Monday, April 12, 2010

Nugget Ayam Taufu


Salam ,buat ni sebabnya dalam freezer banyak isi ayam,kalau kat umah ni isi ayam memang tak laku,so ibu kena fikir nak buat apa ngan isi ayam tu.aritu buat burger,ingatkan nak N3 sedihnya resepinya tak tahu kemana,huwaaa.resepi ni dari Ros@jintanmanis .mmg sedap sebijik rase macam nugget yg beli tu,rase puas hati anak-anak pun suka alhamdulillah.sebenarnya chik mi jarang beli nugget ni,sebabnya kalau yg beli tu tak terase ayamnya,pastu kepala otak chik mi lain sikit cakap nnti dia orang campur sekali ngan kulit & lemak tu yg tak termakan tu,Tapi kalau beli pun selalunya beli brand pakcik R yang tu rase ok sikit .
Chik mi guna japanese breadcrumb tu yg kurang lawo,nnti nak guna beadcrumb yg oren mungkin lawo sikit.Pagi2 kelamkabut sikit tu yang gorengnya pun terireng la pulak.Minta izin ye Ros Chik mi nak CnP kat sini untuk rujukan masa akan datang.
Nugget Ayam Taufu ~ Ros@jintanmanis
Sumber Resepi dari Rancangan Masakan Jepun.
Bahan-bahanya ( kalau nak buat separuh adunan pun boleh)
4 keping daging ayam boneless ( boleh guna bahagian dada atau peha)
2 cawan serbuk roti ( breadcrumbs) ros guna jenis soft breadcrumbs ~ chik mi guna *freshcrumb
1/2 biji telur
150 gram taufu ( 1 bekas petak mini taufu) - di Malaysia buleh guna tauhu yang warna putih tu
sedikit garam
lada sulah
2 sudu kecil baking powder ( ni ros saje tambah)
*Untuk Coating*
2 biji telur yang dipukul sedikit menggunakan garpu
3 cawan breadcrumbs

Cara-Caranya
1. Buang kulit pada isi ayam dan potong kecil-kecil, blender isi ayam hingga hancur. Nak guna food processer pun boleh, kalau guna blender tu jangan masukkan isi ayam tu sekali gus ye, masuk sikit-sikit kasi betul-betul hancur.
2. Kemudian masukkan isi ayam yang telah diblender tadi di dalam bekas dan masukkan taufu, baking powder, lada sulah, dan garam, gaul sebati hingga taufu hancur.
3. Kemudian masukkan serbuk roti dan telur, gaul lagi. Selepas itu bentukkan nuggeta ayam mengikut citarasa masing-masing, bentukkan lah bulat ke, lonjong ke bentuk love ke, ikut kerajinan lah, semalam ros buat bentuk bulat je.
4. Apabila telah dibentukkan bulat-bulat, leperkan sedikit dan celupkan dengan telur dan salut semula dengan serbuk roti, kalau nak coating tu lebih tebal ulang langkah tadi sekali lagi. Boleh terus di goreng atau di simpan di dalam tempat sejuk beku. Selamat Mencuba.
( ros suke nugget taufu ni sebab rasa rangup di luar dan juicy di dalam dah rasa macam nugget yang jual kat supermaket malaysia tu pulak, hihi).
* Fresh crumb~roti putih dibuang tepinya kemudian blend dengan Fp hingga halus.
# utk coatng yg cantik masukkan breadcrumb kedalam plastik kecil(jgn banyak sgt) lepas celup dalam telur masukkan dalam plastik yg ade breadcrum kemudian goncang sehingga semuanya bersalut.


4 comments:

  1. Salam chik mimi,
    sedapnya nampak naget tu. ada can la, kalu ada balen isi ayam ya. Kat rumah saya pun, isi ayam tak laku sgt. Kena pelbagaikan jugak. hihi. Berkenan sangat. Guna tauhu biasa atau taufu lembut, kak?

    ReplyDelete
  2. Salam Mimi, bagus idea ni buat nugget sendiri, lebih sedap dan jimat lagi...kak pun tak makan yg beli punya....

    http://treatntrick.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. chik mimi...kita cnp resepi ni ye sbb kita pun mcm chik mi tk suka beli nugget kat luar...kesian hasya nk mkn tp i yg tk bg sbb mcm2 pikir dlm otak tu kan ;-)

    ReplyDelete
  4. Salam chik Mi...
    Woahh...rajinnya chik mi buat nugget sendiri... boleh la akak try buat..senang kalu terer buat pasni, takyah susah2 beli nugget ramly lagi...hihi

    ReplyDelete

Reply