawa periuk tadi dalam sinki dan alirkan air paip atasnya sehingga wap dalam periuk habis, buka tudungnya dan periksa keadaan ikan, selalunya pada masa ini ikan masih kekal dalam bentuk asal, tapi tulang2nya menjadi lembut seperti sardine dalam tin.
  5. Boleh lah dimasak mengikut kreativiti masing2. Nak buat sandwich pun boleh, nak cicah dengan roti pun boleh..atau goreng macam kita masak sardine biasa.

Monday, October 11, 2010

Popia Horlicks Bernestum



Salam takziah buat ahli keluarga yang terlibat dalam kemalangan ngeri petang semalam..Popia horlicks buat kudapan dipetang hari,dah seminggu kulit popia yang dah siap bergunting tu duk dalam peti sejuk sebabnya asyik terlupa nak beli horlicks.Sedap aje mengunyah sedar-sedar dah tingal setengah balang.last yr chik mi buat guna nestum + susu tepung ok jugak ,kali ni tukar ke horlicks pulak ,lagiiii ler sedapkan lemak-lemak gitu.Ade yang buat jualan time raya sekg belasan ringgit,mungkin sebab nak menggulungnya tu ambil masa,chik mi buat ngan Sabrina,dia koyakkan kulit popia,chik mi gulung,kejap aje 15 min dah siap.nasib ade assistant tecik nak mengacau jadi ler jugak kerjanya tu..
 

Chik mi letak resepinya kat sini untuk rujukan anak-anak nanti
Popia Horlicks Bernestum 
1 pkt Kulit Popia saiz besar  
Lidi satay ~untuk menggulung
Tepung Gandum dibancuh dengan sedikit air utk dijadikan gam
Nestum*
       Gula*         
Horlicks
*blend keduanya sehingga halus
Minyak untuk menggoreng
Caranya
Kulit popia dikoyak satu persatu,letakkan lidi dihujung kulit popia digulung sehingga habis,jangan tekan kuat2,kemudian lekat menggunakan gam tepung tadi ulang sehingga habis.kemudian digunting menyerong 1-2 cm.Goreng dalam minyak panas,api jangan terlalu besar nnti kaler jadi tak cantik,toskan minyak sehingga kering.biarkan sejuk,masukkan nestum,horlick dan gula dalam plastik bag jangan terlalu banyak buat sikit2.bila kulitnya dah sejuk masukkaan ke dalam plastik tadi dan digoncang sehingga semua kulitnya bersalut dengan sekata,ulang sehingga habis.
Nota: Masa menggulung kulit popia jangan di tekan biar longgar sikit sbb nanti bila dah goreng akakn jadi KERAS bukan Rangup.
    

Saturday, October 9, 2010

Fish N Chips

Salam,lamanya tak bersiaran sampaikan roti sardinnya pun dah lamaaaa jadi baja,haahha hari ni kita orang lunch ala-ala western gitu ,upssss bukan kat restoran ye,semuanya homemade ai tell u.Dah lama teringin nak buat Fish & Chips ni tapi bila nak beli dory tengok made in vietnam tersentot nak ambil(still terbayang email ttg dory tu) last week cik hubby cakap jom buat F&C ni.chik mi teringat hari tu nampak fillet guna siakap yang difrozenkan,so chik mi cadang beli aje ikan siakap dan jadikan fillet ni.Hasilnya alhamdulillah memang sedap dan yang penting PUAS HATI.Chipsnya pun chik mi buat sendiri since stok kentang banyak,hari tu chik mi ke kedai borong apalagi memborong kentang sampai sekotak,so kita pun buat homemade chips sendirila.Apa yang penting semua happy ibu pun gumbira



Cik baked beans tak sempat nak interfrem,masa ambil gambar ni hubby belum balik lagi dari kedai.Family chik mi lebih suka makan bersama mayo n chilli sauce setengah orang suka dengan blackpapper sauce ,terpulang dengan citarasa masing-masing..

Jom kita intai resepinya.

Fish Fillet
Fish Fillet
Tepung ubi ~untuk salutan
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Putih telur
Bread Crumb
 Minyak

Caranya
Lumurkan fillet fish bersama tepung ubi,garam dan serbuk lada,ketepikan,celup fillet tadi kedalam putih telur kemudian golek ke dalam bread crumb.untuk mendapatkan hasil yang sekata,masukkan bread crumb ke dalam plastik bag kemudian masukkan fillet fish tadi goncangkan sehingga bread crumnya menyaluti fillet tu sekata. Goreng secara deep fried bila dah perang bolehlah diangkat.

Potato Chips
Kentang dikupas & dipotong(jgn terlalu nipis)
Rebus kentang bersama sedikit garam sehingga 3/4 masak,toskan airnya sehingga kering kemudian digoreng sehingga keemasan.

Friday, October 1, 2010

Roti Sardin



Salam di hari jumaat yg mulia,buat roti ni utk bekalan angah n along ke sekolah,kadang2 pening kepala nak pikirkan menu untuk budak berdua ni,along memang tiap hari nak bekal tak kira ler hatta telur mata ngan kicap pun dia layan,angah pulak macam-macam hal,ade hari yang dia tak boleh heavy breakfast sebab kena p lab la,cikgu tak kasi bawak bekal masuk lah macam-macam.Along kalau tak bawak bekal kesian sebabnya dah keluar rumah 5.50pg,petang 3.45 ptg siankan kalau tak bawak bekal.Kadang2 tu chik mi buat 2 bekas so masa on the way balik dalam bas still boleh mamam.Dah ramai yg mencuba roti ni kan,baru hari ni semapat singgah kat umah chik mi



Resepi dari dapo kak sifu:>>> Minta izin letak kat sini ye kak ,Terima kasih bebanyak

ROTI SARDIN~ Knor
10 bj bun burger
1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur
1 labu bawang besar ~ didadukan
1 bj cili merah ~ dicincang
1 sudu besar jus limau nipis
2 bj telur
minyak

Untuk Inti:
Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.
Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.
Padamkan api dan kacau hingga sebati.
Ketepikan.

Cara2
Potong dua bun burger.
Toreh bahagian tengah tp jgn sampai tembus ke belakang
Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.
Masukkan inti sardin ke dalam bun td dan buat la sehinga habis.
Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti td sahaja.
Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.
Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.
Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.
Gorenglah sehingga selesai, jika minya dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain. Jgn lupa toskan roti yg dah siap digoreng tu ya..