Wednesday, March 31, 2010
Homemade Kuah Rojak
jom kita lihat macamana Chik mi buat sos ni.
Homemade Kuah Rojak
Bahan-bahannya
Cili Kering-Direbus kemudian diblend ~ chik mi cili paste yg mmg selalu buat stok
Cili Padi
Belacan
Gula melaka
Gula Pasir
Sedikit air
Kicap~chik mi guna kicap Habhal
Sedikit tepung gandum utk pekatkan kuah -Chik mi bancuh bersama dengan air gula & kicap tu
*Air asam jawa~jika perlu
Cara-caranya.
Blend cili kering,cili padi belacan menggunakan blender kering,masak gula merah & gula putih bersama sehingga cair,air jgn terlalu banyak nnti cair tak sedap,selepas tu masukkan bahan blend serta kicap masak dengan api perlahan ,selepas tu ,masukkan bancuhan tepung gandum ke dalam sos tadi masak lagi sehingga pekat.
*kuantiti bahan bergantung kepada kepedasan & kemanisan sendiri ye.jika terlalu pedas masukkan sedikit air asam jawa yg pekat ke dlm kuahnya.
Tuesday, March 30, 2010
Kari Ayam
#kepekatannya ikut citarase sendiri ye,kalau chik mi lebih kepada sederhana pekat.
Friday, March 26, 2010
Prosperity Burger
Thursday, March 25, 2010
Ole-Ole
Kain cotton ni pulak dr my niece Kak Chaq.selalunya chik mi jarang beli kain sendiri selalunya sponsor dari kak chaq @ kak chik,syukur alhamdulillah murah rezeki diaorang ni.Chaq thanks alot bak kate pepatah terima kasih daun keladi kalau boleh nak le lagiiiii.hehehehe lebiu chaq.ni ler untung kalau mak sedara ngan anak sedara sebaya,kamcing gilos kitaorang ni,walaupun time kecik dulu macam anjing ngan kucing asyik bergaduh je.
Award
Award dari Yat Maria dan Kak Watie ,Thanks ye sori chik mi ambik lambat sikit tertinggal bas Rapid.
Kena pass tu 15 org tp chik mi tak payah listkan lah ye.sudi2kan lah ye tampal kat umah masing2 ye.
7 perkara Tentang diriku
.Suka memasak ~of course suka makan hiihii
.suka berjalan-jalan
.suka melayari internet
.suka berkawan
.suka membaca
.seorang sensetip
.tak suka dibohongi n berbohong
ok dah cukup daaaa.
Award dr Maz, thanks so much tp
kan kite ni tak ler top mane.hihihi tq Maz
Wednesday, March 24, 2010
Pandan Layer Cake
PANDAN LAYER CAKE
Bahan A : Cake
250 gm tepung sponge mix
3 sudu besar air ais*
4 biji telur gred B disejukkan*
1 sudu kecil ovalette**mix all
3 sudu besar minyak masak (minyak jagung / masak) – last
- Pukul semua bahan kecuali minyak selama 10 hingga 15 minit
- Bila pekat perlahankan mesin, masukkan minyak kacau hingga rata.
- Tuang ke dalam loyang 9 X 9. (Sapu kan margerine pada loyang dan kertas tracing sekali.)
- Bakar selama 20 hingga 25 minit pada suhu 180 degree. ( Bakar tanpa kipas)
- Apabila cake masak, terbalikkan, biar hingga sejuk.
- Potong ke 3 lapisan. (sideway)
Bahan B : Kaya
300 gm gula castor*
2 ½ sudu besar instant jelly*
300 ml santan pekat (about 2 biji kelapa (med size) include water mix all*
1100 ml air & santan =1400ml*
½ - 1 sudu besar pandan paste*
sedikit pewarna hijau (green apple)*
sedikit esen pandan*
140 gm tepung custard – mix separately
- tepung custard dibancuh dengan sedikit air + santan dari 1400 ml tadi, kacau rata. – set aside
- Campurkan dan masak semua bahan (mix all) – stir until naik wap
- Masukkan bancuhan tepung custard dan kacau hingga pekat. Add in a bit more green color if color is not nice enough.
- Next process kena buat dengan cepat.
- Tuangkan kaya (just enough to cover the pan) ke dalam loyang 9 X 9 (basahkan sedikit loyang)
- Lapiskan dengan cake – then kaya – cake – kaya and last the cake.
- Masukkan ke dalam fridge.
# untuk pewarna & pandan paste mungkin akan memerlukan lebih sebab bergantung pada tpg custard,sebab kadang2 tepung custard berwarna lebih terang,so kalau warnanya sebam tambah lah ye sehingga mendapat warna yg ideal.
Tuesday, March 23, 2010
Happy 13th Birthday To Along
Buat Kak Aidah ini ler kakak yg selalu chik mi citerkan ngan akak tu.My sis dalam proses penyembuhan so kita org buat majlis ni utk hepikan my sis.
Nurfarah Ain Nabila, Ayah & ibu sentiasa mendoakan agarkan Along menjadi anak yg solehah & berjaya dalam apa yang Along idamkan.Amin,semoga along juga menjadi contoh yang baik buat adik2.Along Ayah ,ibu ,angah & adik love you.
Monday, March 22, 2010
Trifle
Lebihan tu masukkan dalam bekas kecik2 tp along tak letak custardnya banyak2 so jellynya meresap kedlm keknya tu,so kalau boleh biar lebihkan custard ye baru best.
Jelly crystal yg chik mi guna,thanks to cik Leez my ofcmate yg tulun belikan.Chik mi doublekan the receipe.
~Trifle~ by Amy Beh
Ingredients
Custard filling Jelly layer Topping Method |
Pandan Layer Cake
Sunday, March 21, 2010
Popia Goreng
Resepi sambal popia ni dikonsikan oleh kak edaariff dlm forum so chik mi panjangkan kat sini ye.
Friday, March 19, 2010
Popia Basah
Ade yga terburai isi pewot,isk korang buat2 tak nampak dah ler,Popia basah kalau guna readymade punya kulit tak sedap,nak kena yg homemade jugak.
Sambal kena sedapkan baru best ,yg ni tak taruk banyak2 ,bila nak makan along ngan angah sapu lagi sambalnya.Yok kita tgk resepinya.Terima kasih kak e n kakfiza mintak izin nak CnP kat sini ye.
Kulit Popia ~by Umie E
- Bahan untuk kulit*
- 2 cawan tepung gandum
- 1 biji putih telor
- 3/4 cawan air
- 2 sudu makan cuka
- secubit garam
- 50 sen taugeh
- 1/2 biji sengkuang (sagat)
- 1 btg lobak merah (sagat)
- 2 sb udang kering
- 2 biji tauhu (lecek dgn garpu)
- 2 ulas bwg putih
- 1/2 st serbuk kunyit
- garam & lada sulah
Cara-cara
- Tumis bwg putih + tauhu dan udang kering.
- kemudian masukkan sengkuang & lobak merah yg telah di sagat tadi.
- Akhir sekali masukkan taugeh.letakkan garam dan lada sulah secukup rasa.
- Biarkan inti sejuk sebentar.
- Bentangkan kulit popia,letakkan inti dan gulung kemas.utk melekatkan hujungnya sapu dgn sedikit putih telur.
Thursday, March 18, 2010
Awards
Lovely award dr Chempaqa~Thanks Chemp
Awards dari Dr Inahar~Thanks kak ina
Award dr MamaAdam ~Thanks Izan
Thanks semua ,sayang uols
Tuesday, March 16, 2010
Lepat Liat
Chik mi guna gula merah cap bintang,so terlebih la sudah warnanya.lepat ku ni comei je kecik2.
Resepinya chik mi ambik dari umah Kak Rusnah.
Lepat Liat~Kak Rusnah
2 - 2 1/4 cawan tepung pulut
3/4 cawan gula merah
1 cawan air
sehelai daun pandan
daun pisang
1 cawan kelapa parut putih
sedikit garam
minyak masak
Cara membuatnya
1.Masak gula merah dengan air dan daun pandan -sejukkan
2.Sediakan kukusan,inti kelapa(kelapa+sikit garam halus) dan daun pisang.
3.Tepung pulut dicampur dgn secawan air gula yang ditapis dan dikacau sebati
4.Letakkan sesudu makan adunan di atas daun kelapa yang disapu sikit minyak dan ratakan.Letakkan inti kelapa .Balutkan kuih ini seperti membalut lepat pisang.
5.Kukuskan lebih kurang 15-20 minit dgn api sederhana.
Monday, March 15, 2010
Nasi Kebuli
Resepinya chik mi kongsikan kat sini ye.Thanks again kat CMG
Nasi Kebuli~ CMG
BAHAN-BAHANNYA :-)
800 g beras Basmathi, cuci dan rendam 20 minit, toskan
1400 ml santan
5 cm halia, hiris
1 batang serai, diketuk
1 helai daun limau purut
1 helai daun pandan, disimpul (resipi asal tak letak)
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 camca besar minyak sapi
2 camca besar ketumbar*
1 camca teh jintan kasar*
1 camca teh jintan halus*(*kisar halus)
2 camca teh serbuk kunyit (mat letak 1 camca teh)
Garam secukup rasa
2 biji telur, didadar, hiris halus
Kismis, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Daging Kismis
salam,menu hari sabtu,biase la kan kalau cuti sekolah,kerja ibu lagi la double,nak siapkan benda2 yg nak frozen sebabnya si angah tu mulutnya mmg tak henti mengunyah,sama dengan along,pastu siap cakap ,bu nape along kat kat hostel tak makan banyak macam kat umah ye?maybe bukan along punya favourite food kut,itu yg chik mi jawap,tapi along still kena makan kalau idak macamana nak study?So chik mi masak daging kismis ni adaptasi dari Daging Prune rcp kak Liza,minta ampun ye kak bukan nak memandai tapi sebabkan stok kismis je yang ade so chik mi tukarkan ke kismis.Chik mi nak panjangkan tapi ade problem so chik mi hanya dapat linkkanje.So resepinya kat sini.nnti chik mi try CnP kat umah ye.Chik mi makan dengan nasi kebuli.Angah makan kuahnya cicah dengan roti paratha yg dipanaskan sendiri,so skrg ni mmg selalu kena stokkan roti paratha tu,senang kalau anak2 nak makan.
Friday, March 12, 2010
Serabai
Bila along tgk gambaq ni dia cakap ek nape tadi along makan 2 keping je,hahaha long ibu makan sekeping.
Thursday, March 11, 2010
Apam Tepung Beras Lagiiiiii
Toce2x kak watie kangsi resepi yang bestttttt sangat ni.
#kalau nak yg tersengih kerang busuk api mmg kena kuat.
Wednesday, March 10, 2010
Butter Prawn
Tuesday, March 9, 2010
Ibuuuuu Mana Gambar Adik??
Ibu jawab: gambaq mana dik
Sabrina:Gambar adik yang ambik kat rumah mbah aritu ,yg acik tu lukis tu
Ibu :ooooo ade dlm keta nnti adik suruh ayah ambik ya,
Sabrina: Ayahhhh oo ayah cepat ler ambikan gambaq adik ibu belum masukkan dalam computer ibu lagi.
Ayah :Kan tadi adik kata gambaq yg tak lawa,buat apa nak masukkan dlm computer?
Sabrina:Tak lawa sebab tak macam adik punnn,tak pe la masukkan jugaklah
Iskkkk panjang sungguh mukaddimahnya,gambar ni dilukis oleh Boy Pj kalau tak salah.,Masa CNY hari tu kat Teluk intan,skrg ni kat Teluk Intan pun ade ala ala uptown gitu,tp masa chik mi pergi seluruh Teluk intan Blackout tp nasib baik gerai ni guna generator kut tu yg ade lampu.