Pages

Tuesday, June 30, 2009

Popia Seaweed Chips

Projek nak menghabiskan kulit popia yg dah hampir nak menopos hihihihi sedap resepi dari Hasue,tq sue Chik mi makan krup krap krup krap bestnya
Sue akak kongsi kat sini yer.tq for the resepi

Bahan-bahan ( Leh makan ramai2 )

  • 1 bungkus kulit popiah
  • 1 bungkus besar dried seaweed (yg sedia dmakan begitu sj tu)
  • 1 biji telur
  • 2-3 cawan minyak masak utk menggoreng

Cara-cara

  1. Pecahkan telur dlm mangkuk kecil dan pukul sedikit menggunakn garfu
  2. Sediakan sekeping kulit popiah. Sapu rata telur td di atas permukaan kulit popiah hingga mnutupi kseluruhannya
  3. Susun dried seaweed di ats kulit popiah yg sudah dsapu telur td dan tutupkan dgn sekeping kulit popiah lg. Ulang langkah yg sama sehingga kulit popiah/dried seaweed habis
  4. Gunting kulit popiah yg sudah ber'inti' td mengikut bentuk dan saiz yg dsukai. Pnskan minyak dlm kuali dan goreng sehingga kulit popiah agak kekuningan.. Angkat dan toskan.Naahhh..sdh sedia utk dmakan begitu saja atau bersama sos/topping kesukaan anda..kalo x habis leh simpan dlm bekas kedap udara.. SELAMAT MENCUBA! :)

Lemak Labu Berjintan

Salam ,menu tengah ari semalam so jgn nak mengendeng yer muahhaahaha dah bagi warning awai2,plan nak cedok dari dapur MYR tapi semalam tak leh nak masuk so apalagi ku godek2 la sendiri,alhamdulillah cik hby pun sukee
Bahan-bahan:
Labu - direbus sehingga empuk
*4 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*udang kering
* ikan bilis
*1/2 sk jintan manis
*1/2 sk lada hitam
sehiris halia - ditumbuk sedikit
santan
garam
serbuk perasa - jika suka
* semua bahan2 ditumbuk

cara
Masukkan bahan yg ditumbuk kedalam periuk ,masukkan sedikit air pastu renih sehingga mendidih,masukkan labu yg telah direbus tadi,kemudian masukkan air sama paras dgn labu tadi(Chik mi mengguna santan frozen so airnya tak boleh banyak sgt) kemudian masukkan santan tadi masak dengan api perlahan sehingga santan cair,hendaklah selalu dikacau supaya tak pecah minyak,perasakan dengan garam tunggu sehingga mendidih ,boleh la ditutupkan apinya.
taraaaa siap

Lemak labu ni kalau makan dengan ikan pekasam & sambal belacan perghhhh sedapnya mak mertua lalu kat belakang pun tak perasan.hihihihih

Monday, June 29, 2009

Butter Prawn

Semalam g market jumpa udang yg agak besar pastu yg best pulak udang laut bukan nya udang kolam apa lagi ngan cepatnya terbayanglah Butter Prawn ni.Cepat2 cakap ngan cik hby beli la udang tu boleh wat BP so apa lagi rembat ler
sedap suka acik.Udang tu chik mi ikut ijah pastu yg jurai2 tu sure la kak sifukan sapo laie kalau bukan Knor.

Sunday, June 28, 2009

Hadiah Dari Noorma


Terima kasih yer dik ,smoga persahabatan kita di alam maya ini diberkati Allah S.W.T.. Amin.
Noorma ni tokey ikan keli tau sape2 nak beli ikan keli boleh lah contact ngan dia yer..,hihihih Noorma akak tolong pomot ni ade kamsen dak?

Cekodok Nasi

Bekpes untuk pagi ni,dah tak tau nak masak apa nasi belen malam tadi ade lagi bila tny cik hby nak makan apa dia cakap wat nasik goreng lah yg sedap punyaaa.Alamak bang semalam dah goreng nasik tekak ni ghase tak mau dah makan nasik,terinagat dulu kakintan pernah kongsi resepi ni kat forum maka terhasillah cekodok nasi pagi ni.makan panas2 sedap cicah ngan sos cili + mayo
Terpaksalah menggoggle sebabnya tak ingat kat mana letaknya resepi tu,so terjumpa kat umah kak Ina KL so minta halal yer kak,Chik mi kongsi kat sini
Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum -tambah 4 sudu makan lagi(Chik mi tambah tpg beras)
  • 2 cawan nasi
  • 2 cawan air ais
  • 1 biji telur
  • ikan bilis - ikut suka
  • daun sup/daun bawang-ikut suka
  • 1 biji bawang besar di hiris halus-pilihan-lupa bubuh
  • udang - Chik mi tambah
  • garam dan minyak secukupnya
  • *Chik mi tambah secubit double action baking powder
Cara-caranya

1. Masukkan tepung, nasi dan air ais bersama telur. Kisar bagi sebati.
2. Tuang adunan ke dalam mangkuk dan tambahkan 4 sudu makan..bergantung kepada kecairan yang di kehendaki.
3. Perap sebentar adunan....selepas di perap barulah di goreng seperti membuat cekodok...
4. Sedap di makan panas-panas bersama pencicah seperti sambal, kari ataupun masak lemak cili api.

Bingka Labu

Dah ramai yg buat bingka nikan semua feed back cakap sedap,so chik mi pun list jugak sbb labu mmg duk parking elok je kat dapur tu,ari tu masa g SP kakak Chik mi bagi.Mula2 nampak kat umah Suzi pastu nampak pulak nun di Bangkok dah ijah pulak posing,ari ni Chik mi pun godek2 jugak.Hasilnya sedappppppp suke acik .
Bingka ni terireng skit sbb cik hby mmg suke yg garing2
Jom kita makan

Sotong Goreng Blackpepper

Salam ni menu tengahari semalam ,dah pening nak masak apa,nak buat kari nnti ade yg merungut asyik2 kari je.kat umah ni mmg kurang dengan kari sbbnya cik hby lebih suke ngan sayur bening (wong jowolah katakan hihihi).So chik mi goreng garam kunyit pastu tambah ngan blackpepper je campur ngan baby corn n cauliflower sonang kije acikkan hihihihi

Friday, June 26, 2009

Mee Goreng


Bekal along ngan angah p skool ari ni tak de mood nak berceloteh panjang -sebelum ni pun tak la panjangkan hihihihi

Awards

Chik mi terima awards ni dari FizaNordin,Hasue ngan Ita tq so much sayang kat korang adik2 semua.Terima kasih daun keladi yer semoga persahabatan kita di alam cyber ni berkekalan dan diberkatiNya .....Amin,kepada yg lenlain sudi2kan lah menerimanya yer...


Now I have to follow the rules and the rules are : -

1) Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.
Awards ni chik mi dapat dr FizaNordin,Hasue ngan Ita

2) Pass the award to 15 other blogs that you’ve newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.
Chik mi nak share ngan semua yg sudi singgah kat umah chik mi ni-nnti kalau sebut nama yg tak sebut tu terasa hati pulak


Thursday, June 25, 2009

Layannnnnnn

ari ni x de citer pasai food sbb Chik mi x sempat nak klik sini sana,cuma jom kita layan budak ni yg sukeee sangat nak melawa pastu suruh ibu klik gambaq dia.Ari ni nak mandi awai pulak dah la ibunya kelam kabut lepas chik mi iron tudung dia pun bentang la tudung tu cakap adik nak pakai tudung ni,chik mi cakap pakai la tudung yg selalu pakai dia jwp x mau x mo nak tudung ni jugak sbb ibu dah x mau pakai tudung ni... alahai la anak




tgk la betapa nottynya die

Entah apa yg dia buat tu.

Wednesday, June 24, 2009

Gulai aka Kari Daging


Salam ,ari ni 1 rejab so ramailah yg berpuasakan,selamat menjalani ibadah puasa sunat,malam tadi mmg plan nak buat kari daging ni sebab nak bersahur dengan kari daging cicah nagn roti,selepas prepare roti sosej untuk along n angahnya bekal utk esok ,Chik mi pun mulalah menumis kari daging ni.Dedulu Chik mi kalau kari daging ni tak reti nak makan dgn nasik cuma makan dengan roti @ roti jala aje,sampailah masa dalam pantang anak yg ke 3 tu kakak buatkan kari ni Chik mi makan ngan nasi,pastu sekarang ni boleh aje makan tp still prefer cicah ngan roti wholemeal @roti jala.Chik mi guna daging cincang aka tetelan sbb stok tu aje yg ade,suka dgg cincang lagi sbb ade lemak2 skitkan,huhuhu makin bertambahlah lemak kat badan ku ini...

Tuesday, June 23, 2009

Sambal Ikan Keli


Salam menu dinner malam tadi ,hahahaha ikannya kena selimut ngan sambal,kesnya terlebih buh cili blend nagn air asam ,ingat nak buh skit aje tp besala duk angan2 kot tu yg terlebey lah sudah,hihihihi sebenarnya ikan keli ni pebret cik hby ,Chik mi dedolu tak makan ikan darat ni sbb family tak makan setelah kahwen ni semuanya ku hantam.kalau beli ikan darat ni kena beli limau kasturi banyak2 sebab nak membasuh ikan tu kan...

Monday, June 22, 2009

Kari Kepala Ikan


Menu semalam ,beli ari tu lagi tp asyik kena tolak tepi aje,hihihhi cian kepala ikan plotan ni,murah tau besar sangat smpi kena keluarkan caserol yg kecik tu muahhhhaaha.Rm5 je sebelah dah tu pulak masa beli tu still berlendir so mmg ikan baru la kan,bila dah siap tu semua tak sabaq nak makan so tak sempat lah nak make up lawa2 skit.Kalau kat restoran mamak ni ntah berapa ringgit ni tp dah buat sendiri tu tak sampai rm10 costnya kan.nak pelawa makan pun dah pinish lar soriiiii

Saturday, June 20, 2009

Sup Tulang


Hari ni jom kita lunch ngan sup tulang,kat umah ni kalau dah buat sup ni tak yah buat lauk lain hanya kena buat sambal kicap je,tp mengenangkan cik hby tak lunch kat umah so ptg2 skit lah baru buat sambal kicap

Kacang Phool


Jom kita bekpes ala2 arab la pulak,Chik mi mula kenal kacang phool ni pada thn 80an sebab SIL asal dari Singapore,dah lamaaaa tak makan sbbnya susah nak dapat kacang parang,thanks to Ayu sebab bagitau ada yg tin punya.Masa mula2 chik mi makan kacang ni tak de mince meat kat dlmnya so bila belek beberapa resepi semuanya taruk dgg cincang so terjumpalah resepi kat MYR ni yg sama seperti Chik mi makan dedolu ,so ikut resepi ni
Kacang phool ni sedap dimakan bersama dengan roti perancis,Pada sesape yg mempunyai anak yg mempunyai G6PD kacang parang tak boleh makan yer.Dalam family Chik mi ada 2 org anak sedara yg G6PD so abang chik mi suggest tuko kpd kacang kuda @kacang dal.
Resepi nya Chik mi kopipes kat sini yer,mintak halalkan yer

Bahan-bahan

    • 2 tin kacang phool - dikisar tapi tak terlalu halus
    • 2 biji bawang besar*
    • 3 ulas bawang putih*
    • 2-3 batang lada hijau*
    • 1 sudu besar serbuk ketumbar
    • 1 sudu kecil serbuk jintan
    • sedikit tomato puree
    • sedikit garam dan serbuk perasa
    • minyak utk menumis
    • Bahan Tabur
    • bawang besar - didadu kecil
    • buah tomato - didadu kecil
    • lada hijau - dipotong serong
    • bebrapa biji limau kasturi - dibelah dua
    • telur mata lembu (telur nie digoreng dgn sedikit minyak sapi)
    • hiris bahan yg bertanda *

    Cara-cara

    1. panaskan minyak. tumis bahan yg dihiris berserta serbuk ketumbar dan jintan.
    2. setelah wangi dan naik bau, masukkan tomato puree. biarkan skejap.
    3. masukkan kacang phool yg dikisar tadi (kalo pekat taruk sedikit air). dikacau. masukkan sedikit garam dan serbuk perasa.
    4. masaklah dgn api yg kecil sbentar hingga kluar minyaknye.
    5. angkat dan hidangkan dgn bahan taburan serta telur mata lembu. dan perahkan sepotong limau.
    6. jika suke, bleh diambil sedikit lebihan minyak sapi yg digunakan utk menggoreng telur tadi dan diletakkan di atas kacang phool.

Friday, June 19, 2009

Sambal Tempoyak Ikan Bilis


Dah lama duk kiv resepi ni,ambik kat umah Yat ari tu,tapi masa tu x dak tempoyak so simpan je la dulu,bila dah ade tempoyak ni so teringat kembali resepi yg duk kiv tu.Yat dapat resepi ni dari Nor ,so terima kasih semua yg berkongsi resepi yg membuka selera ini.Halalkan yer Chik mi CnP kat sini
SAMBAI TEMPOYAK IKAN BILIS
Bahan-bahannya;
1 cawan ikan bilis di goreng terlebih dahulu
4 sudu besar tempoyak
3 biji cili merah di blend
3 biji cili api merah di blend
belacan
garam
gula
Cara-caranya;
Masukkan sedikit minyak sahaja tumis cili besar, cili api, belacan sehingga masak, masukkan ikan bilis, masak seketika, masukkan tempoyak garam dan gula, terus angkat. siap, boleh prepare banyak2 boleh di simpan lama2 di dalam peti ais

Asam Pedas Ikan Wif Nenas


Salam , menu dinner malam tadi walaupun kepala still duk menggong kerna selsema tp masak kena masak jugakkan.Dah plan lama nak try asam pedas ni sbb feed back semua kata sedap ,so mlm tadi baru berkesempatan membuatnya.Mmg satu kelainan sbb sokmo asyik duk buat yg rebus yg ni ditumis,sekali sekala layannn,Kalau belah utara ni panggei asam pedas tumis

Resepi dari CMG ambik dari MYR ,Thanks mat sedapp ,halal yer nak CnP kat sini .Resepi asal kat sini.

  • 3 - 4 ekor ikan kembong, kalau dpt yg segar, dibersihkan.-Chik Mi guna Ikan anak Goh
  • 1 cawan cili kisar
  • 3 ulas bawang putih*
  • 6 biji bawang merah kecil*
  • 1/2 cm halia *
  • 1 keping hirisan lengkuas*
  • 3 biji buah keras*
  • Belacan sebesar ibu jari (boleh juga diganti dgn kiub ikan bilis pada mereka yg alergi pada belacan)*
  • 1/2 inci kunyit hidup*-Chik mi guna serbuk je
  • 1/2 camca teh garam kasar*(*dimasukkan ke dalam lesung batu dan tumbuk hingga betul2 lumat)
  • 2 kuntum bunga kantan, dibelah 2
  • 1 biji nanas sederhana besar, seelok2nya yg masak dan manis
  • 1 camca besar asam jawa, dibancuh dgn 1 cawan air, ramas dan tapis jusnya
  • Sedikit gula dan serbuk perasa (jika suka)
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Nanas dikupas kulitnya dan belah 4. Buang empulur dan potong menyerong setiap belahan. Ketepikan
  2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/2 cawan). Tumis bahan2 tumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar dan terus menumis hingga terbit minyak.
  3. Masukkan nanas dan kacau goreng dalam rempah2 tadi sebentar. Tuangkan sedikit air (ini bergantung pada masing2). Biarkan mendidih dan masukkan ikan dan bunga kantan tadi.
  4. Perlahankan api dan masukkan jus asam jawa dan biar mendidih. Rasa kuahnya. Jika kurang garam boleh lah ditambah dgn sedikit lagi garam. Masukkan sedikit gula dan serbuk perasa jika suka.
  5. Biarkan mendidih 5 minit lagi dan boleh lah dimatikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan ulam2 sampingan.

Thursday, June 18, 2009

Tag dr Cikwan

Demi mu Cikwan akak menggagahi jugak buat Tag ni,sebenarnya sebelom ni mmg pejam mata aje ....Hihihihi,tak gheti nak tulis panjang2 tak dak idea lar.Minta-mintak selepas ni jangan la ade orang nak suruh buat keja lagi yer...Sori

NAMA-NAMA TIMANGAN ANDA:
Nama timbangan apa yea?Ermmm tak dak kut semua panggei Mie aja...

ANDA SEORANG YANG :
nak kata pendiam tak jugak tp kadang2 tu diam jugak la tengok keadaanla kan,tp yg pasti hahaha ku seorang yg pemendam(ada ka ayat camtu) bila dah meletup tu lu pikir la sendiri ek.

INSAN TERISTIMEWA?? DESCRIBE APA YANG MEMBUATKAN DIA TERLALU ISTIMEWA DIMATA ANDA
Isk nak list down ghamai sangat ni semua lar yg paling istimewa mak ngan ayah serta orang yg hari2 duk mengadap muka kita la kann my laling lar sbb terima diri ini seadanya.Thank you dear
LAGU KESUKAAN ANDA:
Tak dak yg specifik ikut la ,kalau boleh layan layan je....

MAKANAN KESUKAAN ANDA??
Hihihi ni yg best ni semuanya pebret tak dak yg tak pebret tolak batu ngan kayu aje..boleh ka lagu tu..

WARNA KESUKAAN ANDA :
Suka warna yang lembut2 gitu

SIKAP YANG MEMBUATKAN ANDA STRESS:
Sikap orang yg tak jujur,pastu asyik duk menyalahkan orang lain je

TIGA BENDA YANG MESTI ADA DALAM BEG ANDA:
1) handphone
2) purse
3) Beg kecik yg isi bedak2 tu

KALI TERAKHIR ANDA MENANGIS DAN KENAPA??

bila ya ntah la bulan mengambang kot hihihihi

TAG 6 RAKAN ANDA:

sape yg nak kena yer

1. Masz
2.kinahar
3.Nur
4.Ayu
5.kak Am - seroja kitchen

6.Hazila

Wednesday, June 17, 2009

Tauhu Goreng Sambal Udang Kering

Salam semua,dah ramai yg buat tauhu ni kan,tp kalau kat umah ni tauhu kukus ni kurenggg laku,so Chik mi buat versi goreng lah .Ermmmm sedap tau sambal ni ,ikut Hana ngan Knor jugak separuh di tumbuk sbbnya nnti budak2 tu tak mau makan.Resepinya dari Dayang Jack .Thanks Dayang akak CnP kat sini yer,mintak halalkan.

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
2 keping tauhu basah/lembut (dipotong ikut suka) - Chik mi goreng
3 sudu besar cili kering kisar
3 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
segenggam udang kering (digoreng tanpa minyak)
sedikit air asam jawa
sedikit garam dan gula
sedikit minyak masak
Cara-cara
Kukus tauhu selama 7-8 minit.
Sediakan kuali. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan pula cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkan garam, gula dan air asam jawa.
Susunkan tauhu di atas pinggan. Tuangkan sambal td diatasnya dan taburkan udang kering.
***jika x suka tauhu dikukus, boleh juga digoreng. Jadilah tauhu goreng dgn sambal udang kering :)

Paru Goreng Berlada


Menu malam tadi ,ni pebret cik hby ngan anak2.Kadang2 tu tak makan dengan nasi pun ratah gitu aje(angah lar tu).

Ni utk Ieda yg duk kat Q8 sana ye (tp takde sukatan matriks yer sbb main campak2 je)
Bahan - bahan:
Paru - Direbus dan dihiris nipis2
Cili yg diblend
Bawang merah - ditumbuk
Belacan - ditumbuk ditumbuk bersama bawang
Air asam jawa
Garam
Gula
minyak untuk menumis

Cara-caranya.

Paru yg dah direbus & dihiris goreng garing ketepikan.Tumis bawang dgn belacan sehingga naik bau kemudian masukkan cili blend masak sehingga garing kemudian masukkan garam n&gula ,tumis sehingga hingga hilang bau cilinya kemudian masukkan air asam,masak sehingga pekat,last sekali masukkan paru yg telah di goreng tu,balik2 kan sehingga semua bersalut ngan sambalnya,Siap untuk dihidangkan.

Tuesday, June 16, 2009

Burger


Bekalan along ngan angah ari,ari ni Chik mi baru mula bekerja setelah bercuti dari ari khamis ari tu,so bila dah start skool ni maka bermulalah tugas mak cik kantin ni,Tadi lepas balik dari skool angah kol katanya 3 orang kawannya order burger ni untuk esok,muahhhhaaaa ngah Chik mi cakap ke angah bagitau ler ngan kawan2 ibu angah x juai,angah kata dah cakap tp depa nak order jugak,isk2 pening pale camne ni,tp Chik mi kalau buat pun tak chargenya kat budak2 tu sian rezeki budak2kan.
Ni pun dapat idea masa singgah kat umah ijan ari tu macam biasela nak mengendeng pun kesian so Chik mi buat sendiri dah le

Jagung Rebus


Rebus malam tadi sbb mengences tengok kat umah Ijan, nak mengendeng lebih tak boleh sbb mak yungkan kena makan untuk berdua.hihihi sori ye Ijan.Jagung ni beli masa pergi Cameran Highland ari tu.

Hadiah Dari Suzi



Terima dari Suzi yg jauh nun di Adelaide sana,walaupun baru je kenal dengan suzi ni ,Terima kasih yer suzi, terharu sungguh acik,sukeeee semoga persahabatan kita kekal selamanya yer.Lebiuuuuuu muah

Sunday, June 14, 2009

Macam-macam adaaaaaa

Salam ,masa balik dr Alor Star ari tu singgah kat Sungai Petani umah kakak Chik mi,kalau dah pergi situ harus singgah ke pasar malam.Pasar malam kat situ ade jual bermacam2 juadah dan barang2 jom kita lihat semuanya cik hby nak beli ,tu pun ikan pekasam (kakak chik mi buat pastu bg sampai 1 balang lagi ngan ikan sepat tak enterframe)..

Siput lokan yg belum pernah ku jumpa di Penang ni so mmg x pernah makan lar.amat murah 3kg rm5 je.siap tanya kat pak cik tu camne nak buat benda ni ,hihihihi buat malu je kan ,tapi kalau malu bertanya sesat jalankan..

Setelah direbus bersama dgn sedikit air maka kulitnya pun terbuka

Pebret sefamily,buah ni kalau dgn cik hby mmg tak dapat dipisahkan

Kue dangai setiap kali ke pasar malam situ harus ku beli kue ni sedap kenyal2 gitu,saje je mintak yg ireng2 gitu

Lepat Pisang

Siaran tertunda buat lepat ni ari jumaat lepas ,selepas buat mee rebus tp tak sempat nak posing,pastu ari sabtu pulak g jemputan kahwin kat Alor Star sampai umah dah pukul 9 mlm so lotih n penat ,so sape2 nak mengendeng tu sori lah yer

Sori lah bab membungkus mmg fail tp nak enterframe gak

Terkenang masa tunggu result dulu,Chik mi pernah keja kat kilang Hitachi so tea time ade pakcik tu antaq lepat ni taruk sagu + keledek so tiap2 kali buat lepat mmg buat camgitu best woo.(pernah gak la merase jadi minah kilang),Jom tgk resepinya
Bahan-bahan
Pisang - dilecek
Keledek - didadu pastu di stim
Sagu - direndam sekejap
Susu tepung - dibancuh dgn air
(Boleh juga jika guna susu cair)
garam
gula
Cara-caranya
campurakan ke semua bahan diatas, kemudian dikukus,kukusannya hendaklah di panaskan terlebih dahulu.

Awards Lagiiii


Awards ni kali ke3 Chik mi terima pulak dr kak sifu sape lagi kalau bukan
Knor .Terima kasih ye kak tapikan seperti biasa hwork tu nak buat pejam mata gak hihihihi ,thanks sekali lagi lebiuuuu.



Lagi 2 award ni Chik mi terima dari mamatiara yg terra duk buat fondant tu,Thanks Risma nnti kalau ade rezeki dan diizinkan Allah akak nak g jenjalan ke Borneo sana boleh kita jumpa yer.
Kepada sesapa yg sudi amik lah awards kat ateh ni dan pamirkan di umah masing2 yer,jangan malu2.Dr akak dr jugak Kak Inahar .tq kak lebiuuuuu




Friday, June 12, 2009

Mee Rebus


Menu tengahari ni,bila cuti tu mula la duk berpikir nak buat itu ini,ari tu nampak kat umah Nur ade mee bandung,terus mengences hihihi sebenarnya nak habiskan keledek yg hampir2 nak menopos itew..

Kali ni guna resepi As pulak.sedap thanks As akak CnP yer.Chik mi prefer mee rebus stail Johor yg ade daging ni compare tu yg Penang punya,sori ayah hihihi ayah Chik mi dulu tokey mee rebus tp puterinya nan satu ni sokmo mengelat bila nak belajaq so paham2 je lah ye...kalau yg penang mali ala2 mamak gitu kena buat cucur bagai tu yg malesss tu.Chik mi tambah kentang yg direbus
Bahan-bahan
500gm mee kuning (as guna spaghetti)-chik mi pun guna spagetti jugak
taugeh
5 biji telur direbus
3-4 kpg tauhu di goreng
lada merah & lada hijau
limau kasturi - as guna lemon
*UTK KUAH*
*5 sb cili kering
1 labu bawang besar
*4 ulas bawang putih
*1 inci lengkuas
*1 inci halia
*1 mangkuk udang geragau- dikisar (boleh guna udang kering)
Kisar bahan *
2 btg serai - diketuk
2 sb campuran ketumbar jintan disangai dan dikisar-chik mi guna yg serbuk
1kg tulang ( takde tulang daging pun boleh)-Chik mi guna daging cincang aka tetel
1 1/2 cwn santan pekat - chik mi guna 100gm
1 1/2 sb gula merah- chik mi guna gula melaka
garam secukup rasa
2 asam keping
2 biji keledek sederhana besar direbus dan dikisar halus
Cara-cara
Rebus tulang hingga empuk.Setelah daging empuk ketepikan.Dikuali lain, tumis lada yg dikisar hingga garing dan masukkan bahan2 yg ditumis hingga naik bau dan terbit minyak.Kisar ketumbar jintan yg telah disangai td, masukkan kedlm bahan tumis... biar garing dan naik bau... masukkan bahan tumis kedlm kuah rebusan daging tadi..Masukkan gula merah, asam keping,garam dan perasa jika suka.Biar hingga kuah pekat dan masukkan santan, dan keledek rebus yg dikisar tadi.Renehkan kuah.Hidangkan bersama telur rebus,taugeh yg dicelur,hirisan lada @ cili jeruk, dan tauhu
Thanks As.

Cucur Jagung


Buat malam tadi sbb cousin hby singgah jap kat umah,kelam kabut aje buat pastu tu terus goreng tak de perap2 bg naik pun.Semua bahan dah ade so bancuh je lah.

Resepinya ade kat sini yer .tq knor sediakan sukatannya kalau Chimk mi mmg main campak2 aje.Kali ni Chik mi gunakan 'Double Action Baking' Powder so x guna yis dan chik mi campurkan jugak dengan tepung beras skit.
Chik mi CnP kat sini jugak yer
Bahan-bahan
1 cawan isi jagung
1/2 cawan isi udang ~ dipotong kecil
2 cawan tepung gandum
1 bj telur
1 sudu teh yis mauripan
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh gula
daun saderi dan daun bawang ~ dihiris halus
1 bj cili merah ~ dicincang
1/2 labu bawang besar ~ dicincang
3/4 cawan air
minyak untuk menggoreng
Cara-cara
Masukkan kesemua bahan2 kecuali air dan minyak ke dalam sebuah bekas.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
Biarkan seketika, lebih kurang 15 - 30min atau sehingga adunan nampak naik.
Panaskan minyak dan gorenglah sehingga masak.
Toskan dan boleh la dihidangkan dgn sos kegemaran anda.. Selamat mencuba..

Thursday, June 11, 2009

Pop Corn


Mari mari sape nak tgk wayang amik sorang skit yer pop corn ni.Sonang aje nak buatnye ,cik hby cakap wah macam yg beli punyalarrr sukenya .hihihi

Bukan aje dapat sebowl sebesen lagi,yg bestnya kalau dapat caremelnya banyakkannnnn.Resepinya boleh dapatkan kat cni yer.
Chik Mi CnP kat sini jugak yer
Bahan-bahan
1 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
jagung kering secukupnya
garam secukup rasa
Tambah Karamel [Optional]
1 sudu mentega/margerin
3 -5 sudu besar gula pasir (ikut suka/byk mana pop corn yg ada)
Tambah Coklat [Optional]
60 - 80 gram coklat bar (ikut suka/byk mana pop corn yang ada)
Cara-cara
Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Api tu pulak, mula2 guna api kuat untuk panas kan minyak& butter dalam 2 minit lepas turun kan api sedikit.
Masukkan jagung menutupi dasar periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dgn minyak & butter yg dah cair tadi. Tutup periuk tadi.
Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn. Pop Corn boleh dapat penuh satu periuk..
Taburkan garam secukupnye..(kalau nak buat karamel tak payah tabur garam)
Ni rupa jagung kering tu..
Untuk Karamel [Optional]
Cairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar warna coklat. Matikan api dan masukkan popcorn dan gaul sekata cepat2. Hati2 sebab karamel tu panas boleh melecur kalau kena tangan yea.
Untuk Coklat [Optional]
Cairkan coklat guna double boiler. Tutup api dan gaulkan dgn pop corn yg dah disalut karamel. So ni jadi caramel popcorn bersalut coklat.
Tq kepada aludra sudi berkongsi resepi ni..

Kari Ikan aka Gulai Ikan


Masa pergi market pagi tadi nampak ikan ni,tanya dengan pakcik tu ni ikan apa katanya 'anak Goh'anak Goh mana pun tak tau lah,so korang jgn tny kat Chik mi yer nama lain bg ikan ni.muahahhha dah siap warning tu,ikan ni seakan2 ikan mayong cuma kaler die je lain skit,tp kalau nak ikut rase isinya sedap lagi ikan ni dr ikan mayong,Chik mi ambik 3 ekor rm5 je siap ade telurnya lagi.Mula2 plan nak buat asam pedas tp bila tgk telurnya agak banyak baik digulaikan.So ijah ngan Hana jgn meraung yer bukan ikan MAYONG

Wednesday, June 10, 2009

Choco Cheese Muffin


Salam malam td macam terajin la skit kan apa lagi Chik mi pun godek2 la muffin ni.Bukannya susah nak buat muffin kan hihihihi....

Dek teruja tengok Hananye Muffin maka ku buatkanlah jugak.Nak tunggu dak Hana antaq confirm kulatan muhahahhhaha.Best sukeee tq Hani kongsi,CnP kat cni yer nnti senang nak buat rujukan..Resepinya boleh juga tengok kat sini yer.

Bahan-bahan ( 10 biji )
140gm choco chip
100gm cream cheese
80gm butter
2 biji telur size M
60gm gula
100gm tepung gandum
2sk baking powder
Cara-cara
Panaskan oven ke 180℃.
Potong dadu 1cm cream cheese dan butter. cairkan bersama choco chip dengan kaedah double-boiled. bila dah cair, angkat dari api, masukkan telur dan kacau dengan whisk. (cream cheese tinggal ketul2 kecil putih pun tak apa)
Tambah gula dan kacau lagi.
Ayak tepung bersama baking powder kedalam adunan dan kacau dengan spatula.
Masukkan kedalam bekas muffin 70% penuh dan bakar selama 20 minit

Sambal Tempe Wif Ikan Bilis


Salam ,salah satu pebret si along,kalau buat sambal ni asyik duk meratah je la kija dia,ibunya yg malas nak buat sbb nak kopek ikan bilis yg comei lote tu.Dah anak jowokan so kenala makan tempekan.Hihihi.sori la gambaq blur skit mato acik dah kero ni.hihihi tak abis2 menyalahkan gambaq...