Tuesday, August 31, 2010

Award dari Faradean

Salam Kemerdekaan,hari ni genaplah 53 tahun negara kita merdeka bebas dari penjajahan,Chik mi terima award ni dari Faradean,thanks ye dik ,kena jawap tag ke,insyaAllah chik mi cuba ye..

1. Senaraikan 7 makanan kegemaran untuk berbuka n bersahur...
Berbuka chik mi masak ikut apa yang anak dan hubby nak makan,sebabnya dah sampai rumah pun petang hanya sempat masak sejenis dua lauk je.Family chik terus berbuka dengan nasi,jarang chik mi buat kuih sebabnya kadang-kadang yang beli pun tak termakan.
Waktu bersahur anak dah tak nak makan nasi(senang kerja ibu)anak-anak makan roti sapu butter @ cicah dengan air milo je,so chik mi pun dah terikut macam tu kalau makan makanan yang berat seperti nasi alamat pukul 12 nanti peyut berdondang sayang.tapi kalau dengan roti pandai aje dia behave..
 

Friday, August 27, 2010

Kuih Lopes


 Salam,kejap aje dah 17 hari umat islam berpuasa,hari ni selangor ,penang dan ada 2-3 negeri lagi bercuti tapikan huwaaaa walaupun warga Penang diriku bekerja,semalam chik mi sampai lewat sebab ade accident kat Penang Bridge huhuhhu last2 my husband p beli lauk tunjuk2 aje.sebelum tu chik dah suruh along masak nasi ,dia cakap dia dah masak tinggal tunggu ibu masak lauk je,last2 suruh along buat sambal belacan,ingat nak goreng ikan pekasam ngan masak lemak je,tengok 6.30 pun tak sampai lagi last2 hubby keluar beli lauk jugak.Balik buah telur dadar mayonis aje buat lauk tambahan.Panjangnya mukaddimah,lopes ni chik mi buat ahad lepas,tapi makannya sampai rabu sebabnya masuk peti sejuk bila nak makan kukus balik,kuih yang sinonim dengan bualan ramadhan dan kegemaran kami sekeluarga.



Seperti biasa chik mi guna daun buluh untuk membalutnya dan merebus menggunakan pressure cooker.Sekarang chik mi dah tak buat lopes macam selalu yang kacau dulu pulutnya dengan air pandan.jom kita tengok macam mana chik mi buat lopes.
Lopes - 
2 mangkuk pulut
1 sudu besar air abu (alkaline water)
kelapa parut + secubit garam dikukus sebentar supaya tahan lama 
Daun buluh @ daun pisang (jika guna daun buluh rendamkan sebentar daun bersama dengan talinya)
 
                                                         Air gula
Gula Merah(gula melaka)
Sedikit gula pasir
Sehelai daun pandan

Caranya
Pulut dibasuh kemudian direndam 2-3 jam bersama dengan air abu,(chik mi guna pulut susu so chik mi rendam 1 jam aje),pastu basuh bersih kemudian di toskan.bila dah kering air bolehlah dibalut dengan daun buluh@ daun pisang yg di telah dilayukan sebentar.Chik mi dua sudu besar pulut untuk dimasukkan ke dlam daun ,,chik mi buat kelongsong dulu kemudian masukkan pulut lipat menjadi tiga segi @ macam buat ketupat pulut dan diikat dengan kemas.
Untuk air gula,masukkan semua bahan masak bersama sedikit air ,air jangan terlalu banyak nanti air gulanya cair tak sedap,chik mi selalunya ikut paras gula atau kurangkan sedikit saje.
Rebus ketupat bersama pressure cooker,jika menggunakan pressure cooker air dengan pulut tersebut hanya masukkan sama paras aje.Chik mi rebus selama 40 minit,jika menggunakan periuk biasa rebus antara 2-3 jam kena check air selalu ye takut airnya kering.

Thursday, August 26, 2010

Ikan Pari Bakar

 Salam,menu minggu lepas ye puan puan,puas hati bila dapat memanggang sendirikan.permulaan puasa hari tu hubby chik mi ade jugak beli sepotong ikan pari bakar ni,hampir separuh tak dimakan akhirnya cik tong yang makan,bila tanya kat along n angah jawapnya sambal tak kick ler ibu ayeq asam pun huhuhuhuh memang tak boleh p la,sian anak2 ibu.Bila pergi market nampak pari fresh terus je chik mi ambil sebelah yang sedang,sekali hadap je masa berbuka tu ,masa nak buat air asam tu angah dah cakap bu macam selalu ye tak mo resepi lain nnti tak best!
Gandingan Maut Pari Bakar Dengan Air Asam,pat yang hitam-hitam tu biasa ler kan kat umah ni.hitam hitam sitampuk manggis walaupun hitam ku pandang manissss ...

Jom kita tengok camne chik mi buat sambal.
Sambal
Cili Blend
Serai
Lengkuas 
Bawang Merah
Belacan
Air Asam ~pekat
Sedikit minyak untuk menumis
Garam
Caranya
Blend ke semua bahan diatas,tumis sehingga garing kemudian sejukkan sebentar,selalunya chik mi sapukan sambal keatas kedua-dua belah ikan kemudian perap,dekat nak berbuka balut dengan daun pisang bolehlah dipanggang atas bara api.

Air Asam(chik mi selalu gunakan resepi shima colek daging panggang),resepi asalnya boleh tengok kat sini
Untuk Air Asam
  • cili padi secukupnyer - dikisar (i bubuh 5-6 biji)
  • 1-2 biji cili masak - dikisar
  • 1 inchi belacan (dibakar) - dikisar
  • sos cili & tomato secukup rasa (utk pekatkan colek)
  • 1 biji tomato - dicincang
  • 1 labu bwg besar dicincang
  • daun coriander/ketumbar - dicincang
  • lemon juice secukup rasa (buleh jgak nak gantikan ngan air asam jawa pekat)
  • 2 sudu besar nampla/minyak ikan
  • garam & gula secukup rasa
  • extra air masak (tuk kuah colek)

Wednesday, August 25, 2010

Rezeki Dibulan Ramadhan

Salam,Chik mi terima parcel dari seorang kawan hari isnin aritu,terkejut jugak bila admin staff call cakap ade parcel,uiks rasanya tak de order apa,pastu sampai punya ler awal dalam pukul 9.30 pagi ,Triz  my colleague siap tanya apa lagi yang u oder? Chik mi cakap ntah la i  tak de order apa2 pun, bila tengok kat nama pengirim tu tersenyum simpul chik mi bila buka lagiiii lah teruja macam-macam adaaaaa alhamdulillah rezeki pada bulan ramadhan.
 lampu kat rumah 1 tu dah blow (hishhhh time ni jugak dia nak blow) tu yang nampak malap .Yang syoknya siap ada kad raya lagi best ni dedulu dok lawan ngan my niece sape yang dapat kat raya paling banyak,tapi sekarang semuanya tinggal kenangan..
Hai senangnya dalam hati bila dapat ramekin yang cute,dah lama plan nak beli bila pergi kedai tengok benda lain tak ambil (sekarang tak payah lagiii) vegie cutter pun pegang letak je maybe sebab nak dapat kut,heheeh.Tengahari tu sempat bercakap sebentar dengan pengirim parcel ni ya Allah kita orang bersembang macam dah kenal bertahun sebenarnya hanya kenal dialam maya!Terima kasih daun keladi sahabat...chik mi suka semua ni dan suka bersembang dengan awak...terima kasih atas segalanya

Tuesday, August 24, 2010

Puding Sago

Salam,lama sungguh Chik mi tenggelam ye, tak hilang kemana pun cuma biasalahkan hari sabtu biasalah chik mi pergi ambil stok,cumanya tak boleh bersiaran sebabnya pc kat rumah dah kena demam kepialu,tunggu nak bawak jumpa pak doktor aje.so sekarang ni kena harapkan kat ofc.la tapi masa begitu mencemburui diriku (muahhhaahah),Menu minggu lepas ye dah konpem dah habis ,tengok ramai yang buat kuih sago ni,ye la kuih yang sinonim dengan bulan puasa.kuih pebret angah tapi bila bulan puasa ni kuih2 kat umah chik mi tak jalan sebabnya kita orang berbuka dengan nasi,buat pun sikit je.nasib ler ayah yang perabiskan kalau idak habuan cik tong ler gamaknya.
 

Chik mi makan dengan fresh milk dan air gula merah(tenggelam pulak air gulanya tu) .semua dah pandaikan buat sago ni tak yah resepilah.