Thursday, November 10, 2011

Homemade Sardine

Assalamualaikum,lamanya tak buat homemade sardin ni,sebab pressure cooker kesayangan dah menamatkan perkhidmatan setelah 11 tahun berkhidmat dengan jayanya.Alkisahnya si pc ni chik mi 'terbeli' sebab kena tipu u dengan geng 'gores dan menang',masa tu chik mi baru berpindah ke rumah ni so masa tu rumah nak tengah renovate so pintu pagar terbuka senang ler si geng-geng ni masuk,kalau tidak memang tak buka ler pintu pagar tu,bila tengok kat rumah ni ramai orang perempuan,masa tu mak dengan kakak chik mi ada sekali so dengan senyum simpulnya depa bercerita,mula2-mula malas nak ambil pot,tapi tau ler depa-depa ni kan p training macamana nak tackle customer ,akhirnya kutewas jugak,dengan harga rm500 masa kupinangkan jugak si pc tu,huwa mau nanges woo sebab 11 tahun yang lalu rm500 amat besar nilainya,bukan saja si pc yang ku pinang multicooker dan jugak water filter semuanya berharga rm500 setiap satu,siap angkut naik van lagi p withdraw duit.cik hubby pun asyik menjeling aje,ntah macam kena pukau gitu,memanglah nampak barangnya tapi dengan harga yang sungguh MAHAL.tapi nak pujukan hati tak pe lama tu boleh guna.Panjang pulak si mukaddimahnya ,ok berbalik pada cik sardin ni ye,chik mi bukanlah penggemar sardin,selalunya kalau masak pun untuk cik hubby dengan anak-anak saja,tapi kalau yg homemade ni alhamdulillah boleh aje nak makan mungkin sebab tak berbau hanyir agaknya.
Chik mi tak guna pressure cooker tapi menggunakan multi cooker,ada juga resepi yang menggunakan slow cooker.Kalau menggunakan multi atau slow cooker kebarangkalian untuk hangus kurang atau tidak ada langsung sebab kita boleh control kepekatannya.
 Yang ni chik mi Sardin Berperisa Tomyam,sebab Chik mi tumiskan sikit tomyam paste campur dengan sardin tadi bersama hirisan serai dan daun limau purut,
Yang kat sini versi spicy guna cili blend ,yang ni chik mi guna resepi asal guna tomato paste.
Homemade Sardine
Resepi Asal :CMG
Olahan: Qasehmu-abadi.blogspot.com
BAHAN-BAHANNYA :-)
700 g ikan tuna~Chik mi guna ikan selayang/sardin/curut
1/2 cawan tomato puree
1/2 cawan minyak masak
25 g bawang putih*
80 g bawang merah*
20 g halia*(dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa
2 1/2 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tuna dibersihkan, potong sederhana besar, buang kepalanya. Perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
  2. Dalam periuk tekanan, panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, masukkan tomato puree dan masak hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
  3. Bila mendidih, masukkan ikan tadi, kacau rata dan tutup periuk tekanan. Pasangkan injapnya dan bila periuk mengeluarkan wap dan bunyi "berdesir", kecilkan api dan biar masak perlahan selama 1 jam (ikut cara guna pada periuk tekanan masing2)...
  4. Cukup waktu, bawa periuk tadi dalam sinki dan alirkan air paip atasnya sehingga wap dalam periuk habis, buka tudungnya dan periksa keadaan ikan, selalunya pada masa ini ikan masih kekal dalam bentuk asal, tapi tulang2nya menjadi lembut seperti sardine dalam tin.
  5. Boleh lah dimasak mengikut kreativiti masing2. Nak buat sandwich pun boleh, nak cicah dengan roti pun boleh..atau goreng macam kita masak sardine biasa.
Sardin yang sihat tanpa bahan pengawet,tapi kena lama sikit masak kalau guna multi cooker nnti chik mi experiment lagi ye

Wednesday, November 9, 2011

Homemade Jus Buah Pala (Nutmeg Juice) ~Edited

Assalamualaikum,tak terlambat rasanya untuk Chik mi mengucapkan selamat hari raya AidilAdha buat semua,terima kasih atas sokongan dan perihatin,dah lama menyepi nak mula balik tu yang ermmm M nya ,sekarang ni alhamdulillah dah ok.Bila dah lama terhenti ni nak start berbicara tu agak payah sikit heheheh macam budak baru merangkak gitu.Jus buah pala ni selalu Chik mi buat ,kalau kat Penang ni memang senang nak dapat buah pala yang fresh tu,opss lupa jus yang ready made pun ada jual ,tapi dah senang nak dapat stok pala fresh ni so memang chik mi selalu buat,Chik mi asalnya dapat tahu pasal jus ni masa kakak chik mi kena batuk,so chik mi cakap dengan ofcmate chik mi,dia kata gula batu dengan buah pala tu direnih selama 8 jam dengam slow cooker cuma dia tak bagi portion yang betul ,so kakak chik mi buat jugak tapi sebab tak tahu portion turn out dia kurang memberangsangkan sebab MASAM.Baru -baru ni chik mi ada bertanya khabar dengan seorang kakak ,sebab dah lama tak nampak dia muncul kat blog @ kat fb,dia pun ceritala katanya dia tak sihat dah sebulan lebih kena batuk ,dah bermacam usaha yang dibuat tapi semuanya belum ada kejayaaan dalam ertikata lain Allah belum mengizinkannya.,so chik mi tanya dia ,nak tak cuba jus buah pala ni ?dia cakap boleh juga,so chik mi pun poskan ke dia buah pala ni,sebelum ni chik mi hanya tahu kat market Chowrasta je yang ada jual buah ni,so chik pi ke sana,so bila chik mi cakap nak buat ubat batuk ,chienese man tu pun cakap ok u ambil ini buah 1 kg ,balik campur dengan gula batu 1.5 kg gula batu campur dengan 1 cawan air pastu renih dengan slow cooker  selama 8 jam ,so chik mi pun minta kakak tu buatkan seperti yang disuruh,selain dari bagus untuk batuk jus ni juga baik untuk membuang angin dalam badan,Tapi di chowrasta market agak mahal sekg rm8-rm12,chik mi dapat dr Bayan Baru market rm3/kg aje,selapas tu chik mi tanya dengan kakak tu macamna dengan batuk dia tu dah kurang ke?Jawapannya Alhamdulillah dengan izin Allah batuknya bukan saja dah berkurangan tapi dah hilang langsung,alhadulillah ,
 Homemade Jus Buah Pala
Source:qasehmu-abadi.blogspot.com
1 kg buah pala fresh
1.5 kg gula batu-(chik mi hanya guna 1 kg)
1 cawan air
Cara-cara nya
masukkan semuanya kedalam slow cooker renih selama 8 jam,yapi chik mi tak guna slow cooker sebab dah rosak so chik mi guna multi cooker selama 2 jam .
Selain dari bagus untuk batuk dan buang angin jus ini jugak baik untuk pesakit asthma,ni yang diberitahu oleh nyonya kedai tu.Bagus juga untuk sejukkan badan
chik mi suka minum suam-suam.

Selepas direbus selama 2 jam buah tu mengecut,Chik mi suka makan ni masam-masam manis rasanya .Semakin lama kita merenih semakin hitam jusnya itu.
Cara nak minum ,jus ni ,bancuh dengan air suam ,selawat then kita minummmm
edited : rebus hanya isi buah pala ye bukan bijinya.Bijinya dijemur disimpan boleh digunakan dalam masakan.

Friday, October 21, 2011

Terima Kasih Teman

Assalamualaikum,terima kasih kepada teman-teman yang masih sudi berkunjung keteratak usang ni,Pada yang bertanya kemana menghilangnya chik mi ,sebenarnya Chik mi tak menghilang kemana pun cuma merawat sekeping hati amanah dari Ilahi yang terluka dengan sikap segelintir manusia.Bila lama tak menaip ni idea nak membebel pun kurang jugak (memang sebelum ni pun bukanlah pengarangkan).Alhamdulillah kes AlongRos dengan linknya dah lama selesai,kes Kak Nur pun selesai,cuma kes chik mi yang dah makan tahun (dari tahun lepas ) tak selesai,cuba nak mencari jawapan dimana salahku padamu akhirnya persoalan tingan persoalan.Dah lama chik mi perhatikan foodie blogger ni sekarang ni dah tak macam zaman chik mi mula2 celik IT dulu,sekarang ni foodie blogger semuanya ada geng yang tersendiri berpuak2 gitu.No worries gal ,Chik mi tak terasa sebab tak masuk dalam group U alls,Jilbab chik mi tak cukup labuh untuk sama-sama duduk dalam group korang,chik mi tak punya camera gedabak seperti senapang gajah,chik mi tak de Mixer yang Kacak,tak punya mahligai tersergam indah seperti korang so memang tak layak nak duduk sama rendah ,berdiri sama tinggi dengan korang.Lantaklah korang dengan DUNIA KAU ,dah tak kosa nak melayan orang yang muka bersepah merata2 ni.
Terima kasih buat Kak Ros yang siap sms tanya sihat ke tak sebab lama sangat diam,Kak Nur yang tak pernah putus dengan kata-kata semangat,Ayu Safieza rindu juga dengan Ayu,AlongRos hug hug ,Kak Ayu hug hug kak nnti citer ye sapa punya angkara dan Noor yang sudi bertanya khabar.
Kalau blogger yang tak glemer ni tak de orang nak peduli,cuba kalau blogger yang tersohor gambarnya kena ciplak ya ampun pergilah baca kat kotak komen tu semua orang pakat duk hurung kat situ,keluarlah segala akta-akta dari cik-cik lawyer la,komen -komen dari geng jangan cakap lah kan,tapi kalau  tak glam de amour tu pandai-pandailah  hadapinya sendiri ye.

ni pulak kes lain ye
To whom it may concern:Sis thanks sebab unfriend dengan I dan block I kat Fb sebab takut I baca posting u tentang kedai online u tu ,now i dah tahu apa yang selama ni u tulis tu hanyalah tong kosong , Thank You Allah sebab tunjukkan kebenarannya tentang peribadi u yang selama ni berselindung di sebalik TOPENG,Alhamdulillah GOOD LUCK & ALL THE BEST to the new world.As for me I tak kisah sebabnya AJAL MAUT<JODOH PERTEMUAN <DAN REZEKI DITANGAN ALLAH

Sunday, September 18, 2011

Cornflakes Madu Pedas Rangup

Thanks Dayang kongsikan resepi ni,raya baru ni Chik mi tak sempat nak buat cornflakes madu,so cornflakes tu duk parking cantik je kat rak,bila nampak Dayang buat N3 pasal cornflakes ni terus hati meronta2 nak buatnya heheeh,kalau time CNY kat office memang ada yang menjual ,sebalang kecil je rm20 kalau tak salah ler sebab tak pernah belikan:).Memang ralit makan ni walau pun pedas hehehe tak cukup semangkuk berebut dengan anak-anak.Next time boleh campur dengan ikan bilis pula memang heaven menggunyah CMRP ni lepas semangkuk tu mulalah kepedasan mencari air

Cornflake Madu Pedas Rangup
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Sumber : Chik mi

bahan-bahan :

  • 1 bungkus cornflake
  • 1 bungkus roasted peanut (boleh juga menggunakan kacang tanah kopek yang dipanggang/goreng sendiri)
  • 6 biji bawang merah (ditumbuk)*
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)*
  • sedikit cili giling/cili kisar
  • madu secukupnya
  • sedikit garam
  • 100 g mentega +/-
  • # Chik mi guna pes bawang putih 1 1/2 sb
Cara-cara :
  1. Cairkan mentega di dalam kuali besar. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing. Kemudian masukkan cili giling/cili kisar secukupnya. Tumis lagi hingga garing.
  2. Masukkan madu dan sedikit garam. Kacau sebati.
  3. Masukkan kacang tanah dan kacau lagi. Akhir sekali masukkan cornflake. Gaul-gaulkan hingga rata. 
  4. Jika kurang manis atau minyak, tambahkan mentega dan madu. Gorenglah hingga garing keemasan. Tutupkan api.
  5. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 170C-180C. 
  6. Sediakan dulang pembakar, taburkan cornflake tadi di atasnya. Ratakan. Kemudian bakarlah selama 5-7 minit atau sehingga garing keemasan. Jangan sampai hangus. Keluarkan dari oven, dan sejukkan sebentar sebelum disimpan di dalam balang. 
  7. Kaedah bakar akan menjadikan cornflake ini semakin rangup dan bertahan lama. Selamat mencuba!

 


Sunday, September 11, 2011

Cheese Pineapple Tarts

Buat seorang teman di alam maya yang email kat chik mi bertanyakan tentang tart ni Chik mi minta maaf banyak2 baru berkesempatan nak N3.Walaupun kami hanya kenal melalui alam maya sering bertanya khabar melalui email, Tart memang sinonim dengan hari raya tak kira raya kita atau Chinese New Year,Chik mi memnag tarts lover tapi nak dapat yang bila makan terus jatuh cinta tu memang payah,dah lama chik mi cari resepi tart yang ada cheese dalam pastry,akhirnya terjumpa dalam salah satu buku resepi yang Chik mi beli .50 All Time Favourite Bakes resepi ke2 yang chik mi cuba.Alhamdulillah memang resepi ni memang kena pada tekak mengada2 chik mi,combination lemak-lemak cheese,dengan jem yang masam manis (dari Bake Wift Yen thanks to norma yang poskan ke chik mi last year,baru ni sempat nak guna),wallaaaaa memang sedap (pada kami lah ye kang ade yang cuba tak kena pada tekak orang lain chik mi minta maaf ye  sebab sedap bagi chik mi adalah benda yang subjektive) kang ade pulak yang cuba cakap hampeh tak sedap langsung chik mi minta maaf sekali lagi.Saban tahun betukar resepi sebab nak tart kena dengan citarasa chik mi .

 Resepinya malas nak taip chik mi CnP dari blog Sis Jue.Thanks sis dah siap bertranslate lagi sonang kerja Ai:) Halalkan ye sis Ai kongsikan  kat sini.
Sumber II : Chik Mimi
Bhn2..
110 gm butter
50 gm gula castor
2 kuning telur
1 sdk esen vanilla
1 sdk jus lemon**chik mi tak letak
80 gm keju parmesan** untuk 2 adunan chik mi hanya guna 120gm
Beberapa titik pewarna kuning** chik mi tak letak
160 gm tepung gandum*
40 gm susu tepung*
40 gm tepung jagung* -
*satukan n ayak
Inti nenas secukupnya
1 kuning telur
Keju parmesan secukupnya*lupa nak tabur

Cara2nya..
1. Pukul butter n gula shingga gebu.
2. Masukkn kuning telur, esen vanilla, jus lemon, keju parmesan n pewarna kuning, pukul lg shingga sbati.
3. Masukkn campuran tepung, gaul shingga menjadi doh.
4. Ambil doh dlm 6 gm, leperkn kemudian isikn dgn inti nenas, bulat2kn mjadi sprt guli n susun ats loyang, buat sehingga abis.
5. Sapukn kuning telur ke ats adunan n taburkn keju parmesan d atsnya.
6. Bakar dlm oven yg telah dpanaskn dgn suhu 180C selama 20 mnt ato shingga masak mgikut oven msg2.
Nota: - Chik mi masukkan tepung sedikit demi sedikit uli sehingga menjadi doh yang lembut,tak perlu dihabiskan tepung sekiranya dah dapat kelembutan yang kita inginkan.
             - Chik mi guna 1 st sudu penyukat untuk doh & 1/2 st untuk jem.