Tuesday, August 16, 2011

Join GA dari Umi lagi

Assalamualaikum,lamanya rasa tak menyapu sawang kat sini,kali ni nak join GA dari Umi lagi yang nun jauh di Perth,jom ramai-ramai kita meriahkan GA umi kali 3,ni kali ke dua Chik mi join,insyaAllah kalau ada rezeki akan mendapat buku resepi yang mana terdapat resepi macaron,cake pops  dan resepi lain yang menarik didalamnya.
Link untuk ke blog Umi:
Wah sungguh teruja nak memilikinya

Tuesday, August 2, 2011

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak buat semua muslimin dan muslimat,Masih tak terlambatkan:)Chik mi ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada yang terkasar bahasa dan terasa hati dengan kata @ tulisan chik mi selama ini.Sori lah ye kad tak sempat nak tempah sebab printing company dah tak terima tempahan<3

Saturday, July 16, 2011

Kad Dari Lieza

Thanks Lieza yang berada jauh di Sarawak, terima kasih atas ingatan semoga ukhwah yang terjalin mengeratkan lagi persahabatan kita dan semoga Lieza sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t Aminn

Thursday, July 14, 2011

Roti Jala

Assalamualaikum,lamanyaaaaaa tak sapu sawang kat sini sampai penuh dengan sarang labah-labah,Kepada yang bertanya khabar Chik mi sihat alhamdulillah,cuma bila sekali penyakitM menyerang tu yang kita berhibernasi sat .heheheh Roti jala ni buat minggu lepas lagi,karinya pun Chik mi tunjuk aje kat kedai ,tapi ya rabbi masinnya tu la kan bezanya kalau buat sendiri dengan yang tunjuk-tunjuk ni:)
 Dah lama tak menjala tengok la ada yg terjelir lidahnya
boleh jugak kalau lipat macam yg ni :)

Thursday, June 23, 2011

Apam Labu

Assalamualaikum,malam tadi cik mahamood ade singgah sat kat rumah tu yang merajinkan diri buat apam labu tu heheheh ,sebenaqnya chik mi dah kukus apam ni 2-3 hari dah duk parking cantik je dalam pei sejuk ,bila balik buat kerja lain terlupa nak bancuh bila baca balik resepi kena perap 1 jam owh tidak cik labu harus masuk semula ke tempat beradu :>memang tak sia-sia ketuk tingkap my laling sifoo malam-malam sebab memang best apam ni lembut toing toing siap berongga lagi tu.SEDAP chik mi guna resepi apam kentang cuma tukar ke labu aje
Rupa apam ni pucat sebab hubby beli golden pumkin tapi takda pun rupa goldenkan,dah tu pulak isinya agak lembik.Chik mi tak guna pewarna sebab nak kaler yang ori,kat ofc ni selalu kalau tengok kuih melayu ade je komen ''wahhh malay really likes to eat colouring meh,chik please dont use no good maaaaa'',ok jugak ada inspector gadjet ni dak ler kita terlajakkan,dia orang ni memang jaga food intake sebab ade 2 orang colleagu kena kanser & they also know my sister jugak pernah kena penyakit yang amat digeruni tu .
Tengok tu siap berongga lagi memang sedap nnti nak tukar guna pisang pulak ,pastu kita guna keladi pulak aci dak ?Knor aci ada kat india kan favourite word kak nor.
ok thanks kepada Seri dan kak nor chik mi kongsi kat sini ye senang anak cucu nak merujuk nanti :>
APAM KENTANG~Chik mi guna Labu
Sumber : Seri
Sumber : SecubitGaramNor67

Bahan-bahan:
* 3/4 cwn gula pasir
* 200 ml air
* 1 helai daun pandan
* 2 cwn tepung beras
* 1 cwn kentang rebus~Labu
* 3/4 cwn tpng gandum
* sedikit garam
* 1 sk yeast
* 1 sk b.powder
* pewarna hijau/pandan paste
* 250 ml santan

Cara-cara:
1. Kentang rebus di blend bersama dngn santan(biarkan sebentar)
2. Masak gula bersama air dan daun pandan.
3. Dlm mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum,yeast, b.powder dan garam.
4. Satukan semuanya dlm blender dan kisar sebati.
5. Perap selama 1 jam.Sapu minyak pada bekas kecil2.
6. Kukus dalam bekas kecil2 selama 15 minit.
7. Kalau guna loyang besar, kukus selama 40 minit.
8. Apam ini boleh di makan bersama dgn kelapa parut.
#chik mi masukkan daun pandan kedaun air kukusan baunya harum semerbak