Showing posts with label Kudapan. Show all posts
Showing posts with label Kudapan. Show all posts

Thursday, February 2, 2012

Peria Goreng

Assalamualaikum,di hari kedua di bulan Februari ni baru ada cik mahamood nak mengupdet rumahku yang dah berspider web ni,terima kasih pada yang sudi bertanya khabar terasa diriku begitu berharga muahahha,sebenarnya macam-macam hal terjadi diakhir tahun hari tu,mana dengan kamera yang dah 6 tahun bersama dengan kami tetiba rosak memory cardnya,memang sadis sebab bila pergi tanya semua kedai jawab,akak sekarang ni dah tak keluar memory card sekarang guna sd card ,aduh macam nak luruh jantung rasanya ,tu yang mood terus merudum toing toing toing,nak beli baru tahu je la akhir tahun duit mengalir deras tak boleh nak ditadah-tadah lagi dah.Nasib baik SIL pinjamkan kameranya,tapi tanganku kaku ambik gambar asyik blur je,bukan mudah nak serasi dengan benda barukan,kalau mak chik mi selalu cakap kalau tak pandai menari jangan salahkan lantai tinggi rendah,maksudnya kalau tak pandai ambil gambar jangan salahkan kamera,muahhhahah,melalut tak habis
Sebelum ni selalu dengar je cerita cik peria goreng tepung ni tak pernah nak mencuba,tapi katanya kat KL rata-rata kedai nasi kandar ada menu ni,kat penang ni rasanya jarang nampak  hehehe mana nak nampak sebab diriku bukan penggemar tegar si nasi kandar
 
 Cik sabrina yang picky eater tu boleh meratah gitu aje,wah sedap jugak ye sebab lemak-lemak pahit gitu
 nak buatnya tak susah
jom kita lihat cara nak membuatnya
Peria goreng tepung
Sumber:Chik mi
Peria
Tepung Goreng Ayam ~ku guna brand puteri*
garam secubit  rasa ~optional*
serbuk lada putih*
serbuk cili @ rempah kari*
minyak untuk menggoreng
garam sedikit ~untuk hilangkan pahit peria
caranya
Peria di dikorek bijinya di hiris nipis direndam dalam air garam sebentar @ diramas bersama sedikit garam,kemudian toskan sehingga kering.campurkan semua bahan bertanda *sehingga sebati,ambil sekeping peria di golekkan di dalam tepung campuran kemudian digoreng sehingga garing,angkat toskan minyak boleh dihidangkan.

Sunday, September 18, 2011

Cornflakes Madu Pedas Rangup

Thanks Dayang kongsikan resepi ni,raya baru ni Chik mi tak sempat nak buat cornflakes madu,so cornflakes tu duk parking cantik je kat rak,bila nampak Dayang buat N3 pasal cornflakes ni terus hati meronta2 nak buatnya heheeh,kalau time CNY kat office memang ada yang menjual ,sebalang kecil je rm20 kalau tak salah ler sebab tak pernah belikan:).Memang ralit makan ni walau pun pedas hehehe tak cukup semangkuk berebut dengan anak-anak.Next time boleh campur dengan ikan bilis pula memang heaven menggunyah CMRP ni lepas semangkuk tu mulalah kepedasan mencari air

Cornflake Madu Pedas Rangup
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Sumber : Chik mi

bahan-bahan :

  • 1 bungkus cornflake
  • 1 bungkus roasted peanut (boleh juga menggunakan kacang tanah kopek yang dipanggang/goreng sendiri)
  • 6 biji bawang merah (ditumbuk)*
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)*
  • sedikit cili giling/cili kisar
  • madu secukupnya
  • sedikit garam
  • 100 g mentega +/-
  • # Chik mi guna pes bawang putih 1 1/2 sb
Cara-cara :
  1. Cairkan mentega di dalam kuali besar. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing. Kemudian masukkan cili giling/cili kisar secukupnya. Tumis lagi hingga garing.
  2. Masukkan madu dan sedikit garam. Kacau sebati.
  3. Masukkan kacang tanah dan kacau lagi. Akhir sekali masukkan cornflake. Gaul-gaulkan hingga rata. 
  4. Jika kurang manis atau minyak, tambahkan mentega dan madu. Gorenglah hingga garing keemasan. Tutupkan api.
  5. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 170C-180C. 
  6. Sediakan dulang pembakar, taburkan cornflake tadi di atasnya. Ratakan. Kemudian bakarlah selama 5-7 minit atau sehingga garing keemasan. Jangan sampai hangus. Keluarkan dari oven, dan sejukkan sebentar sebelum disimpan di dalam balang. 
  7. Kaedah bakar akan menjadikan cornflake ini semakin rangup dan bertahan lama. Selamat mencuba!

 


Sunday, June 12, 2011

Kacang Potong (Peanut Candies)

Assalamualaikum,esok sekolah dah mula buka,chik mi pun baru nak sapu sawang kat sini,dah lama tak bersiaran,tapi ade jugak jengah kawan tapi bila cuti sekolah ni teramat M ,masak macam biasa tapi malas nak pegang kamera,dah ambil gambar malas nak N3.Berbalik pada kacang potong ni memang favorite chik mi sejak dulu,selalunya nak makan beli aje tapi agak payah nak dapat buatan orang kita,chik mi ambil dari koleksi buku resepi chik dah lama ku tenung-tenung resepinya,bukan apa takut nak mencuba resepi dari buku-buku atau majalah takut tak menjadi,dulu-dulu beli majalah sebab suka tengok resepi masa beli tak tengok bahan tup-tup chef hotel punya resepi guna tepung gandung sampai sekilo ,gula sekg ya ampun memang tak buat ler walau pun tengok gamgar cantiknya biskut tu,tapi rasanya sekarang dah tak lagi kut sebab semuanya sumber-sumber yang boleh dipercayai.Buat cemilan anak-anak,masa tengah masak syrupnya tu chik mi asyik duk layan si Sabrina sembang sambil buang kulit kacang,sampai terlupa so syrupnya terlebih masak sedikit pahit.
dah lama tak pegang kamera dah jadi makan tangan mak tok ketaq,tak pe walau pun tak cantik ni hasil kerja tangan kita bukan mengambil hak orang:)

Kacang Potong /Peanut Candies
Rujukan: 50 All Time Favorite Bakes
Ingredients
260g peanut~dipanggang dan dibuang kulit
60g sesame~ chik mi guna 40g campuran bijan hitam dan putih
120g coarse sugar
60g water1tbsp maltose syrup~chik mi guna 1 1/2tbsp golden syrup
1/4 tsp vinegar
Method
1.bake peanut @ 160c until fragrant.Rinse sesame seed and fry until golden brown and fragrant.
2.Cook coarse sugar in water with low heat until coarse sugar dissolve,add in maltose(golden syrup),vinegar and cook until till thick.Pour in baked peanutsand quick-stir evenly.
3.Pour the syrup mixture into a grease baking tray,then sprinkle with sesame seeds.Press and flatten the mixture with a wet roller.leave to cool and cut into pieces.Ready to serve.
Tips:Pour a drop of syrup mixture into water for testing;when it condeses into asoft droplet,the thickness of syrup mixture is just nice.
nota:chik mi lapik baking tray dengan aluminium foil,potong semasa masih panas dengan pisau yang dilumur dengan minyak masak.Chik mi gaul sekali kacang dengan bijan


Tuesday, May 24, 2011

Pak Tongko

Assalamualaikum,sekejap aje dah menjelma hari untuk bekerja,macam sekejap je cuti dan hari untuk bermalas-malasan,Negara kita dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh di hulu langat yang mengorbankan banyak nyawa yang,Alfatihah buat kesemua arwah adik-adik ,sedih dan pilu melihat berita tersebut.Hari sabtu tu chik mi kejutkan Bibik Melayu tu bangun dah lama sungguh dia tido,takut merajuk terus tak mau bangun je (kan Yatt kan) hehehe,hari tu nampak Izah buat cakoi,baru teringat dah lama kiv nak buat Pak tongko.Menu kalau ke pasar malam mesti beli pak tongko ni dekat 1 gerai ni,walaupun ada 2-3 gerai yang menjualnya tapi kami lebih suka dengan gerai ni mungkin kuahnya yang sedap kut:>
Tapi bagi chik mi texturenya tak sama macam yang selalu kami beli,walau pun resepi ni memang lembut walaupun dah sejuk,yang beli tu bila dah sejuk agak liat.Haritu nampak Madihah a.k.a ratna buat kayu keramat so nnti chik mi try yg tu pulak..
Kuahnya chik mi tak ikut resepi asal ,try nak buat macam yang selalu beli.Still menggunakan Handphone sebab camera still kat service center .

Resepi Pak Tongko:by Sofinar @ Myresepi

Bahan-bahan ( 4-5 oarang makan )

  • pak tongko
  • 300g tepung gandum
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 biji telur
  • 2 sudu teh yis
  • 50-75 ml air
  • secubit garam
  • kuah
  • 3 genggam kacang tanah- goreng tanpa minyak, buang kulit dan blander
  • 4 tangkai cili kering - digoreng dan blender bersama kacang
  • garam, gula dan asam jawa
  • 3/4 cawan air panas - ikut suka, jika tak mau pekat boleh tambah air begitulah sebaliknya

Cara-cara

  1. pak tongko - campur semua bahan kecuali air dan gaul dengan tangan sekejap.
  2. masukkan air dan uli hingga licin, perap 30 hingga 45 minit
  3. Paktongko1
    canai pak tongko lebih kurang 1cm tebak dan potong dengan pisau mengikut bentuk kesukaan anda
  4. panaskan minyak, dan goreng seperti menggoreng kuih donat.
  5. kuah- campur semua bahan dan kacau hingga sebati
  6. Jika tak suka kuah ini bolehla di makan begitu saja ataupun cicah kari atau lain2 pencicah

Sunday, January 23, 2011

Arrowhead Chip @ Ngaku Chips




Arrowhead Chips @ Ngaku Chips
Chips yg sinonim dgn CNY, masa CNY baru jumpa ubi ni,
Dulu2 buat selalu fail sebab melekat antara satu sama lain,tadi siap p tanya neighbour sebelah pagar macamana tak nak bagi melekat,sambil mata duk peratikan ooooo rupanya dia slice/parut dalam air baru hilang kanjinya pastu toskan sehingga air kering baru digoreng insyaAllah tak melekat.
Kalau boleh jangan guna slicer/pemarut yg tebal,nnti tak masak

Friday, August 13, 2010

Jagung Bakar Bersos Lagi


Salam,ni bukan menu berbuka semalam ye,ni menu hari ahad yang lepas,menu berbuka lupa nak bawak SD card so esok je lah,sebenarnya jagung bakar ni memang buat every weekend ,atas permintaan dak picky eater tu,hari jumaat ada pasar malam kat kmpg chik mi adik yg selalu jual jagung bakar tu jual sekalijagung mentah ni,suka beli jagung kat adik ni sebabnya manis je adik ni cakap dia ambil dari Cameron Highland,mmg jagung ni manis dari yang selalu chik mi beli kat market tu walaupun cakap jagung taiwan,tapi kadang2 tu keras dan berhampas je.Jagung ni special sikit sebabnya Sabrina yang bakar dibantu oleh ayah,dia yang sapu butter semua,bila dah siap baru ler panggil chik mi buat sos.
                                                     Resepinya ada kat sini
Chik mi CnP balik resepinya kat sini ,sebab arini rajin sikit.
 Bahan-bahannya
Jagung 
Butter*
Sos cili*
Sos cili thai*
Madu*
*campurkan ke semua bahan yg bertanda * diatas ,ketepikan
Cara-caranya.
Jagung disapu sedikit butter kemudian dibakar ,selepas jagungnya dah masak sapukan dengan semua sos yang dicampur tadi.sedia untuk dihidangkan.

Monday, July 5, 2010

Jagung Bakar Bersos Pedas


Salam ,bersua kembali dihari isnin,weekend baru ni weekends yang amat memenatkan,2 hsri berturut-turut penuh dengan xtvt sekolah anak-anak.so bila dah balik penatnya tak usah cakap ler,plan nak buat jagung ni dah lama,since dah malas nak masak beria dan stok jagung pun ade kita pun apalagi buat kerahan tenaga ler,Sorang suruh hidupkan api,sorang suruh bersihkan jagung so senang kerja chik mi tinggal buat sosnya je.Memula makan jagung ni kami pun pelik jugak bila tengok adik tu lepas bakar sapu dengan sos,bila dah makan baru tahu sedap rupanya tak macam setengah tempat tu kadang-kadang terasa berhampas je,(ni yang buat chik mi hangin je).Mula tu malu jugak nak tanya adik tu sos apa yang dia guna,tapi no harm kan trying,saje je tanya dik guna sos cili ke dik,sambil buat muka seposen.Angah dah siap menyiku chik mi,hehehehe nasib baik kita org ni regular customer kat situ so adik tu pun jawap ler a ah kak kiteorang campur mcm2 sos ,pastu tu tanya lagi madu dik ,a ah kak madu sikit.wokeh dik terima kasih ...

   Mari-mari  jagung bakar special 2 singgit,2 singgit hehehehe dah jadi cam Mail ler pulak.

 Bahan-bahannya
Jagung 
Butter*
Sos cili*
Sos cili thai*
Madu*
*campurkan ke semua bahan yg bertanda * diatas ,ketepikan
Cara-caranya.

Jagung disapu sedikit butter kemudian dibakar ,selepas jagungnya dah masak sapukan dengan semua sos yang dicampur tadi.sedia untuk dihidangkan.

Thursday, June 3, 2010

Keladi Goreng Rangup

Salam,Chik mi beli keladi ni ingat nak buat benda tup2 jadi kena goreng ler pulak,selalu macam tu bila nak beli tu plan nak buat benda lain bila kemalasan melanda kena tukar ke plan B ler pulakkan.Tepung gorengan ni lama jugaklah chik mi buat trial n error sampailah yang ni diapprovekan oleh ahli majlis tertinggi,bukan apa anak2 ngan big boss suka tepungnya yang ranggup so kena cuba sampailah puashati kan ,so kita yg buat ni pun bergumbiralahkan.

Double action baking powder
air
Bijan bila nak menggoreng baru masukkan
*sesetengah orang gunakan minyak yg dah panas tp Chik mi sll guna buttercup yg dah lembut aje

Yang oren tu keledek saje chik mi masukkan sekali.


















Wednesday, May 5, 2010

Fried Wanton

Salam ,tengok kat umah Nurindah teringat wanton yg chik mi buat last week,exceli along request nak popia goreng lagi chik mi tak order kulit popia so teringat dalam petisejuk ade wanton skin yg beli aritu,so chik mi pun buat filling dengan carrot,sengkuang pastu isi udang yg dicincang.masa goreng ni tak ingat sambil buat apa ntah pastu ade yang terireng la pulak.
Alhamdulillah along makan kongsi money beg ni dengan dengan kawan2nya kat hostel.Ade yang nak mengorder popia goreng ngan chik mi.Chik mi cakap ke along tak yah order ler kalau ade rezeki along bawak makan sesama.

Cepat2 sape nak 'money beg' sila ler ambil sorang satu,jgn berebut ye.

Tuesday, May 4, 2010

Ada Yang Teringin:>>>

Salam ,ni kena virus dari umah Nurindah teringat kat petiais ade sikit lagi kuah rojak,so masa ke SP  chik mi singgah pasar malam beli belimbing dengan mempelam epal ni.Sorry bebanyak ye Abbot tak per kan air liur tak melelehkan sebabnya abbot mengidam nak buah rokam kan,

untuk kuah rojak boleh refer kat Sini

Thursday, April 22, 2010

Popia

Salam ,sekarang ni chik mi dah jumpa dengan homemade kulit popia,mmg best so kalau nk makan popia basah tak payah tenyeh lagi kat kuali panas,Chik mi order dengan pakcik yang jual popia kat pasar malam,guna kulit popia ni lagiiii best buat popia goreng, sebabnya popianya ranggup je tak macam yang readymade kulit popia tu dah sejuk mulalah lembik(ke chik mi tak gheti nak goreng?).Dah tak sempat nak make up lawa2 sebabnya bawak ke ofc so kelam kabut ler,sosnya pun tak sempat nak enterframe.Intinya je yang sempat nak enterframe.ok resipi yang selalu chik mi guna kalau nak rujuk kat sini ye.






















Friday, April 9, 2010

Tempe Goreng



















Salam ,kejap je dah hari jumaatkan,Chik mi memang suke makan tempe,tapi my hubby kureng so sekarang ni sape yg terlebih jawa???hahahaha teringat dulu masa kecik2 selalu ikut arwah berjualan kat pasar malam ,arwah akan sebut tempe hot,tempe hot hhihihi pandai jugak bapak ku speaking ye.Sekarang ni angah pun suke ngan tempe ni,dia pun pelik bila tgk bnyk jugak tempe yg chik mi goreng aritu,dia tanya ehh ayah makan tempe?ayahnya jawab takkk ibu yang suke.Yang ijo tu bukan daun kari tapi cili ijo yg chik mi tumbuk kasar2 pastu tumiskan chik mi masukkan sedikit sos tiram dah bawang besar potong dah siap sonang keja ibukan.

Friday, March 19, 2010

Popia Basah

Salam,hari tu nampak Hana buat popia basah ni,terus meleleh ayeq liuq,hahaaha bila baca komen hana ala panas2 manja gitu nak tenyeh tepung kat kuali tu teringin la pulak nak cuba,kakak chik mi mmg buat sendiri kulit popia ni.bila check ngan my sis resepinya ,dia cakap tak guna cuka cuma air garam ngan putih telur je,tp no sukatan tu yg payah tu.so kita pun ikut recepi kak e lah sebabnya ade sukatan.Memang panas2 manje gitu ,auw ,hahaha chik mi guna pans utk roti jala tu mmg senang ler dah kata nonstick kan,tp pestaim buat tu ade yg lubang sini sana.

Ade yga terburai isi pewot,isk korang buat2 tak nampak dah ler,Popia basah kalau guna readymade punya kulit tak sedap,nak kena yg homemade jugak.

Sambal kena sedapkan baru best ,yg ni tak taruk banyak2 ,bila nak makan along ngan angah sapu lagi sambalnya.Yok kita tgk resepinya.Terima kasih kak e n kakfiza mintak izin nak CnP kat sini ye.

Kulit Popia ~by Umie E
  • Bahan untuk kulit*
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji putih telor
  • 3/4 cawan air
  • 2 sudu makan cuka
  • secubit garam
Inti~by Kakfiza
  • 50 sen taugeh
  • 1/2 biji sengkuang (sagat)
  • 1 btg lobak merah (sagat)
  • 2 sb udang kering
  • 2 biji tauhu (lecek dgn garpu)
  • 2 ulas bwg putih
  • 1/2 st serbuk kunyit
  • garam & lada sulah

Cara-cara

  1. Tumis bwg putih + tauhu dan udang kering.
  2. kemudian masukkan sengkuang & lobak merah yg telah di sagat tadi.
  3. Akhir sekali masukkan taugeh.letakkan garam dan lada sulah secukup rasa.
  4. Biarkan inti sejuk sebentar.
  5. Bentangkan kulit popia,letakkan inti dan gulung kemas.utk melekatkan hujungnya sapu dgn sedikit putih telur.

Friday, March 5, 2010

Kerepek Ubi Rebus

Salam, uiiks dah bape hari asyik duk tengok apam tepung beras tu je kan.Hari tu nampak kerepek ni kat umah CMG,wah teringat pernah makan kerepek ni baru tahu kena rebus dulu.Teringat kat dapur tu ade sikit lagi belen ubi kayu yg hampir2 nak menopous,ingat nak buat lepat sebab tengok kat blog Aidah tergoda,tapi malas nak parut ubi tu.last2 rebus ubi buat kerepek ni.Dah jemur2-3 haari tadi balik kerja masuk ofc dapo pulak goreng ubi ni,pastu sira,wallaaaa macam mat kate la makan tak boleh berhenti.kruk krap tak henti mengunyah niii,camne tak tembam.

Mintak izin ngan CMG untuk kongsikan kat sini.Thanks mat .

Kerepek Ubi Rebus ~by CMG
BAHAN-BAHANNYA :-)
Ubi kayu, yang bagus ubi kayu kaler kekuningan
Gula
Air dan secubit garam
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ubi kayu dikupas, kerat sederhana besar, cuci bersih dan rebus hingga 3/4 empuk dengan sedikit garam (jangan empuk sangat, nanti susah nak hiris). Toskan dalam tapisan dan biarkan ubi tadi sejuk.
  2. Hiris nipis2 ubi tadi (seperti dalam gambar 2), buat hingga siap. Kemudian susun atas tudung periuk (seperti dalamgambar 3), susun rapat2 tapi jangan bertindih. Jemur bawah terik mentari sehingga kering dan ringan. Kalau cuaca macam sekarang ni, jemur 5 - 6 jam, dah kering. Tapi seeloknya, jemulah selama 2 hari. Bila dah kering dan ringan, boleh lah digoreng.
  3. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Jangan panas sangat, nanti hangus. Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan atas paper towel. Ok kalau nak sira, masak gula dengan air (contohnya--> 1 senduk gula + 1 senduk air) hingga berbuih dan sedikit pekat, masukkan secubit garam, kemudian diikuti kerepek tadi, gaul rata dan biar sampai kering. Angkat dan biarkan sejuk...
  4. Kalau nak sira pedas, cuma perlu cili kisar, 1 ulas bawang putih tumbuk, gula, garam dan sedikit cuka makan. Tumis cili dan bawang putih hingga harum, masukkan gula dan sedikit garam. lepas tu cuka. Kacau rata dan masukkan kerepek ubi, gaul rata hingga mesra. Angkat dan biarkan sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara...
  5. # chik mi tambah satu sudu kecil madu


Friday, December 11, 2009

Caramel Popcorn

Salam,jom kita makan popcorn,chik mi buat malam tadi sebabnya anak2 nak tengok citer Geng Upin & Ipin ala2 macam kat TGV gitu,hihihii.Cuti sekolah ni makanan kena sedia ade sebabnya budak2 ni asyik kelaparan je.Dah lama tak buat popcorn,so malam tadi chik mi juai lakuuuu.
Ade jugak tak kena caramelnya tapi rase tetap maintain gitu,kena kurangkan gula beb.

jom kita tengok rcpnya.Rcpnya chik mi cnp dari Myr.Terima kasih aludra chik kongsi kat cni ye

Popcorn~by Aludra

Bahan-bahan ( Ikut suka.. )

  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak masak
  • jagung kering secukupnya
  • garam secukup rasa
  • Tambah Karamel [Optional]
  • 1 sudu mentega/margerin
  • 3 -5 sudu besar gula pasir (ikut suka/byk mana pop corn yg ada)
  • Tambah Coklat [Optional]
  • 60 - 80 gram coklat bar (ikut suka/byk mana pop corn yang ada)

Cara-cara

  1. Snv32180
    Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Api tu pulak, mula2 guna api kuat untuk panas kan minyak& butter dalam 2 minit lepas turun kan api sedikit.
  2. Snv32176
    Masukkan jagung menutupi dasar periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dgn minyak & butter yg dah cair tadi. Tutup periuk tadi.
  3. Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn. Pop Corn boleh dapat penuh satu periuk..
  4. Taburkan garam secukupnye..(kalau nak buat karamel tak payah tabur garam)
  5. Snv32181
    Ni rupa jagung kering tu..
  6. Untuk Karamel [Optional]
  7. Cairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar warna coklat. Matikan api dan masukkan popcorn dan gaul sekata cepat2. Hati2 sebab karamel tu panas boleh melecur kalau kena tangan yea.
  8. Untuk Coklat [Optional]
  9. Cairkan coklat guna double boiler. Tutup api dan gaulkan dgn pop corn yg dah disalut karamel. So ni jadi caramel popcorn bersalut coklat.

Friday, August 7, 2009

Cempedak Goreng


Biasala kan kalau dah berpose tu nafsu nak makan macam-macam,bila chik mi sampai umah cik hby ajak ke pasar malam,mmg dia tau chik mi nak berbuke ngan nasi kerabu.,Bukan aje beli nasi kerabu tp siap beli cempedak,mata kucing ngan dokong lagi.Sebenarnya bila nampak cempedak isi oren kami berdua mmg tak boleh nak tolak,sukeeee sangat w/pun dalam esbok tu ade cempedak yg belum digoreng lagi,Bila dah goreng isi orennya pun dah tak nampakkan,hihihi tp sedap n puas hati sbbnya isinya tebal dah besar2.Sekarang ni cempedak dah murah rm2 aje sekg,dedulu rm4-5,kalau kat kampung hby time musim cempedak ni sampai tak de rega .,tapi pokoknya semua dah ditebang sbb nak buat rumah so nak makan kenala keluarkan cop kepala agung tu...

Tuesday, August 4, 2009

Jagung Manis

Salam,minggu lepas jagung ni punya ranking naik mendadak,pergi umah sesape pun mesti ada,Chik mi punnak pollow jugak tak mau tertingai ketapi.Chik mi guna jagung Fresh aje ,mintak angah tolong kutilkan huhuhu tak lawala pulak.Tak pe kan asal boleh ngap sudah,terima kasih ostazah Aziemas ye kongsi rcp ni sedap tau,so sesape yg belum cuba HARUS buat,sebabnya cedaap..
Chik mi jarang beli jagung ni sebabnya selalu terkena teramatttttlah masin,so bebudak tu mmg tak mau pandang ,bila chik mi cakap nak buat jagung stim angah dah warning ibu jangan masin2 tau yang macam kat pasar malam tu...

Lihatlah jagungku yg tak comei itewwww..