Saturday, February 26, 2011

Roti Jala Dengan Kuah Durian

Lamanya tak menjala ,kalau menjala kat sini confirm balik bawa hasil ,tak pulang dengan tangan kosong heheheheh tak ler frust macam menjala kat laut tu kan.dah lama tak menjala pastu kunun kunun nak buat 2 kaler dah siap rasa macam tak cantik pulak,sebabnya chik mi takut nak letak colouring banyak-banyak kang terkejuz pulak isi rumah ni.Dulu-dulu chik mi fikir susahnya nak buat roti jala ni ye la bila tanya ngan mak atau kakak jawapannya ala letak itu ,ini pastu agak2 ler kalau adunan turun laju tu ok dah bancuhan tu ,kalau orang yang buat roti jala tu kiranya terraaaanya ,hehehe masa tu tak gheti lagi nak tanya pakcik google,1st time buat roti jala ni chik mi ingat lagi guna resepi kat internet tu (masa tu tak tahu lagi nak pilih main ikut je la )frust betul mula-mula tu terlalu cair pastu pekat sangat pulak .Bila dah jumpa dengan MYR tu situ ler tempat rujukan,masa tu tak ramai lagi yg buat blog ni ,sekarang ni alhamdulillah dah banyak so tepuk dada tanya selera lah ye..pilih aje mana yang nak.Macam-macam resepi roti jala ,ada yang guna santan,ade yang guna susu cair terpulang pada pilihan masing-masing.
 Ada yang tak suka dengan kuah durian,kalau kat penang ni biasa ler kalau musim durian ni memang selalunya akan buat kuah durian,ade yang panggil bubur duriankan.
 Roti Jala
Source:qasehmu-abadi.blogspot.com
Bahan-bahan
2 cwn Tepung Gandum
3 cawan air
1 Biji Telur
1 sb susu pekat
1 sk minyak masak
Sedikit garam
Cara-caranya
masukkan semua bahan diatas kedalam blender,blend sehingga sebati,kemudian ditapis.
Kuah Durian My Style
Source:qasehmu-abadi.blogspot.com
Durian - amik dlm 3-4 ulas
Santan
Gula melaka
Secubit Garam
Tepung gandum - 1sb

Cara cara
Isi durian di blend dgn sedikit air,kemuan masukkan semua ke dalam periuk masak sehingga gula hancur,kacau terlalu cair amik tepung gandum bancuh dgn bancuhan tadi masak sehingga pekat..

Friday, February 25, 2011

Cili Jeruk & Bawang Goreng

Assalamualaikum,wahh ari ni dah hari jumaat esok cuti yahh,itulah chik mi weekend aje memang duk menanti,sebabnya banyak kerja yang nak dibereskan sampai tak tahu nak mula dari mana,ok ade yg kata eleh takat cili jeruk dengan bawang goreng pun nak masuk dalam blog.... ermm tak kisah lah ye sebabnya blog ni diwujudkan memang untuk anak -anak daraku:)tak kisah apa orang nak kata ,sebabnya chik mi pun belajar buat cili jeruk dengan bawang goreng ni dari internet juga,dan ade jugak orang yang tak tahu nak buat benda nikan ,bukan semua orang sama.Masa kat market haritu terjumpa dengan cili hijau yang gemuk-gemuk cantik je memang geram sungguh,pilih punya pilih mak kau ambik setengah kilo,sekali dengan cili merah .Stok cili jeruk pun memang dah nak habis so memang timing bagus la nak menjerukkan cili.
Benda yang mesti ade dalam peti sejuk selain daun sup & daun bawang
Cili jeruk
Source:qasehmu-abadi.blogspot.com
Cili hijau+cili padi
Air
Cuka
Garam
Secubit gula
Caranya,cili dibasuh bersih kemudian direndam dengan air yg dicampurkan dengan garam (untuk menghilangkan racun),kemudian di bilas sehingga bersih toskan sehingga kering airnya,kemudian dihiris ketepikan,masak air sehingga mendidih kemudian dimasukkan cuka ,jangan letak terlalu banyak sekali gus nanti terlalu masam,agak-agak kemudian masukkan sedikit garam dan gula biar sehingga sejuk ,kemudian masukkan ke dalam botol ,masukkan cili yang telah dihiris tadi sehingga semuanya terendam,tutup botol dengan rapat masukkan ke dalam peti sejuk.
Bawang Goreng~yang ready made chik mi tak makan so kena la buat sendiri:)
Bawang Goreng
Source :qasehmu-abadi.blogspot.com
Bawang Merah ~dikupas dan basuh bersih kemudian ditoskan sehingga kering
(chik mi selalunya kupas malam esok pagi baru buat)
Sedikit Tepung Gandum
Minyak untuk Menggoreng
Caranya
Hiris bawang (chik mi guna food processor ) ,kemudian salut dengan tepung (agak-agak ye) kemudian digoreng dalam minyak yang telah dipanaskan,jangan goreng sehingga terlalu garing nanti pahit,bila dah agak coklat sentiasa dikacau kemudian ditoskan minyaknya sehingga kering,gantikan kitchen towel ,bila dah berminyak,dah sejuk masukkan ke dalam bekas airtight .simpan dalam peti sejuk

Wednesday, February 23, 2011

Kentang Dengan Telur

Assalamualaikum,jom kita breakfast dengan kentang campur telur ni sedap tau:).Ni bekal anak-anak ke sekolah hari ni senangkan,yang pasti kegemaran anak-anak chik mi,malam tadi plan nak letak sosej sekali tup tup bila bangun tido padi tadi boleh lupa ler pulak,pukul 5 pagi otak pun tak boleh nak berfungsi dengan betoi muahhhaah
gambar pun malap macam tuannya jugak muahahhaha
 Malam tadi chik dah rebus siap2 kentangnya so paginya tak ler kelam kabut:)
Resepi yang sangat mudah,rebus kentang bersama sedikit garam sehingga empuk,kemudian buat scremble egg masukkan serbuk lada sulah masukkan kentang yang dah direbus tadi kacau sehingga telurnya masak entengkan:)Sebelum makan taburkan daun sup & daun bawang serta bawang goreng enjoy!
Update:
Kentang ~dipotong dadu & direbus sehingga empuk
1sk serbuk pati ayam ~direbus bersama bersama kentang
Telur
Sosej ~dipotong nipis
Serbuk lada putih
Minyak 
Daun Sup & Daun Bawang
Bawang Goreng
Caranya
 Panaskan minyak,masukkan telur yang telah dikocok bersama dengan serbuk lada kemudian ,masukkan kentang yang telah direbus tadi,kacau sehingga telurnya menjadi scremble egg dah telurnya masak,hidangkan bersama dengan daun sup & daun bawang serta bawang goreng.

Monday, February 21, 2011

Lemak Labu Berjintan

Labu oh labu sana sini labu,haritu nampak Shiela masak lemak labu ni terurus teringat lamanya tak masak masak lemak labu,dah kecur dari ofic lagi beh tahan balik rumah terus potong dan rebus labu dah dah beli semalam,walaupun ikan dah defrost tapi demi lemak labu kusimpan jua hehehehe,sebenarnya takut nak makan labu ni takut angin puting beliung yang datang tu yang letak rempah bagai tu nak lawan angin puting beliung.
kita kasi closeup sikit cik labu ni dengan cik buncis pun nak enterframe jugak:))
nanti kita update resepinya ye:) tungguuu

Sunday, February 20, 2011

Jom Makan Aiskrim

Assalamualaikum,sekarang ni panas dan kering cuaca kat penang ni,kesian dengan anak-anak sebabnya time ni kena buat latihan untuk rumah sukan.chik mi buat iskrim bubur kacang dengan bubur pulut hitam ,tapi buburnya bukan homemade tapi ready made:) beli bubur kat GAMA salah satu supermarket yg tertua kat Penang ni,bubur tu pun dah wujud sejak chik mi kecik lagi,sekarang ni disambung oleh anak cucu mamak tu kut:))Dulu-dulu sebungkus bubur hanyalah 0.60 sen saja siap boleh tambah pulut lagi ,sekarang ni dah rm1.20/pac.Kalau orang yang asal dari Penang memang tahu kewujudan bubur GAMA ni,memang famous tak kira bangsa,salah satu sebab bubur ni ramai peminat sebab buburnya tak manis dan agak pekat sebabnya dicampur dengan sedikit pulut masa merebusnya.
Bubur Pulut Hitam
Along cakap sedap macam rasa aiskrim potong kacang merah heheheh
Aiskrim Bubur Kacang
Budak kecik yg tak mahu ketinggalan nak posing sama tapi Sabrina tak suka dengan aiskrim yang bersusu dia hanya suka dengan aiskrim sekupang perasa sarsi atau ribena so memang selalu ibu buat aiskerim sekupang je la...