Monday, December 2, 2013

T.H.I.N C.R.U.S.T P.I.Z.Z.A

Assalamualaikum,lebihan dari inti sardin roll tu cikmi buat pizza,kat rumah ni kalau beli pizza suka yang Domimos dari PH ,tapi jarangggg sangat beli .Peminat tegar thin crust adalah cik hubby ,tak larat katanya nak menguyah lebihan roti pizza yang tepi tu :).Dah lama plan asyik tertangguh sebab cik BM dah merajuk ,ni pun memula guna kederat tulang 4 kerat tapi dah sebati minta tolong cik KA uli-uli manja gitu sekejap sebab takut cik KA merajuk haru !

Yang sebelah ni tertebal jugak:)tak pe habis juga sedulang pizza yg XL tu ,alhamdulillah  
                                                                                
Resepi thin crust ni hasil gabungan dari beberapa  
                  resepi.
 
 Thin Crust Pizza
Sumber : Chik mi
2 cawan Tepung high protein (chik mi guna red rose)
1/2 tsp yis
1 tsp gula
3/4 air ais (tuang sedikit-demi sedikit) tak perlu habiskan
1/2 tsp Garlic salt
1 tbsp minyak zaitun (chikmi guna minyak masak)
1 tsp italian herbs
 cara-caranya
chikmi selalunya bancuhkan yis + gula +sedikit air suam dahulu ,kemudian masukkan kesemua bahan ,uli sehingga tidak lekat di tangan.
Perap adunan sehingga naik 2 kali ganda,tumbuk buang angin ,kemudian canai mengikut acuan pizza.Cucuk sedikit permukaan doh kemudian bakar sekejap 5-7 minit.
keluar dari oven sapukan sos spagetti (chik mi guna brand kimball perasa mushroom)
taburkan inti ikut kesukaan
Taburkan parutan cheese ke atas pizza tersebut.
lagi banyak cheese lagi sedap.cheese terpulang nak letak yang mana

Monday, November 25, 2013

P.O.P.I.A B.A.S.AH

Assalamualaikum.
Popia basah dengan homemade kulit popia memang heaven,kekuatan popia adalah pada inti dan sosnya.Chik mi memang penggemar popia ,tapi kalau kat luar tu macam tak teringin je nak beli.Tambahn kalau kat Penang ni nak cari kulit popia yang Halalan Toiyiban ni memang payah.Terimakasih pada geng masak-masak kat Fb Sal Shaari atas tips menggunakan berus untuk membuat kulitnya.Chik mi guna silicone brush senang sikit ,kalau guna berus plastik tukan nnti plastiknya mencair bila terkena kuali panas.

Guna Silicone Brush untuk menyapu adunannya atas kuali ,berbanding cara lama kita perlu meneyeh doh atas permukaan kuali,(abaikan tangan n jari yang berparut tu ye).Masa menyapu adunan,kuali tidak boleh terlalu panas ,nanti dohnya tak lekat kat kuali.
Mudahkan!
 Abaikan yang berserabut tu ye :)
Hanya mengguna 4 bahan semudah ABC kita boleh menikmati popia basah.Maaf ye tiada sukatan hanya main agak2 je semua .

                                                                            Kulit Popia  

                                                                               Sumber:Chik Mi 
Tepung gandum (chik mi guna red rose)
secubit garam 
sedikit minyak masak (anggaran 1-2 sb)
Air untuk membancuh adunan
  
caranya 
Tepung ,garam dan minyak  digaul sebati,tuang air sedikit demi sedikit ,kacau menggunakan whisk sehingga tepung tidak bergentel ,perapkan sebentar.
#Adunan ni seakan-akan bancuhan bancuhan cekodok,jangan terlalu cair @ pekat
Sos Popia 
 buah kurma atau kismis


gula
3 sudu besar cili kisar
Sos cili thai
cuka /Air asam jawa
garam secukup rasa
2 ulas bawang putih
3 sudu besar minyak untuk menumis
Cara caranya:
Tumiskan cili yang di kisar dengan bawang hingga naik baunya dan garing.Masukkan cuka /air asam dan kurma atau kismis yang telah di kisar halus,masukkan pula sos cili   dan gula di kacau sehingga pekat.sejukkan.

 
                                                        Inti 
Sumber:Kak Sofea
  taugeh
1 biji sengkuang (sagat)
1 btg lobak merah (sagat)
2 sb udang kering
2 biji tauhu (lecek dgn garpu)
2 ulas bwg putih
Sos tiram
  • garam & lada sulah

Cara-cara

  1. Tumis bwg putih + tauhu dan udang kering.
  2. kemudian masukkan sengkuang & lobak merah yg telah di sagat tadi.
  3. Akhir sekali masukkan taugeh.letakkan garam dan lada sulah secukup rasa.
  4. Biarkan inti sejuk sebentar.
  5. Bentangkan kulit popia sapu sedikit sos,letakkan inti dan gulung kemas.


Thursday, November 21, 2013

S.O.M.T.A.M

Assalamualaikum,sawadikapppp welcome to Thailand :)
menu yang sinonim dengan negeri gajah putih ,ala-ala kerabu gitu rasa ,sedap ...
Dah lama teringain nak buat bila tengok buah betik di pokok dah kekuningan terus terpadam hasrat nak buat somtam ni .
 Tak sia-sia kawan chik mi angkut lesung kayu dari sempadan ,combinasi yang sangat ngam ,manis, masin masam dan pedas,cuma kurang berseri sebab tak ada tomato ceri je.Kacang panjang memang tak letak takut sakit urat :)
 Resepi dari : Temple of Thai

Papaya Salad is refreshingly tart, spicy and sweet. In Thai it's called Som Tam (or Som Tum) and is prepared in a clay mortar with a wooden pestle and served nationwide as a popular restaurant and street food.
Green papaya, malakor in Thai, is central to the dish and available in our online Thai grocery. But, if you don't a green papaya, try substituting shredded cucumber, carrot and daikon radish.

Ingredients

  • 1 pound green papaya
  • 2 Thai fresh chilies (to taste)
  • 1 small clove of garlic
  • 2 strings long bean (cut into 1 inch lengths) or regular green beans
  • 1 tablespoon chopped roasted peanuts
  • 5 cherry tomatoes, cut in half
  • 1 tablespoon palm sugar ~ guna gula somtam import dari Padang besar
  • 2 tablespoons lime juice
  • 1 1/2 tablespoons Thai fish sauce (nam pla)
  • 1 teaspoon chopped dried shrimp
Preparation
  1. Cut papaya in half (lengthwise) and remove seeds. Peel the skin of the papaya and shred the flesh using a shredder or knife (the shreds should be thin and long). In a mortar and pestle, pound the chilies and garlic until they're broken up. Add the long green beans and roasted peanuts, pounding only enough to break them up a little bit.
  2. Add the shredded papaya, tomato, sugar, lime juice, fish sauce and dried shrimp, pounding until everything is thoroughly mixed together. This dish should taste sweet, sour, and a little bit salty, so you may need to add more sugar, lime juice, or fish sauce to taste. Som Tum is commonly served with roasted or grilled meats, fried fish, sticky rice, Kao Mun Gai and fresh cabbage or lettuce.
Notes:
Thai recipes calling for lemons, if written in Thailand, are actually calling for limes. Lemons are generally not available in Thailand unless imported and therefore not commonly used.
*If green papaya is not available substitute a combination of shredded hothouse cucumbers (about 2 cups, seedless), carrots (about 1/2 cup) and daikon radish (about 1/2 cup).

Tuesday, November 19, 2013

S.A.R.D.I.N R.O.L.L



Assalamualaikum
Walaupun cuti persekolahan dah bermula tapi tugas makcik kantin tak bergaji masih tetap diteruskan,cuti-cuti sekolahni permintaan untuk makanan semakin tinggi:)Inti sardin ni minggu dah siap ,tapi bila dohnya terpaksa di tong sampahkan atas kesilapan sendiri....Lain kali jangan malas ye chik mi nak keluarkan penimbang untuk sukat akibatkannya doh terpaksa di buang.Tetiba ternampak ada yang upload resepi ni kat fb group masakan ,wah pucuk dicita ulam mendatang sebab intinya masih ada dalam peti sejuk .
Terima kasih Shima Maz kongsikan resepi yang asalnya dari Teratak Resepi Ummi .Doh ni boleh diperbagaikan seperti donut,pau goreng ,bege malaysia dan juga roti .


Resepi :Sardin Roll
Bahan-bahannya :
Chik mi buat separuh dari adunan
1/2 kg tepung gandum ~250 gm
1/2 bungkus yis segera Mauripan ~1 sk
4 sudu besar margerin~2 sb guna shortening
4 sudu besar gula ~1 sb
4 sudu besar susu tepung~ 2 sb
Secubit garam
Air secukupnya
Inti~chik mi guna resepi sendiri
Sardin tin ambil isi sahaja dan hancurkan
5-6 ekor ikan selayang rebus dan ambil isinyadan diblend ~chik mi guna Fp
bawang besar
bawang putih
cili blend
sedikit cili sos
sedikit halia 
garam secukup rasa
air asam jawa
#sekiranya inti terlalu basah masukkan sedikit tepung gandum
caranya 
Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu masukkan cili blend tumis sehingga garing,masukkan isi ikan serta ikan sardin yang telah diblend sehingga hancur.Masukkan sos cili ,air asam jawa serta garam secukup rasa.

#chik mi guna gam tepung gandum untuk melekatkan tepung.
tepung gandum dibancuh bersama air jangan terlalu cair.
 

# chik mi tak tunggu naik untuk goreng ,selepas habis digulung terus goreng untuk mengelakkan doh naik terlalu besar.

Sunday, November 10, 2013

L.A.S.A.G.N.A

Assalamualaikum,
first time buat beef lasagna ni ,kulitnya dah lama terperap kat dalam kotak ajaib (ala-ala doraemon punya poket tu),Kalau cik hubby tak sound harus kulit tu still dok situ jugak heheehe selalunya bila beli barang dapur ambil mince meat bagai ,bila ditanya nak buat apa jawapnya Lasagna ,tapi selalu lupaaaaa ja nak buat.Bila kena sound terus aje projek berjalan hahaha
Lasagna
Source : Chikmi 
Bahan 
Kulit Lasagna ~ Rebus bersama dengan sedikit minyak serta garam sehingga lembut
ketepikan (jangan tindih ye nnti melekat) @ ikut arahan pada kotak .
Cheddar cheese /Mozarella parut untuk taburan di atas
Sos Merah
Bawang Besar -didadukan
Bawang putih ~cincang
minyak zaitun untuk menumis (minyak masak pun boleh)
1 botol sos spagetti (Kimball ) ~mushroom
Daging cincang
1sb sos cili (jika suka)
lada hitam & lada putih ~kisar
Garam secukup rasa
Sedikit air
Caranya
Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu ,masukkan daging kisar masak sehingga daging bertukar warna,masukkan sos spagetti bersama sedikit air .Masukkan sos cili serta dengan serbuk lada ,
perasakan dengan garam secukup rasa .
# Chik mi  suka inti yang basah masak jangan terlalu pekat

Sos Putih (Bechamel Sauce)~ Lagi sedap jika sos putihnya banyak
Sedikit butter untuk menumis
1-2 sb tepung gandum
Susu Full cream (chik mi guna yang 1 litre)
2-3 keping slice cheese ~terpulang nak guna cheese apa ,lagi banyak lagi sedap

Cara
Cairkan butter kecikkan api,masukkan tepung gandum kacau sehingga tepungnya melekat dengan butter,masukkan susu kacau sebati kemudian masukkan slice cheese tunggu sehingga cheese cair kacau sebati tutup api.

cara menyusun
Casserol disapu dengan butter
1.susun kulit lasagna yang dah lembut
2.Ratakan sos merah (inti )|
3. Tuang sos putih sehingga menutup sos merah (lagi banyak lagi sedap)
parutkan cheese keatas sos putih
ulang proses 1-3 sehinga habis
bakar selama40-45 min ikut oven masing-masing