Sunday, June 19, 2011

Cekodok Durian




Assalamualaikum,hari ni baru berkesempatan nak update N3 baru,hari jumaat tu chik mi ke pasar malam jumpa dengan apek yang selalu chik mi beli durian dekat dia,tinggal dah tak banyak buah,so dia pilih-pilih yang memang chik mi punya favourite nak isi yang liat-liat tak kisah isi kuning atau putih .Semuanya comei-comei je buah kecik-kecik tp isinya memang best dalam tu terselit la jugak sebijik yang besar tapi yang besar tu tak best langsung tawar tu yang chik mi buat cekodok tu ,rezeki jangan dibuangkan bila dah buat cekodok sedap la pulak duk mengunyah,sebab buat pun comei-comei aja.
Jangan tak tau cekodok bukan sembarang cekodok letak DDL lagi,heheheh nak habiskan stok DDL dalam peti sejuk tu yang chik mi campurkan sekali.
chik mi letak resepi kak besah ye sebab chik mi buat pun lebih kurang gitu jugak,cuma tak dak sukatannya.
Cekodok Durian
Sumber:Kak Besah~my resepi.com
  • 4 cawan tepung beserbuk penaik (kalau xde, ayakkan je tepung gandum + 1sudu teh soda bikarbonat + 1/2 sudu teh baking powder)
  • 2 cawan air susu.(air + apa2 susu smua bleh)
  • 1 cawan gula pasir
  • 6,7 ulas durian & 1/2 sudu teh garam

Cara-cara

  1. dalam mangkuk, larutkan gula dgn air.pastu campurkan durian & garam.gaul sebati. masukkan tepung sambil digaul hingga menjadi adunan pekat.
  2. goreng lah hingga masak.api jgn kuat sangat supaya serata masaknya.  

Friday, June 17, 2011

Serawa aka Pengat Pisang Abu

Assalamualaikum,kini jumaat kembali lagi ,tuan empunya diri masih tenggelam timbul , serawa=pengat=kolak,serawa pisang abu ni juadah hari sabtu dan ahad,2 hari berturut makan serawa sebab apa?sebab request dari husband dengan angah.first time buat serawa 
guna pisang abu,selalunya chik mi buat guna pisang raja,pisang raja sekarang ni dah jadi macam namanya raja kalau kat penang ni punya ler mahal,nak pulak kalau cantik je mau rm8-9 sekg,sebab apa sebab chinese kalau cantik guna untuk sembang so depa tak kira mahal ke tak memang depa akan beli,so yang jadi mangsa kita la.Berbalik pada serawa pisang abu ,chik mi bawak dari kampung,bibik intan yang bagi 2 sisir dah ,bila ke umah wak mal dapat pulak pisang awak 2 sisir ,banyaknya dah bg sikit kat ct,sikit ,dah goreng pun dah last2 tengok dah masak sangat chik mi pun buat lah pengat,hari mula buat 5 biji aje ingatkan tak laku,ghupanya tak cukup,kecuali along je yang tak makan,esoknya ada berbaki pisang tu yg ade requst buat lagi .
masa mula-mula ade komen dari penggemar pisang nangka ,kalau kolak pisang nangka best ni,jawapan dari si ayu cuba dulu yang ni,haahaaha kan dah kata siap ala request ulangan lagi.
Tips:untuk dapatkan sagu yang clear,rendam sagu lama sikit 15-20 min,toskan lalukan bawah air paip untuk membuang sagunya.

Sunday, June 12, 2011

Kacang Potong (Peanut Candies)

Assalamualaikum,esok sekolah dah mula buka,chik mi pun baru nak sapu sawang kat sini,dah lama tak bersiaran,tapi ade jugak jengah kawan tapi bila cuti sekolah ni teramat M ,masak macam biasa tapi malas nak pegang kamera,dah ambil gambar malas nak N3.Berbalik pada kacang potong ni memang favorite chik mi sejak dulu,selalunya nak makan beli aje tapi agak payah nak dapat buatan orang kita,chik mi ambil dari koleksi buku resepi chik dah lama ku tenung-tenung resepinya,bukan apa takut nak mencuba resepi dari buku-buku atau majalah takut tak menjadi,dulu-dulu beli majalah sebab suka tengok resepi masa beli tak tengok bahan tup-tup chef hotel punya resepi guna tepung gandung sampai sekilo ,gula sekg ya ampun memang tak buat ler walau pun tengok gamgar cantiknya biskut tu,tapi rasanya sekarang dah tak lagi kut sebab semuanya sumber-sumber yang boleh dipercayai.Buat cemilan anak-anak,masa tengah masak syrupnya tu chik mi asyik duk layan si Sabrina sembang sambil buang kulit kacang,sampai terlupa so syrupnya terlebih masak sedikit pahit.
dah lama tak pegang kamera dah jadi makan tangan mak tok ketaq,tak pe walau pun tak cantik ni hasil kerja tangan kita bukan mengambil hak orang:)

Kacang Potong /Peanut Candies
Rujukan: 50 All Time Favorite Bakes
Ingredients
260g peanut~dipanggang dan dibuang kulit
60g sesame~ chik mi guna 40g campuran bijan hitam dan putih
120g coarse sugar
60g water1tbsp maltose syrup~chik mi guna 1 1/2tbsp golden syrup
1/4 tsp vinegar
Method
1.bake peanut @ 160c until fragrant.Rinse sesame seed and fry until golden brown and fragrant.
2.Cook coarse sugar in water with low heat until coarse sugar dissolve,add in maltose(golden syrup),vinegar and cook until till thick.Pour in baked peanutsand quick-stir evenly.
3.Pour the syrup mixture into a grease baking tray,then sprinkle with sesame seeds.Press and flatten the mixture with a wet roller.leave to cool and cut into pieces.Ready to serve.
Tips:Pour a drop of syrup mixture into water for testing;when it condeses into asoft droplet,the thickness of syrup mixture is just nice.
nota:chik mi lapik baking tray dengan aluminium foil,potong semasa masih panas dengan pisau yang dilumur dengan minyak masak.Chik mi gaul sekali kacang dengan bijan


Friday, May 27, 2011

Ikan Lengat

Assalamualaikum,pernah makan ikan lengat?Kalau kat utara ni kami panggil ikan lengat kat tempat lain tu dipanggil ikan kukus atau rebus,sekarang ni musim ikan temenung aka ikan kembung tersangatlah murahnya,kat market baru kalau yang hijau-hijau tu still berlendir lagi last week baru rm4/kg,yang kecik sikit rm3/kg,tapi haritu duk sembang dengan kak ton dia kata kat Shah Alam rm9/kg,maksudnya still mahal ye.Husband chik mi peminat ikan lengat ni tapi ramai yang kata tak elok beli yang kat market tu sebabnya dia ada campur dengan bahan kimia lagi pulak selalunya yang jual tu tak buang insang dan isi perut tu yang macam tak best aje nak makankan.Haritu chik mi google dapat jugak ler cara-caranya nak buatnya pun mudah aje,memang rasanya tak ler 100% macam yang belikan tapi bila kita buat sendiri ni terjamin dari segi kebersihannyakan..
 Chik mi buat 2kg ikan,so pack untuk sekali masak senang nak defrost,kalau ada cara lain kongsikan ye
jom kita tengok macamana nak membuatnya..
Ikan lengat aka Ikan rebus
Sumber:Chik mimi
Ikan Kembung aka  Temenung 
Garam~agaran 1sb untuk ikan 10 ekor tapi chik tak sukat terus aje lumur garam ke ikan
Sedikit cuka ~dimasukkan kedalam air rebusan
 Cara-cara
Lumurkan ikan dengan garam kemudian masukkan ke dalam freezer,biarkan semalaman,keesokkan harinya defrost ikan ,kemuadian disusun ke dalam periuk pengukus,masuukkan sedikit cuka ke dalam air kemudian bolehlah dikukus selama 1/2 jam,.

Wednesday, May 25, 2011

Surprise lagiii....

Assalamualaikum, dari semalam chik mi tak boleh nak access ke blog ni.Nak tinggalkan jejak kat bahagian komen tak lepas ,hari ni pun macam tu jugak ,asyik duk memusing je benda alah tu sampai naik juling bijik mata,ok balik ke cerita asal semalam masa lunch my frind cakap budak admit suruh ambil parcel selepas pukul 2.Chik mi terkejut jugak sebab memang tak ade beli apa-apa online di hujung bulan ni,yang ada ni pun tinggal sipi-sipi aje.hehheeh fenomena biasa bagi yang bekerja .kenapa selepas pukul 2 ,sebab staff admint ni datang awal pukul 6.00-6.30 pagi gitu then depa kena siapkan contract untuk distribute ke semua branch,then pergi pos office untuk delivery balik dari po dah pkul 12.00 makan siap-siap pastu time lunch depa pakat tidoq,tak pe kesian kat depakan so,bila cakap after 2.00 tu kami pun paham la.Wah terlebih la sudah nak update parcel yang chik mi terima dari Shah Alam ,dari sahabat alam maya,walaupun kami hanya kenal dialam maya dan sesekali telefon bertanyakan khabar tapi macam kami dah kenal lama gitu.Terima kasih cik kak,kita suka sangat...
 
 Alhamdulillah .....Ada gelas yang comel-comel,pan untuk buat tamago yaki aka egg roll dan fridge magnet , cik kak i likeeeeee!!!

Lepas ni nak search kat you tube pulak cam ne nak buat tamago yaki tu:)