Salam,kejap je dah hari isnin ,so sekali lagi bermulanya rutin seperti biasa,nak bangaun pagi pun alahai malasnya nak bangun,tp kena jugak ler kan nak buat camne makan gaji,Ya Allah melalut kemana la pulak Chik mi ni,menu last week ,biasa ler cik hubby kalau tgk ikan tongkol isi putih ni mmg tak miss punya mesti nak beli,so kite ni asyik duk pusing2 je la menu tu.still guna resepi kak CM ,dah terjatuh chenta dengan resepi ni so layannnnnn.Kali ni gulainya ade ikut resepi asal ade timun ,dengan cili api yg gedabak tu..
Seperti biasa chik mi CNP kat sini ye.Thanks kak berkongsi resepi yng mabeles ni
Gulai Ikan Tongkol a.k.a Ikan Aya~Kak CM
Bahan-bahan untuk lauknya:
4 keping ikan tenggiri-potong seperti gambar diatas.
(sepatutnya guna ikan tongkol )
1 1/2 cawan santan pekat
4 tangkai cili kering
1 biji timun -potong ikut selera masing-masing
6 biji cili api
1 inci lengkuas
1 keping asam gelugur
7 ulas bawang merah
5 biji telur rebus.
1 inci kunyit hidup
1/2 paket kecil serbuk kari ikan
minyak untuk menumis
Cara-caranya:
Blend cili kering,kunyit,lengkuas dan bawang merah hingga sebati.
Campurkan dengan 1/2 paket rempah kari ikan.
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar tadi hingga naik baunya.
Masukkan 2 cawan air dan bila mendidih baru masukkan santan pekat.
Kemudian masukkan ikan dan timun serta garam dan gula+asam keping.
Biarkan mendidih hingga ikan masak baru taburkan cili api.
Last sekali letakkan 5 biji telur rebus.masak sekejap dan padamkan api.Siap:)
#Chik mi guna ikan tongkol ,chik mi rebus menggunakan pressure cooker malam sebelumnya dan biarkan semalaman.
Salam akak...
ReplyDeletebaru sat tadi duk ckp2 ngan maksedara pasal gulai ikan tongkol...sekali dah nampak kat cini...mmg bestt ahhhh...telan ayak liur nengok..
Salam Mimi, sedapnya lauk ni, ada letak cili api lagi...
ReplyDeletehttp://treatntrick.blogspot.com