Salam alhamdulillah ari ni 16 hari kita berpuasa ye.Menu malam tadi ni,sekarang ni chik mi duk pening pale nak pikiq nak masak apa,bebudak kat umah ni bulan pose tak mau makan ikan ,ayah pulak ngan ikan tak dapat di pisahkan.Chik mi tak boleh masak banyak-banyak sebabnya kita berbuka aje makan nasi ,pastu sahur pulak roti aje,so kalau nak masak mmg kena untuk sekali makan ja.Banyak pulak la membebel,aritu masa jenjalan kat umah Cikwan ,chik mi dah terbekenanla pulak ayam masak madu ni.Bebudak mmg sukala sebabnya rase dia manis skit,tapi ayah tak suke la pulak,so untuk ayah kena la buatkan sayur lemak kubis ngan sambal belacan,pastu goreng pulak ikan pekasam,perghhhhh sedapnya.yg lenlain tu dah tak sempat nak tembak2 sebabnya dah Azanla.
Sunday, September 6, 2009
Thursday, September 3, 2009
Onde-onde a.k.a Kuih Bom
Salam,ari ni syukur alhamdulillah dah 13 hari kita berpuasa,jangan terkojut ye kalau kat utara ni kuih bom ni di panggei onde-onde,kuih yg berasaskan pulut mmg menjadi pojaan atiku,hihihihi.Pernah buat dedolu tapi macam tak besh(kata la tak pandaikan),memulatu nampak kat umah Ijah,pastu kat umah Nur pastu p umah Kak Am la pulak,tak leh jadik kenala mai utara pulak kan kan.... hihihi sedap tau ade keledek ni,
Resepi asal dari AlongRos,nak mintak ijin CnP ye along.Chik mi amik kat umah Nur.Yang bestnya kuih ni tak meletup masa goreng so selamat la,hihihi
Bahan-Bahan
80 gm keledek dikukus dan dilecek
120 gm tepung pulut
20 gm tepung gandum
35 gm gula castor
secubit garam
100 ml air
secukup bijan untuk mengolekkan kuih bom
Inti kelapa atau kacang
Labels:
Kuih muih
Tuesday, September 1, 2009
Roti Berlapis Daging
Salam ,ni menu semalam baru sempat nak upload hihihi bz mengalahkan menterikan.Roti ni chik mi buat sbbnya nak habiskan roti yg duk kat dalam esbokku itew.tp yg ni terlebih roti la pulak lupa nak tambah susu lagi so keras skit.Apa2 pun besh cedap,Rcp ni dari Kak E.Thanks kak nak mintak izin nak CnP kat cni ye.
Bahan-bahan ( 6-8 orang )
- 3 biji kentang di potong dadu
- 500gm daging cincang
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 sudu besar serbuk kari
- 3 sudu makan minyak untuk menumis
- 12-14 keping roti
- 500ml susu segar
- 3 biji telor
- secubit garam
- Parutan cheese (banyak ikut suka)
- Sedikit margerin untuk melenser
- Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam
Satukan Susu+telor+secubit garam
Pukul susu+telor+garam hingga sebati
Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
Ramas-ramaskan kesemua roti tadi
lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat
- Boleh dihidangkan semasa panas
- Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam
Satukan Susu+telor+secubit garam
Pukul susu+telor+garam hingga sebati
Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
Ramas-ramaskan kesemua roti tadi
lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat
Labels:
Kuih muih
Monday, August 31, 2009
Colek Ikan Tongkol
Saturday, August 29, 2009
Daging Kicap Blackpepper
Salam ,ari ni dah masuk hari yg ke 8 kita berpuasa,syukur alhamdulillah,jangan tertipu ye menu ari yg ke enam aritu,ade sikit M nak masukkan N3 la.Bila dah sampai umah tu terus aje kena masuk ofc yg kedua so menunya pun simple2 aje la .
Labels:
Daging
Subscribe to:
Posts (Atom)