Friday, May 20, 2011

Blueberry Cheese Tart

Assalamualaikum, dah lama tak buat cheese tart terasa teringin jugak ,haritu masa demam cheese tart melanda kita tak terkena jangkitan virusnya,bila dah reda baru chik mi nak panaskan enjin,buat tart shellnya dah lama dalam sebulan gitu alhamdulillah masih esok sebab simpan dalam tupperware kedap udara.bila dilanda penyakit M tu semuanya jadi sakit sekali,hehehehe,yang buat kali ni alhamdulillah menjadi lorekkanya hasil perkongsian ilmu dari Kak Ita dan Hasue.Sebelum ni buat  main hentam aje masa tu belum ade lagi lorekan bunga padi atas tu heheehe ,kalau nak tengok kat sini.untuk tart shell chik mi masih gunakan silicone mould.Resepi tart shell chik mi still guna resepi Alex Goh cuma creamcheese filling chik mi guna resepi kak ita cuma chik mi tambahkan 1/2 st lemon paste
Masih banyak yang perlu diperbaiki ,creamcheese filling nya warna sedikit kekuningan sebab chik mi tambah sedikit lemon paste,untuk rasa sedikit masam.
Nampak tak tart shellnya tu garing sikit chik mi bakar balik dalam 5 minit
Sumber: http://qasehmu-abadi.blogspot.com
Sumber : Alex Goh
SWEET PASTRY
*Berat pastri yang terhasil lebih kurang 780 g.
Bahan A
200 g mentega
100 g gula aising-chik mi bubuh 68g je
1/4 sudu teh esen vanilla
Bahan B
1 biji telur
Bahan C
420 g tepung
1 sudu besar tepung susu
Cara-cara
1. Putar (A) hingga lembut dan tambahkan (B). Putar lagi hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul sehingga sempurna.
* Tat akan bewarna keemasan dan rangup jika dibakar di rak bawah ketuhar (lebih kurang 1/2 inci dari bahagian bawah ketuhar.

Cream Cheese Filling
Sumber :http://rossitamz-kitchen.blogspot.com
Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
 Mini silicone mould yang chik mi guna terima kasih buat mama vouge aka Rozie yang belikan untuk chik mi masa dia berhijrah sementara ke UK ,sekarang ni dah pun kembali ke Malaysia.



Thursday, May 19, 2011

Alhamdulillah menang GA

Assalamualikum,lamanyaaaaaaa kita tenggelam tak timbul-timbul,bila dah lama tak update mula sifat Malas menguasai diriku ini,bermula dengan sibuk lepas tu hantar kamera ke pusat service kata 2-3 hari je yang kita ni duk ler tunggu macam buah tak jatuh-jatuh,bila call pusat service eh tak de orang call you ke?Chik mi jawap kalau ada orang call tak kan ai nak call you ,mula-mula janji rm100je (service rm80+ tukar selection button rm20++ ) bila chik mi call dia cakap eh you nak buat ke charge dia rm300++ what??? bila tanya hubby tak yah ler ada rezeki kita beli baru,macam tak berbaloi je sampai rm300++.upsss terlebih la sudah sebenarnya nak update hadiah yang diterima dari umiyumi,1st time menang alhadulillah syukur ke hadrat Ilahi,sebenarnya chik mi ni jarangggg sangat nak join GA ni sebab tak creative macam orang lain:)yang umi buat ni sebab senang aje kena tinggalkan email je tu yang tergerak hati nak join tu.Thanks umi nanti dah balik kampung ni boleh ler kita bergader-gader kat sg ara ye.
 Dah 3 minggu terima parcel dari Perth baru nak upload kat sini:)
 Umi pesan suruh p shopping kat Giant bawak bag ni,iskhhh sayang ler pulak hehehe
tea towel
Thanks again umi !!!

Thursday, May 5, 2011

Giveaway From Moscow By Miszlullaby

Assalamualaikum,terima kasih kepada yang sudi berkunjung ke teratak ni walaupun tuan rumah bz like a be .Hari ni nak kena buat homework dari my laling sifu ,Nasib baik senang je homeworknya:)chik mi ni tak kretip macam orang lain tu yang kadang-kadang segan nak buat:).
Tarikh tutup penyertaan lambat lagi ni, 30.8.2011 Jom la join bagi memeriahkan GA Miszlullaby
Orang-orang yang  chik mi nak pas homework ni jeng jeng jeng adalah

Tuesday, April 26, 2011

Corn Muffin

Assalamualaikum ,dah lunch ke hari ni chik mi lunch dengan pajeri nenas erm sedapnya dah lama tak makan pajeri,malam tadi mood nak memuffin datang so dengan pantas dan tangkas kena la tangkap nanti dia lari merajuk susah..Dah lama teringin nak buat corn muffin ni tp sebabkan duk mencari cornmeal ni tak dak kat penang sampai ler lupa,bila bila Kak Ida buat baru teringat balik pasal muffin ni.Chik mi tak boleh imagine cornmeal tu camneler rupanya sampaikan 3 kedai baking shop cari semua cakap tak dak,ade satu kedai tu ,assistant tu cakap suruh grind sendiri popcorn tu,so chik mi tanya dengan Kak Yan dia pun cakap camgitu jugak,so nekad dengan lafaz bismillah.. chik mi tekan punat tu,ye la takut u rosak nnti blender sebab popcorn tu kan ke keras..
Muffin ni sedap cuma bila kena cornmeal yang berbijik tu keras sikit mula rasa macam tak besh je.Tapi chik mi suke texture muffin ni ,manisnya pun sedang aje,next time nak try gantikan cornmeal tu dengan cornflakes seperti yang disarankan oleh Kak ida
 Thanks to Kak yan chik kongsi kat sini ye.
CORN MUFFIN
Sumber :http://aziancollections.blogspot.com
Sumber:http://qasehmu-abadi.blogspot.com
BAHAN-BAHAN

1/2 cawan butter

2/3 cawan gula kastor

1/4 cawan madu

2 biji telur

1/2 tsp garam (saya x letak)

1 1/2 cawan tepung naik sendiri

3/4 cawan Cornmeal

1/2 tsp baking powder

1/2 cawan susu (saya guna susu segar)

3/4 cawan jagung segar

CARA MENYEDIAKAN.

1. Putar butter, gula, madu dan telur hingga kembang.

2. Masukkan Cornmeal, tepung yang telah di ayak bersama baking powder dan susu berselang seli sambil di kaup perlahan-lahan.

3. Bila telah sebati masukkan jagung segar dan ratakan.

4. Masukkan kedalam paper cup dan masukkan kedalam Muffin pan atau gunakan cupcakes paper cup.

5. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan selama 10 minit awal selama 20-30 minit dengan kepanasan 160-C. Gunakan api atas bawah. ( terpulang kpd jenis oven)

Friday, April 22, 2011

Ayam Masak Kicap

Assalamualaikum,dah hari jumaat sekejap aje,dah lunch ka?ni menu malam tadi,ayam masak kicap mbah ,ni resepi ibu mertua chik mi,so senang nak bagi tahu kat anak-anak bg je nama ayam masak kicap mbah.Ayam masak kicap pun macam-macam resepikan,tapi orang jawa dengan ayam masak kicap memang tak dapat dipisahkan.Chik mi dulu-dulu memang jarang buat masak kicap sebab keluarga chik mi selalunya masak gulai ayam atau ayam masak merah je la dah tu mak memang susah nak masak ayam sebab arwah ayah chik mi tak makan ayam so dia yang selalu p market memang akan beli ikan je la.Bila dah khawin ngan wong jowo ni hahhhh selalunya mesti ada menu masak kicap,ayam masak kicap,sambal goreng letak kicap,sambal pun berkicap heheehh memang kena ada stok kicap sokmo.

Bahan-bahan
Ayam -digoreng separuh masak,jika guna ayam kampung tak perlu digoreng dulu
serai-dititis
bawang merah /bawang besar
Bawang putih
halia
lada putih lebihkan jika suka pedas*-chik mi suke letak banyak2
sedikit rempah biji*
sedikit jintan manis*
sedikit jintan *
* ditumbuk halus
Bahan -bahan diatas hendaklah ditumbuk bersama selepas rempahnya dah halus,tumbuk sekali bawang.
ubi kentang  - chik mi goreng selepas goreng ayam
Kicap manis
Sos tiram
Cara-cara
Tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau,masukkan sekali serai n halia,bila dah wangi masukkan ayam tadi biar sebentar ,masukkan sedikit air utk kuahnya,kemudian masukkan kicap dan sos tiram serta kentang tadi.masak sehingga kuahnya agak pekat.Chik mi suka berkuah sedikit so agak2 lah ye.