Monday, April 6, 2009

Lopes


Jom makan,dah lama teringin nak buat lopes ni asyik duk tertangguh ajer nape ek?Ntah chik mi tak de jawapannye...hehehe dalam esbok ku itu ade banyak pulut,tp nak mengodeknyer tu yg malas.Ari tu ade terbaca yg Fidah ostolia wat guna daun buluh.Masa gi pasar ari sabtu tu ternampak ler daun tu yg selalu orang cina buat 'bak chang' so chik mi pun beli ler seikat sbb nak belajar buat lopes 3 segi,selalunya buat guna daun pisang buat bulat ajer.Tarra dah menjadi ler lopes 3 segi ku itew...
Bahan-bahan:
Pulut - 2 mangkuk kecil
Air- 2 mangkuk ikut sukatan mangkuk pulut tu
Air daun pandan - chik mi guna pandan paste + nagn pewarna green apple
sedikit garam
cara-cara:
Rendam pulut dalam 1 jam,pastu masak bersama dengan air dan pewarna,kacau sehingga pulut n air bersatu(betui ka ayat ku itu) bila dah suam boleh ler di bungkus..

Friday, April 3, 2009

Gulai Sardin Wif Kentang


Gulai sardin buat sbb ade sardin frozen ade dalam esbok.. dah tak tau nak masak apa so chik mi pun buatlah gulai....

Sosej Roll


Sosej roll bekal along n angah bawak p sekolah,seperti biasa rotinyer chik mi gelek guna mesin mee sonang citer kan...

Thursday, April 2, 2009

Ayam Masak Kicap


Dinner malam tadi,Resepi dari MIL ,bila dah resepi MIL tentula pebret cik hb...hahaha
Bahan-bahan
Ayam- potong kecil n gaul garam n kunyit digoreng
Lada putih
ketumbar biji*
jintan manis *
jintan putih*
halia -diketuk
serai-diketuk
bawang merah
bawah putih
kicap manis
kicap pekat
sos tiram
sedikit air
Kentang -chik mi selalu goreng selepas goreng ayam
* ditumbuk bila dah halus dicampur dengan bawang merah dan bawang putih
Minyak goreng ayam tu tinggalkan sedikit utk menumis

Cara-cara
Ayam digoreng dan ketepikan,tinggalkan minyak sedikitkemudian tumis bahan tumbuk bersam dengan bawang hingga naik bau.Bila dah garing masukkan ayam pastu masukkan kicap manis n sedikit air,bila dah mendidih masukkan kicap pekat n sos tiram.Masukkan kentang yg dah digoreng tadi,masak sehingga agak2 pekat.MIL chik mi masukkan jugak air asam jawa,tp chik mi tak masukkan.

Wednesday, April 1, 2009

Asam Pedas Rebus


Menu malam tadi,pebret cik hb ni,tapi anak2 chik mi tak suka sebab taruk kacang panjang,selalunyer chik mi taruk bendi.Apa2 pun pekena ngan ikan goreng best