Tuesday, October 29, 2013

~Apam Balik ~

Assalamualaikum
Lama sungguh tak post apa-apa kat blog ni,rindu sungguh nak balik berblogging macam zaman-zaman dulu.Thanks Lina menyedar akak dari lena yang panjang ,sekarang ni Facebook lebih mencuri tumpuan semua,tapikan bagi chik mi memanglah Fb tu bagus cuma yang tak bestnya semuanya main tekan aje butang 'share' tu tanpa memikirkan apakah benda yang dishare tu betui ke tidak.... Alfatihah kepada arwah pegawai bank yang kena tembak oleh pengawal keselamatan minggu lepas ,sedihnya bila gambar tu dishare secara meluas ,Chik mi dengan Cik Ros amat-amat tak setuju dengan kes tu ,bayangkan jika kejadian tu terjadi keatas kaum keluarga kita apa perasaan kita ?Marahkan ,sama juga dengan kaum keluarga arwah ,kesian anak-anak arwah mesti trauma dengan kejadian itu.Peringatan buat diri sendiri sebelum ditekan butang share tu pikir semasak-masaknya.
opsss berbalik ke apam balik na tersasar sudah....
Resepi yang dah lamaaaaaa tersimpan ,walaupun dah resepi ni berjalan merata-rata didalam  group masakan Fb ,tetapi tiada satu pun kredit pun diberikan kepada owner ..
Resepi ni Chik mi dapat dari Lydia .Lydia tak publish resepi ni so chik  mi email ke Lydia minta resepinya ,so pada yang ambil resepi apam balik dari sini pls pls pls credit kepada Lydia n blognya.

Apam Balik
Kredit : www.mykitch3n.blogspot.com
Recipe for apam balik as follows:

170gm all purpose flour

100gm fine rice flour (from asian market if living outside asia)

30gm corn flour

150gm castor sugar

2 tsp baking powder

1/2 tsp baking soda

1/2 tsp salt

2 large eggs

1 tsp vanilla essence

200ml water (I used icy cold water)

Steps:

1) Sift together all dry ingredients and set aside.

2) In a large mixing bowl, beat eggs lightly then add in vanilla and water. Mix well.

3) Stir in siftted dry ingredients in batches.

4) Heat non-stick pan, grease the pan lightly if desired. (non-stick pan is necessary to produce smooth surface)

5) Spread batter onto heated pan (as thin as possible), cook on low heat until lightly browned.

6) Sprinkle toppings (crushed peanuts+sugar+creamy sweet corns), fold while still hot then cool on wire rack. (must cool

on wire rack, else the bottom will be soft/soggy).

All the best!

Friday, August 23, 2013

Nasi Ayam

Assalamualaikum,yuhuuuuuuuu ada orang ingat kat Cheq ke dak ni,alhamdulilllah hari ni dah 15 syawal ,sekejap ja kan di kesempatan ini Chik mi nak ucapkan Selamat menyambut Hari Raya AidilFitri maaf Zahir Batin.Lamanyanya tak merapu kat sini dah macam kaku nak tulis apa..Opsss ni gambar dalam folder tau bukan yang baru pun ye sekarang ni memang nak pegang kamera pun ketaqqqqq,gambaq jadi goyang gitu

~Nasi Ayam My Style~
Untuk Sup
Ayam
rempah sup-chik mi beli yg ready made dr Bamboo in Parit buntar since dah ade semua chik tak letak bawang lagi dlmnya.
Bawang Besar
Garam
Serbuk perasa- chik letak secukup rasa
*Semuanya direbus untuk mendapatkan stok utk nasi dan juga sup

Untuk Nasi
Beras dibasuh n rendam sebentar kemudian toskan
Butter / margerine & minyak masak
Bawang putih *cincang halus
Halia *cincang Halus
Garam
Daun Pandan
Serbuk kunyit ~ untuk bg nasi tak pucat
Tumis butter campurkan sedikit minyak masak ,masukkan bwg putih & halia serta serbuk kunyit tumis sehingga naik bau,kemudian masukkan beras.Kacau sehingga butter tadi melekat di beras.Alihkan ke dalam periuk nasi,masukkan stok ayam tadi bersama dengan garam.Kuantiti air kena lebihkan sedikit.Nasi ni akan jadi berderai(sebijik-sebijik).
Untuk Ayam
Ayam (selepas direbus keluarkan ayam)
Halia *
Bawang putih*
Lada hitam*
Sos tiram
Madu
Garam
Secukup rasa
*Ditumbuk halus
Semua bahan ditumbuk diperap bersama dengan ayam kemudian digoreng / grill

Untuk Sos Cili
Cili hidup
Bawang putih
Halia ~ sedikit saje
Gula ~ sedikit
cuka ~ sedikit
Sedikit sup di atas
semua bahan diatas di blend sehingga halus.
Sedia dihidangkan

Wednesday, May 29, 2013

Mini Tart Tamper For Sale - Sold Out

Bismillah...
Assalamualaikum lamanya tak singgah ke sini , Mini tart tamper ni senang untuk buat tart shell ye ,letak je dalam acuan kemudian tekan je.
  Gamba ehsan cik google:)

 
Ni mini tart tamper kepunyaan daku:)
 PAT PAT SIKU LIPAT SAPA CEPAT DIA DAPAT(Ktek Ai pinjam ayat ye)
Jauh terbangnya dari USA
Ni hasilnya tarraaaaa ,dalam masa 2 jam dah siap +- 75 biji tart shell yang siap dibakar
nak membeli mesin seperti ni tak mampukan 
Hasil ehsan cik google juga:)
So sape yang berminat boleh email ke chik mi @
mimiazie72@gmail.com
Pat pat siku lipat sapa cepat dia dapat ,hanya tinggal 4 ketul je lagi

Friday, November 23, 2012

Ayam Goreng Kremes

Assalamualaikum,ayam goreng yang famous kat Indonesia,cuma Chik mi olahkan sikit ikut selera anak-anak.Sambungan hahah tadi tengah duk cari idea nak menulis tetiba bos meucul terus tekan publish hahaha kang terkantoi sapa yg susah.Pertama kali mencuba rsp ni masa bulan ramadhan dulu buat nasi ayam penyet ,google sana sini so terjumpa dengan web Indochine kitchen ni,suka tengok gambar-gambarnya yang cun melecun tu,siap ada step by step lagi tu yg best .Ayam kremes ni digandingkan dengan sambal tomat,dan tempe goreng dan kangkung rebus jadi ler nasi ayam penyet,menurut kawan chik mi mak uda ,yang makan kat restoran di Ipoh,so kita pun godek-godek jugak la nak merasai kehebatan nasi ayam penyet ni.
Ayam Goreng Kremes
Olahan : Chik mimi
Sumber:Sini
Ayam dibasuh dan ditoskan sehingga kering
Bawang merah*
Bawang putih*
Buah Keras*
Ketumbar biji* (serbuk)
Serai*
Lengkuas*
Halia*
Garam Secukup rasa
Air
Minyak untuk menggoreng terendam
*bahan bertanda * diblend halus

Bahan untuk Kremesnya
Tepung Gandum (quantity lebih dr tepung beras)
Tepung beras
Secubit baking powder

Caranya :-
Ayam direbus bersama bahan-bahan blend selama 20-25 minit kemudian keluarkandi sejukkan.
tapis bahan yang diblend tadi
air rebusan dicampur dengan kedua-dua jenis tepung ketepikan.
Goreng ayam sehingga kekuningan ,jangan terlalu lama sebab nanti ayamnya keras
Kemudian goreng bahan yang telah ditapis tadi
taburkan ketas ayam goreng
Air rebusan dengan tepung tadi ,dicampur dengan baking powder kacau menggunakan whisk sehingga sebati,kemudia digoreng dan ditoskan minyaknya ,kemudian ditaburkan diatas ayam tadi.

Wednesday, November 21, 2012

Cik Cili Jeruk dengan Cik Bawang Goreng ~ Homemade

 Cik cili jeruk dengan cik bawang goreng yang senantiasa kena ada kat dapur,pelengkap hidangan .Resepi dah sering kali upload kat sini ,cuma hari ni ada energy kita copy pes balik kat sini.
Cik Cili Jeruk

Cili jeruk
Source:qasehmu-abadi.blogspot.com
Cili hijau+cili padi
Air
Cuka
Garam
Secubit gula
Caranya,cili dibasuh bersih kemudian direndam dengan air yg dicampurkan dengan garam (untuk menghilangkan racun),kemudian di bilas sehingga bersih toskan sehingga kering airnya,kemudian dihiris ketepikan,masak air sehingga mendidih kemudian dimasukkan cuka ,jangan letak terlalu banyak sekali gus nanti terlalu masam,agak-agak kemudian masukkan sedikit garam dan gula biar sehingga sejuk ,kemudian masukkan ke dalam botol ,masukkan cili yang telah dihiris tadi sehingga semuanya terendam,tutup botol dengan rapat masukkan ke dalam peti sejuk.
                                                                                                    Cik Bawang Goreng
                                                                                                                
Bawang Goreng
Source :qasehmu-abadi.blogspot.com
Bawang Merah ~dikupas dan basuh bersih kemudian ditoskan sehingga kering
(chik mi selalunya kupas malam esok pagi baru buat)
Sedikit Tepung Gandum
Minyak untuk Menggoreng
Caranya
Hiris bawang (chik mi guna food processor ) ,kemudian salut dengan tepung (agak-agak ye) kemudian digoreng dalam minyak yang telah dipanaskan,jangan goreng sehingga terlalu garing nanti pahit,bila dah agak coklat sentiasa dikacau kemudian ditoskan minyaknya sehingga kering,gantikan kitchen towel ,bila dah berminyak,dah sejuk masukkan ke dalam bekas airtight .simpan dalam peti sejuk
 Ramekin terbang dari jauh ,terima kasih wahai pemberi in sya Allah dengan izinnya umur panjang kita jumpa lagi di bumi Malaysia .
 Cik cili jeruk yang baru berendam .