Assalamualaikum,kejap aje dah tiba hari isnin,yehaaaaa akhirnya dapat jugak buat tiramisu ni,ingatkan susah sangat,ghope2nya senang je,cecewahh,hehehe 1st nak ucapkan terima kasih kat Cik malina coz bagi biskut lady's finger ni,chik mi pun jakun jugak macam tak pernah nak rasa tiramisu ni,yang pasti yang ni SEDAPP,pasni boleh ler nak mengacau org lain pulak nak suruh belikan biskut ni lagi(kat Penang ni memang susah nak dapat).
Resepinya chik mi ambil dari rumah ijah,terima kasih pada ijah dan Kak E tuan punya resepi,minta izin CnP kat sini ye.
Sumber : http://kurniaanmu.blogspot.com
TIRAMISU BISCOTTI
Bahan-bahan
- 1 peket biskut lady finger @ biskut tiramisu
- 250g cream cheese
- 200ml whipping cream
- 1/2 cawan gula halus>>yg ni kita guna 1/3 cwn jer
- 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
- 1 sudu makan serbuk nescafe
- serbuk koko untuk hiasan
Cara-cara
- Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
- Satukan gula, cheese dan cream.
- Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu.
- Celup biskut ke dalam air nescaffe sehingga basah@lembut.>>Untuk proses ni kita cdgkan spray mcm kak hana buat utk elakkan biskut td lembik.
- Susun biskut tadi ke dalam mangkuk@bekas.
- Sapukan adunan cream+cheese tadi atas biskut.
- Susun lagi biskut yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td.
- Kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar.
- Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya
