Thursday, March 19, 2009
Roti Arab N Kheema Daging
Cik hb request nak roti arab ni dah lama asyik tertangguh aje,apa yg chik mi bizi pun tak tau.akhirnyer dapat gak buatkan.Tapi....tak jadi kembung la pulak kat mana yang silap pun tak tau.Selalunyer ok aje.Resepi ni chik mi amik kat Myr nun,tuan punya resepi sapa lagi kalau bukan 'Ratu Lawak' Kfiza ler.Thanks akak ,Resepinyer kat sini yer.Chik Mi buat 1/2 adunan aje..
Kheema tu amik kat umah Diana.Resepi ni dikongsi bersama oleh Pearl.Thanks semua yg sudi berkongsi resepi.Chik Mi c n p kat sini yer
KHEEMA MATTER
Sumber: Azrah Abdul Majid
Bahan-bahannya
500 gram daging cincang
2 biji bawang besar, didadu kecil
2 biji tomato besar, didadu kecil
2 biji kentang, didadu kecil
2 sudu makan paste halia dan bawang putih
150 gram kacang peas
2 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan lada serbuk
1 sudu teh kunyit serbuk
1 sudu makan garam masala
1/2 cawan hirisan daun ketumbar
1/2 cawan minyak jagung
garam secukup rasa
Cara-caranya
Panaskan minyak dan tumis bawang besar yang telah didadu sehingga kuning. Campurkan paste bawang putih dan halia, tomato dan kacau rata. Masukkan pula lada serbuk, rempah kari daging dan serbuk kunyit. Tumis selama 5 minit. Campurkan daging cincang, garam dan selepas itu, masukan pula kentang dan 300 ml air, masak lagi selama sepuluh minit. Masukkan kacang peas, garam masala, daun ketumbar. Hidangkan dengna roti naan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Reply