Tuesday, April 12, 2011

Cottage Pie



Dah lunch ka?kalau belum sila lah ye cari apa-apa kat dapur tu,nak ajak makan cottege pie yang marvelous ni pun dah habis,projeh hari ahad,permintaan dari hubby nak makan pie,tapi tak cakap nak pie apa,si isteri mithali pun apa lagi terus ler teringat cottage pie my sifu laling yang tengah fofular ni,serious cakap memang sedappppp pie ni,anak-anak berebut nak makan kena pulak masa tengah panas-panas kentangnya tu garing sikit perghhhhh tambah pulak kena cheese yang masin-masin subhanallah sedapnya.Jazakallah Khayran ye kak nor kongsi resepi ni ,memang dah ada repeat order ni.tersilap beli cheese beli parmesan dah tengok resepi baru perasan kena guna cheddar,Lain kali kita cuba dengan cheddar pulak ye:)....Dah la cari crush chilli pulak mana tah p letak ,last-last tabur blackpepper aje..

COTTAGE PIE My Style
Sumber: http://secubitgaramnor67.blogspot.com
sumber rujukan : CFE

Bahagian Atas:
500gm ubi kentang ~ lebih kurang 5 bj yg besar
air secukupnya
2 sudu besar butter
sedikit lada sulah ~ boleh juga kalau nak guna serbuk lada hitam
garam
Bahagian Bawah:
400 gm daging cincang
1 bj bawang besar (bawang holland)
1 btg carrot
1 btg celery ~ optional
3 sudu besar tomato puree ~ atau boleh guna 5 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk cili kasar ~ boleh gantikan dgn serbuk lada hitam
1 sudu teh rosemary kering
1/2 cawan air rebusan kentang
                                                                  1/2 sudu kecil gula
1 sudu besar tepung gandum ~ utk memekatkan
3 sudu besar minyak sayur/bunga

Bahan Tabur:
2 sudu besar butter sejuk yg dipotong kecil2
parutan keju cheddar~ chik mi guna parmesan cheese

Cara2:
Bahagian Atas:
Masak air hingga mendidih dan masukkan ubi kentang yg dah dipotong dadu.
Masak lagi hingga mendidih dan ubi kentang masak/lembut.
Angkat dan toskan ubi kentang.
Ambil 1/2 cawan air rebusan dan ketepikan.
Lenyekkan bersama butter, sedikit lada sulah dan garam.
Ketepikan.

Bahagian Bawah:
Bawang, carrot dan celery dipotong dadu.
Panaskan minyak sayur dan masukkan bahan2 yg dipotong dadu td.
Masak dan kacau2 selama lebih kurang 15 minit pastu masukkan daging cincang.
Kacau2 supaya daging tidak berketul2.
Masak sehingga daging berubah warna dan miringkan kuali atau periuk.
Buang lebihan minyak yg ada (biasanya daging cincang mmg terkandung lemak dlmnya).
Masukkan tomato puree/sos tomato, serbuk cili, serbuk cili kasar/serbuk lada hitam.
Goreng hingga naik bau dan masukkan 1/2 cawan air rebusan kentang.
Masak hingga hampir kering dan masukkan garam dan gula (jika suka).
Masukkan pula tepung gandum dan kacau hingga sebati. Pastu masukkan dried rosemary.
Masak lg lebih kurang 2 minit dan bolehlah dipadamkan api.
~ ~ ~ ~ ~ ~
Tuangkan bahagian bawah (daging) ke dlm mangkuk tahan panas atau boleh juga digunakan ramekin. Ratakan.
Letakkan bahagian atas (kentang) ke atas bahagian daging td. Ratakan supaya menutupi keseluruhan bekas.
Dengan menggunakan sudu atau garfu, lorek2kan bahagian atas supaya nampak fluffy (tak flat jer kentang tu) nanti bila kita bakar nanti, akan terasa crunchy sket.
Tabur parutan keju dan potongan butter.
Boleh juga kalau nak tabur sedikit serbuk cili kat atas ni spt yg CFE buat.
Bakar dlm oven yg dah panaskan dgn suhu 190C selama 1/2 jam atau sehingga golden brown kat permukaan atas tu.
Boleh la dihidangkan panas2..
Slmt mencuba... :)

Tahniah Nieza @ Our Journey Begins

Assalamualaikum ,Tahniah buat Nieza ,dah setahun berblogging rasa macam baru je kenal(walaupun di alam maya),semoga 'our journey begins' terus suksess dan buat Nieza semoga terus berkongsi resepi-resepi dan cerita-cerita yang best (sori Nieza akak tak ada idea nak tulis)



Sunday, April 10, 2011

Bengkang @ Bingka Ubi Kayu

Assalamualaikum,Terima kasih kepada Izah sebab izah dapat trace dari mana problem malware attact tu Chik mi dapat.Chik mi buat kuih bingka ni hari jumaat yang lepas ,so paham-paham aje la,Kuih yang sangat sedap dan lembut cuba agak manis walaupun chik mi dah kurangkan sukatan gulanya.Thanks to Ustazah Thaniah Sulaiman yang berkongsi resepi nya di Fb.Jazakallah Khayran KaK Ani ,Dulu chik mi pernah buat 2-3 kali jugak ler kuih ni tapi tak menjadi last-last jadi habuan Mr T la.Alhamdulillah kuih ni sempat juga chik mi berkongsi dengan Ct ,malam tu sambil-sambil nak melayan mata nak tidur terdengar ada sms masuk,'kak bila nak N3 pasal kuih ni tak sabaq nak komen ,rupanya dr ct,saling membalas last sekali ct cakap kak kuih tu memang sedap walaupun manis sikit,hubby ct pun cakap sedap sampai jeles bini dia muahhhaahhaha ya ampun ct'.berbalik pada kuih ni,kaedah membuatnya amat senang,dah tu mula-mula kukus dahulu kemudian baru dibakar .

BENGKANG UBI KAYU by THANIAH SULAIMAN
Bengkang Ubi Kayu yg lembut dan sedap..x rugi cuba tau..pesanan dari penaja.~
  3 cwn ubi parut & perah jusnya
1 bj kelapa - perah 2 1/2 cawan santan
masak dan tapis:-
1 1/2 cawan gula merah* atau
1 1/2 cawan gula pasir*
santan sekali
(yg saya buat ni saya guna ubi putih..jadi saya letakkan pewarna kuning)
cara2 nya:
Masukkan semua dalam mangkuk besar & kacau biar sebati .Campurkan secubit garam. Lepas itu tuangkan ke dalam loyang dan kukus 1/2 jam , brulah bakar api atas dulu..agak2 tukar colour then tukar api atas bawah ,1/2 jam atau sehingga masak/garing skt..kalau nk bengkang kuning..guna ubi kuning..baca lah doa ketika kacau ubi /adunan..Surah Al Imran ayat 200..utk lembutkn hati anak2 atau kita sendiri..insyaAllah
* Nota:Chik mi guna gula putih sahaja ,chik mi guna 2 1/4 cawan tapi still manis ,next time kena kurangkan lagi gula
* Update Gula guna1 1/2 cawan sahaja tak kira gula putih atau merah

Lovely Award From Love & Izah

 




Thanks Love  &  Izah for the award.nanti jangan lupa cipta resepi yang best-best lagi ye.Thanks for both of them

Malware @@@@@ Help

Terima Kasih Pada Kak Rosaliza dan juga my laling sifu yang bagitahu ada pakguard merah duk berkawal depan rumahku yang tak seberapa ni,sebenarnya chik mi tak tahu sebab chik mi buka macam biasa aje tak de pun pak guard tu,tolong chik mi tak reti nak remove dia dah try tp tak tahu ler still ade ke tak sebab bila chik mi bukak mmg tak de