Pertama kali melapis,akhirnya sampai jugak seru nak melapis,dedulu kalau tengok aje resepi kek lapis mesti tengok aje gambarnya ,sekarang katakan TIDAKKKK,suka suka melapis tak mood nak melapis tak mai2 camne tu .Ni chik mi buat bulan Julai hari tu kebetulan kelas kek lapis yang chik mi join tu nak buat majlis sambutan ramadhan so cikgu suka-suka je nak buat pertandingan.
Alhamdulillah dapat tempat kedua ,sebabnya yang tempat pertama tu dia buat corak kat tengah so juri terpaksa bagi kat dia walaupun kek tu agak lembik .
Tengok ler lapisannya tu tak sekata dan terlalu padat sebabnya i tekan dengan sungguh hati u ,heheh dah ler tak de penekan kek lapis ku tekan dengan belakang gelas muahhhaa terburai rahsia .
walau pun ropamu tak cun tapi ghasemu sungguh sedappppp ai tell u !!
Nak kena praktis lagi ni ,tapi cik mahamood tak muncul-muncul camno tu
resepinya chik mi ambil dari blog Bro Rozzan.
