Friday, February 25, 2011

Cili Jeruk & Bawang Goreng

Assalamualaikum,wahh ari ni dah hari jumaat esok cuti yahh,itulah chik mi weekend aje memang duk menanti,sebabnya banyak kerja yang nak dibereskan sampai tak tahu nak mula dari mana,ok ade yg kata eleh takat cili jeruk dengan bawang goreng pun nak masuk dalam blog.... ermm tak kisah lah ye sebabnya blog ni diwujudkan memang untuk anak -anak daraku:)tak kisah apa orang nak kata ,sebabnya chik mi pun belajar buat cili jeruk dengan bawang goreng ni dari internet juga,dan ade jugak orang yang tak tahu nak buat benda nikan ,bukan semua orang sama.Masa kat market haritu terjumpa dengan cili hijau yang gemuk-gemuk cantik je memang geram sungguh,pilih punya pilih mak kau ambik setengah kilo,sekali dengan cili merah .Stok cili jeruk pun memang dah nak habis so memang timing bagus la nak menjerukkan cili.
Benda yang mesti ade dalam peti sejuk selain daun sup & daun bawang
Cili jeruk
Source:qasehmu-abadi.blogspot.com
Cili hijau+cili padi
Air
Cuka
Garam
Secubit gula
Caranya,cili dibasuh bersih kemudian direndam dengan air yg dicampurkan dengan garam (untuk menghilangkan racun),kemudian di bilas sehingga bersih toskan sehingga kering airnya,kemudian dihiris ketepikan,masak air sehingga mendidih kemudian dimasukkan cuka ,jangan letak terlalu banyak sekali gus nanti terlalu masam,agak-agak kemudian masukkan sedikit garam dan gula biar sehingga sejuk ,kemudian masukkan ke dalam botol ,masukkan cili yang telah dihiris tadi sehingga semuanya terendam,tutup botol dengan rapat masukkan ke dalam peti sejuk.
Bawang Goreng~yang ready made chik mi tak makan so kena la buat sendiri:)
Bawang Goreng
Source :qasehmu-abadi.blogspot.com
Bawang Merah ~dikupas dan basuh bersih kemudian ditoskan sehingga kering
(chik mi selalunya kupas malam esok pagi baru buat)
Sedikit Tepung Gandum
Minyak untuk Menggoreng
Caranya
Hiris bawang (chik mi guna food processor ) ,kemudian salut dengan tepung (agak-agak ye) kemudian digoreng dalam minyak yang telah dipanaskan,jangan goreng sehingga terlalu garing nanti pahit,bila dah agak coklat sentiasa dikacau kemudian ditoskan minyaknya sehingga kering,gantikan kitchen towel ,bila dah berminyak,dah sejuk masukkan ke dalam bekas airtight .simpan dalam peti sejuk

10 comments:

  1. lyana dah cuba homemade bawang goreng cikmi..emmm..memang marbeles..

    ReplyDelete
  2. Assalam mimi...akk pun suka bawang goreng tapi tak suka yg kedai..kalo nak goreng je sikit.

    tq mimi atas idea nak buat bawang goreng ni, nampak ranggup n sedap tu..nnt stok bwg merah banyak boleh cuba ni

    ReplyDelete
  3. chick Mimi TQ share... ita pun tak berapa suka bawang goreng yg ready made... tapi selalu nak membuat malasnyer.....
    nanti ita cuba yg Chik Mimi punyer...

    ReplyDelete
  4. w.salam..& assalam kak chik mimi....nieza la tu tak reti buat cili jeruk ni...tapi memang betul pun tak pernah buat pun..hehe tapi bawang goreng bubuh tepung ni pernah la buat....tq sharing yer kak.

    ReplyDelete
  5. hak alohhh mintak skit cili jeruk chik mi :D
    saya punya pun dah habis tk buat buat lg

    ReplyDelete
  6. Assalam mi,
    dinda, kanda suka cili jeruk CILI PADI!!..buat kan ya dinda..
    bawang goreng pun suka yang homemade punya..nak ngendeng ni..

    ReplyDelete
  7. as salam chik mi..
    eleh..sape yang x suke ngan ape yang kite letak kat blog nih sebenarnye dengki kan..ekekeke...gurau2 je..

    tapi kan..ni nak mengaku secara jujur ni..hehehe..eina pun x pandai buat bawang jeruk n bawang goreng..tapi masa2 kecik dulu selalu tengok mak eina buat..thanks chik mi,sudi share..ni nak buat sdri pulak...

    ReplyDelete
  8. assalam mimi...lamanya tak jenguk sini...

    terima kasih ngajar nak buat cili jeruk tu..ima pun baru tahu...huhu
    nnt nak cubalah buat dua2 tu sendiri...selalu ima goreng bawang tanpa tepung...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Mimi...

    Bawang Goreng Dan Cili Jeruk Ni Sedap Makan Dengan Makan Bergoreng Dan Sup2...

    ReplyDelete
  10. mmmm CM, apa khabar? Happy weekend yer.....

    cili jerok selalu wat....bwang goreng tu my mom wat gune tepung jagung....

    ReplyDelete

Reply