Monday, June 7, 2010

Talam Keladi


Salam,wah sejak pergi menuntut ilmu ni rajin chik mi buat kuih ye,kekekeke sebenarnya ni separuh dari keladi yang chik mi goreng aritu,chik mi steam siap2 pastu masukkan dlm frezer,tapi potongannya itu tak cantik sebab kelam kabut nak pergi tgk mak chik mi.Resepi dari  Kak Nis @ Mak Daro sedapppp cukup lemak & lembutnya tu.Peminat keladi cuba ler kuih ni sedap tau,kak asma jum ler kita makan berdua pastu kita minum teh halia ye kekekeke.Chik mi CnP dat rumah CMG terima kasih Cik Mat dan jugak Kak Nis,minta izin letak kat sini ye senang utk rujukkan nanti.

Talam Keladi
BAHAN A :-)
300 ml santan
65 g tepung beras
1 camca teh tepung gandum
100 g keladi, didadu, kukus 3/4 lembut dan lecek sedikit - Chik mi letakkan pewarna sikit
55 g gula halus
1/4 camca teh garam

BAHAN B :-)
100 ml santan
80 g gula halus ( boleh kurangkan jadi 60g atau 70g)
2 camca besar tepung beras
20 g tepung jagung
1 biji telur, pukul sedikit
Secubit garam
Sedikit pewarna ungu (violet) - Chik mi guna 1/8 sk
1/2 camca teh perisa keladi (resipi asal tak letak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak (mat guna mentega), balut tutup kukusan dengan kitchen towel.
  2. Bancuh semua bahan A kecuali keladi, kacau rata dan tapis, masukkan keladi dan gaul rata. Tuang ke dalam tin dan kukus selama 15 minit.
  3. Sementara itu satukan semua bahan B dan kacau hingga rata, tapis adunan dan tuang dalam loyang yang berisi bahan A tadi. Tutup permukaan tin dengan aluminium foil, sambung mengukus lagi selama 15 - 20 minit atau hingga permukaan kuih talam masak.
  4. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong. Sapu sedikit minyak pada pisau sebelum memotong kuih.

Sunday, June 6, 2010

Card From Love

Ari ni baru sempat ni Chik mi angkut kad dari Love,Thanks Love semoga nanti lagi banyak idea nak cipta resepi-resepi ayam yang mabeles  tau.

Friday, June 4, 2010

Takoyaki

Salam di hari jumaat yang mulia,yesssss akhirnya menjadi jugak nak buat tako ni,walaupun ade yang bahan yang tak cukup tapi alhamdulillah menjadi jugak,sedap semua anak-anak suke,lepas ni memang tak beli kat jusco lagi ler dah ler 3 ketoi rm4.50 mahei giler.Puas makan kalau buat sendirikan,sebelum ni punyalah duk bekenan tengok ramai yang dah buat kta pun nak masuk group tu jugak.Thanks ijah seperti biasa chik mi minta izin nak CnP kat sini ye.
Alhamdulillah kenyang dinner ngan tako malam tadi



Ingredients:
  • 1 2/3 cup flour
  • 2 1/2 cup dashi soup-chik mi guna secukup rasa
  • 2 eggs
  • 1/2 lb. boiled octopus, cut into bite-size pieces - chik mi guna sotong kering
  • 1/4 cup chopped green onion
  • 1/4 cup dried sakura ebi (red shrimp) - chik mi guna udang gerangau
  • 1/4 cup chopped pickled red ginger
  • *For toppings:
  • katsuobushi (dried bonito flakes)
  • aonori (green seaweed powder)-tak jumpa cari so tak letak
  • Worcestershire sauce or takoyaki sauce- lupa letak
  • mayonnaise - chik mi + dengan sos cili
     Preparation:
    Mix flour, dashi soup, and eggs in a bowl to make batter. Thickness of the batter should be like potage soup. Put oil inside cups of a takoyaki grill pan. Pour batter into the cups to the full. Put octopus, red ginger, and green onion in each hole. Grill takoyaki balls, turning with a pick. When takoyaki become rounds and brown, remove them from the pan and place in a plate. Put sauce and mayonnaise on takoyaki and sprinkle bonito flakes and aonori on the top.
    *makes 4 servings 
    source ~ Ijah

Thursday, June 3, 2010

Keladi Goreng Rangup

Salam,Chik mi beli keladi ni ingat nak buat benda tup2 jadi kena goreng ler pulak,selalu macam tu bila nak beli tu plan nak buat benda lain bila kemalasan melanda kena tukar ke plan B ler pulakkan.Tepung gorengan ni lama jugaklah chik mi buat trial n error sampailah yang ni diapprovekan oleh ahli majlis tertinggi,bukan apa anak2 ngan big boss suka tepungnya yang ranggup so kena cuba sampailah puashati kan ,so kita yg buat ni pun bergumbiralahkan.

Double action baking powder
air
Bijan bila nak menggoreng baru masukkan
*sesetengah orang gunakan minyak yg dah panas tp Chik mi sll guna buttercup yg dah lembut aje

Yang oren tu keledek saje chik mi masukkan sekali.


















Wednesday, June 2, 2010

Kuih Lapis

Salam,sekarang ni virus kuih lapis melanda,sana sini ade kuih lapis,pestaim buat kue ni tau,penat woo ulang alik p Bangkok menuntut ilmu ngan Dik Ijah ,tapi berbaloi memang sedap kena ngan anak tekak chik mi,thanks ijah sudi mengajar akak kekekeke.Kuih ni sedap thanks jugak kepada tuan punya resepi Yatie yang sedang bercuti-cuti US sekarang ni.Ni pun requst dari dak tecik yang manyak sonyeh tu siapa lagi kalau bukan Sabrina,bila suapkan dia makan komennya aaaa bu kuih ni ler yang adik nak tapikan nape kaler dia tak sama ek?Thanks again Ijah & Yatie Chik mi nak CnP kat sini ye senang nak rujuk nnti.

KUIH LAPIS

Bahan-bahan
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan santan
  • 1 sudu kecil garam
  • pewarna merah dan perisa rose>>kita tak de sirap ganti pandan paste hihihi


Cara Penyediaan
  1. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
  2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  3. Masukkan perisa rose dan pewarna merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna putih dalam 1 bahagian lagi.
  4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan.
  5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
  6. Lapiskan pula 1 senduk adunan putih dan kukus lagi selama 5 minit.
  7. Lapiskan lagi adunan merah dan putih berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 20 minit ).
  8. Sejukkan dan bolehlah di potong dan di hidangkan.   
  9. untuk rujukan chik mi.guna mangkuk kaca untuk mengukus,setiap lapisan chik mi guna cawan penyukat 2/3