Friday, May 20, 2011

Blueberry Cheese Tart

Assalamualaikum, dah lama tak buat cheese tart terasa teringin jugak ,haritu masa demam cheese tart melanda kita tak terkena jangkitan virusnya,bila dah reda baru chik mi nak panaskan enjin,buat tart shellnya dah lama dalam sebulan gitu alhamdulillah masih esok sebab simpan dalam tupperware kedap udara.bila dilanda penyakit M tu semuanya jadi sakit sekali,hehehehe,yang buat kali ni alhamdulillah menjadi lorekkanya hasil perkongsian ilmu dari Kak Ita dan Hasue.Sebelum ni buat  main hentam aje masa tu belum ade lagi lorekan bunga padi atas tu heheehe ,kalau nak tengok kat sini.untuk tart shell chik mi masih gunakan silicone mould.Resepi tart shell chik mi still guna resepi Alex Goh cuma creamcheese filling chik mi guna resepi kak ita cuma chik mi tambahkan 1/2 st lemon paste
Masih banyak yang perlu diperbaiki ,creamcheese filling nya warna sedikit kekuningan sebab chik mi tambah sedikit lemon paste,untuk rasa sedikit masam.
Nampak tak tart shellnya tu garing sikit chik mi bakar balik dalam 5 minit
Sumber: http://qasehmu-abadi.blogspot.com
Sumber : Alex Goh
SWEET PASTRY
*Berat pastri yang terhasil lebih kurang 780 g.
Bahan A
200 g mentega
100 g gula aising-chik mi bubuh 68g je
1/4 sudu teh esen vanilla
Bahan B
1 biji telur
Bahan C
420 g tepung
1 sudu besar tepung susu
Cara-cara
1. Putar (A) hingga lembut dan tambahkan (B). Putar lagi hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul sehingga sempurna.
* Tat akan bewarna keemasan dan rangup jika dibakar di rak bawah ketuhar (lebih kurang 1/2 inci dari bahagian bawah ketuhar.

Cream Cheese Filling
Sumber :http://rossitamz-kitchen.blogspot.com
Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
 Mini silicone mould yang chik mi guna terima kasih buat mama vouge aka Rozie yang belikan untuk chik mi masa dia berhijrah sementara ke UK ,sekarang ni dah pun kembali ke Malaysia.



17 comments:

  1. assalamualaikum - mala pun baru sekali buat cheese tart ni... tak tau la bila lagi nak rajin :-)

    ReplyDelete
  2. waaaaaaaaa..tu dia!!!!!! sekali kuar cistart! sedapnyer! lama lah tak buat, asyik makan cheese jer beberapa hari ni hihihi

    ReplyDelete
  3. alaaaaaaaaaaaaaaa.... ni yg jeles ni... nk wat x brani... kak, nak laaaaaaa..

    ReplyDelete
  4. assalam mimi...laju je akk kesini bila nmpk cistat ni...sedapnya, bila la nk rajin ni. cantik tart tu

    ReplyDelete
  5. salam kak,
    menariknyee tart akak ni..hmm..
    blueberry filling tu akak buat mcm mane ye?hehe ^_^

    ReplyDelete
  6. mmm siapalah yang rajintu? huh lum pernah kubuat lagi.. resepi dah Q hu hu hu camana ni? alasan? he he he akak wat sgt comel n kreatif tu corak2...

    ReplyDelete
  7. Assalam kak,buka dari tadi lagi,nak komen,dak berdua nih duk sbuk lak,huhu..Igt nak ngendeng cistart ckit..Sy pong nak wat gak cistart nih,beli cis n filling dah kat 1bln,tapi xwat lagi..Ehem2 depa nyer sm mai juh,dari uk,kita sunshine jer,hihi..

    ReplyDelete
  8. Salam Mimi,
    Cantik kejadian cheese tart Mimi, berseni nampaknya ya. Akak aja yang belum mencuba, tak taula bila nak tiba angin rajin tu

    ReplyDelete
  9. salam chik mi, amboi..lama menyepi tetiba..keluar tart, mmg marvelous!

    ReplyDelete
  10. assalam kak, wahhh sedapnya tart ni...suka sgt mkn ni tapi tak rajin nk buatla...tapau skit yer..hehe

    ReplyDelete
  11. chik mimi nak cistat 10ketoi

    ReplyDelete
  12. Salam Mimi...

    Selalu sgt tgk resepi ni....teringin nak buat tapi ntah bila sampai serunya....he he he...:)

    ReplyDelete
  13. Cantiknya mini tart ini .... terkesan dengan corak filling diatas cheesecake :)

    ReplyDelete
  14. As salam CikMimi alahai harap lepas nie Virus M tu terus hilang ye. Bila enjin baru start mesti rasa fresh haha. Tart tu guna silicon mesti cantik sebab bekas tu tinggi sikit dan cheese pun banyak kena isi...sedap tu. Saya memang suka bab cheese dan coklat tp awas berat akan naik mendadak .

    ReplyDelete
  15. silicone mould tu kat sini ada jual tak ye? kalau ada sure harganya pun mahalkan.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Chik Mi, nak tart 10 ketuiiii...boleh tak? Akak lama tl tak mengetat...maleehh memanjang laaa...cis ada tu..nnt ada lak x sedor expired..hehe

    ReplyDelete
  17. As'salam mimi

    lamanya tak makan cistart ni. tengok mimi punya dah terasa2 kat tekak. bilalah mood nak membuat nya akan samapi erk :D

    ReplyDelete

Reply