Friday, March 19, 2010

Popia Basah

Salam,hari tu nampak Hana buat popia basah ni,terus meleleh ayeq liuq,hahaaha bila baca komen hana ala panas2 manja gitu nak tenyeh tepung kat kuali tu teringin la pulak nak cuba,kakak chik mi mmg buat sendiri kulit popia ni.bila check ngan my sis resepinya ,dia cakap tak guna cuka cuma air garam ngan putih telur je,tp no sukatan tu yg payah tu.so kita pun ikut recepi kak e lah sebabnya ade sukatan.Memang panas2 manje gitu ,auw ,hahaha chik mi guna pans utk roti jala tu mmg senang ler dah kata nonstick kan,tp pestaim buat tu ade yg lubang sini sana.

Ade yga terburai isi pewot,isk korang buat2 tak nampak dah ler,Popia basah kalau guna readymade punya kulit tak sedap,nak kena yg homemade jugak.

Sambal kena sedapkan baru best ,yg ni tak taruk banyak2 ,bila nak makan along ngan angah sapu lagi sambalnya.Yok kita tgk resepinya.Terima kasih kak e n kakfiza mintak izin nak CnP kat sini ye.

Kulit Popia ~by Umie E
  • Bahan untuk kulit*
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji putih telor
  • 3/4 cawan air
  • 2 sudu makan cuka
  • secubit garam
Inti~by Kakfiza
  • 50 sen taugeh
  • 1/2 biji sengkuang (sagat)
  • 1 btg lobak merah (sagat)
  • 2 sb udang kering
  • 2 biji tauhu (lecek dgn garpu)
  • 2 ulas bwg putih
  • 1/2 st serbuk kunyit
  • garam & lada sulah

Cara-cara

  1. Tumis bwg putih + tauhu dan udang kering.
  2. kemudian masukkan sengkuang & lobak merah yg telah di sagat tadi.
  3. Akhir sekali masukkan taugeh.letakkan garam dan lada sulah secukup rasa.
  4. Biarkan inti sejuk sebentar.
  5. Bentangkan kulit popia,letakkan inti dan gulung kemas.utk melekatkan hujungnya sapu dgn sedikit putih telur.

4 comments:

  1. Alamak popiah basah!!! Laparnya...

    Mintak cikit for supper kak!!! :)

    ReplyDelete
  2. >love silakan jgn bnyk2 tau nnti gumuks makan time supper hhahah

    ReplyDelete
  3. salam chik mimi..sedapnye nak pi beli kat pasar malamlah kejap lg..hihi malas nak buat.

    ReplyDelete
  4. salam chik mimi,
    aduh...cantiknya kulit popiah basah tu kak...pandainya kak buat. wah, mesti sedap ni...

    ReplyDelete

Reply