Thursday, April 21, 2011

Kesukaaan Sidia

Assalamualikum,apa tu kesukaan sidia,menu yang dah habis ,selalunya kalau musim panas buat  ni kejap je habis.Yezzz Puding Laici memang menjadi kesukaan sidia,dulu-dulu selalu bila tengok my laling sifu buat puding selalu chik mi cakap,anak-anak saya tak gheti makan ler kak opsss sekarang tidak lagi selepas diperkenalkan dengan puding ni,siap suruh simpan buat ayah sama,nanti bunyi ler si kecik tu' ala adik makan 1 je ada lagi adik simpan untuk ayah'.Tapi kalau puding lain tu still kurang sidia nak makan..
 Gambar seperti biasa tak cun,camera chik mi ada problem shuttlernya dah longgar nak kena hantar service,tapi masaalahnya service centre tu bukak weekdays je,kena tunggu time cuti baru boleh hantar.Chik mi CnP balik ye.
Source:Kak Nor
Source :qasehmu-abadi.blogspot.com
Bahan-bahan
1 paket agar2 serbuk  (10gm)
5 cawan air ~ cawan metrik
8 sudu besar gula ~ lebih kurang 3/4 cawan metrik
1 tin susu cair
1 tin laici ~ dimesin/blend dgn 1 cawan air laici dlm tin
1 helai daun pandan ~ ni k.nor tambah

1. blend laici dgn 1 cawan air laici. Blend kejap jer jgn sampai lumat/halus.
2. lebihan air laici tu K.Nor jadikan kuah masa makan puding tu (sejukkan dulu utk dptkan rasa yg lebih nyaman masa makan hehe)

Wednesday, April 20, 2011

Bingka Susu

Assalamualaikum,sekejap aje nak dak sampai penghujung April,begitu pantas masa berlalukan,jom kita breakfast dengan bingka susu yang sedap ni..buat bengkang(kalau kat utara panggei bengkang ye) sebab nak habiskan fresh milk yang tinggal 3/4 botol lagi,check expire date dah nak dekat ,so teringat haritu kakfida ada post resepi bingka susu ,dari membazir susu tu baik dibuat bingka boleh jugak buat breakfast dan Sabrina pun bawak jugak pergi mengaji bagi Tok Nyang .




Sedap bingka ni rasa lemak-lemak dan manisnya pun sedang aje.Nak buatnya pun tak senang aje

Sumber: Kak Fida

Sumber :http://qasehmu-abadi.blogspot.com

Bahan-bahan ( Loyang 8 X 8 in / 9 X 6 in )

  • BAHAN A : -
  • 1 cawan susu cair~chik mi guna fresh milk
  • 3/4 cawan susu manis
  • 50 g gula pasir (opt)
  • 1 cawan tepung gandum - diayak
  • 2 biji telur
  • BAHAN B :-
  • 500 ml air (2 cawan)~chik mi guna fresh milk
  • 100 g mentega / majerin ( 6 1/2 sb)
  • 50 g tepung kastard (5 sb)
  •  1/2 sk esen vanilla ~chik  mi guna  serbuk vanili
  • 1/2 sk garam 
 Cara-cara
  1. Satukan bahan A dan ketepikan
  2. Satukan bahan B dalam periuk dan kacau rata. Masak hingga pekat atas api perlahan.
  3. Masukkan bahan A ke dalam adunan yang dimasak, kacau rata dan masak terus hingga pekat lagi. Matikan api.
  4. Dscf5045
    Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 160C selama 30 - 40 min atau hingga permukaan kuih garing.
  5. Biar kuih benar2 sejuk di dalam loyang, potong dan boleh dihidangkan. Kuih boleh disimpan dalam peti sejuk jika ingin dimakan dingin.
  6. Dscf5030
    Adunan boleh juga dibakar di dalam acuan bahulu pecah lapan. 
 

 

Tuesday, April 19, 2011

Dia Dah Singgah Kat Sini:))

Assalamualaikum ,agak lama jugak rumah ni bersawang ye,apa yang dah sampai kat sini ye ,Yes Super Moist Eggless Chocolate Cake,memang berbaloi SEDAPPPPPP ,chik mi buat 2 adunan bawak ke office sikit semua yang rasa cakap wah very moist,then bila chik mi cakap eggless lagi la depa tak percaya.Chik mi dah promote kat kawan chik mi ,cik fa,mula-mula tengok resepi dahi berkerut cuka takutnya, kenapa tak percaya ka?hehehh dia pun dah buat baru percaya.
untuk anak-anak seperti biasa chik mi buat dalam muffin cup senang tak payah pagi-pagi nak potong bagai.
Jazakallah Khayran ye Knor dan Dj ye yang kongsikan resepi yang sangat best ni
Izinkan chik mi panjangkan kat sini ye.
 SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

** K.Nor tak buat topping sbb kek ni dah cukup enak dimakan tanpa topping.~chik mi pun tak buat topping

Thursday, April 14, 2011

Award Dr Kak Noor

Award dr kak Noor Saffone terima kasih kak semoga terus berblogging dan ukhwah yang terjalin di alam maya berkekalan Aminn..
 

Wednesday, April 13, 2011

Kek Pisang Sempoi Versi Mini

Pisang lagi menu kat sini??Stok pisang sentiasa ada dalam petisejuk,setiap minggu bila buat marketing hubby selalu singgah gerai nyonya ni beli nangka,pastu nyonya tu selalu tanya chik mi tak mau pisang kuih ke?since anak-anak suka cekodok,chik mi ambil je la.Chik mi dah pernah buat dulu kek ni tapi blend semua sekali ikut resepi ,tapi kali ni chik mi pukul telur dengan gula dulu memang ada kelainan,Chik mi tak check dalam peti sejuk ingatkan ovelette still ada stok rupanya dah habis so chik mi tak letak tapi chik mi gantikan dengan fresh milk.Dah ramai yang buat kek mudah ni kan ,ada yang versi marble juga.
Buat version mini senang anak-anak bawak bekal ke sekolah,untuk kanak-kanak riang kat rumah ni kena tambah choclate chips baru nak makan .
  • 150g pisang emas - dilecek
  • 180g tpg gandum
  • 180g gula halus /gula icing~chik mi guna 140g gula perang
  • 3 biji telor
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikabonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam 
  • *choclate chips~chik mi tambah
  • 3sb Fresh milk~chik mi tambah
  1. masukkan kedalam loyangcampur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit
  2. pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda

 *Nota: Chik mi pukul telur dengan gula dahulu kemudian masukkan pisang dan tepung dan sebati masukkan minyak.