Tuesday, August 25, 2009

Nasi Ayam

Salam,since malam tadi x masak so,terus chik perap ayam ,so balik ari ni terus je buat nasik ayam senangkan gitu.Ayam tu my laling yg tolong masakkan,hihihih tu yg terireng sikit.Chik mi sampai umah terus aje masuk dapo,so cuma buat yg lain2 je la.Nasi ayam ni pebret semua kat umah ni senang kan.

Dah kelam kabut still nak photo shoot,so apa lagi presentation tu ermmmm paham2 je la kan.




Monday, August 24, 2009

Popia

Salam,ni menu ari ni ,dah sampai umah dalam pukul 6.30 tgk2 my laling dah beli lauk,so dah telipon angah tadi suruh keluarkan popia,so tinggai nak goreng aje.Pebret si along ni,kalau buat puas atikan sbbnya intinya mcm2 boleh letak,tak ler toge aje yg sll depa duk juai tu kan..

Rcp popia yg chik mi CnP dari Myr nun by kFiza yg sekarang ni dah tukaq profession jadi tokeh sardin,hihihi ampun ye kak.
  • semestinya kulit popia..boleh beli atau buat sndiri.
  • utk inti:
  • 50 sen taugeh
  • 1/2 biji sengkuang (sagat)
  • 1 btg lobak merah (sagat)
  • 2 sb udang kering
  • 2 biji tauhu (lecek dgn garpu)
  • 2 ulas bwg putih
  • 1/2 st serbuk kunyit
  • garam & lada sulah

Cara-cara

  1. Tumis bwg putih + tauhu dan udang kering.
  2. kemudian masukkan sengkuang & lobak merah yg telah di sagat tadi.
  3. Akhir sekali masukkan taugeh.letakkan garam dan lada sulah secukup rasa.
  4. Biarkan inti sejuk sebentar.
  5. Bentangkan kulit popia,letakkan inti dan gulung kemas.utk melekatkan hujungnya sapu dgn sedikit putih telur.
  6. Goreng dlm minyak sederhana panas hingga kekuningan.
  7. Enak di mkn panas2 besama cili sos.kalau rajin bleh buat sos sndiri.

Resepi sambalnya ni dikongsi oleh kak edaariff kat dalam forum Myr,sedap acik sukeeee
Chik mi panjangkan kat sini ye.Thanks ye kak.
100 gm korma atau kismis
450ml air
100 gm gula
3 sudu besar cili kisar
60 ml air asam jawa- chik mi guna cuka
garam secukup rasa
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 sudu besar minyak untuk menumis
Cara caranya:
Tumiskan cili yang di kisar dengan bawang2 hingga naik baunya dan garing.Masukkan air asam jawa dan korma atau kismis yang telah di kisar halus,masukkan pula garam dan gula di kacau sehingga pekat.sejukkan.


Sunday, August 23, 2009

Nasi Tomato

Salam,ari kedua posa ni Chik mi buat nasi tomato,plan asai nak buat nasi ayam(ngences tgk nasi ayam umah ijah hihihi) terpaksa tukaq ke plan B sbbnya my niece antaq ayam lambat dah tu beku la pulak.Sebenarnya dari awai dah tukaq plan sbbnya ade lebihan tomato puri lebihan buat sardin pagi tadi,dari terperuk kat esbok tu baik cepat2 habiskan sebelum jadi habuan cik pah.
Nasi tomato resepi dari Myr le mmg dah jatuh chenta ngan resepi Nasi Tomato Ayam by kak Fida ni.Sebelum ni pernah try rcp lain tapi yg menjadi pojaan atiku adalah rcp ni.Resepinya kat sini yer
Daging ni buat gu ngan nasi tomato tu .Resepi dari kak asma yg duk pening2 sekarang ni.Resepi Daging ade kat sini yer
Yang ni pulak dah lepas makan baru teringat nak snap tu yg comot skit tu.hihihi.



Buah Melaka Delight


Salam,ari ni chik mi buat buah melaka yg taruk keledek tu,so chik mi bg nama glamour skit,.Nur cayang sori yer kita kasi nama glamour ni....Sedap tak le terase tepung pulut aje.Resepinya dah lama duk kiv aje sejak nampak kat umah Nur aritu,hari ni tertunailah jugak ye.Selain dari buah melaka aka onde-onde panggilan orang selatan,chik mi jugak buat popia,Popia tu separuhnya chik mi frozenkan ,so nnti bila balik kerja tinggal gorengkan aje.Penat wooo seharian kat dapur tu.

Nur kita CnP ye kat sin ye.Chik mi guna keledek oren so tak taruk daun pandan yg tu warna asli keledek tu.
Onde-Onde keledek ~ resipi Roylazim.
Bahan-Bahan
350 gm tepung pulut
250 gm keledek
3 sudu makan air pandan
secukup air
200 gm gula melaka
1 biji kelapa di kukus bersama sedikit garam dan daun pandan
Cara-Cara
1. Gula melaka di potong kecil-kecil.
2. Keledek direbus dan di lecek.
3. Tepung pulut diayak dalam sebuah mangkuk.
4. Masukkan keledek dan air pandan.
5. Dikacau rata dan jadikan tepung pulut menjadi doh.
6. Ambil sedikit doh dan dijadikan seperti bola kecil.
7. Lubangkan ditengah nya untuk meletakkan sedikit gula melaka.
8. Sediakan air untuk dimasak, letakkan doh onde-onde.
9. Apabila ia timbul angkat dan golekkan diatas kelapa parut yg telah dikukus tadi.

Friday, August 21, 2009

Apple Cake


Sebenarnya menu dah basi ni,masa penyakit M melanda ngan teruk ari tu.hihihihi buat ni ari khamis tu,plannya along nak bawak p skool ade bacaan Yassin,tup2 tak jadi along cakap cikgu dah sediakan makanan.so kita kenduri kat umah ler ya along,antaq sikit kat umah sis.
Rcp ambik dari umah CMG sedap gebus aje..Mat mintak izin CnP kat sini yer.

BAHAN-BAHANNYA :-)
185 g mentega
1 camca teh parutan kulit lemon-Chik mi tak letak
2/3 cawan gula halus
3 biji telur gred A
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
1/2 cawan tepung gandum-Chik mi guna SRF jugak
1/3 cawan susu segar (mat guna susu cair)
2 biji epal hijau

BAHAN GLIS (OPTIONAL) :-)-Chik mi tak buat pun
1 camca teh halal gelatin (jenama "nona" @ "nur")
2 camca besar air
2 camca besar jem apricot

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung naik sendiri dan tepung gandum, ayak rata. Kupas epal, belah 3 setiap biji, buang bahagian tengahnya dan kelar2 setiap bahagian epal tadi (seperti dalam gambar). Rendam dalam air yang diperah sedikit jus lemon. Ketepikan.
  2. Putar mentega, gula halus dan parutan kulit lemon hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar. Putar hingga rata.
  3. Tuang dalam tin bulat berukuran 8 inci yang telah disapu dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak. Ratakan. Toskan epal tadi dan susun atas adunan kek seperti dalam gambar.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 1 jam atau hingga masak. Sementara itu, satukan gelatin dengan air, kacau rata dan masak secara double boiler hingga gelatin cair, tambah jem apricot dan kacau rata. Bairkan suam.
  5. Bila kek sejuk sedikit, keluarkan dari tin dan sapukan bancuhan jem tadi atas kek. Tujuannya menjadikan permukaan kek berkilat dan lembap....
CATATAN MAT GEBU :- Jika menggunakan tin "spring foam" atau apa2 tin/dulang kek bewarna hitam, turunkan suhu menjadi 160C sahaja, ini kerana tin berwarna hitam mempunyai kadar resapan haba yang lebih tinggi..Lagi satu, pasal "glis" tu, mat tak buat, sebab tak de stok gelatin kat rumah.....