Friday, May 8, 2009

Marble Cheese Cake

Salam,semalam macam terghajin sikit nak membaking,so selepas masak utk dinner Chik mi pun prepare nak wat kek ni pulak,rasanya dah lama tak buat MCC ni,sambil duk buat tu kepala ni duk pikir ke benda lain so....apa lagi adelah tragedi MCC di bulan mei

Sepatutnya cheese tu di pukul dengan telur+esen vanila sehingga gebu ntah mengapa tangan ku ini tertuang ngan susu sekali so hasilnye cheese tu tak hancurDah mmg nak jadi citer fresh milk pulak dah xpire so memandai aje guna susu cair + air

Lihatlah MMC ku cheesenya tak hancur itew,so moral of the story jangan duk pikir benda lain masa nak baking,CONCENTRATE

Wednesday, May 6, 2009

Ayam Masak Merah

Salam ni menu ari sebelum nye,ntah mengapa sekarang teramat malas nak hapdet N3,pastu badan pun kurang sihat jugak,terase berangin aje badan ni,malam tadi pun gantung periuk gak cuma buatkan french toast ajer utk dinner anak2 ngan Cik hby(ni pun atas permintaan cik hby jugak cakap x mau makan nasi) sonang kerja makcik
Bahan-bahan:
Ayam -di potong lumur garam kunyit kemudian goreng separuh masak
Bawang merah- 5 ulas *
Bawang putih-2 ulas*
Cili Merah-4-5 Biji*
Cabai Blend-1 sudu besar
Serbuk kari-1 sudu di bancuh menjadi pes
Serai- 2 batang*
Lengkuas -sikit*
Halia-sikit*
Tomato buah *
Asam Keping-jika perlu
Garam
Gula
Serbuk perasa - optional
Sedikit Santan
Bahan yg bertanda*- diblend

Cara
Tumis bahan yg telah di blend ,masukkn pes kari bersama cili blend tadi tumis lagi sehingga naik bau dan pecah minyak tambahkan air sedikit(jgn banyak sangat) masukkan ayam yg telah digoreng separuh masak tadi,kacau sehingga sebati,masukkan santan perasakan dengan garam n gula,jika tak cukup masam bolehlah dimasukkan asam keping masak sehingga pekat,
Masakan ni kena seimbang masam dan manisnya,jika tomato dah masam tak perlulah dimasukkan asam keping.

Koci Kacang Merah

Salam,kuih ni selalunya bila ada kenduri kat kampung cik hby Mil selalu buat,masa mula2 dulu Chik mi ingatkan guna pulut hitam tp Mil cakap tak dari kacang merah.Ermmm Chik Mi sukeee sebab kuih ni tak liat macam koci biasa ,so sesapa yg pakai gigi palsu tu konpem boleh makan,muhahhhaaa ampun,"Pst makyung kat johor ade tak kue ni"

Chik mi guna inti kacang hijau +kelapa kalau guna kelapa saje pun ok jugak
Bahan-bahan
Tepung pulut
Kacang merah -Direndam dan direbus hingga empuk kemudian dilenyek hingga lumat
sedikit garam
sedikit air
minyak masak - boleh ditukar kepada pati santan
cara-cara
Tepung pulut + garam + kacang merah uli sehingga sebati,kalau perlu + sedikit air sehingga boleh dikepal.Ambil sedikit doh kemudian leperkan masuk inti kemudian di tutup kemas ,celup ke dalam minyak masak kemudian bolehla di balut,Kukus sehingga masak anggaran 15-20 minit.

Tuesday, May 5, 2009

Muffin Coklat

Malam tadi sempat jugak buat muffin coklat ni,Resepi yani sedap sesape yg belum kena try sebb sedap,promot ikhlas ni tau.Resepinya kat sini .Rasanya ramai yg dah buat kan

Menu ni dinner malam tadi sbb ngences tengok kat umah Ela ari tu so cepat2 la kena buat

Monday, May 4, 2009

Roti Boyan


Menu malam tadi,ari tu nampak kat umah Hazila teringin nak buat tp vit M manyak besar woo kentang dah rebus 3 hari dah duk tunggu ajer kat dalam esbok tu.Ermmm sedap gak roti macam rasa roti canai inti pun yer macam karipap pun yer. Mengikut kata ofc mate Chik mi Kak Mas roti boyan ni menu diaorang mase bulan posa..
Ter'ireng' la pulak sbb cik hby ku suka sangat yg garing2
Resepi roti bayan boleh dapat kat sini

Akhirnya Chik mi bertemu jodoh gak ngan tepung kacang ijo ni,Thanks tu Ana bini Wahid sbb nak pos ke Chik mi tpgnye,tp Chik mi dah jumpa kat Penang ni...Kalau kat utara ni kue ni di panggei abuk2 tp kat selatan panggei tepung gomak,apa2 pun benda yg sama kan ,My pebret ni tp kena buat lagi sbb tebal ngan inti die skit x best.
Resepi boleh refer kat sini.Tapi Chik mi main hantam ajer.

Masa g kedai rempah ari sabtu tu Cik hby tgk la sagu pastu tny kat Chik mi u tak beli sagu ke?Sebenarnya dah lama die duk requst nak makan tp bininyer ni males nak buat hihihihi,Sirap gula melaka tu malu nak enterframe la muahhhahaha