Wednesday, February 25, 2009

Sotong Goreng Tepung



Resepi orang yg diserang vit M.hahaha main campak2 ajer bahan yg ade kat dapur tu.Resepi ni puan asalnya che iza yang ampunya.Chik mi cnp kat sini lah yer.Thanks yer iza kongsi resepi yg best ni.

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 300 gm sotong
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • lada sulah
  • daun kari- chik mi tambah*
  • serbuk kari - chik mi tambah*

Cara-cara

  1. Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
  2. Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
  3. Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan
  4. Gaul tepung dgn bp. Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung. Kalu nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung.
  5. Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.

Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment

Reply