Sunday, September 11, 2011

Cheese Pineapple Tarts

Buat seorang teman di alam maya yang email kat chik mi bertanyakan tentang tart ni Chik mi minta maaf banyak2 baru berkesempatan nak N3.Walaupun kami hanya kenal melalui alam maya sering bertanya khabar melalui email, Tart memang sinonim dengan hari raya tak kira raya kita atau Chinese New Year,Chik mi memnag tarts lover tapi nak dapat yang bila makan terus jatuh cinta tu memang payah,dah lama chik mi cari resepi tart yang ada cheese dalam pastry,akhirnya terjumpa dalam salah satu buku resepi yang Chik mi beli .50 All Time Favourite Bakes resepi ke2 yang chik mi cuba.Alhamdulillah memang resepi ni memang kena pada tekak mengada2 chik mi,combination lemak-lemak cheese,dengan jem yang masam manis (dari Bake Wift Yen thanks to norma yang poskan ke chik mi last year,baru ni sempat nak guna),wallaaaaa memang sedap (pada kami lah ye kang ade yang cuba tak kena pada tekak orang lain chik mi minta maaf ye  sebab sedap bagi chik mi adalah benda yang subjektive) kang ade pulak yang cuba cakap hampeh tak sedap langsung chik mi minta maaf sekali lagi.Saban tahun betukar resepi sebab nak tart kena dengan citarasa chik mi .

 Resepinya malas nak taip chik mi CnP dari blog Sis Jue.Thanks sis dah siap bertranslate lagi sonang kerja Ai:) Halalkan ye sis Ai kongsikan  kat sini.
Sumber II : Chik Mimi
Bhn2..
110 gm butter
50 gm gula castor
2 kuning telur
1 sdk esen vanilla
1 sdk jus lemon**chik mi tak letak
80 gm keju parmesan** untuk 2 adunan chik mi hanya guna 120gm
Beberapa titik pewarna kuning** chik mi tak letak
160 gm tepung gandum*
40 gm susu tepung*
40 gm tepung jagung* -
*satukan n ayak
Inti nenas secukupnya
1 kuning telur
Keju parmesan secukupnya*lupa nak tabur

Cara2nya..
1. Pukul butter n gula shingga gebu.
2. Masukkn kuning telur, esen vanilla, jus lemon, keju parmesan n pewarna kuning, pukul lg shingga sbati.
3. Masukkn campuran tepung, gaul shingga menjadi doh.
4. Ambil doh dlm 6 gm, leperkn kemudian isikn dgn inti nenas, bulat2kn mjadi sprt guli n susun ats loyang, buat sehingga abis.
5. Sapukn kuning telur ke ats adunan n taburkn keju parmesan d atsnya.
6. Bakar dlm oven yg telah dpanaskn dgn suhu 180C selama 20 mnt ato shingga masak mgikut oven msg2.
Nota: - Chik mi masukkan tepung sedikit demi sedikit uli sehingga menjadi doh yang lembut,tak perlu dihabiskan tepung sekiranya dah dapat kelembutan yang kita inginkan.
             - Chik mi guna 1 st sudu penyukat untuk doh & 1/2 st untuk jem.

13 comments:

  1. Assalamualaikum Chik Mimi. Sedapnya Nampak Kuih Raya Ni..Bila Kak Lin Dapat Rasa Agaknya...

    P/s:-
    Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Daripada Kak Lin Sekeluarga..

    ReplyDelete
  2. Patut la lama dia sembunyikan diri bulan puasa duk bertapa cari resepi biskut yang sedap-sedap ya...?

    ReplyDelete
  3. salam kakmimi...saya tak pernah makan tart ada taruk cheese nih..teringin jugak nak rasa..:)

    ReplyDelete
  4. Tak pernah mkn tart mcm ni.. Tp tahu sedap sebab guna cheese

    ReplyDelete
  5. raya ni akk belum buat tart lagi.. boleh gitew pulak kan.. jem dah ada tu..

    ReplyDelete
  6. salam kak mimi,
    sy dtg nak beraya ni hehehe...
    sedapnya kuih2raya akak...yummm

    ReplyDelete
  7. Salam Mimi,
    Sayunya dengar lagu raya.....
    Akak penggemar tart no 1 tau.....mesti best tart yg Mimi buat...pos mai seberang sikit, nak rasa ni...

    ReplyDelete
  8. aduhai chik mi.. tgk gambo ni teringinnnnn sgt2 rase nak makan tat nenas.. huhuh...sedapnye :(

    ReplyDelete
  9. slm mimi...akk pun teringin nak rasa tart ni... mesti lemak2 dan rasa nya lebih sedap kan...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Mimi,
    Amie memang hantu tart..... tapi bila tengok yang style begini bertambah-tambahlah keinginan nak cuba makannya (nak buat mmmmm..... he he heheh)

    ReplyDelete
  11. Salam Chik Mimi,

    Terima kasih banyak2 sbb kongsikan resepi nie. Lepas nie nak cubalah sebab inti nenas ada lagi kat peti. Sorry tak jenguk blog CM awal2 lagi. 2 minggu dok kat asrama, line tnet slow giler...

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum kak mimi, saya sangat suka kuih tart, especially sekarang duduk di negara orang, susah sangat nak carik kuih muih malaysia. thanks for sharing, nanti akan try inshallah

    ReplyDelete

Reply