Friday, April 9, 2010

Blueberry & Custard Finger Bun

Salam ,Syukur padaNya,akhirnya mood meroti balik semula ke umah ni,sian ngan cikBM ku itu nasib baik tak majuk ,kui kui kui.Sebenarnya ade jugak meroti tapi tak puas ati ngan hasilnya so malas nak N3.Alhamdulillah masih banyak kena perbaiki lagi tapi ok la jugakkan bagi yg tak pro mcm chik mi ni.Nasib baik belen water roux tu ngam2 je 100grm so selamat lah tak yah buat lagi.

































Nak kena berguru lagi ni sebabnya still tak puas ati tang kalernya tu,walaupun dah sapu butter selepas bakar still nmpk cam kurengkan.Tolonglah wahai cikgu2 ghoti jawapkan soklan hamba ni.


















Yang ni sebelum di'sauna'kan.Blueberry filling tinggal seciput so, dapat separuh je la,lagi separuh guna custard. Tengoklah custard tu sememeh je .Resepi yg marbeles ni diolahkan semula oleh Knor,so mmg puas ati ngan rcp ni.Minta izin ye kak letak kat sini utk rujukkan kemudian hari.Terima kasih

BLUEBERRY FINGER BUN

doh:
380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A
100ml air
100gm water roux
30gm butter
30gm shortening

topping:
blueberry filling (diblend halus)
kastard

kastard:
1 cawan susu fresh
2 sudu besar kastard
2 sudu besar gula
~~
campurkan kesemua bahan dan panaskan atas api sederhana
kacau supaya tidak berketul/hangus
masak hingga sedikit pekat
padamkan api dan biarkan sejuk baru digunakan

Kaedah 1 .. jika menggunakan BM:

  1. Masukkan bahan cecair kedalam BM spt air dan telur. Kocokkan sket dgn garfu.
  2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali butter dan shortening.
  3. Pastikan gula dan yis diletakkan di penjuru berasingan dari garam ini kerana gula akan lebih mengaktifkan yis manakala garam pula mengurangkan/mematikan yis.
  4. Tekan suis on pd BM dan bila doh dah mula membentuk bulat masukkan butter dan shortening.
  5. Biarkan proses menguli hingga selesai.
  6. Utk menghasilkan doh yg lebih lembut, ulangi proses menguli utk 2 kali.
  7. Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
  8. Bahagikan doh kepada 20 atau 22 bj dan bulat2kan.
  9. Rehatkan lebih kurang 15 minit.
  10. Ambil sebiji doh dan canai nipis.
  11. Gulung doh dan gelek2 sket hingga doh membentuk jejari lebih kurang 4 atau 5 in panjang.
  12. Susunatur kedalam loyang pembakar yg dah disapukan butter.
  13. Buat hingga habis dan biarkan doh naik lagi 2x ganda.
  14. Spraykan sedikit air keatas doh supaya permukaan doh tak terlalu kering masa proses membakar.
  15. Picitkan blueberry filling yg dah diblend atau kastard keatas doh yg dah naik.
  16. Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga masak.
  17. Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)

Kaedah 2 .. jika menguli menggunakan tangan:

  1. Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
  2. Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
  3. Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
  4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
  5. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
  6. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
  7. Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh la teruskan dgn step no8 dan seterusnya.
Water Roux-CnP dari blog CMG
50 g tepung gandum*
250 ml air*(*disatukan, kacau rata dan jerang dengan api kecil sambil dikacau selalu hingga adunan bertukar menjadi seakan2 berkanji. Matikan api, sejukkan. Guna seperti yang disyorkan dalam resipi. Selebihnya ditutup dengan plastik cling dan simpan dalam peti sejuk. Boleh tahan 3 hari..
*Nota utk chik mi
Chik mi timbang doh ><42grms each.
tip dr ika spray air + madu sebelum bakar.


5 comments:

  1. horray..dapat makan roti..Adik akak dah buat.....boleh gi ambik jer kan....!!!

    ReplyDelete
  2. waduh hai.. kat sini pun ada gak roti nih.. ishh macam nak buat je.... chikmi nak tanay la..kalau dah buat waterrroux tu bleh terus guna ke?

    ReplyDelete
  3. salam chik mimi,
    wah..sini meroti jugak? sonoknya ada cik BM kan? macam2 leh buat. :)
    nak tapau 1 finger jer kak...:)

    ReplyDelete
  4. salam kak mimi..
    ok je tgk roti akak ni..
    dpt rasa kelembutannya..
    nak cuba jugak la nnt..

    ReplyDelete
  5. Salam Chik Mi... mama pun dah buat roti ni dua hari lepas... sedap gak kan...

    ReplyDelete

Reply