Menu yang dah lama,stok acar buah pun dah hampir habis ,insyaAllah minggu depan nak buat lagi ,salah satu resepi yang chik mi belajar dari kakak,cuma kaka selaunya buat acar limau yang popular di utara ,kalau ada majlis kenduri kahwin,Chik mi terpaksa tukar ke acar buah sebab nak bagi anak-anak makan,alhamdulillah percubaan pertama kali menghasilkan acar yang sangat sedap(masuk bakul tekan sendiri), Sape yang dah rasa sila angkat keyboard hehhehehe my ofcmate dengan anak buah ler yang merasa .
Selalunya kat area KL memang popular dengan acar buah kan,stok sentiasa kena ada sebab bila buat nasi berperisa ni kawankan dengan acar buah dengan papadom ,memang tak hengat makan nasi tu:)
Tadi tanya dengan DH,bang boleh ke buat lagi acar tu ,eh bolehhh kan dah makan tu cuma kena varietykan buahnya,adoila bang banyak jenis buat dah tau dalam tu ,insyaAllah hujung minggu ni ada kenduri anak menakan (buah) naik pelamin ,so kakak-kakak dan abang-abang akan turun so kena buat acar lagiii.Resepinya dah lamaaaa ambik baru ada keberaniaan nak mencubanya:)
Acar Buah
Sumber :Chik Mi
Bahan-bahan
Cili kering *
Bunga lawang*
Bunga cengkih *
Kulit kayu manis*
Jintan manis*
Bawang merah **
Bawang putih**
Gula
Cuka
garam
Air masak
Minyak untuk menumis
Bahan bertanda * digoreng dengan minyak dan diblend
** di blend
Buah-buah kering(ikut citarasa masing-masing)
Limau nipis
Buah kana
Buah peach
Buah pala
Buah ceri
*Chik mi suka potong buah-buahnya kecil-kecil senang nak makan
Cara-cara.
Tumiskan minyak ,masukkkan bahan-bahan yg telah diblend tadi goreng sehingga wangi ,masukkan air biar sehingga mendidih, masukkan garam,gula cuka ,bahan-bahan ni kena agak-agak ye sebab ikut citarasa masing-masing,selalunya acar yg sedap kena cukup masam dan manisnya ,biarkan mendidih lama diatas api yang perlahan ,kemudian tutupkan api biar kuahnya sejuk semalaman,esok paginya baru dimasukkan buah-buah kering tersebut,sebaiknya buah-buah tu jangan dipegang dengan tangan.
Simpan dalam bekas kedap udara masukkan dalam peti sejuk ,insyaAllah berbulan tahannya.