Wednesday, March 31, 2010

Homemade Kuah Rojak

Salam,malam tadi neighbour Chik mi berikan buah jambu bertih ni,ermmm kali kedua dah dia beri since last week chik mi dah buat kuah rojak ni so mmg best lerkan cicah ngan kuah rojak tu.Chik mi tak gaulkan sekali sebabnya takut berair,since my frnd yg Ex Dungun semua duk mention nak minta resepi ni so Chik mi upload juga kat sini. Masa duk study dulu kami pernah bukak gerai masa Prominex,so chik mi buat sos ni ler dah 18 thn masa berlalu tp masih lagi kita org duk sebut-sebut,mmg best mase tu.Buat kengkawanku ni ler rcp yg korang tunggu2 tu ye.


















jom kita lihat macamana Chik mi buat sos ni.
Homemade Kuah Rojak
Bahan-bahannya
Cili Kering-Direbus kemudian diblend ~ chik mi cili paste yg mmg selalu buat stok
Cili Padi
Belacan
Gula melaka
Gula Pasir
Sedikit air
Kicap~chik mi guna kicap Habhal
Sedikit tepung gandum utk pekatkan kuah -Chik mi bancuh bersama dengan air gula & kicap tu
*Air asam jawa~jika perlu
Cara-caranya.
Blend cili kering,cili padi belacan menggunakan blender kering,masak gula merah & gula putih bersama sehingga cair,air jgn terlalu banyak nnti cair tak sedap,selepas tu masukkan bahan blend serta kicap masak dengan api perlahan ,selepas tu ,masukkan bancuhan tepung gandum ke dalam sos tadi masak lagi sehingga pekat.
*kuantiti bahan bergantung kepada kepedasan & kemanisan sendiri ye.jika terlalu pedas masukkan sedikit air asam jawa yg pekat ke dlm kuahnya.



Tuesday, March 30, 2010

Kari Ayam

Salam,wah dah bersawang umah ni,buzy ngan ape ntah,ni pun menu bila ntah,tak pe kan (ade org peduli ke?).Family chik mi kalau gulai daging ke gulai ayam ke (pstt sama ngan kari ye dah terbiase sebut gulai,hihihi nnti korang konpius ler pulak.) mmg letak kerisek sikit.Cumanya ayam & daging tu diperapkan(we all sebut awaskan) dengan rempah kari ,santan ,bahan blend & kerisek.Aritu tu chik mi try buat stail lain tumis mcm kari ikan rempah2nya tu tak menepati piawaian kat umah ni,maybe dah terbiase ngan cara awas tu kot.
Dedulu chik mi mmg anti sungguh dengan gulai dgg ,my mom tak masak kari ayam sbb my dad tak makan ayam.,jatuh chenta ngan kari ayam n daging ni mase dlm pantang kat Sabrina,my sis yg jadi cook,so chik mi duk tapau je lauk pauk,since dah makan my sis punya kari ni i terus jatuh tangga chenta ngan kari aka gulai ni.

jom kita tengok camne chik mi buat gulai ni.
Kari aka Gulai Ayam
Bahan-Bahan
Ayam - seekor dipotong kecil
Rempah kari Babas 4-5 sb
Bawang merah 6 ulas*
Bawang putih 2-3 ulas*
Halia -sebesar ibu jari*
Rempah 4 sekawan (Kulit K Manis,Buah Pelaga,Bg cengkih,Bg Lawang)
Santan -Chik mi guna santan pekat 100ml je
Kerisek 1-2 sk- ikut kepekatan yg kita suka.
Daun kari
Ubi kentang
Garam
Pati ayam- jika suka
* bahan yg bertanda separuh dihiris & separuh di blend
Caranya
Ayam diperap bersama dgn rempah yg dibancuh dengan sedikit air jadikan pes,bahan blend,kerisek,santan,ketepikan.Tumis rempah 4 sekawan bersama dengan bahan hirisan sehingga naik bau,kemudian masukkan ayam yg telah diawas(diperap) .masukkan ubi kentang serta masukkan air sedikit masak sehingga pekat dan kentangnya empuk,perasakan garamnya.

#kepekatannya ikut citarase sendiri ye,kalau chik mi lebih kepada sederhana pekat.



Friday, March 26, 2010

Prosperity Burger

Salam,cepatnya masa berlalu dah hari jumaat,esok seperti biase sibuk ngan rutin harian.Aritu demam prosperity ni melanda chik mi terkena jangkitan jugak ,tapi malas nak buat blackpepper sos tu so main beli brown sauce yg ready made tu pastu tumbuk lada hitam,tapi tak menepati piawaian la,so nnti nak kena cuba jugak buat blackpepper sauce tu.




Thursday, March 25, 2010

Ole-Ole

Salam,cuti sekolah baru ni ofcmate chik mi ke Jakarta,so chik mintak cik Leez belikan telekung 'cotton paris' ni.Sebenarnya Cik Leez belikan ke Chik Mi yang lain tapi Chik mi tukar ngan Cik Ros.Ramai jugak yg mengirim,tp bukan dengan ayeq liuq ok dengan ongkos sekali.Memang dah terjatuh chenta dengan cotton paris ni,sebabnya last year Cik Leez ke Bandung dia belikan untuk dirinya,so syukur alhamdulillah apa yg dihajati dah dapat.Thanks Leez nnti nak p lagi coling2 lah ye,hehehe

Kain cotton ni pulak dr my niece Kak Chaq.selalunya chik mi jarang beli kain sendiri selalunya sponsor dari kak chaq @ kak chik,syukur alhamdulillah murah rezeki diaorang ni.Chaq thanks alot bak kate pepatah terima kasih daun keladi kalau boleh nak le lagiiiii.hehehehe lebiu chaq.ni ler untung kalau mak sedara ngan anak sedara sebaya,kamcing gilos kitaorang ni,walaupun time kecik dulu macam anjing ngan kucing asyik bergaduh je.


Award


Award dari Yat Maria dan Kak Watie ,Thanks ye sori chik mi ambik lambat sikit tertinggal bas Rapid.
Kena pass tu 15 org tp chik mi tak payah listkan lah ye.sudi2kan lah ye tampal kat umah masing2 ye.
7 perkara Tentang diriku
.Suka memasak ~of course suka makan hiihii
.suka berjalan-jalan
.suka melayari internet
.suka berkawan
.suka membaca
.seorang sensetip
.tak suka dibohongi n berbohong
ok dah cukup daaaa.













Award dr Maz, thanks so much tp
kan kite ni tak ler top mane.hihihi tq Maz