Showing posts with label Jus.minuman. Show all posts
Showing posts with label Jus.minuman. Show all posts

Wednesday, November 9, 2011

Homemade Jus Buah Pala (Nutmeg Juice) ~Edited

Assalamualaikum,tak terlambat rasanya untuk Chik mi mengucapkan selamat hari raya AidilAdha buat semua,terima kasih atas sokongan dan perihatin,dah lama menyepi nak mula balik tu yang ermmm M nya ,sekarang ni alhamdulillah dah ok.Bila dah lama terhenti ni nak start berbicara tu agak payah sikit heheheh macam budak baru merangkak gitu.Jus buah pala ni selalu Chik mi buat ,kalau kat Penang ni memang senang nak dapat buah pala yang fresh tu,opss lupa jus yang ready made pun ada jual ,tapi dah senang nak dapat stok pala fresh ni so memang chik mi selalu buat,Chik mi asalnya dapat tahu pasal jus ni masa kakak chik mi kena batuk,so chik mi cakap dengan ofcmate chik mi,dia kata gula batu dengan buah pala tu direnih selama 8 jam dengam slow cooker cuma dia tak bagi portion yang betul ,so kakak chik mi buat jugak tapi sebab tak tahu portion turn out dia kurang memberangsangkan sebab MASAM.Baru -baru ni chik mi ada bertanya khabar dengan seorang kakak ,sebab dah lama tak nampak dia muncul kat blog @ kat fb,dia pun ceritala katanya dia tak sihat dah sebulan lebih kena batuk ,dah bermacam usaha yang dibuat tapi semuanya belum ada kejayaaan dalam ertikata lain Allah belum mengizinkannya.,so chik mi tanya dia ,nak tak cuba jus buah pala ni ?dia cakap boleh juga,so chik mi pun poskan ke dia buah pala ni,sebelum ni chik mi hanya tahu kat market Chowrasta je yang ada jual buah ni,so chik pi ke sana,so bila chik mi cakap nak buat ubat batuk ,chienese man tu pun cakap ok u ambil ini buah 1 kg ,balik campur dengan gula batu 1.5 kg gula batu campur dengan 1 cawan air pastu renih dengan slow cooker  selama 8 jam ,so chik mi pun minta kakak tu buatkan seperti yang disuruh,selain dari bagus untuk batuk jus ni juga baik untuk membuang angin dalam badan,Tapi di chowrasta market agak mahal sekg rm8-rm12,chik mi dapat dr Bayan Baru market rm3/kg aje,selapas tu chik mi tanya dengan kakak tu macamna dengan batuk dia tu dah kurang ke?Jawapannya Alhamdulillah dengan izin Allah batuknya bukan saja dah berkurangan tapi dah hilang langsung,alhadulillah ,
 Homemade Jus Buah Pala
Source:qasehmu-abadi.blogspot.com
1 kg buah pala fresh
1.5 kg gula batu-(chik mi hanya guna 1 kg)
1 cawan air
Cara-cara nya
masukkan semuanya kedalam slow cooker renih selama 8 jam,yapi chik mi tak guna slow cooker sebab dah rosak so chik mi guna multi cooker selama 2 jam .
Selain dari bagus untuk batuk dan buang angin jus ini jugak baik untuk pesakit asthma,ni yang diberitahu oleh nyonya kedai tu.Bagus juga untuk sejukkan badan
chik mi suka minum suam-suam.

Selepas direbus selama 2 jam buah tu mengecut,Chik mi suka makan ni masam-masam manis rasanya .Semakin lama kita merenih semakin hitam jusnya itu.
Cara nak minum ,jus ni ,bancuh dengan air suam ,selawat then kita minummmm
edited : rebus hanya isi buah pala ye bukan bijinya.Bijinya dijemur disimpan boleh digunakan dalam masakan.

Saturday, May 21, 2011

Susu Badam:)Lihat Betul-betul ye

Assalamualaikum,hari ni chik mi buat lagi susu badam untuk anak-anak,mula-mula tu agak susah nak suruh minum,kali ni chik mi tapis dengan penapis kopi yang kain tu serdak-serdaknya tu tak ada so nak minum laju sikit.Susu badam baik untuk kanak-kanak dan jugak untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.
Selain badam kurma jugak bagus untuk kesihatan so chik mi gabungkan kurma dengan badam.Kalau Kat restoran Kapitan kat Penang famous dengan tandoori dan nasi beriani ,Susu badamnya dibuat dari susu lembu,badam ,kismis dan jugak dimasukkan dengan safron(koma-koma),kalau nak bagi minum kat anak-anak chik mi dengar aje susu lembu gerenti ibu yang kena habiskan ,so alternativenya kita buat sendiri homemade susu badam,lagipun yang homemade ni terjamin sikit kebersihannya serta sambil buat tu boleh kita berselawat ke atas junjungan kita serta berdoakan:)
Jom kita tengok resepinya;
Susu Badam 
Sumber ://qasehmu-abadi.blogspot.com
200 grm Badam Mentah
11 biji Kurma
4 mug air masak

Cara-caranya 
Rendam Badam selam 4-5 jam,kemudian dibuang kulit ,basuh kurma sehingga bersih rendam sekejap jika perlu,kemudian dibuang biji.Kemudian blend sehingga halus kemudian tapis mengguna penapis kain ,chik mi blend 2 kali selepas diperah susunya blend sekali lagi .Hampas badam boleh dikadikan lulur ,nanti chik mi nak try buat pankek atau cucur :)

Thursday, December 2, 2010

Air Longan Dengan Kelapa Laut

Assalamualaikum,haritu chik mi ke tempat jual kelapa muda ,ternampak kelapa laut(sea coconut) ni so chik mi pun ambik juga 2 biji,chik mi simpan dalam petiais balik dari Kl baru sempat nak buat air ni,Longan kering pun dah lama sangat tersimpan kat petiais tu,so semalam selepas solat subuh chik mi mulalah merebus air longan ni,sedap diminum di musim panas.
 
 Chik mi rebus longan kering  bersama daun pandan sehingga kembang baru masukkan gula,boleh jugak masukkan gula batu,sebelum tutup api chik mi masukkan isi kelapa laut.
 
                         Jemput minum:)))

Friday, May 21, 2010

Honey & Ginger Tea

Salam,kejap je dah hari jumaatkan ,lepas bz dengan kerja yg tak habis-habis tu Chik mi kena pulak flu ngan sore throat (ofcmate chik mi ,siap suruh minum green tea lagi takut berjangkit kat depa).so arini alhamdulillah dah better sikit,sampai naik kembung perut asyik minum green tea ngan air suam je rasenya every 15 min chik mi p toilet.Yang honey and ginger tea tu chik mi terbaca kat blog ni.tapi dah tak dapat cari,katenya bagus utk nak refreshing our body yg kepenatan serta nak hilangkan angin yang banyak kat dalam badan chik mi ler tu.Alhamdulillah chik mi duk amalkan minum ni malam-malam rasa ringgan sikit badanku yang memang berat ni. Nak buatnya senang je masukkan air mendidih dalam mug ,masukkan hirisan halia yg di pecahkan sedikit,pastu masukkan madu mudahkan semudah ABCkan
Award ni chik mi terima dari Nur ,Terima kasih nur semuga ukhwah kita berpanjangan ye,Ok chik mi nak panjangkan award ni kepada pengunjung teratak chik mi sila2 jangan malu dan segan semoga persahabatan kita diberkatiNya Amin.


Friday, August 14, 2009

Jus Jambu Batu Wif Asam Boi


Ditengah ari yg panas ni jom kita minum dulu,beli jambu dah berapa hari duk parking aje kat esbok tu last2 terhasillah jus,ermmmm nyaman,sedap ade rase masam,masin n manis tu yg buat sedap tu betul tak? Abaikan lah tepi2 tu yg berserabut tu ye

Sunday, July 19, 2009

Jus Ambra

Meh kita minum jus ambra aka kedondong .sekarang ni selalu nampak cik ambra kat Giant tu yg cepat2 chik mi sambar.Kalau taruk asam masin aka asam boi lagiiiiii best,tp stok elek la so layan je lah